Showing posts with label tips kerjaya. Show all posts
Showing posts with label tips kerjaya. Show all posts

24/11/2017

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Amboi, yakin sungguh tajuk entri ni ye. Hehe. Seingat cikla, last cikla pergi temuduga kira-kira 8 tahun lalu. Huishhh. Lama dah. 

Sebenarnya, sebelum korang nak pergi temuduga, korang mesti membuat persediaan yang cukup supaya korang lebih confident semasa proses temuduga itu berlangsung. 

Tapi, korang kena ingat. Korang bukan saja kena bersedia dari segi mental dan ilmu, tapi penampilan diri jangan dilupakan pulak. 

Bukan apa, kadang-kadang ada sesetengah kerjaya itu amat menitikberatkan cara korang berpakaian dan ia juga akan dinilai oleh orang yang menemuduga korang nanti. So, jangan ambil ringan. Ok!

Cara menghadapi temuduga dengan yakin.

Ada beberapa hal yang korang memang kena pastikan ia tip top supaya korang lebih bersedia sekaligus menyingkirkan rasa takut serta gementar bila tiba turn korang kelak. 

Jom baca tips yang cikla rasa amat berguna dan korang kena tau lebih-lebih korang yang baru pertama kali menghadiri temuduga. Jom semak!

Sebelum menghadiri temuduga, sebaiknya korang hubungi syarikat tersebut dan bertanya serba sedikit mengenai syarikat itu. Tapi, zaman dah moden dan canggih kan. 

Apa lagi, gunakanlah Internet tu untuk surf maklumat penting mengenai syarikat yang korang nak pergi tu. Lagi senang.

Sebaiknya, pakailah pakaian yang formal walaupun skop kerja yang korang nak apply tu mungkin membenarkan pekerja mereka berpakaian kasual atau simple. 

Bak kata pepatah, first impression tu amat penting. Lagipun, ia jugak menunjukkan korang serius nakkan kerja tersebut.

Sebenarnya, kalau korang nak tau pakaian formal je tak cukup kalau korang tak kemas dan rapi. Imej tu. Kemeja tu masukkanlah ke dalam dan pastikan kemeja dan seluar digosok tau. Rambut pulak janganlah serabai.  Sikat molek-molek. Baru nampak korang tu seorang yang profesional. Haaa, gitu. 

Mengenai aksesori pulak, boleh je kalau korang nak pakai. Janganlah nampak berlebihan dan sarat sangat. Kalau perempuan, nak pakai rantai boleh je. 

Tapi, janganlah sampai penuh leher tu. Lepas tu ada loceng-loceng pulak. Dah mengganggu sesi temuduga tu pulak nanti.

Berikut merupakan beberapa kesalahan yang  biasa dilakukan semasa temuduga berlangsung, iaitu;

  • Datang lambat sebab ini akan menunjukkan yang korang tak berdisiplin dan tak menepati masa.
  • Tak prepare langsung tak kiralah dari segi ilmu. Ada pulak yang lupa nak bawak dokumen dan sijil berkaitan. Ish ish.
  • Semasa menjawab soalan, sangat terhad. Kalau korang nak tau, jawapan panjang membuatkan korang tak fokus, manakala jawapan yang pendek menunjukan korang kurang tarikan kepada temuduga itu. Apa yang terbaik, kalau ditanya soalan, tunjukkan minat korang dan jangan bersikap acuh tak acuh.
  • Bersikap tak sopan. Boleh pulak time penemuduga tu bertanya soalan, dia potong dulu cakap orang tu. Memang fail lah. Lepas tu, handphone pulak asyik tit tot tit tot. Apa yang bagus, sebelum masuk bilik temuduga tu off siap-siap handphone korang tu, dan bagi perhatian.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Karier.

07/04/2017

Tips elak mengantuk di tempat kerja.

Ye, cikla memang seorang surirumah. Tapi, kadang-kadang baru je awal pagi dah mengantuk balik. Mengantuk yang amat pulak tu. Kerja rumah kalau sebelah pagi memang banyak. Korang yang bekerja di office pun mesti ada rasa macam tu jugak kan. 

Ada sesetengah tu dah buat macam-macam dah, tapi still mengantuk jugak. Lagi sadis, kalau boss korang ternampak korang tengah lena diulit intan. Boss sporting takpelah. Kalau boleh 'bengkeng'? Haha. Menjawablah sat lagi. 

Tips elak mengantuk di tempat kerja.
Tips elak mengantuk di tempat kerja. Kredit Googlp

Tapi, takpe. Meh baca ni. Ada tips elak mengantuk di tempat kerja. Nak tau tak?  Apa lagi, teruskanlah membaca. Jangan sampai pketiduran pulak ye. Hihi.

Ramai orang cakap sarapan tu penting. Ye, memang betul pun. Sebab tu kalau boleh jangan skip sarapan. Walau macam mana pun, kena amik jugak. Sarapan penting sebab ia akan bagi kita tenaga sepanjang hari. Lagipun, kalau kita lapar automatik kita akan rasa mengantuk. So, sarapan tau.

