"Luahan Rasa Tanpa Suara"

26 April 2024

Cara qada solat fardhu.

April 26, 2024 2
Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Tentunya, sebab kita manusia akhir zaman yang lemah imannya. Sering lalai dalam menunaikan kewajiban sebagai hambaNya. Allah. 

Mungkin kita dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja mahupun tak sengaja.

Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan selalu tinggal solat walaupun sudah baligh dulu. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu.

Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah, kan?

So, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana nak qada' solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tak sengaja terlupa atau tertidur dan tak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.

Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja sebab lalai ketika "muda-muda dulu". Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tak tepat sebab Rasulullah SAW sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun baginda tertidur atau terlupa.

Tak ada qada dalam solat bukan bermaksud tak perlu qada tapi tak perlu sebut perkataan qada semasa niat.

Qada ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai "waktu Allah",  qada "waktu kita".

Cara qada solat fardhu.
Cara qada solat fardhu. Kredit image Google. 

Cara niat qada solat fardhu lima waktu:

1 - Solat Maghrib.
“Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Taala."

2 - Solat Isyak.
“Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Taala."

3 - Solat Subuh.
“Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Taala.".
4 - Solat Zuhur.
“Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Taala."

5 - Solat Asar.
“Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Taala."

Ada orang bertanya, Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tak sengaja) sejak akhil baligh sampai sekarang, perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, WAJIB qada solat yang telah tertinggal.

Ada dua cara untuk qada, pertama kalau seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, iaitu sejak dari dia akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga amalan kita diterima Allah SWT.
Selain itu ada juga orang bertanya, kalau ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tapi sudah buat solat taubat) macam mana pulak?

Soal kalau meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah SWT. Namun, kalau kita telah betul-betul sudah insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan sungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosa kita.

Qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja takde waktu larangan padanya. Moga bermanfaat.

Kredit : Mohd Ibrahim.

02 April 2024

Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!

April 02, 2024 4
Rasanya semua orang kenal dan pernah makan buah tembikai kot. Buah tembikai atau nama saintifiknya Citrullus Lunatus ini antara buah kegemaran cikla jugak. Rasanya yang sedap dan penuh berjus memang sentiasa membuka selera lebih-lebih lagi kalau minum time cuaca panas. Rasa sejuk lalu ditekak. Macam buah-buah yang lain, tembikai jugak kaya dengan pelbagai zat dan nutrien yang bagus untuk kesihatan. 

Walaupun secawan jus tembikai mengandungi 46 kalori, namun ia kaya dengan vitamin C, A dan banyak lagi nutrien yang menyihatkan. Kalau nak buat jus tembikai, kalau boleh tak payahlah korang tambah gula kat dalamnya sebab buah ni memang dah cukup manis. Semanis senyumanmu padaku, gitu. Hahaha.

Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!
Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak! Kredit Google.

Jom kita check apakah manfaat tembikai untuk kesihatan kita.

Sumber penghidaratan yang baik untuk badan.

Kita semua tau minum air secukupnya memang sangat disarankan untuk kebaikan badan kita. Namun, kalau kita mengambil makanan yang tinggi kandungan air pun bagus jugak, contohnya buah tembikai yang mengandungi 92% air. So, ia akan membantu kita merasa lebih kenyang bila memakannya. Gabungan air dan serat ni bermakna kita memakan sejumlah makanan yang baik tanpa kita perlu menambah kalori. Itu yang penting kan? Betul tak?

Kaya dengan nutrien dan sebatian tumbuhan yang baik.

Secawan buah tembikai mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin C, A, B1, B5, B6, kalium dan  magnesium, Ia jugak kaya dengan karotenoid termasuk beta karotena dan likopen ditambah pulak dengan asid amino dikenali sebagai citrulline yang penting untuk kesihatan.

Membantu perbaiki kesihatan jantung.

Ada beberapa zat dalam tembikai yang bagus untuk kesihatan jantung. Bahkan ada kajian mengatakan likopen mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah di samping mampu membantu cegah kerosakan oksidatif pada kolesterol.

Membantu melegakan rasa lenguh dan sakit pada otot.

Citrulline adalah sejenis asid amino dalam tembikai yang boleh mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot. 

Bagus untuk kulit dan rambut.

Kandungan vitamin A dan C yang ada dalam tembikai memang bagus untuk kesihatan kulit dan rambut. Vitamin C bantu hasilkan kolagen iaitu sejenis protein untuk pastikan kulit kita sentiasa anjal dan struktur rambut yang kuat. Vitamin A pulak penting untuk kesihatan kulit sebab ia membantu memperbaharui dan memperbaiki sel kulit mati. Tak kurang hebatnya si likopen dan beta karotena yang ada dalam tembikai yang dikatakan mampu melindungi kulit kita dari pancaran panas matahari. 

Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak!
Suka makan buah tembikai? Korang memang sudah membuat pilihan yang bijak! Kredit Google.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat yang kita akan dapat bila kita makan buah tembikai ni. Korang google lah ye, banyak je sharing dan artikel pasal ni. Moga bermanfaat. 

Sumber info : Ruangan Khasiat Alami, Majalah Mingguan Wanita. 

01 April 2024

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi.

April 01, 2024 2
Dah lama tak share tip solekan kan? Walaupun cikla takdelah expert pun pasal solekan, ramai lagi kot yang terror, tapi tak salah rasanya nak kongsi ilmu yang cikla tau. Rasa nak try silakan, tak nak pun takpe. Depend. So, macam kita tau, kita wajib bersihkan muka kita sebersihnya dari kesan solekan untuk mengelakkan muka kita jadi bermasalah macam berjerawat ke atau sebagainya. And, memang tak dinafikan memang berlambak kat luar tu produk yang boleh bantu tanggalkan kesan solekan, namun sesekali guna cara alami pun okey jugak. Selamat dan mudah. Itu yang penting. 

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi.
3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi. Kredit Google.

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi. 

1. Guna timun.
Hiris timun menjadi kepingan halus pastu gosokkan secara lembut pada seluruh muka korang termasuk area mata, atau korang boleh jugak blend halus timun ni buat macam jus untuk mencuci muka korang. 

2. Guna minyak zaitun.
Masukkan sikit minyak zaitun dalam mangkuk yang sesuai. Ambil kapas muka, celup dalam minyak zaitun tersebut pastu sapukan ke seluruh muka. Last, bilas muka dengan air bersih. 

3. Guna minyak kelapa. 
Takde minyak zaitun? Jangan risau, guna je minyak kelapa. Caranya, sapukan minyak kelapa pada kapas muka dan urutkan ke seluruh permukaan kulit muka. Selepas itu, bilas dan bersihkan muka dengan air. Korang tau tak, manfaat minyak kelapa ni selain dari membantu membersihkan solekan, ia jugak boleh dijadikan pelembap dan pelindung kulit. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ruangan Ubah Imej, Mingguan Wanita. 

Kegunaan ubat kumur selain berkumur? No. 5 mesti ramai yang tak sangka.

April 01, 2024 3
Jujur sebelum ni cikla ingat ubat kumur ni fungsi dia hanya semata-mata untuk berkumur je, tapi rupanya lebih dari tu. Macam menarik pulak bunyinya kan sebab nak tau jugak apa kegunaan lain ubat kumur ni lagi-lagi untuk kecantikan. Ubat kumur ni fungsi utama dia bertindak untuk menghapuskan bakteria dalam mulut kita sekaligus bagi kita nafas segar nak nak pulak bila kita bercakap dengan orang. Namun, ada 5 fungsi lain ubat kumur yang mungkin kita tak sangka. Jom baca. 

Kegunaan ubat kumur selain berkumur? No. 5 mesti ramai yang tak sangka.
Kegunaan ubat kumur selain berkumur? No. 5 mesti ramai yang tak sangka. Kredit gambar Google.

1.Membersihkan berus gigi - Caranya senang je. Rendamkan berus gigi korang dalam air hangat yang dicampurkan dengan beberapa titis ubat kumur. Titis je tau, bukan sebotol, haha. Biar sekejap lepas tu korang bilaslah berus gigi korang tu dengan air bersih. Cara ni dikatakan berkesan untuk membersihkan kotoran atau bakteria yang melekat pada berus gigi korang tu. Korang boleh juga buat cara yang sama untuk membersihkan berus mekap korang atau sikt. Cubalah!

2. Menghapuskan bau kaki - Bau kaki ni takdelah sesadis bau badan kan, namum tetap menghasilkan bau kurang enak dan buat diri kita jadi kurang yakin lagi-lagi bila berhadapan dengan orang ramai. Pakai pulak kasut jenis sarung tu, peergghh confirm baunya semerbak sungguh bila kasut tu dibukak. Haha. So, apa kata korang try guna ubat kumur untuk atasi masalah ni. Caranya, rendamkan kaki korang dalam air hangat yang dah dicampurkan dengan sedikit ubat kumur. Kaki jadi wangi, bahkan cara ni jugak dapat bantu melegakan urat saraf kaki. Nyaman gitu. 

