"Luahan Rasa Tanpa Suara"

27 September 2021

Hasad dengki?

September 27, 2021 0
Rasanya semua tau kot perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah SWT mengarahkan agar kita meminta perlindungan dari Allah SWT dari kejahatan sifat dengki. 

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (Surah al-Falaq : 5)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Maksudnya: "Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu." Sunan Abi Dawud (4903)

Namun terdapat juga hadith yang memberi pengecualian dalam sifat hasad dan dengki ini. 

Sabda Rasulullah SAW:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya." Sahih al-Bukhari (73).

Terdapat juga riwayat lain yang menyatakan:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang." Sahih al-Bukhari (7529) dan Sahih Muslim (815).

Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani, istilah hasad dalam hadith ini sebenarnya membawa maksud al-ghibtoh (الغبطة) iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa rasa mahu melihat nikmat tersebut ditarik dari orang itu, dan lafaz hasad digunakan dalam erti kata majaz. Keinginan ini juga disebut sebagai munafasah atau persaingan, dan ianya terpuji (Mahmud) jika dalam perkara ketaaatan. (Rujuk Fath al-Bari 1/167)

Menurut Syeikh Badruddin al-‘Aini pula, Imam al-Bukhari mengeluarkan lafaz hasad ini dari maknanya yang hakiki kepada makna majaz, dan kerana itulah Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini dibawah tajuk al-I’tibat fi al-Ilm wa al-Hikmah (keinginan untuk memperoleh nikmat ilmu dan hikmah). (Rujuk ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari 2/56)

Perasaan hasad dan dengki itu pada asasnya adalah dilarang, dan ia jelas dinyatakan melalui ayat al-Qur’an dan hadith yang disebutkan di atas.

Adapun perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut.

Wallahualam.

#copyandpaste 

Kredit : Telegram DakwahBidadari.

24 September 2021

Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.

September 24, 2021 1
Apakah maksud sombong sebenarnya ya. Sombong juga disebut dengan istilah kibr, takkabur dan istikbar yang mana seseorang itu melihat dirinya jauh lebih hebat dan lebih baik dari orang lain. 

Senang kata, dia anggap diri dia sentiasa sempurna dan memandang orang lain dengan pandangan hina. Rasa ujub atau membanggakan diri dengan merasakan dirinya hebat berbanding dengan orang lain. 

Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.
Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis. Kredit Google.

Apakah pula tanda-tanda sombong? Jom baca ni sampai habis. 
 
  • Susah nak terima pandangan orang lain walaupun dia rasa pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
  • Bila berlaku berbincang, dia cepat melenting dan marah kalau ada tersilap. Dia suka meninggikan suara lebih daripada yang diperlukan. 
  • Suka berkawan dengan sama taraf sahaja. Bahkan kalau berkawan dengan orang sama taraf sekalipun, dia masih memilih-milih lagi, dan dia suka orang yang mahu dengar katanya.
  • Pandang hina kepada golongan bawahan.
  • Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti, tapi dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain. Dia je yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
  • Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya. Dia suka dihormati, dan suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
  • Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
  • Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
  • Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
  • Kurang menghormati pemberian orang.
  • Suka mencerita kelebihan diri.
  • Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
  • Kurang menikmati nikmat Allah SWT Kalau ada, dibazirkan.
  • Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
  • Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
  • Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
  • Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
  • Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
  • Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

Namun, apakah pulak jenis-jenis sombong? Ini dia.

  1. Sombong terhadap Allah SWT. Tak nak patuh pada semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
  2. Sombong terhadap Rasul. Tak ikut ajaran yang dibawa mereka dan tak beriman kepada mereka.
  3. Sombong terhadap makhluk. Membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis.
Nak tau tanda-tanda sifat sombong? Jom baca ni sampai habis. Kredit Google. 


Kesimpulannya, sifat sombong sangat bahaya sebab bila sifat ini wujud dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari Syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

"Tak akan masuk Syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR. Muslim - Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)

Moga bermanfaat.

Amalan zikir Rabbaniyah setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.

September 24, 2021 0
Semua orang nak hidup dia tenang dan selesa je kan. So, kalau nak rasa camtu dan nak rasa dekat dengan Allah, jom amalkan zikir-zikir ini, InshaAllah :

Amalan zikir Rabbaniyah setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.
Amalan zikir Rabbaniyah setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.

1. Astaghfirullahal azim - 100×
2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x
3. Lailahailallah - 100x
4. HasbiAllah wani'mal wakil - 100x
5. Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x
6. Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x
7. Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x

Moga bermanfaat.

23 September 2021

6 tips berjaya dalam hidup.

September 23, 2021 2
Cikla tau semua orang nak berjaya, tak kiralah di dunia dan di akhirat sana. Namun, nak berjaya lebih lebih lagi dalam bisnes bukan hal yang mudah dan cepat ye kawan-kawan. 

Kalaulah ia sepantas serapan minyak urut moden MMG ke dalam kulit korang tu, senanglah kan. Sebaliknya, ia memerlukan pengorbanan dan rasa tak pernah putus asa dalam diri.

