"Luahan Rasa Tanpa Suara"

29 February 2024

Petua halau semut di dapur.

February 29, 2024 5
Ada orang kata kalau boleh semut tu jangan di semprot atau dibunuh. Apa kata korang cuba petua-petua ni untuk menghalau semut di rumah korang.

Petua halau semut di dapur.
Petua halau semut di dapur. 

Cili kering.

Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula. 

Minyak masak.

Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya. 

Bawang merah.

Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut. 

Kulit telur.

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.  

Asam gelugur.

Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Daun sirih.

Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner.

27 February 2024

Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.

February 27, 2024 5
Dulu cikla tak reti makan sotong ni. Ada orang panggil sotong getah. Rupanya sedap jugak. liat liat kenyal gitu bila kunyah. Hihi. Jom cikla share resepi macam mana nak buat sambal sotong ni walaupun rasanya ramai yang dah tau cara nak memasaknya kan. Bahan-bahan ni untuk seekor sotong, boleh makan dalam  3 orang camtu. Jom tengok bahan dia. 

Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.
Resepi sambal sotong kembang simple tapi sedap.

Bahan-bahan:

Sotong kembang.
2 biji bawang besar.
5 biji bawang rose kecik.
Asam jawa/asam keping.
Cili kisar.
Minyak.
Garam.
Gula.
Serbuk perasa.
Seinci belacan.
Kicap pekat 1sudu nak bagi warna sambal cantik.

Cara-cara masak;

1. Rebus sotong  selama 15 minit.
2. Blend bawang rose, bawang putih dan cili kering. 
3. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi. 
4. Masa tumis, masuk belacan sekali dan teruskan menumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan sotong kembang yang sudah direbus tadi, jangan lupa toskan dulu sotong tu sebelum masuk dalam kuali.
6. Kacau-kacau biar sebati dan masukkan air asam jawa sikit. Then biar pecah minyak sekali lagi baru masukkan hirisan bawang besar. Agak-agak bawang dah layu sikit, angkat dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Koleksi Resepi Sedap.

25 February 2024

Jauh lebih indahnya rancangan Allah.

February 25, 2024 0
Hari ini Allah bagi kita rasa sedih, kecewa, tersakiti dan sebagainya. Namun, rupanya ada sesuatu indah yang Allah simpan untuk diberi nanti. Tak lambat dan jugak tak terlalu cepat. Tapi tepat pada masanya, itulah rezeki.

Siapa sangka kita rancang biasa-biasa je tapi Allah bagi yang luar biasa. Siapa sangka kita ikhtiar dah cukup padu, tapi Allah tak izin nak beri. Tak siapa pun tahu apa yang Allah tahu. Mungkin dengan mata kasar kita nampak, kenapa Allah tak beri apa yang aku nak? Allah tak sayang aku ke?

Jauh lebih indahnya rancangan Allah.
Jauh lebih indahnya rancangan Allah. 

Tapi, hakikatnya sayangnya Allah pada kita lebih dari segalanya, sebabtu ada benda-benda yang Allah halang dari berlaku. Ramai je yang kecewa ditinggalkan pasangan. Ramai je yang diuji dengan kehilangan harta. Ramai je yang diuji dengan anak.

Cuma satu saja, Allah itu sangat baik. Ujian yang Allah beri bukan sebab benci, tapi sebab Dia tahu kau mampu lalui. Kalau kita tahu kebaikan yang berlaku di sebalik perkara yang Allah tak izin, pasti kita akan minta terus berada dalam ujian.

Kita merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cintaNya dan Dialah sebaik-baik perancang.

#copypaste

Urutan wajah yang betul.

February 25, 2024 0
Selalunya muka akan nampak berminyak terutamanya lepas kita bangun daripada tidur.  Sebenarnya kan, time ni lah paling sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. 

Urutan wajah yang betul.
Urutan wajah yang betul. Kredit image Google. 

Mula-mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Tapi kena ingat, jangan sesekali mengurutnya dengan cara menurun sebab ia akan menpercepatkan proses kedutan diwajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Gituu. 

Selamat mencuba.

23 February 2024

Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu?

February 23, 2024 3
Memang tak dinafikan pelbagai lambakan produk melembutkan kulit di pasaran sekarang ni. Nak hasil mudah dan cepat beli je produk tu kan, betul tak? Namun ada orang suka dan rajin mempraktikkan petua atau cara alami untuk mendapatkan kulit lembut idaman hati gitu. 

