"Luahan Rasa Tanpa Suara"

26 December 2021

Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah?

December 26, 2021 0
Korang tau tak, kalau korang duduk atau berdiri lama sangat direct sampai 6 jam nonstop boleh buat badan korang jadi lenguh tau. Lebih-lebih lagi bahagian pinggang, leher dengan bahu. 

Kita fahamlah kan, lagi-lagi korang yang hat keje kilang tu nak tak nak kena jugaklah camtu kan. Iyelah, tak kan nak wat keje sambil baring pulak. Hihi, gurau! 

Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah?

Sesambil amalkan tips tu, korang boleh sapu minyak urut moden MMG dekat area yang lenguh tu. Contohnya, MMG TIMUN BIDARA. Perghh, memang pantas gila dia meresap, kejap je dah rasa lega. Ni semua keje minyak kayu putih la ni dok rasa lega sokmo. Bila dah lega, nak buat keja pun jadi semangat kan.

Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah?
Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah? 

Sebenarnya, ada tips yang korang boleh buat tau nak kurangkan atau elak terus lenguh ni. Kalau korang rasa dah lama duduk tu, buatlah pergerakan setiap setengah jam. 

Sesambil tu pulak, korang boleh je buat senaman ringan macam gerak-gerakkan kaki ke. Asalkan korang jangan dok kaku tercongok kat meja keje tu je, janji ada gerak-gerak sikit.

Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah?
Macam mana nak legakan rasa lenguh dengan mudah? 

Bau dia pulak, wangi sampai penuh satu line/opis. Orang sebelah tumpang asyik dibuai bau wangi MMG tu.

Klik SINI untuk pertanyaan dan order. 

17 December 2021

Kebaikan minum air suam?

December 17, 2021 0
Kebaikan meminum air suam memang tak dapat disangkal lagi. Jom baca kalau nak tau lebih.

Kebaikan minum air suam?
Kebaikan minum air suam? Kredit Google.

Bersihkan Tubuh

Korang tau tak, air suam cukup efektif untuk bersihkan tubuh. Kalau sistem penghadaman korang kurang baik, dengan mudah korang dapat atasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. 

Selain tu jugak, minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosak di dalam tubuh. Korang jugak boleh campurkan air suam dengan madu atau lemon untuk dapatkan hasil yag lebih baik. Cubalah!

Kurangkan Kesakitan

Rupanya, dengan meminum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Kalau korang mengalami sakit perut ke, sakit kepala ke ataupun sengal-sengal badan, cubalah minum segelas air suam. 

InshaAllah korang akan rasa lega sebab dikatakan inilah cara paling cepat dan mudah untuk merawatnya.

Cegah Sembelit

Rasanya semua orang pernah alami sembelit kan. Mungkin lepas ni korang boleh try minum air suam pulak. Pagi-pagi lepas korang bangun tidur tu, cer minum segelas air suam dalam keadaan perut kosong. 

Cara ni dikatakan bagus untuk tingkatkan pergerakan usus. Kesannya, masalah sembelit akan dapat diatasi. Air suam jugak boleh pecahkan partikel makanan dan membawanya melalui usus.

Keluarkan Peluh

Korang perasan tak, kadang-kadang time korang minum air suam, peluh akan keluar. Sebenarnya, masa itu, suhu badan korang akan meningkat, so air akan cuba untuk dinginkan suhu tu melalui peluh. 

Apa yang best, berpeluh boleh bantu bersihkan sel-sel kulit gak. Syok kan?

Kawal Berat Badan


Kalau korang berhasrat nak turunkan berat badan, apa kata minum segelas air suam dengan lemon dan madu everyday setiap lepas makan. Cara ini sebenarnya sangat membantu untuk turunkan berat badan yang berlebihan. 

Air suam berfungsi pecahkan timbunan lemak dalam badan dan sekaigus dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Lemon pulak yang mengandungi pektin serat yang mana akan kawal keinginan korang untuk makan. 