So, apakah tips yang mungkin kita boleh praktikkan untuk mencapai apa yang kita inginkan? Let's check this. 

1. Tentukan impian atau BIG/GRAND WHY. Apa yang korang nak capai? Tulis besar-besar pastu tampal kat dinding, biar nampak hari-hari. So, lebih bersemangat bila tengok. 

2. Yakin pada diri sendiri. Yes, confident level kena tinggi. Tapi, mestilah setanding dengan kemampuan kita. Hanya kita yang tau diri kita yang macam mana.

3. Berani untuk gagal. Orang yang berjaya tak takut pada kegagalan. Bagi cikla, gagal tu adalah pengalaman terbaik untik kita perbaiki mana yang tak ok.

6 tips berjaya dalam hidup. Kredit Google.

4. Sentiasa berfikiran positif. Adakalanya memang sukar nak kekalkan rasa positive ni. Kita manusia biasa, rasa down tu semua memang normal. Tapi, jangan down lama-lama. Ingat balik point no 1 tu. Apa big why kita.

5. Jangan abaikan kritikan. Ada orang sukar nak terima kritikan. Lagi lagi kritikan negatif. Kritikan sebenarnya menjadikan kita sedar apa kesalahan kita selama ni. Perbaikilah dan jangan sombong. 

6. Doa dan tawakkal. Ini adalah yang terpenting. Doa padaNya sampai Dia kesian kat kita. insha'Allah cepat atau lambat Allah pasti bagi. 

Jom semua kita terus bersemangat capai impian ya. Yeahhh. 

20 September 2021

Didik anak soleh? Apa kata buat tips ni.

September 20, 2021 3
Semua ibu bapa menginginkan anak anak mereka menjadi anak soleh solehah dan taat ibu bapa serta perintah Allah SWT. Namun, adalah mudah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh seperti yang diimpikan? 

Jom baca tips berikut. 

1. Bangun pagi, peluk anak sekurang-kurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak).

2. Lembutkan hati anak dengan cara menghembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian dengan surah berikut : 

- Surah Al-Fatihah.
- Surah Al-Hasyr (ayat 21-24).
- Surah Taha (ayat 1-5).
- Ayat Qursi.
- Zikir ya Latif.

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :

- Ya 'Aziz.
- Ya Jabbar.
- Ya Mutakabbir.

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)

5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.

Moga bermanfaat. 

(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara Al-Fateh).

Kredit : Grup Telegram Petua dan Kesihatan.

Resdung, bahaya ke?

September 20, 2021 1
Resdung adalah radang pada rongga rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung.

Resdung, bahaya ke?
Resdung, bahaya ke? Kredit Google.

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan pembiakan kuman bakteria. 

Dan, kalau dibiarkan berterusan tanpa rawatan, resdung akan menjadi kronik seterusnya menyebabkan kesihatan mula terjejas.

Apa pulak faktor resdung ye?

1. Struktur hidung iaitu saluran hidung sempit, tumor dan lelangit terbuka menyebabkan rongga sinus tertutup dan mengakibatkan mucus tersumbat dan tak boleh dibuang. 

2. Kekurangan air putih.

3. Udara tercemar atau alahan. 

4. Bakteria dan virus. 

5. Jangkitan kulat.

Resdung, bahaya ke?
Resdung, bahaya ke?

Resdung, bahaya ke?
Resdung, bahaya ke?

Hurmmm, dah tau faktor resdung, pastu apa pulak kesan dia? 

1. Kehadiran jerawat di sekitar muka yang teruk.

2. Kerap bersin setiap pagi.

3. Hidung selalu gatal serta alahan.

4. Melibatkan mata seterusnya merebak ke otak kalau di tahap kronik dan boleh bawa maut. 

Haaa, dah tau kesan dia tak kan nak dibiarkan aje kan. Kenalah ikhtiar sebelum melarat. Kang lagi panjang kisah dia. Tapi korang nak tau cara paling mudah nak rawat resdung ni tanpa ubat? Gunalah minyak urut moden MMG.

Resdung, bahaya ke?
Resdung, bahaya ke?

Caranya tersangatlah senang. 

1. Picit sikit MMG di hujung jari telunjuk.

2. Sapu pada bahagian atas kening dan bahagian tepi hidung atau batang hidung. Senang kata zon T muka korang. 

Korang elok apply sebelum korang tidur atau time resdung atau selsema menyinggah. 

Moga bermanfaat.

Klik SINI untuk pertanyaan produk dan pembelian. 

Cara mengundang rezeki Allah.

September 20, 2021 1
Pendapat cikla, rezeki itu tak perlu dicari. Ia perlu diundang. Ehh, macam mana pulak nak undang rezeki tu ye. Nak tau? Baca perkongsian ini sampai habis.

+  Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.  

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhannya MAHA KAYA.

+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat dan pikul sendiri makanan untuk mereka.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat Dhuha dan berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

+ Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah SWT redha, hidupnya pun berkat.

+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH SWT.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah SWT Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Mudahkan urusan sendiri dengan memudahkan urusan orang lain.

September 20, 2021 1
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda:
 
"Sesiapa yang menghilangkan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan menghilangkan kesulitannya pada hari kiamat.

Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.
 
Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat.

Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mana hamba itu membantu saudaranya.

Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan dengannya perjalanan ke syurga.

Tidaklah berkumpul sesuatu kaum di rumah daripada rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah, dan mempelajarinya antara satu sama lain melainkan ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan menyeliputi mereka, malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang dekat denganNya.

Sesiapa yang lambat dalam melakukan amal (kebaikan), nasabnya tidak akan mempercepatkannya."

[Sahih Muslim, no. 2699]

Moga memberi manfaat. 

14 September 2021

Jom beristighfar.

September 14, 2021 2
Istighfar, kalimah yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. 

Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. 

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan segala kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. 

Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Sebab itu Allah sangat menyukai hambaNya yang terus beristighfar. 

Tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah segalamengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.


Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia. 

Moga-moga selama kita menyebut istighfar mencapai makna-maknanya.

Nak bahagia? Jaga 3 perkara ini.

September 14, 2021 0
Pertama, ketika menerima kenikmatan, pujilah Allah.

Kedua, saat rezeki terlambat datang, mohonlah ampun padaNya.

Nak bahagia? Jaga 3 perkara ini.
Gambar kredit Google. 

Nak bahagia? Jaga 3 perkara ini.
Gambar kredit Google.

Ketiga, kala tertimpa kesulitan, seringlah berdzikir laa haula walaa quwwata illaa billah, "Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah".

Aamiin.

Selamat pagi. 

13 September 2021

Manisnya diuji!

September 13, 2021 1
Orang kata ujian tanda Allah sayang. Ia, pada orang yang redha menerimanya. Tapi bagaimana pada mereka yang selalu menyalahkanNya? 

Allahu, sesungguhnya Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan kita. Apapun bersangka baik dengan segalanya. Fikirkan yang baik, insha'Allah semuanya akan baik-baik aje. 

Manisnya diuji!
Kredit Google.

"Jangan terus rebah bila diuji. Walau dada rasa pedih sekali, kerana Allah itu lebih mengerti. Ada hikmah yang tersembunyi. Allah hanya menguji, agar engkau mengerti bahawa manisnya kehidupan ini di sebalik rasa diuji. Saat terluka bila diuji, itulah saat Nur melimpah di hati. Pada Allah dekatkan diri, zikir dan Istighfar tidak berhenti. Tenanglah wahai hati, tabah menempuhi resam duniawi. Agar kau mengerti manisnya rasa diuji. Insha'Allah, muhasabah setiap hari."

Moga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi apa saja ujian dari Dia. 

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?

September 13, 2021 0
Dulu, masa kena buat rawatan radioiodin untuk kanser tiroid, cikla juga berpengalaman duduk dalam bilik kuarantin, tapi masa tu cikla buat di IKN, Putrajaya. 

Tapi, kisah ini dikongsikan oleh seorang staff nurse di Jabatan Perubatan Nuklear HKL. Jom baca kita tambah pengetahuan. 

Bahagian nuklear adalah tempat untuk pesakit tiroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer.

Thyroid pulak ada dua, hypothyroidism dan hyperthyroidism. Ehh, amende tu. Senang faham, hypothyroidism tu kurang hormon tiroid, hyperthyroidism pulak lebih hormon tiroid. Korang, cara gali sendiri la ye. Cikla ada share sebelum ni. 

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 

Kita sambung balik pasal radioaktif iodin terapi. Radioaktif iodin terapi ni salah satu treatment yang agak important jugak la, bertujuan untuk menghapuskan thyroid cells yang bermaharajalela di thyroid gland atau kelenjar tiroid.

Mana-mana pesakit yang admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang minum iodine pada dos yang tinggi. Mana yang kena minum setakat 50 mci or 80 mci ke bawah, just minum kat klinik je tapi kena ikut pantang larang jugak ye. 

Radioactive Iodine (RAI) Therapy ni ada radiasi. Dah nama pun radioactive kan. So, ada pantang larang sebelum dan selepas minum. Pesakit yang minum dos melebihi 80 mci kena kuarantin dalam wad sekurangnya 8 hari atau seminggu.

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 

Pantang larang SEBELUM minum RAI :

Stop makan ubat Carbimazole 7 hari sebelum tarikh minum RAI (untuk hyper).
❌ Stop makan ubat Thyroxine sebulan sebelum tarikh minum RAI (untuk kanser). 
❌ Stop makan seafood termasuk ikan 7 hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan any produk tenusu termasuk cheese ke keju ke susu ke cheesy wedges ke or apa jua makanan yang berkaitan 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan sebarang coklat jugak tau 7hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan KUNING TELUR 7 hari sebelum tarikh minum RAI.
❌ Stop makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina 1 bulan sebelum tarikh minum RAI.