Selain itu, kalau korang mengantuk apa kata korang bangun sekejap dan buat regangan badan. Paling tak pun, berjalan-jalan di sekitar ruang kerja korang. Dah rasa segar balik bolehlah sambung buat kerja. 

Korang boleh jugak simpan 'bekalan' untuk korang mengunyah. Orang cakap snek. Tapi, pastikan snek yang sihatlah. Ada yang mengatakan dengan mengunyah, dapat menghilangkan rasa mengantuk.

Kalau ngantuk jugak, korang sembang-sembanglah sekejap dengan kawan sebelah korang. Tapi, janganlah asyik sangat bersembang sampai tak siap kerja. 

Tips elak mengantuk di tempat kerja.
Tips elak mengantuk di tempat kerja. Kredit Google.

Pada cikla, tidur yang cukup dan motivasi diri adalah yang terpenting. Elak kan tidur lewat dan biasakan tidur awal supaya kita akan lebih segar pada keesokkannya. 

Di samping itu, set minda tu sentiasa positif dan sentiasa ingat kita berkerja untuk apa dan untuk siapa. Sentiasa bersemangat. Kalau mengantuk jugak, tidur ajelah kat rumah. Hehe.

Sumber Ruangan Karier.

28/02/2017

Sebab gagal temuduga.

Tak dinafikan kebanyakan graduan yang baru menamatkan pengajian pasti tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. Sesi temuduga memang tak kan boleh elak punyalah. Nak tak nak, korang mesti kena tempoh jugak demi mendapatkan kerjaya yang diinginkan. 

Akan tetapi, ada sesetengahnya, walaupun mempunyai kelulusan yang bagus tapi masih berisiko untuk gagal temuduga. Sebab apa? Ha.. inilah yang cikla nak share ni. Sebenarnya, kalau korang nak tau ada hal yang paling mudah yang menyebabkan seseorang senang-senang je ditolak, iaitu masa pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. 

Sebab gagal temuduga.
Sebab gagal temuduga. Kredit Google my

Bak kata orang, first impression itu sangat penting. Tanggapan orang bila  pertama kali tengok kita. Sudahlah begitu, cara komunikasi pun kurang menyakinkan dengan gaya bahasa badan yang lemah. Bila ditanya, soalan dijawab dengan kurang yakin dan teragak-agak. Dekat situ je markah yang diperolehi sangat kurang.

Selain itu, ketrampilan dan gaya personaliti jugak memainkan peranan penting. Personaliti yang kurang memberangsangkan boleh memberi tanggapan negatif kepada si penemuduga sebab ia boleh memberi gambaran yang kita kurang bersedia dan bersikap acuh tak acuh. 

Cara berpakaian jugak penting. Pakai pakaian yang kemas, sesuai dan tak menjolok mata semasa pergi temuduga. Ini pun penting jugak. Walaupun ada banyak lagi sebab mengapa gagal temuduga, tapi tiga perkara di atas yang paling popular.

Semoga bermanfaat.

18/02/2017

Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.

Ada sesetengah lelaki amat mementingkan gaya dan penampilan yang perfect terutama bila berada di khalayak ramai tak kiralah semasa mereka mahu ke pejabat, majlis kasual atau formal. Nak tau apakah tips yang boleh mereka praktikkan? Teruskan pembacaan.

Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.
Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual
atau formal. Sumber Google.

  1. Sebaiknya pakai pakaian yang memang match dengan ukuran badan korang tak kiralah korang beli atau tempah dengan tailor. 
  2. Pakai socks yang sesuai dengan warna suit atau seluar korang. 
  3. Elakkan memakai tie yang terlalu kurus.
  4. Sebaiknya, jangan biarkan dompet korang tu terlalu menggelembung. Taulah korang banyak duit kan, tapi elakkan wallet korang tu terlalu byk 'isi'.
  5. Jangan pakai baju yang berkedut atau sudah terlalu lusuh.
  6. Kalau korang bukan berbadan tinggi dan kurus, elakkan pakai baju bercorak belang menegak.
  7. Kalau korang pergi interview atau mesyuarat rasmi, sebaiknya pakai kemeja lengan panjang dan ber'tie'.
  8. Sebaiknya warna tali pinggang dengan kasut korang sepadan, dan tie mestilah cecah bahagian atas tali pinggang.
  9. Pada masa yang sama, elakkan memakai tali pinggang dengan tali penggantung dari seluar ke bahu (suspender).
  10. Elakkan semburan perfume pada baju, so sembur perfume sebelum memakai baju.
  11. Sentiasa menjaga postur supaya kelihatan tinggi serta nampak yakin bila berhadapan dengan orang.

Sumber Ruangan Ketrampilan.

27/02/2016

Nak pergi temuduga? Nah, tips.