Lancarkan Aliran Darah

Selain fungsi air suam dikatakan mampu membakar timbunan lemak, dia jugak dapat bantu lancarkan aliran darah dalam badan serta keluarkan racun berbahaya dari dalam badan.

Atasi Masalah Selsema Dan Batuk

Iritasi atau keradangan yang berlaku pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang sakit gila kan? So, dengan meminum air suam boleh bantu kurangkan sakit tekak dan batuk berkahak serta bantu kahak keluar dengan mudah.

Moga bermanfaat.

Ibu menyusu boleh berdiet turunkan berat badan ke?

December 17, 2021 0
Jawapannya, tentu saja boleh. Tapi sudah semestinya ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby.


1. Mulakan selepas baby berumur 2-3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.

2. Makan 1500 kcal -1800 kcal sehari, bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori. Kurangkan makanan yang berminyak. Makanlah sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Hurmm, berapa kerap agaknya? At least ada gap 2 jam.

3. Elak mengamalkan diet shortcut! - no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet, sebab ia berpotensi jejaskan kualiti susu. Amalkan healthy diet yang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.

4. Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500 g seminggu ataupun 2 kg sebulan. Sikit takpe asalkan anak cukup khasiat.

5. Menyusu sekerap mungkin. Korang tau tak, ibu akan burn 300-500 kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn. Amazing!

6. Kurangkan kalori secara berperingkat, jangan dari 2500 kcal terus ke 1500 kcal. Benda ni mesti akan effect kualiti susu. 

Walau apapun, diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tak digalakkan sebab keadaan ini akan menjejaskan ibu dan anak. Namun, yang lain-lain adalah bergantung kepada individu. Moga bermanfaat.

Kredit : @Petuadankesihatan

Amalan pembuka rezeki.

December 17, 2021 0

Solat awal waktu, lazimi solat dhuha, tahajud dan taubat. 
Bahagiakan ayah dan ibu. 
Selalu tolong orang terutama keluarga sendiri. 
Sedekah di waktu Subuh. 
Sentiasa beristighfar. 
Sentiasa bersalawat. 
Sentiasa memberi ilmu. 
Sentiasa senyum dan tenang. 
Selalu membantu orang. 
Selalu memberi manfaat kepada orang. 
Sentiasa bersyukur. 
Niat cari rezeki kerana Allah. 
Amalkan membaca surah Al-Waqiah.

Kredit : DakwahBidadari 

16 December 2021

14 tanda hati mati.

December 16, 2021 0

1. "Tarkush sholah', berani meninggalkan salat fardhu.

2. "Adzdzanbu bil farhi", tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS Al A'raf: 3).

3. "Karhul Qur'an", tidak mau membaca Alquran.

4. "Hubbul ma'asyi", terus menerus maksiat.

5. "Asikhru", sibuknya hanya mempergunjing dan buruk sangka, serta merasa dirinya selalu lebih suci.

6. "Ghodbul ulamai", sangat benci dengan nasihat baik dan ulama.

7. "Qolbul hajari", tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat.

8. "Himmatuhul bathni", gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya.

10. "Anaaniyyun", tidak mau tau, cuek, atau masa bodoh keadaan orang lain, bahkan pada keluarganya sendiri sekalipun menderita.

11. "Al intiqoom", pendendam hebat.

12. "Albukhlu", sangat pelit.

13. "Ghodhbaanun", cepat marah karena keangkuhan dan dengki.

14. "Asy Syirku", syirik dan percaya sekali kepada dukun dan praktiknya.

Nak tau 12 kunci awet muda?

December 16, 2021 0

1. TIDAK MEMBENCI. 

Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan padamu tetapi doakan dia untuk berubah dan menjadi baik serta mendapat hidayah. 

2. TIDAK MENGELUH. 

Tetap bersyukur maka Allah akan menambah nikmatmu, jangan berkeluh kesah karena apa yang kita alami sebuah proses untuk kita menjadi lebih dewasa, dalam banyak hal, perbanyaklah berdoa kepada Allah subhanallahu wa ta'ala. 

