My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...

Hari ni cikla pergi checkup mengandung macam biasalah. Pergi klinik dalam pukul 11 lebih gitu. Lepas daftar, timbang berat, check urine, HB semua. 

Lastly jumpa doktor. Alhamdullillah, semua ok. Berat ok (58.4 kg je), bacaan HB pun ok (12.5 kalau tak silap cikla). Baby pun dah 30 minggu dah. Kejap je masa berlalu. 

Tadi pun dah scan baby. Dah nampak dah baby apa. Tapi, rahsia dululah, hihi. Baby bagi can pulak ibunya tengok. Kalau sebelum ni, masa pregnant kalau scan memang baby 'menyorok' aje, hehe. Air ketuban cukup dan berat baby pun ok. Dalam 1.8 kg.
  
Bila jumpa doktor, macam biasa doktor pun buat checkup. Semualah, termasuk jantung si ibu. Check punya check, doktor cakap bunyi degupan jantung cikla macam lain sikit. Biasa kalau degup  jantung normal kan 'dup dap dup dap dup dap', tapi ni macam lain sikit. 

My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...
My Pregnancy Story : 30 minggu already... Baby ok, ibunya pulak tak ok... Dugaan...  Kredit Google. 

Memang lately, kalau cikla ligat sikit buat kerja nafas macam tercungap cungap sikit. Nak kata cikla ada semput, memang takde. Nak kata cikla ada masalah jantung sebelum ni pun takde jugak. Lagipun, masa pregnant yang lepas memang takde masalah.

Allahu, dugaan apa pulak ni. Risau jugak. So far, baby memang ok. Tadi pun doktor suruh buat ujian ECG sebab nak tengok corak degupan jantung ok ke tak. Bila dah buat, tengok coraknya ok, cuma ada sikit macam tak ok. 

Dah lepas ni doktor suruh pergi hospital untuk buat scan jantung pulak. Berdebar dan risau pulak rasa. Ditambah pulak rasa berdebar tunggu bersalin. Berganda gandalah rasa debaran tu. Huhu. Korang doakan cikla ok ye. Semoga semua dipermudahkan.

Korang yang pernah pregnant ada pengalaman macam cikla tak? Share lah ye.

6 comments:

  1. Wahhhhh tahniah cikla! Yeyy nak dpt baby. InshaAllah semoga Allah permudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  2. insya ALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  3. moga tiada apa2 yang serius berlaku cikla. dah pergi ke hospital ke?

    Siqah baru ada masa baca entri cikla. harap baik-baik aje ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum checkup lg. Tunggu appointment date dr hospital. InshaAllah Siqah.. Tq atas doanya.. Amin..

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews