Showing posts with label solekan. Show all posts
Showing posts with label solekan. Show all posts

10/11/2025

Bahaya guna barang expired! Jangka hayat produk dan alat kecantikan yang patut korang tau...

Siapa sini yang ada koleksi skincare dan mekap yang bertimbun-timbun? Angkat tangan! Kadang-kadang, kita teruja sangat bila beli, sampai tak sedar ada yang dah duduk dalam laci berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya. 

Sama macam makanan, produk kecantikan kita pun ada tarikh luput tau. Kalau makan makanan basi boleh sakit perut, kalau guna produk yang dah expired, kulit muka dan mata kita yang merana!

Ramai yang tak perasan, ada dua jenis tarikh luput pada produk ni. Satu adalah Tarikh Luput (EXP) yang dicetak di kotak, ini selalunya untuk produk yang belum dibuka. 

Tapi, yang lagi penting untuk kita tahu ialah PAO (Period After Opening) iaitu tempoh produk tu selamat digunakan selepas kita buka penutupnya buat kali pertama.

Biasanya, simbol PAO ni ada pada botol atau kotak, nampak macam balang terbuka dengan nombor dan huruf M di dalamnya, contohnya 12M bermaksud 12 bulan.

Kalau kita nak pastikan kulit sentiasa sihat dan mekap kita on point, jom kita check jangka hayat produk kegemaran ramai.

Bahaya guna barang expired! Jangka hayat produk dan alat kecantikan yang patut korang tau...

Bab mata, paling kena ambil berat!

Bahagian mata ni sangat sensitif, jadi janganlah simpan lama-lama produk yang guna berus atau tongkat (wand) dan selalu masuk keluar botol. Maskara dan Liquid Eyeliner selalunya kena buang dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas dibuka. Kalau maskara tu dah mula berketul, berbau pelik atau jadi kering, cepat-cepat say goodbye. 

Kalau tak, risikonya mata boleh kena jangkitan! Pencil Eyeliner atau Pensel Kening pula tahan lebih lama, boleh cecah setahun atau lebih sebab hujungnya boleh diasah, jadi risiko bakteria kurang sikit.

Wajah dan skincare (Pencuci muka, serum, pelembap).

Untuk produk asas mekap macam Foundation dan Concealer jenis cecair, jangka hayatnya sekitar 6 hingga 12 bulan. Bila dah mula nampak ada lapisan minyak terasing, atau warna dia berubah jadi oren (oksidasi), itu petanda kena buang. 

Manakala produk bedak asas (powder) kering biasanya boleh bertahan lebih lama, sampai 2 tahun. Produk skincare yang kita pakai hari-hari macam pencuci muka, pelembap dan serum pula kebiasaannya bertahan dalam lingkungan 6 hingga 12 bulan selepas dibuka. 

Bahan aktif seperti Vitamin C atau Retinol biasanya lebih cepat rosak, jadi kena perhatikan tarikh PAO betul-betul. Selalu simpan produk ni jauh dari bilik air yang lembap dan jauh dari cahaya matahari, okay!

Gincu dan lip gloss.

Gincu (lipstick) dan lip gloss kesayangan korang biasanya selamat digunakan sekitar 12 hingga 18 bulan. Kalau dah mula berbau tengik, jadi kering atau teksturnya melekit sangat, itu maknanya sudah tiba masanya untuk beli yang baru. Ingat, bakteria dari mulut kita pun boleh pindah ke produk ni!

Nak tahu produk dah rosak ke belum?

Selain dari perhatikan simbol PAO, ada beberapa tanda jelas yang menunjukkan produk korang dah tak selamat dipakai:

1. Bau Pelik: Kalau bau produk korang dah lain macam, misalnya jadi hapak atau masam, buanglah.

2. Perubahan tekstur: Contohnya, krim jadi berketul, foundation jadi berasingan air dan minyak, atau nail polish jadi pekat.

3. Perubahan warna: Produk yang teroksida selalunya bertukar warna jadi lebih gelap atau kekuningan.

Kesimpulannya, jangan sayang sangat dengan produk lama. Memanglah ia mahal, tapi kesihatan kulit dan mata kita lagi penting! Mulai hari ini, jom kita jadi lebih bijak dalam urusan tarikh luput produk kecantikan. Boleh cuba labelkan tarikh buka produk pada botol supaya kita tak lupa. 