3. HIDUP SEDERHANA. 

Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi dan harta melimpah karena apa yang kita terima semuanya titipan dan semua ada hisabnya. 

4. BERPRASANGKA BAIK. 

Senantiasa berfikir positif meskipun jika ditimpa musibah, Allah tidak pernah memberi cobaan melebihi kemampuan kita, dan Allah menguji karena mencintai hambanya. 

5. SELALU TERSENYUM. 

Tersenyumlah karena itu termasuk sedekah, senyum disaat sakit hati, dihina, difitnah
Juga membawa energi Yang positif dalam hati kita dan satu hal yang perlu diingat saat di hina, difitnah pahalanya akan di transfer ke kita terus apa yang kau risaukan?

6. RAJIN BERSEDEKAH. 

Gemar memberi dan berbagi meski dalam keadaan sempit, karena hakekatnya harta kita ada hak orang lain yang Allah titipkan melalui kita. 

7. BERDOA TANPA SEPENGETAHUAN MEREKA. 

Selalu mendoakan sahabat-sahabat kita untuk kebaikan mereka tanpa sepengetahuanya. 

8. TIDAK DENGKI & IRI HATI. 

Jangan iri dan dengki karena cantik, kaya, punya jabatan, hanyalah titipan, setiap hamba sudah diatur Rizkinya sesuai Takaranya. Dan yakinlah itu yang terbaik untukmu, miskin bukan berarti hina, padahal hikmah didalamnya adalah Allah akan memudahkan hisab. 

9. MUDAH MEMAAFKAN. 

Memaafkan kesalahan orang lain setelah menyakiti hati kita, sangatlah berat tapi sangat dicintai Allah dan akan merasakan ketenangan dalam hati kita. 

10. HINDARI PERMUSUHAN. 

Hidup didunia hanya sebentar jangan sampai kita punya musuh, kalau kita sudah berbuat baik tapi masih saja dibenci katakan cukuplah Allah sebagai Saksiku. 

11. BANYAK MEMBACA AL-QUR'AN. 

Sebaik baik bacaan adalah Al- Qur'an. Beribu-ribu keutamaan dalam membaca Al-Qur'an. Setiap satu huruf ada 10 pahala dan disaksikan oleh malaikat. 
Rumah yang dibacakan Al-Qur'an akan terhindar dari syetan. 

12. BANYAK MEMBACA SHOLAWAT.

Barang siapa yang membaca sholawat 1 kali maka Allah akan menghapuskan dosa 10 kali. (HR. Ahmad)

Kredit : telegram hijrahpendosa

Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.

December 16, 2021 1
Jika ada rakan hypothyroid yang terlintas  untuk buat percubaan stop ubat sendiri tanpa pengawasan dari doktor, silakan. Silakan fikir sepuluh ribu juta kali. 

Sebenarnya korang membahayakan diri korang kalau tak ambil ubat atau saja-saja stop tanpa arahan doktor. 

Kalau korang seketul HYPOTHYROID sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau gagal untuk mengambil  ubat tiroid iaitu, levothyroxine atau thyroxine atau lain-lain ubat penggantian hormon tiroid boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan korang.  

Risiko-risiko ini boleh termasuk yang berikut: 

1. Tekanan darah jadi tak menentu.
2. Suhu badan yang rendah, sentiasa berasa sejuk. 
3. Keletihan dan kemurungan. 
4. Mempunyai masalah memori atau brain fog. 
5. Kolesterol tinggi, rawatan tahap kolesterol tinggi.
6. Penambahan berat badan.
7. Ketidaksuburan, risiko keguguran , kematian pada kelahiran dan kelahiran pramatang. 
8. Datang haid yang tak menentu.
9. Kehilangan atau penurunan nafsu seks.
10. Kelemahan otot, sakit sendi atau otot.
11. Keguguran rambut.
12. Tangan bengkak, termasuk kaki dan muka.
13. Pertumbuhan nodul tiroid dan  meningkatkan saiz goiter. 
14. Peningkatan risiko penyakit jantung.
15. Peningkatan risiko jangkitan 
Myxedema, koma dan kematian.

Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.
Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid. Kredit Google.

Apa itu Myxedema Coma? 

Keadaan yang teruk disebabkan oleh tahap hormon tiroid yang rendah di dalam darah (hypothyroidsm) ialah myxedema coma, iaitu kehilangan fungsi otak. 

Kalau korang nak tau, myxedema coma dikategorikan sebagai komplikasi yang boleh mengancam nyawa disebabkan oleh hypothyroidsm dan ia adalah lebih serius dari yang kita tahu tentang penyakit tiroid ini.

Apa yang boleh menyebabkan myxedema coma? 

Kebanyakan pesakit yang dapat myxedema coma ada sejarah hypothyroidsm, pembedahan tiroid atau mengambil radioaktif iodine (RAI) untuk tiroid. 

Namun, ia sangat jarang berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan kelenjar tiroid mengeluarkan hormon tiroid. 

Tapi sebaliknya ia disebabkan oleh kegagalan kelenjar pituitary atau hypothalamus untuk memberi isyarat yang betul kepada kelenjar tiroid supaya melaksanakan tugasnya iaitu mengeluarkan hormon tiroid dengan betul. 

Dalam situasi ini, kelenjar tiroid dalam keadaan normal, tapi ia tidak menerima isyarat dari kelenjar pituitary atau hypothalamus bagi membuatkan Ia mampu menghasilkan hormon tiroid.

Apa pencetus (triggers) myxedema coma? 

Beberapa faktor mungkin tiba-tiba menjadi pencetus myxedema coma. Ia boleh berlaku kepada mereka yang tidak mengawal tahap hypothyroidsm. Ini termasuklah;

1. Pengambilan ubatan (drugs - terutamanya ubat sedatif, narcotics, anesthesia, lithium (Eskalith, Lithobid) dan amlodarone (Cordarone).
2. Jangkitan.
3. Stroke.
4. Trauma.
5. Kegagalan jantung.
6. Pendarahan gastrointestinal.
7. Hypothermia (suhu badan yang luar biasa rendah).
8. Gagal mengambil ubat tiroid seperti yang diarahkan.

Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid.
Risiko jika skip ubat tanpa arahan doktor untuk Hyporthyroid. Kredit Google.

Apakah simptom-simptom myxedema coma?

1. Suhu badan akan jadi luar biasa rendah. Mungkin akan serendah 26.6 darjah C.
2. Gangguan mental yang teruk termasuklah berhalusinasi, disorientasi, sawan, dan akhirnya koma.
3. Pembengkakan di seluruh tubuh (edema) dengan mata juga bengkak dan lidah menjadi tebal.
4. Rambut kering, jarang dan kehilangan bulu kening.
5. Sukar untuk bernafas
6. Pengumpulan cecair di paru-paru dan jantung (pleural effusion and pericardial effussions).
6. Jantung mungkin perlahan (slow down) dan keupayaan mengepam darah merosot.
7. Saluran gastrointestinal tidak berfungsi dengan baik dan kadangkala ia menjadi lumpuh, oleh itu ia memerlukan pembedahan.
8. Kelainan dalam ujian darah adalah hasil daripada peningkatan cecair  dalam badan. Sebagai contoh, tahap sodium merudum disebabkan oleh pencairan, yang disebabkan oleh badan yang menyimpan air berlebihan.

Gangguan hormon tiroid yang ringan, boleh dikendalikan dibawah pengawasan Doktor. Manakala, myxedema coma pada umumnya dikendalikan oleh pakar tiroid (Endocrinologist) sebab rawatannya boleh jadi sangat rumit dan kritikal.

Bagaimana Myxedema coma boleh dicegah dari berlaku? 

Cara yang paling baik untuk menghalang keadaan ini  ialah dengan mencegahnya lebih awal. Individu dengan hypothyroidsm sepatutnya membuat rutin rawatan dan ujian darah untuk pastikan dos pil penggantian hormon tiroid adalah sesuai.

Sekiranya mempunyai simptom-simptm yang membimbangkan, tapi belum didiagnos sebagai pengidap hypothyroidsm, mereka sepatutnya segera ke hospital untuk menguji hormon tiroid mereka.

Kredit grup fb Tiroid dan Anda Ori 

Nak tau apakah ganjaran kalau kita berzikir? Baca ni.

December 16, 2021 0

Nak tau apakah ganjaran kalau kita berzikir? Baca ni. 

1. Allah SWT mengingati orang yang berzikir.
2. Menghalau syaitan.
3. Menanam rasa syukur.
4. Menambah cinta kepada Allah SWT. 
5. Membersihkan hati.
6. Membuang rasa bimbang.
7. Mendapat kebaikan di dunia.
8. Mendapat ganjaran keampunan dan pahala.
9. Mendapat kebaikan di akhirat.
10. Dilimpahkan rezeki.
11. Saraf otak menjadi aktif.
12. Memperbaiki percakapan menjadi lebih baik.
13. Mengatasi darah gemuruh. 

Zikir amalan pembuka rezeki.

December 16, 2021 0
Selamat pagi sahabat. Moga dimurahkan rezeki kita semua. 

 لا اله الا الله الملك الحق المبين 

La ilaha illallah al malikul haqqul mubin

Maksud : "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata."

Barangsiapa setiap hari membaca "La ilaha illallah al malikul haqqul mubin" maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. 

(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Aamiin.

Tip untuk kulit dehidrasi.

December 16, 2021 0
Kulit yang cantik, mulus, lembab dan indah dan anjal adalah dambaan semua orang. Ada banyak petua untuk dapatkan kulit yang cantik, salah satunya adalah kita boleh mencampurkan madu dan susu, di mana madu dan susu dapat membantu zat dan melembabkan kulit.

Caranya adalah dengan membuat scrub dari madu dan susu seperti berikut ini :

1. Campurkan menjadi satu  :

   - Satu sudu makan susu
   - Satu sudu makan madu
   - Satu sudu teh minyak zaitun dan
   - secubit garam

2. Lumurkan Scrub ini hanya pada area kulit tubuh. 

3. Diamkan lebih kurang 10-15 minit

4. Gosok perlahan-lahan

5. Bilas hingga bersih

6. Ulangi secara rutin satu minggu sekali.

Selamat mencuba.

15 December 2021

Apa 6 penyakit yang menimpa umat akhir zaman?

December 15, 2021 2

1. Terlalu banyak bersukaria.
2. Terlalu mewah.
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin.
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia.
5. Saling memarahi.
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain.

(HR. Hakim)

Apa nak buat kalau si kecil anda mengamuk tanpa sebab? Ibu-ibu wajib baca ni.

December 15, 2021 0
Pernah tak anak korang tetiba mengamuk taktau apa sebab pun. Elok-elok main tetiba mengamuk macam nak tercabut rumah dia punya jerit. Macam ibu yang berkerja jugak. Balik dari kerja, anak yang selalu happy dan ceria menunjukkan ciri-ciri bad mood tanpa sebab. Sudahlah mama penat pulang dari kerja, anak pula mengamuk tanpa diketahui puncanya. Apa cara terbaik berhadapan situasi ini?

Apa yang patut dilakukan apabila anak berusia bawah dua tahun mengamuk?

1. Bertenang dan bersabar.

Ya, anda memang penat dan letih kerana baru pulang dari kerja tetapi jangan ikut perasaan dengan terus menengking dan memarahi si kecil. Sebaliknya tarik nafas dan bersabar. Bayangkan perasaannya yang ditinggalkan seharian oleh anda. Mungkin si manja rindukan mama dan tak tahu bagaimana cara meluahkan perasaan kecuali menangis dan mengamuk.

2. Pujuk.

Teknik pujukan berkesan mungkin dapat menenangkan dan mententeramkan amukan si kecil. Setiap ibu punya cara memujuk anak masing-masing. Masa inilah anda perlu bijak menggunakan pelbagai teknik pujukan.

3. Periksa apa yang tidak kena.

Selepas cubaan memujuk tetapi si kecil masih lagi mengamuk, apa kata anda periksa keadaan dirinya. Mungkin ketika itu lampinnya sudah 'lencun' dan membuatkan dia tidak selesa atau mungkin juga anak anda sedang kelaparan tetapi oleh kerana masih belum pandai bercakap dia tidak boleh memberitahu keinginannya. Ada kemungkinan juga si kecil mengamuk kerana dia terlalu letih dan mengantuk atau ada sesuatu yang membuatkan dia tidak berpuas hati semasa di rumah pengasuh/taska.

4. Tanya apa yang dikehendaki.

Jika anak anda sudah boleh bercakap walaupun masih belum lancar dan fasih, tanyakan apa sebenarnya yang dia kehendaki. Sekurang-kurangnya anda dapat membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia mengamuk.

5. Beri susu.

Susu juga boleh menjadi 'ubat' penenang paling mujarab. Tak kira sama ada anak anda menyusu susu formula atau menyusu susu ibu.

6. Mandikan.

Bawa anak mandi dan bersihkan dirinya. Ia turut boleh membantunya bertenang. Mungkin dia merasa tidak selesa kerana baju yang kotor dan badan yang berpeluh selepas bermain di rumah pengasuh atau taska.

7. Peluk dan tenangkan.

Kadangkala anak kecil anda sebenarnya rindukan pelukan hangat daripada ibu selepas seharian tidak berjumpa. Jadi, berikan dia pelukan dan tenangkan dengan kata-kata lembut.

8. Tidurkan.

Rasa letih dan mengantuk yang dialami boleh juga membuatkan anak anda mengamuk. Salah satu cara untuk menenangkan anak yang mengamuk ialah menidurkannya.

Situasi ini adalah perkara normal yang akan dihadapi oleh papa dan mama tanpa diduga. Kadangkala amukan dan bad mood si manja anda berlarutan sampai ke malam. Banyakkan bersabar dan cuba cari jalan menenangkan anak.

Kredit : HASNITA PaMa dan Grup Telegram Petuadankesihatan.

Ayat-ayat Allah dalam Al-Quran penyembuh penyakit.

December 15, 2021 0
Berikut, merupakan ayat-ayat Allah yang menyebutkan bahwa Al-Qur'an adalah penyembuh bagi segala penyakit:


1. Surah At-Taubah ayat 14

Qaatiluuhum yu'addzib-humullaahu bi`aidiikum wa yukhzihim wa yansurkum 'alaihim wa yasyfi suduura qaumim mu`miniin

Artinya: Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. (QS. At-Taubah: 14).

2. Surah Yunus ayat 57

Yaa ayyuhan-naasu qad jaa`atkum mau'idzatum mir rabbikum wa syifaa`ul limaa fis-suduuri wa hudaw wa ra?matul lil-mu`miniin

Artinya: Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus: 57).

3. Surah An-Nahl ayat 69

Summa kulii ming kullis-samaraati faslukii subula rabbiki dzululaa, yakhruju mim butuunihaa syaraabum mukhtalifun alwaanuhuu f?hi syifaa`ul lin-naas, inna fi dzaalika la`aayatal liqaumiy yatafakkaruun

Artinya: Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl: 69).

4. Surah Al-Isra ayat 82

Wa nunazzilu minal-qur`aani maa huwa syifaa`uw wa rahmatul lil-mu`miniina wa laa yazidudh-dhaalimiina illaa khasaaraa

Artinya: Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (QS. Al-Isra: 82).

5. Surah Asy-Syu'ara ayat 80

Wa idzaa maridltu fa huwa yasyfiin

Artinya: Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. (QS. Asy-Syu'ara: 80).

6. Surah Fussilat ayat 44

Walau ja'alnaahu qur`aanan a'jamiyyal laqaaluu lau laa fussilat aayaatuh, a a'jamiyyuw wa 'arabiyy, qul huwa lilladziina aamanuu hudaw wa syifaa`, walladziina laa yu`minuuna f? adzaanihim waqruw wa huwa 'alaihim 'amaa, ulaa`ika yunaadauna mim makaanim ba'iid

Artinya: Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh. (QS. Fussilat: 44).

Makanan untuk pesakit tiroid.

December 15, 2021 0
Apakah makanan yang paling sesuai untuk pesakit tiroid? 

Soalan ini selalu ditanya pada doktor kan. So, jom kita baca perkongsian dari Dr Arif Shahar untuk merungkai kegusaran ini mengenai pantang-larang pemakanan bagi pesakit tiroid. 

Perkara pertama yang perlu kita fahami adalah penyakit tiroid ni adalah pelbagai. 

Kedua, kebanyakan penyakit tiroid tak dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan gaya hidup. 

Ketiga, iodin adalah bahan mentah bagi kilang pengeluaran hormon tiroid iaitu kelenjar tiroid dan ia diproses menjadi hormon tiroid iaitu tiroxin (T4) dan triiodotironin (T3)].

Contoh makanan kaya iodin adalah ikan kod dan tuna/tongkol, seaweed, shrimp/udang dan lain-lain makanan laut, produk tenusu seperti susu, dadih dan keju dan iodized salt atau garam beriodin. 

Keempat, sesetengah makanan dipercayai boleh menyebabkan goiter atau bengkak tiroid atau beguk yang juga dikenali sebagai Goitrogens. 

Dia ni bertindak halang iodin daripada diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid. Keadaan inilah, dipercayai jadi punca macam mana gangguan tiroid boleh jadi dalam kalangan mereka yang mengambil goitrogen secara berlebihan. 

Untuk pengetahuan korang,  tiga jenis bahan kimia goitrogens yang biasa ditemui dalam makanan ialah:

1. Goitrins
2. Thiocyanates
3. Flavonoids

Makanan yang mengandungi goitrogens adalah seperti; 

CRUCIFEROUS VEGETABLES (TIDAK DITERJEMAHKAN SEBAGAI SAYUR-SAYURAN SALIB)

Bok choy
Broccoli
Brussels sprouts
Cabbage / kobis
Cauliflower / kobis bunga
Collard greens
Horseradish
Kale
Kohlrabi
Mustard greens
Rapeseed
Rutabagas
Spinach / sawi
Swedes
Turnips / lobak putih

FRUITS AND STARCHY PLANTS (BUAH DAN SAYUR BERKANJI)

Bamboo shoots / rebung
Cassava
Corn / jagung
Lima beans
Linseed
Millet
Peaches
Peanuts
Pears
Pine nuts
Strawberries
Sweet potatoes

SOY-BASED FOODS (MAKANAN BERASASKAN SOYA)

Tofu
Tempeh / Tempe
Edamame
Soy milk / susu soya


Namun macam yang dah disebutkan tadi, PENYAKIT TIROID ADALAH PELBAGAI.  Faktor pemakanan termasuklah pengambilan iodin dan goitrogen adalah penting bagi penyakit ENDEMIK GOITER atau IODIN DEFICIENCY DISEASE (IDD) atau Penyakit Kekurangan Iodin. 

IDD atau Penyakit Kekurangan Iodin adalah bengkak tiroid (goiter) beserta hipotirodisma yang disebabkan oleh kekurangan iodin dalam diet masyarakat. Biasanya ia terjadi dalam kalangan mereka yang tinggal di pedalaman dan pergunungan di mana makanan laut yang kaya dengan iodin tidak sampai ke pinggan mereka. 