Pantang larang SELEPAS minum RAI :
(Out patient - yang walk in ke ward dan balik umah terus lepas minum RAI).

❌ KUARANTIN kat rumah sekurangnya 7 hari.
❌ TAK BOLEH nak singgah-singgah pasar ke shopping mall ke apa ke. Terus balik rumah. Jangan sebarkan radiasi pada mereka yang sihat. Kesian dorang.
❌ Basuh baju asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan wash by hand je. Untuk elak sebaran radiasi.
❌ TAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri.
❌ Pinggan mangkuk tak boleh kongsi. Kalau kuarantin kat rumah guna satu pinggan satu cawan satu sudu sepanjang kuarantin. Cuci asing dari pinggan mangkuk orang lain.
❌ Tak boleh share bilik dengan ahli kelurga yang lain. Kena tidur dalam bilik berasingan.
❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi.
❌ Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi.

Kalau patient in ward pun sama je pantang larangnya. Cuma beza dalam ward ni kena pakai baju hospital, diet served dalam bekas yang disposable

Guna tandas pam 3x. Buang sampah yang digunakan dalam tong khas yang disediakan. Ada ruangan khas yang memisahkan jarak pesakit dan staff untuk berkomunikasi. 

Boleh menerima pelawat tetapi pesakit tak boleh keluar dari bilik. Kiranya nak membawang kuat-kuat tak boleh la, kena maintain jarak 1-2 meter tu. 

Selepas 48 jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. 

Katanya lagi, "Ramai pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan radiasi, even department lain pun ada yang tak paham. Takut sangat kalau dengar kita nak transfer patient ke department diaorang. 

Once Staff Fizik dah datang dan ukur radiasi dalam badan dan cakap all ok dan dah di tahap normal, means it's ok. Jangan campur aduk dengan perkara yang kita tak arif tentangnya. Jangan bahas dengan mereka yang pakar dalam bidangnya. Make it simple."

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu?
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google.

Tambahan info;

Jika pesakit collapsed ketika menjalani rawatan Radioiodine (walaupun ia sangat jarang berlaku) nyawa pesakit tetap diutamakan walaupun pesakit berada dalam keadaan beradiasi tinggi dan agak berisiko pada staff. 

Namun, jururawat yang bertugas perlu mengikut SOP KESELAMATAN yang ditetapkan. Pegawai Sains Fizik yang bertugas atau oncall wajib diberitahu. 

Dan pegawai sains fizik akan datang ke wad dan mengukur kadar radiasi dalam badan pesakit.

Jururawat dan PPK pula perlu masuk ke bilik kuarantin secara bergilir-gilir. Tak digalakkan masuk bersama sekaligus. Tujuannya untuk mengelak terkena sebaran radiasi yang tinggi.

Untuk pengetahuan, pada ketika ini waris telah pun dimaklumkan akan keadaan pesakit oleh doktor. Jika pesakit meninggal dunia, LO (Last Office) akan dilakukan seperti biasa, namun bezanya pesakit akan dimandikan dan disolatkan di wad. 

Segala urusan pengendalian jenazah akan dilakukan di dalam wad dan dipantau oleh pegawai sains fizik yang bertugas atau oncall. 

Untuk proses pengebumian, hanya seorang atau dua atau beberapa waris terdekat sahaja yang dibenarkan hadir. 

Tujuannya untuk mengelakkan sinaran radiasi merebak kepada mereka yang sihat. Selalunya waris faham dan akur dan akan mengikut arahan dari pihak hospital demi keselamatan diri masing-masing.

Moga ia memberi sedikit info pada yang memerlukan. 

Sumber: SharkyLemon JavaLava (grup fb Tiroid dan Anda Ori).

Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni.

September 13, 2021 1
Cikla agak semua tau kot, mata adalah anugerah dan nikmat yang paling bernilai. Tanpa mata kita tak dapat melihat alam sekeliling, tak dapat tengok wajah orang kita sayang dan tak dapat melakukan aktiviti rutin kita dengan baik. So, jagalah organ yang satu ini sebaiknya. Insha'Allah. 

Tapi, orang kata kalau kita jaga macam mana pun Allah nak uji kita bagi sakit, kita wajib berikhtiar untuk menyembuhkannya. Apa kata kita cuba dengan cara alami atau semulajadi. Sudah tentu ia lebih selamat walaupun mungkin kesan dia agak lambat kan. 

Alaa, kita cuba ajelah mudah-mudahan serasi dan sembuh. 

Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni.
Nak tau cara sembuhkan sakit mata secara alami? Baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Cara menyembuhkan sakit mata secara alami yang pertama adalah dengan menggunakan air hangat. Celupkan kain bersih ke dalam air hangat, kemudian peras lalu tempelkan atau letakkan pada mata selama 15 minit. Cara ini akan menjadikan otot mata yang meradang atau bermasalah akan menjadi baik.