Kebanyakan orang yang baru lepas habis belajar atau graduate mesti dah tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada. Nak cari kerja sekarang memang mencabar, tak macam dulu. 

Rasanya kelambakan graduan yang baru habis belajar memang ramai, tapi peluang kerja pulak nampak macam terhad. 

So, pada cikla memang tak boleh nak memilih sangatlah nak cari kerja zaman sekarang. Nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa? Haha.

Pada cikla tak salah kot kalau kita perlu bermula dari bawah, sebab bagi cikla pengalaman itu lebih bernilai dari segulung ijazah/diploma. 

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin korang boleh jadikan panduan untuk menghadiri temuduga nanti. Mana tau berguna kan, hihi. Oklah jom kita baca.

1. Persiapan sebelum pergi temuduga. PENTING! Kajian pasal syarikat dan jawatan yang kita nak mohon tu penting sebab ia akan menjadikan kita lebih yakin semasa menjawab soalan yang diajukan si penemuduga kelak. Penampilan diri jugak penting, pastikan wajah yang tenang dan senyum. Tapi, jangan lebih lebih senyum pulak, nanti macam kerang busuk. Hehe.

2. Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa temuduga seperti resume dan sijil sijil berkaitan sahaja.

3. Pakaian semasa pergi temuduga juga penting. Pakai pakaian yang sesuai dan sopan. Ketika bercakap jugak, guna bahasa yang sopan dan jawab soalan dengan yakin tanpa teragak agak.

4. Tutup rasa gementar kita dengan senyuman dan ingat! Kawal pergerakan mata. Jangan melilau sana sini.

5. Jawab soalan dengan ringkas tapi padat dan seeloknya tumpukan pada kelebihan kita dan jawab apa yang ditanya. Jangan bagi jawapan yang melalut-lalut, dan keluar topik. Memang fail lah jawabnya. Lagipun, kalau jawapan dah terlampau meleret tu, dah macam over confident pulak nanti.

Macam cikla cakap tadi, zaman sekarang ni tak boleh nak pilih-pilih kerja sangat. Dahlah memilih, lepas tu nak harap gaji yang tinggi pulak tu, tak sedar diri lagi tu, awak tu dahlah fresh graduate, pengalaman pun zero. 

Selain itu, kita kena amik tau jugak apa harapan majikan kita iaitu dengan berkomunikasi dengan baik, boleh dipercayai dan berfikiran kreatif dan kritis. Show your ability tapi jangan terlalu berlebihan, berpada-pada. 

Sumber : Bersama Kaunselor (Harian Metro).

12/10/2015

Awak memilih kerja ke?

Zaman sekarang ni pada cikla kita tak boleh nak memilih kerja sangat. Jangan ingat kita ni graduan atau lulusan universiti, kerja datang dengan mudah sambil menari-nari kat kita. Macam dalam cerita P.Ramlee tu, sekali petik sepuluh datang tau.

Kalau anda fikir macam tu, memang silap sesangat la. Kalau zaman dulu, barangkali boleh kot. Dengan saingan yang sangat sengit di kalangan lulusan universiti, mesti macam susah je nak cari kerja yang berkenaan di hati. Itu belum lagi saingan dari kalangan lulusan STPM, sijil-sijil kemahiran dan lain-lain.

Walaupun kadar pengangguran di negara ni agak rendah dan takdelah membimbangkan sangat (3.2%), tapi yang menjadi isunya sekarang ni adalah yang ramai menggangur itu adalah golongan belia ye. 

Sebenarnya kerajaan dah buat macam-macam langkah nak bantu mereka-mereka ini. 

Kalau nak cakap pasal program seperti Jom Cari Kerja, memang tiap-tiap tahun ada. Pokok persoalannya adalah pada diri kita jugak. Nak ke tak nak.

Awak memilih kerja ke?
Awak memilih kerja ke? Kredit Google. 

Kalau dah dapat kerja yang sesuai pulak, pening nak fikir pasal transpot pulak, kemahiran lagi dan macam-macamlah. So, dengan pelbagai alasan ni membuatkan niat terbantut dan terbiar begitu aje, dengan harapan ada kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa dan raga.

Macam cikla ni, lainlah. Lepas habis belajar, sempat jugak berkerja kejap. Then, get married dan terus tak keje. Opssss, jangan cakap cikla memilih tau. No no no. 

Niat di hati memang nak kerja, tapi di masa sekarang ni niat yang ada agak terhalang disebabkan pelbagai tanggungjawab yang cikla hadapi sekarang ni. Tapi, takpelah. Mungkin ada rezeki lain nanti. Insha Allah.

Pada adik-adik yang masih muda belia, nak-nak pulak korang ada kelulusan dan kemahiran jangan pilih kerja sangat. 

Belajar dari bawah takpe, sebab pengalaman dan kemahiran memang sangat penting di zaman kini. Kelulusan tu bonus je. Kelebihan yang korang ada. Jangan pilih-pilih tau.