Penyakit IDD mungkin lebih sukar dibasmi walaupun garam iodin dibekalkan, sekiranya sesebuah masyarakat mengamalkan pengambilan goitrogens secara berlebihan. Oleh yang demikian, mereka yang menghidap penyakit tiroid. Selain daripada IDD atau HIPOTIROIDISMA atau GOITER disebabkan oleh kekurangan zat iodin, maka mereka adalah tak terkesan dengan makanan yang disenaraikan di atas.

Jadi mengapa nak bersusah payah berpantang makan kalau korang menghidap HIPERTIROIDISMA kerana GRAVES DISEASE dan HIPOTIROIDISMA kerana HASHIMOTO’S TIROIDITIS? 

Ia disebabkan oleh antibodi tiroid yang beredar dalam pembuluh darah anda, bukannya makanan dalam perut anda yang diambil berpada-pada dan bersederhana. 

Untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit tiroid yang korang sedang hidapi, sila bertanya dengan doktor yang merawat anda. 

Oh ya! Kalau korang perlu menjalani rawatan radioaktif iodin, RAI korang perlu mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin selama kurang lebih 2 minggu sebelum rawatan. 

Selain daripada itu, selamat menjamu selera! Moga bermanfaat.  

Kredit : Dr Arif Shahar (Endokrinologi)

Siapa selalu kena krem masa mengandung?

December 15, 2021 0
Ada pulak yang kata krem ni jadi bila  otot kaki terpaksa tampung berat badan yang berlebihan sebab rahim yang membesar jugak turut bagi  tekanan dari pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. 

This situation jugak libatkan kesan hormon progesterone. Hormon ni hormon utama yang terhasil waktu mengandung, yang mana  ini secara tak langsung bagi kesan kepada ketahanan dan kekuatan otot kaki masa mengandung. 

Korang nak tau tak apa punca jadi krem ni? Tu dia.

1- Otot betis korang yang keletihan, nak nak pulak kalau korang sejenis yang aktif berjalan the whole day. So, memalam tu sebelum tidur eloklah urut urut dulu kaki tu. Baru selesa nak tidur nanti.  

2- Pemilihan kasut yang korang pakai mungkin tak sesuai sebab tekanan pada urat saraf kaki boleh sebabkan kaki cepat lenguh dan krem. Lagi lagi kalau kaki korang bengkak. Uishh, lagi hazab bin sadis. 

3- Peredaran darah yang tak lancar. So, korang kenalah rajin sikit rendam kaki dengan air panas dalam 15 minit gitu untuk lancarkan peredaran darah. Korang kena rajin bersenam gak tau.

4- Mungkin badan korang kurang garam mineral, contohnya kalsium, tak pun magnesium atau fosforus pulak terlebih-lebih. Jadinya, minum susu kenalah tu konsisten, dan jangan lupa ambil air masak secukupnya jugak.

5- Mungkin disebabkan cuaca jugak, nak nak waktu malam kan sejuk biasanya. Pastu, tidur pulak tak berselimut. So, kenalah beringat lepas ni.



So, apa nak buat kalau tetiba kena krem lagi lagi bila time sorang-sorang? 

Korang luruskan kaki pelan pelan, pastu bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah korang. Pastikan sendi lutut semua lurus tau. 

Kalau boleh, try bongkokkan badan. Pastu, try capai jari kaki korang, dengan lembut dan sopan, then tarik jari-jari kaki perlahan-lahan.

Tapi, kalau nak yang paling pantas nak bagi lega, sapu minyak urut moden MMG je. Sapu dan gosok perlahan-perlahan bahagian yang sakit tu, inshaAllah memang rasa lega sangat. 

Lepas ni, tidur kenalah berselimut ye, kalau tak nak pun pakailah stoking. Janji kaki tu tak terdedah dengan cuaca sejuk. 

Klik SINI untuk pertanyaan dan order.