Kedua, menggunakan daun sirih. Rasanya sejak dulu lagi daun sirih dikatakan dapat mengubati penyakit mata. Caranya, rebus 5 helai daun sirih, kemudian ditapis dan ambil airnya. Guna aira tersebut untuk membasuh mata. Ada yang kata, kali pertama buat akan rasa pedih sikit tapi lama-lama akan ok. 

Ketiga, guna kentang. Kandungan dalam kentang dikatakan dapat membunuh kuman dan bakteria yang ada di mata yang sakit itu. Caranya, kupas kentang dan cuci bersih-bersih. Parut kentang, lepas tu bungkus kentang tadi dengan kain. Then, tekan bungkusan kain berisi kentang tu pada mata.

Keempat, guna bawang putih. Ramai tau kot, bawang putih mempunyai terlalu banyak manfaat untuk kesihatan termasuklah untuk menyembuhkan mata yang sakit. Caranya, ambil seulas bawang putih pastu kupas dan hiris sedikit di hujungnya. Setelah itu gunakan pada garis bawah mata macam korang pakai eyeliner. Biarkan beberapa saat. 

Benda ni pedih sikit, maklumlah bawang wehh sedangkan kupas kulit dia pun boleh berair mata ni kan pulak letak kat mata. Hihi. Namun, cara ni lebih efektif untuk mengeluarkan kotoran pada mata.

Moga bermanfaat. 

Kredit grup telegram PetuaDanKesihatan.

Moga Allah sentiasa melembutkan hati kita.

September 13, 2021 0
Tangan yang terluka mudah diubati. Tapi, kalau hati terluka susah nak disembuhkan kembali. Walau dah berkali dicuba untuk melupakannya. Namun hanya luka yang sembuh. Tapi sakitnya masih terasa.

Mulut dan hati tak sekata. Mulut berkata lupakan semuanya, tapi hati sebaliknya. Moga Allah sentiasa melembutkan hati kita semua. 

Selamat pagi sahabat. 

11 September 2021

Jom selesaikan masalah berikut dengan minyak urut moden MMG.

September 11, 2021 0
Kata orang, kita kalau nak sakit tu taktau bila mai. Kadang tengah elok elok je, aduhh sakit perut la, senggugut la, sakit gigi la, gatal hidung la. Macam macam. Tapi takpe. Husnuzon ajelah. 

Lagipun, sakit tu kan penghapus dosa kecil. Apa yang penting stenbai je apa apa yang boleh bagi lega sakit tu. 

Contohnya minyak urut moden MMG ni. Semua masalah yang cikla mention dekat atas tu inshaAllah dia boleh bantu beri kelegaan. 

Jom selesaikan masalah berikut dengan minyak urut moden MMG.
Jom selesaikan masalah berikut dengan minyak urut moden MMG. 

Lepas guna dia elok je korang boleh sambung balik kerja korang yang tergendala tu sebab tangan korang elok je kering tak berminyak langsung. Siap bau wangi semerbak lagi. 

Sapa nak try? Pilih je yang mana berkenan di hati. Pink Lavendar, Black Gold Apple atau Green Cucumber.  Semua best

Klik SINI untuk mendapatkan tester MMG  percuma. 

Redha dengan ujian yang Allah datangkan? Macam mana tu?

September 11, 2021 0
Bukan senang nak redha dengan ujian tetapi ada cara untuk redha dengan ujian yang Allah datangkan.

  1. Berbaik sangka dengan Allah.
  2. Berlapang dada.
  3. Percaya dan yakin yang Allah mahu naikkan darjat iman kita.
  4. Terus istighfar bila hati mula mahu menyalahkan Tuhan.
  5. Ingatkan diri yang kita cuma hamba Allah dan Allah Tuhan kita.
  6. Cari hikmah di sebalik musibah. 
  7. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi rasa.
  8. Sibukkan diri dengan membuat perkara yang bermanfaat.

Redha dengan ujian yang Allah datangkan? Macam mana tu?
Redha dengan ujian yang Allah datangkan? Macam mana tu?

Kredit : Buku Dropship Pahala (Ustaz Elyas Ismail) 

Macam mana nak tau hati kita bersih atau tak?

September 11, 2021 0
"Hati yang bersih suka pada kebaikan. Hati yang bersih suka lihat orang bahagia. Hati yang bersih akan tenang. Hati yang bersih tahu mana yang baik atau tidak baik. Hati yang bersih suka mendengar kesilapan diri sendiri. Hati yang bersih suka memaafkan kesilapan orang. Hati yang bersih suka mencari kebaikan dalam suasana. Hati yang bersih suka mencari kebaikan dalam seseorang. Hati yang bersih sentiasa menghargai, menghormati, membalas budi."

- Prof Muhaya -

Macam mana nak tau hati kita bersih atau tak?
Macam mana nak tau hati kita bersih atau tak? 

Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hari ini. Aamiin. 

Lisan terindah.

September 11, 2021 0
Adalah lisan yang selalu berkata baik, bercakap benar dan menjawab salam kepada orang yang memberinya salam.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA.