3. Mengatasi masalah kelemumur - Korang yang dah pening fikir dan cub macam-macam cara nak atasi masalah kelemumur kat kepala korang tu, apa kata cuba yang ni pulak. Campurkan sikit ubat kumur dengan air bersih. Korang letaklah campuran ni dalam botol spray ke camtu, bila nak guna spray je pada kulit kepala korang sebelum korang cuci rambut. Kesan sejuk iaitu menthol yang ada dalam ubat kumur tu akan bagi kelegaan pada kulit kepala korang. Kuping kelemumur pun mudah nak tanggal masa korang bersyampu nanti. Try la!

4. Mengatasi masalah bau badan. - Haa, bau yang ni lagi satu masalah besar jugak. Ada orang merasakan hal ni adalah hal yang serius dan perlu segera diatasi. Bukan apa, kita dan orang sekeliling kita mesti rasa tak selesa kan dengan bau-bauan aisem tu. Confident level pun down terus. So, cara nak atasinya dengan ubat kumur mudah je. Tiap kali korang mandi tu, gosok ubat kumur pada ketiak korang. Selepas tu, sabun je macam biasa dan bilas bersih-bersih. Hasilnya, ketiak korang akan bebas bau peluh walaupun korang tak pakai penwangi ketiak.

5. Mengecutkan jerawat. - Wah, jerawat pun dia tapau ye. Caranya, ambil kapas muka dan rendamkan dalam ubat kumur. Lepas tu, tekap kapas muka pada muka korang yang ada jerawat tu perlahan-lahan. Biarkan sekejap sebelum korang cuci muka dengan air bersih. 

Moga bermanfaat dan selamat mencuba. 

Kredit : Ruangan Sekilas Cantik. Majalah Mingguan Wanita. 

Jangan ikut emosi, bertenanglah.

April 01, 2024 2
Cikla ada terbaca satu artikel ni, dia tulis, "belajar padam memori yang tak perlu". Hurmm, apa maksud tersirat disebalik ungkapan ni ye. Ironinya, selagi kita bernafas dan bernama manusia, kita pasti tak kan terlepas dari masalah. Kadang, lepas satu, satu masalah yang datang. Tak settle masalah yang ni, masalah baru pulak timbul. Masalah diri sendiri, masalah kerja itu belum lagi masalah dengan keluarga dan orang sekeliling. 

Korang mesti selalu dengan orang kata, masalah itu adalah ujian Allah untuk kita. Apa fungsi ujian dalam hidup kita? Tentunya untuk menjadikan kita lebih kuat, sabar, tabah serta matang. Dan yang paling penting, masalah jugak boleh jadikan kita muhasabah diri mungkin kita juga ada buat silap tanpa kita sedari. 

Nak selesaikan masalah kena ada ilmu. Jangan biarkan emosi menguasi diri kita, lagi-lagi jika masalah itu melibatkan orang lain. Sentiasa berfikiran jernih dan rasional dan jangan ikut kata hati. Ye, faham bila melibatkan orang lain memang ada kalanya sukar menahan kesabaran, tapi ambillah langkah bijak untuk meredakan keadaan.

Jangan ikut emosi, bertenanglah.
Jangan ikut emosi, bertenanglah. Kredit Google.

Ada orang siang malam fikir masalah sampai tak makan, tak tidur, kemurungan, menyendiri dari dunia sekeliling. Last, jadi stress. Apa yang bagus, fikirlah jalan penyelesaian terbaik, bukan fikir sampai kita terus dihanyutka dengan masalah tu. Faham tak maksud cikla? 

Walaupun penyelesaian kepada masalah-masalah itu tak sama, iyelah ada yang buat kita happy namun tak dinafikan ada sebaliknya, janji kita dah settle kan part kita (untuk masalah yang melibatkan orang lain), yang selebihnya biarlah Allah yang bantu. Doa je moga Allah melembutkan hati pihak yang satu lagi tu ke, atau bagi dia pulak masa untuk menenangkan hati dia. Kita jalani je hidup kita macam biasa, yang lain serah ada Allah. 

Faham, sebagai manusia biasa yang memang lemah lagi-lagi dalam mengawal kemarahan, namun kita mestilah berlapang dada. Cuba, cuba dan cuba. Buat apa kita nak fikir sampai memudaratkan diri. Kita dah usaha, doa. just follow the flow. InshaAllah pasti ada jalan keluar. Apa yang penting, jangan biar diri kita dikuasi emosi yang akhirnya akan memakan diri kita jugak. Wallahualam.