So, cikla nak satu petua mudah khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, berjerawat atau mempunyai kesan parut. Mungkin petua ni sesuai dengan korang. Ia juga boleh mengecilkan liang pori pada kulit wajah korang. Kulit wajah pun jadi soft toingg toinggg gitu, cerah dan tak kusam lagi. 

Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu?
Guna tomato untuk licinkan kulit? Macam mana tu? Kredit Google. 

Caranya, parut sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian, gosoklah hasil parutan tu perlahan-lahan pada wajah dan leher yang bermasalah. Kalau korang nak tau, kandungan gelatin semulajadi yang ada dalam tomato dikatakan boleh membantu menghilangkan kehitaman dan jugak parut baru.

Selepas ditepek ke muka, biarkan dalam 20 minit macam tu barulah  dicuci wajah korang tu dengan air suam. Buatlah berulang-kali dan korang akan dapat hasil memuaskan. 

Selamat mencuba. 

Akhirnya, serah diri juga...

February 23, 2024 0
Perghhh, baca tajuk macam suspen je kan? Sebenarnya gini kisahnya. Kisah cikla akhirnya serah diri ke doktor gigi. Dramatik sungguh aihh. Haha. Setelah hampir sekian lama cuba untuk tak menjejakkan kaki ke klinik gigi, terpaksa jugak. Kalau tanya cikla, doktor apa yang paling digeruni? Dah tentu doktor gigi lahh. Hihi. Sampai je depan klinik jantung auto dup dapp. Belum masuk dalam lagi. Haha, apalah punya perangai kan. 

Pasalnya sebab dah tak tahan sakit gigi on off since seminggu lepas. Dah reda sakit gigi tu memang tekad dah nak pi cabut. Lagipun, tak kan asik nak telan ubat tahan sakit je. Risau pulak nanti bagi effect tak bagus di kemudian hari. Ada 4 batang gigi geraham yang sepatutnya dah kena cabut. Tapi yang selalu sakit tu belah kanan, atas bawah. Yang kiri tu jarang-jarang sakit, pun atas bawah gak. 

Akhirnya, serah diri juga...
Akhirnya, serah diri juga...

Doktor tu siap kata, ni geraham rosak atas bawah ni, camne nak makan. Mengunyah mesti dah tak best. Alahhh doktor. Takpelah susah nak makan, jadi kurang makan pun. Asalkan dah tak menghadap sakit gigi lagi. Untung untung boleh bantu turunkan berat badan. Iyelah, kurang makan kan. Haha, menyempat.

So, selamatkan cabut satu geraham dulu. So far sekarang ni rasa tenang dah sebab gigi dah tak sakit. Yang bahagian atas maybe minggu depan nak pi cabut pulak. Nak cabut serentak hari tu doktor tak bagi. Bahaya. Oh ye, kos cikla cabut geraham tu kena RM100. Okey tak kos dia, maklumlah klinik swasta kan. Nak pi kerajaan ada harinya kan. Bukan boleh main pi je. Lagipun klinik ni tak perlu appointment, boleh ke walk in. Tu yang best tu. 

Okey la, nanti share lain pulak. Tata. 

22 February 2024

Zikir pahala dua juta.

February 22, 2024 2
Dari Abdullah bin Abi Aufa R.A, Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan. (Riwayat Thabrani). Zikir ini mengandungi 2 bahagian iaitu:

1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah (Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan Allah itu Zat yang Maha Esa dan tiada sesuatu pun yang menyamaiNya)

2) Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, yang juga kalimah daripada surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang Maha Esa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.

Zikir pahala dua juta.
Zikir pahala dua juta.

Di dalam zikir ini terdapat kalimah tauhid yang sangat berat timbangannya iaitu “Laa ilaaha illallah” dan juga ayat-ayat yang mengesakan Allah SWT. Amalkanlah zikir ini sebelum tidur, selepas bangun tidur dan juga semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).

Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita seharian. InshaAllah.

Kredit : Kongsi ILMU AGAMA

Nak tau tips nak bangun Subuh awal? Baca ni.

February 22, 2024 1
Cikla agak, ada sesetengah orang time Subuhlah time waktu paling susah nak bangun. Orang tua-tua kata, waktu ni la aura kesetanan tu kuat. Azan kat masjid tu punyalah loudspeaker rasa macam bunyi dia kat sebelah telinga je, tapi still liat nak bangun. Allahuakbar. 