09 September 2021

Hadiahkan SET LOVE MMG untuk yang tersayang.

September 09, 2021 0
Korang, bukan sesaja tau kita tambah bau Lavendar dekat dalam minyak urut moden MMG ni. Sebabnya si lavendar memang banyak sangat khasiat dia. 

Lagipun, kita nak korang bau wangi walaupun sebenarnya korang tu pakai minyak urut jer. Lavendar ni pulak kelebihan dia bukan takat baunya yang harum semerbak, tapi ada banyak lagi khasiat dia yang lain.

Hadiahkan SET LOVE MMG untuk yang tersayang.
Hadiahkan SET LOVE MMG untuk yang tersayang. 

Tapi, hat yang dalam gambar ni set love yang ada MMG lavendar biasa dengan lavendar bidara. Limited edition sesangat pasalnya lepas ni dah tak jumpa dah set sweet cute camni. Nak hadiahkan pada yang tersayang, molekk beno ni. Kan?

Hadiahkan SET LOVE MMG untuk yang tersayang.
Hadiahkan SET LOVE MMG untuk yang tersayang. 

Klik SINI untuk pertanyaan lanjut. 

Selamat pagi.

September 09, 2021 2
Selamat pagi sahabat positif. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalian hari ini ya.

08 September 2021

Kekalkan energy dengan menjaga emosi.

September 08, 2021 2
Ingat! Berniaga ikut mood, sale juga akan ikut mood. Bila emosi down, income juga akan turut serta down.

Pernah tak mula-mula rasa bersemangat nak berniaga bersungguh-sungguh, tapi lama-kelamaan dah tak ada energy tu? Dah hilang. Itu tandanya kita sudah hilang fokus.

So, nak berjaya jangan ikut mood!

FOKUS, FOKUS, FOKUS!

Ingat balik TARGET sales dan IMPIAN kita. 

Boleh boleh!

Selamat pagi penjemput rezeki. 

07 September 2021

Sentiasa bersangka baik.

September 07, 2021 1
Bila apa yang kita inginkan tak dapat dan orang lain yang dapat, janganlah kita kesal dan kecil hati tapi tengoklah dan bermusahabah. Mungkin kalau nikmat yang diberi kepada orang tu diberi kepada kita, kita tak mampu nak melaksanakan hak syukurnya.

Sehingga tidak diberi seperti orang itu adalah Allah ingin menyelamatkan kita daripada tergelincir tak bersyukur. Sentiasalah bersikap berbaik sangka kepada Allah.

Selamat petang dan salam maghrib. 

Bila rasa down, nak buat apa?

September 07, 2021 1
Dalam bisnes dan hidup korang, korang pernah tak rasa, korang dah buat semua dah, semua korang follow apa yang leader suruh, tapi hasilnya null. 

Bak kata orang, rasa letih dan giveup tu macam segunung everest banyaknya. Rasa macam hanyut di tasik madu, tak siapa yang peduli. Ececehh, bermadah pulak dah. Hihi. 

Setan mulalah menghasut, bisik bisik kat telinga etu. "Alah, ko tak boleh buat berhenti jer la. Nak buat apa buang masa." Huhu. 

Korang tau tak, bila korang mula rasa give up, down korang hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada nak teruskan  apa yang korang buat sekarang ni atau buat something dengan try benda baru atau berubah! So, apa yang korang kena buat?

Stop pressure yourself!

Gais, memang bagus bercita-cita tinggi, tapi kadangkala ada masanya kita perlu 'duduk, cermin semula diri kita dan cari tahu semua hal baik yang korang buat sekarang. So, bila kecewa, try buat ni : 

  1. Fikirkan hal-hal dalam hidup korang yang buat korang bersyukur. Fokus jer apa yang korang ada, dan bukan pada yang korang takde atau apa yang dipunyai oleh orang lain.
  2. Stop bagi tekanan pada duri korang tu.  Just syukur dan bersemangat dengan siapa diri korang sekarang. Terima diri seadanya sebab kebahagiaan adalah pilihan. Betul?

Bangun dan bergerak wehh.

Cuba untuk keluar dari situasi yang korang duduk sekarang, jangan asik terperuk jer dengan melakukan aktiviti yang korang suka. Buatlah streching ke, senaman ringan ke bagi badan tu fresh dan lepas dari stress. 

Paling mudah, pergi walking walking ke, cycling ke. Asalkan korang dapat environment yang buat korang lebih rasa fresh dan bersemangat. 

Dekatkan diri dengan orang yang korang suka.

Bergaullah sesama keluarga dan kawan-kawan sebab inilah ubat terbaik boleh menjadi ubat terbaik bila kita in 'blues'. 

Paling tak pun, buat video call ke, call ke at least korang dapat berbual. Cerita benda benda best je la. So that dapat jugaklah release apa yang menyebukan fikiran tu.

Cari jalan untuk ketawa.
Korang, kita takleh nak terlalu serius sangat. Ada masalah ketawalah. paling mudah ingat benda benda happy masa kita kecik dulu. Orang kata zaman kanak-kanaklah zaman paling hepi. Takde masalah. Hihi. 

Bila rasa down, nak buat apa?
Bila rasa down, nak buat apa?

Makan sesuatu yang sihat.
Ada orang bila rasa down mesti makan kan? Paling mudah makan makanan ringan, betul tak? Tapi kan, sebenarnya junk food boleh jadi trigger kepada stress yang korang hadap tu. Bertambah stress lagi. Haha. Apa yang bagus, makanla makanan ringan yang sihat ye kawan-kawan macam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijian.

Tarik nafas dalam-dalam.
Fokus pada pernafasan mungkin dapat membantu korang daripada berfikir yang bukan-bukan sebab ada artikel dalam MyHealth menyebut, semasa stres, pernafasan akan jadi cepat tanpa kawalan. Dengan lakukan teknik pernafasan yang betul, korang boleh jadi lebih tenang bila berhadapan dengan situasi yang tegang. Ia dapat tingkatkan pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida, so that ia tingkatkan peredaran darah sekaligus kurangkan ketegangan.

Baca sesuatu yang menginspirasikan.
Korang tau tak, sepatah ayat mempunyai power untuk menyembuhkan dan mengurangkan rasa down. Cuba cari dan baca cerita menginpirasikan. 

Selesaikan semua perkara yang sepatutnya.
Ini adalah antara cara mudah untuk change negative thinking bila korang alami hari yang buruk, iaitu dengan melakukan "kerja". Lakukanapa jer yang korang suka, dan sebagai umat Islam yang taat, ‘kerja’ yang patut korang lakukan adalah menunaikan kewajipan dengan mengingati Dia. 

Bagi cikla, apa yang penting kita ingat balik apa tujuan dan big why kita kita kita buat sesuatu tu terutama dalam bisnes. Rasa down itu normal tapi janganlah down lama-lama dan terlalu mengikut hati. Moga dipermudahkan urusan kalian ya. 

06 September 2021

Baca ayat ini 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.

September 06, 2021 5
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

Baca ayat ini 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.
Baca ayat ini 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. 

1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad):

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar."

Sumber : Tazkirah Ustaz Ebit Lew

Selamat pagi.

September 06, 2021 1
Bukti Allah sayangkan kita, kita masih lagi diberi peluang untuk hidup pada hari ini. 

Maknanya,Allah juga bagi peluang pada kita untuk tambah amalan, memperbaiki kesilapan, mantapkan iman. Alhamdullilah, syukur segala nikmat.

Cikla doakan jugak sahabat semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dilindungi oleh Yang Maha Esa. 

Aamin. 

05 September 2021

Apa kaitan redha Allah dengan redha ibubapa?

September 05, 2021 2
Ustaz Wadi Anuar kata, redha Allah SWT tergantung dengan redha ibu bapa. Sekalipun kita manusia yang paling banyak beribadat di atas muka bumi Allah SWT,  tetapi kalau kita berseteru dengan ibu dan ayah kita, seluruh ibadat kita tidak dipandang.

Apa kaitan redha Allah dengan redha ibubapa?
Apa kaitan redha Allah dengan redha ibubapa? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Walaupun ibu bapa kita jenis tidak sembahyang, tidak tutup aurat bahkan menjadi manusia yang dipandang rendah orang lain, kita masih perlu TAAT kepada mereka selagi mana ibu bapa tidak menyuruh kita membuat benda yang melanggar syariat. 

Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine.

September 05, 2021 0
Mereka yang hypothyroid perlu mengambil thyroxine sebab pengganti kelenjar tiroid untuk produce hormon tiroid. Mereka yang HYPOTIROID ni tak kiralah dalam keadaan apa pun yang menyebabkan mereka Hypo sama ada hypo sebab ubat (dari hyper ke hypo, atau hypo sebab pembedahan thyroidectomy. Semuanya sama saja, mereka akan ambik thyroxine jugak.

Seringkali apabila kita dapat dose ubat,  doktor akan turunkan dose bila T4 jadi tinggi. Doktor akan cakap,  kita dah jadi hyper, jadi kena turunkan dose. Padahal kita dah selesa dengan dose yang sebelumnya. So apa nak buat kalau benda ni jadi kat kita? 

Contoh;

Kita selesa sangat dengan dose 150 mcg. Berat badan tak naik. Sendi tak jammed. Mood bagus. Emosi bagus. Tapi bila doktor tengok result darah kita, doc turunkan dose ke 100 mcg. Apa kita akan rasa? Berat badan naik. Malas pun sama naik. Sendi macam enjin berkarat. Moody. Emosi ke laut. Macam-macamlah.

Haa, korang pernah alami tak? 

Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine.
Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine. Kredit Google.

Sebenarnya, ada cara nak kurangkan kesan mendadak daripada penurunan dose ubat tu. Caranya mudah saja dan ada yang dah buat. Kalau doktor nak ubah dose ubat,  mintak dengan doktor untuk ambik dose lama pada hari sabtu dan ahad.  Hari lain, kita ambik dose baru. 