Sebenarya, ada 6 tips yang mungkin boleh bantu korang-korang yang mungkin mengalami kesukaran untuk bangun Subuh. Tak try semua, satu dua tips dicuba, oklah kan.

Nak tau tips nak bangun Subuh awal? Baca ni.
Nak tau tips nak bangun Subuh awal? Baca ni. Kredit Google.

1. Tidur awal. Lepas pukul 10:00 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis pun ada menyebut tentang 1 jam pertama selepas Isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.

2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10:00 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun Subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet. Allahu.

3. Maghrib dan Isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat Maghrib dan Isyak yang tak lewat, masuk je waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun Subuh.

4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun Subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di FB orang lain.

5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun Subuh.

6. Minta pada Allah untuk bangun Subuh. Mintaklah, sebab kekuatan bangun Subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun Subuh.

So, ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun Subuh, sebab dikatakan berkat pertama permulaan hari itu bermula dari Subuh. Namun, kalau Subuh kita pukul 7:00 pagi, mampukah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam suasana akhir zaman yang sangat menyakitkan? Mampu ke kita nak hadap ujian? Mampu ke kita nak hadap kecaman? Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan Subuh. Moga Allah permudahkan.

Kredit penulis asal: Abu Hurairah.

15 February 2024

Resepi bendi rebus ala nyonya

February 15, 2024 4
Bendi ni memang banyak khasiat. Kalau sebelum ni korang selalu masak bendi ni jenis lemporr je dalam kuah kari or asam pedas, apa kata try resepi ni pulak.  Tengok gambar macam sedap tu. Nah resepi. Jangan tak buat pulak. Haha.

BENDI REBUS MASAK ALA NYONYA

Resepi bendi  rebus ala nyonya.
Resepi bendi  rebus ala nyonya.


Bahan-bahan

10 biji bendi - dipotong dua
3 biji bawang merah**
2 ulas bawang putih**
5 biji cili kering - dibuang biji pastu direndam air panas**
2 sudu makan udang kering - dibersih pastu direndam**
1 inci belacan** - kalau suka, letak. Kalau tak suka, tak payah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil perasa (brand ikut suka koranglah)

Cara-cara

1. Didihkan air hingga menggelegak, masukkan sedikit minyak masak dan garam. Kemudian, masukkan bendi.
2. Sediakan air ais, angkat bendi terus rendam dalam air ais. Kemudian, toskan letak dalam pinggan.
3. Bahan bertanda (**) dikisar lumat. Selepas tu, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bajan kisar sampai garing dan naik bau.
4. Kalau sambal nampak kering, masukkan je air panas sikit. Bila dah garing, letak sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Last, tuang sambal atas bendi tadi. Sedia dinikmati.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Julia ALeen Aireish

07 February 2024

Isteri tak perlu manja. Apa yang penting solehah.

February 07, 2024 8
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kata, isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami. Apakah itu? 

Jom baca sampai habis kalau nak jadi isteri solehah ya. Hehe.

Isteri tak perlu manja. Apa yang penting solehah.
Isteri tak perlu manja. Apa yang penting solehah. Kredit Pinterest. 

1. Temankan suami makan walaupun kita sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kita sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tangan kita sendiri.

2. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.

3. Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.

4. Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kita terlalu lantang atau melawan katanya.

5. Tutup diri kita daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.

6. Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.

7. Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

8. Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.

9. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.

10. Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.

Moga bermanfaat. 

03 February 2024

Resepi potato cheese ball yang senang nak buat.

February 03, 2024 3
Peminat cheese uolls mesti cuba resepi ni. 

Resepi potato cheese ball yang senang nak buat.
Resepi potato cheese ball yang senang nak buat.

Bahan-bahan
4 biji kentang. 
2 cawan tepung gandum.
2 biji telur.
Serbuk lada putih.
Garam.
Perasa.
Daun bawang.
Daun sup.
Cheddar cheese (untuk inti).
Serbuk roti (bread crumbs).

Cara-cara 
1. Kentang potong dadu dan rebus selama 10 minit pastu lenyekkan.
2. Masukkan garam, telur 1 biji, serbuk lada putih, perasa, tepung gandum, daun bawang dan daun sup gaul sampai jadi doh. 
3. Bulat-bulatkan doh dan masukkan cheese sebagai inti yang dah dipotong dadu. 
4. Salut dengan telur dan serbuk roti kemudian goreng menggunakan api yang perlahan.

Selamat mencuba gaisss. 

Kredit :  Qaireen Aina Thahirah