Katakan dose yang lepas ialah 150 mcg. Doktor turunkan ke 100 mcg. Mintak dengan doktor untuk ambik dose baru (contoh 100 mcg) pada hari Isnin sampai Jumaat. Tapi Sabtu dan Ahad, mintak untuk kekal dose lama (150 mcg). 

Kalau kita buat macam tu,  badan kita boleh ambik masa untuk serasi dengan dose terbaru thyroxine tu. Satu lagi ialah,  kita akan jadi lebih cergas bila jadi sedikit hyper. 

Tapi kita tak boleh ambik dose tanpa arahan doc. Boleh bincang dengan doktor yang merawat semasa appointment akan datang. 

Bincang baik-baik dengan doktor. Jangan angguk-angguk jer apa doktor cakap. Sila tanya doktor kalau tak faham ye. InshaAllah dorang akan menjawab segala persoalan kita. 

Apa yang penting, jangan gandakan ubat korang. Harap pengidap HYPOTHYROID jadi lebih cergas selepas ini. InshaAllah. 

Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine.
Apa nak buat bila doktor turunkan dose Thyroxine. Kredit Google. 

Ehh, Nanti ada pulak yang tanya tentang HYPER. Kena ingat ye, Hyper tak boleh ikut hypo sebab jenis ubat tak sama. Wallahualam.

Kredit Grup Tiroid dan Anda (Ori).

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.

September 05, 2021 0
Lelaki ni kadang memang lain ragam dia. Ada lelaki atau suami yang sempoi sproting je, tapi ada jugak yang jenis tak puas hati luah jer. Pungg pang pungg pang dia bising. 

Namun, ada gak yang jenis pendam dalam hati. So, para isteri mesti baca ni kalau nak tau apa perkara yang boleh buat suami naik angin. 

Perkongsian ni dari Ustaz Ramli Joned.

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.
21 perkara yang membuat suami anda naik angin. Kredit Google.

Jom baca. 

1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tak. Walaupun ianya benar. Contoh, "hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla"...

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia perkara yang tak penting, terlampau kerap dan selalu di masa yang salah. Contoh, "hello abang, ada meeting ker tu. Sorry la cuma nak cakap, malam nih kita masak ikan sardin jer. Ok tak?"... 

3. Mengalihkan barang-barang suami, sewaktu mengemas, sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh, "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu."...

4. Mengambil atau menggunting mana-mana muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar atau majalah. Sampai tidak jumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. Contoh, "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan." Aduhaii, haha.

5. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar atau supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. Contoh, "bang, semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak. Boleh singgah tak mana mana, pleaze..."

6. Tak menyediakan senarai yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marah atau salahkan suami. Contoh, "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apasal awak beli susu pekat dan gula pasir. Kan lain tu."...

7. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Contoh, "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan? "

8. Bercakap atau bersembang ditelefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... Contoh, "pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot."

9. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Contoh, "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan."...

10. Tidak berhias sewaktu di rumah, atau mengambil mudah dengan pakaian dan bau yang kurang sesuai, terutama semasa suami balik ke rumah dari ofis. Tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. Contoh, "Oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin, kat rumah pakai jeans koyak pun orang tak nampak. Ok kan bang.."

11. Mengambil masa yang cukup lama bersiap, bila nak keluar ke mana-mana, dan membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur. Contoh, "Sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul."

12. Dengan sengaja atau tak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih oleh suami, untuk dipakai di hari berkenaan. Contoh, "Eh baju tu masih berendam dalam besen lagi. Nak pakai jugak ke baju basah tu."

21 perkara yang membuat suami anda naik angin.
21 perkara yang membuat suami anda naik angin. Kredit Google.

13. Selalu menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak tu. Contoh, "Eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu."

14. Tak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. Contoh, "Nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun."

15. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. Contoh, "Awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih."

16. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. Contoh, "U tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak. Then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar. Then lagi u tak tak. Then today.  Then tadi, u tau tak. Semalam u nak tau. Bla bla bla bla."...

17. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap-tiap hari. Contoh, "i dah kata jangan kasi budak-budak tu handphone, kan sekarang dah. Bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla. Ini semua salah you."...

18. Menfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. Contoh, "eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti-henti nih. Perempuan mana pulak awak nak nih."

19. Tak memasak masakan yang suami nak makan. Contoh, "Apasal u tak cakap tadi kata u nak makan mee bandung dengan pasembor. I dah buat masak lemak labu kuning ni."

20. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. Contoh, "Adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak."

21. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. Contoh, "You tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu, then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry, kemudian nak tanam padi belakang rumah, then nak menuai sekali."

Kredit Google.

Namun, para SUAMI juga hendaklah meletakkan dirinya di kedudukan isteri, dalam perkara-perkara di atas. 

MOGA-MOGA RUMAHTANGGA AKAN TERUS HARMONI, CERIA DAN BERBAHAGIA. AAMIIN.