Selamat bersolek dengan produk yang segar dan berkesan!

10/12/2024

Makeup boleh sorok kekurangan wajah? Betul ke?

Cikla ni takde la pandai sangat makeup. Tau sikit-sikit je la kan. Tapi, korang setuju tak kalau orang kata, makeup ni sebenarnya macam best friend kita yang selalu backup time kita tak ready. Jerawat naik? Eyebag tebal? Kulit kusam? Semua tu boleh settle dengan beberapa makeup trik. Jangan kata tak boleh, sebab ramai je yang guna makeup untuk glow up tanpa orang perasan kita tengah “cover” sesuatu. Hihi.

Contoh, foundation tu ibarat Photoshop dalam dunia realiti. Ada jerawat? Pakai concealer. Kulit tak sekata? Letak foundation. Tapi janganlah tebal sangat pulak, kang muka nampak auto kek fondant. Haha.
Kalau mata korang ada panda eyes sebab tidur tak cukup, jangan risau. Concealer warna peach atau oren boleh neutralize mata lebam tu. Lepas tu, tambah eyeliner nipis, letak mascara sikit, terus nampak fresh. Tak caya, cubalah. 

Makeup boleh sorok kekurangan wajah? Betul ke?

Tak lupa jugak, blusher. Pipi nampak pinkish sikit, terus aura fresh tu naik. Kalau hidung rasa tak mancung, guna je sikit teknik contouring. Eh, tak susah pun! Cuma sapu bronzer dekat tepi hidung, blend elok-elok, dah siap.

Tapi kena ingat, makeup ni bukan sekadar nak tutup kekurangan je tau. Ia lebih kepada nak bagi keyakinan diri. Bila korang rasa cantik, automatik korang lebih yakin nak berhadapan dengan orang sekeliling korang. Makeup pun tak payah yang mahal-mahal, janji tahu teknik dan warna yang sesuai dengan kulit korang, tu pun dah bagus dah.

So, lepas ni, kalau rasa ada kekurangan dekat wajah, jangan risau. Makeup ada, korang apply je! Apa yang penting, yakin dengan diri sendiri, sebab makeup ni cuma alat bantu. Kecantikan sebenar tetap datang dari dalam diri korang tu. Selamat mencuba. 

03/10/2024

Bersolek setiap hari, boleh ke?

Bersolek setiap hari adalah amalan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita terutamanya sebagai sebahagian daripada rutin harian. Namun, timbul persoalan, adakah ia baik atau buruk untuk kulit?

Bersolek setiap hari, boleh ke?

Kelebihan bersolek setiap hari.

1. Keyakinan diri bertambah. - Sesetengah orang berasa lebih yakin bila wajah mereka kelihatan lebih segar dan ceria. Pemakaian solekan yang minima seperti bedak asas dan gincu boleh memberi aura positif sepanjang hari.

2. Perlindungan kulit. - Percaya atau tak, produk solekan seperti bedak asas dan BB krim boleh bertindak sebagai lapisan perlindungan daripada habuk, sinaran UV dan pencemaran. Lebih-lebih lagi kalau korang menggunakan produk yang mengandungi SPF.

3. Mengekspresikan kreativiti. - Solekan bukan sekadar menutup cela, tapi ia juga adalah seni. Ia membolehkan korang bereksperimen dengan warna, tekstur dan gaya yang mencerminkan personaliti.

Kesan negatif bersolek setiap hari.

1. Pori tersumbat.- Kalau korang tak membersihkan wajah dengan betul sebelum tidur, solekan yang tersisa boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat. Kulit perlu 'bernafas', jadi penting untuk ada rehat dari solekan.

2. Kulit kering atau berminyak. - Penggunaan produk yang tak sesuai boleh mengganggu keseimbangan minyak semulajadi kulit. Misalnya, kulit jadi terlalu kering disebabkan produk berasaskan alkohol atau terlalu berminyak kalau guna produk yang terlalu heavy.

3. Iritasi kulit. - Solekan setiap hari berisiko menyebabkan iritasi kalau produk yang digunakan mengandungi bahan kimia yang tak sesuai dengan kulit sensitif. Perhatikan bahan-bahan seperti paraben dan pewangi yang mungkin menjadi punca masalah.

Tips bersolek dengan selamat.

- Pilih produk berkualiti: Gunakan solekan yang tak mengandungi bahan kimia berbahaya dan pilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit korang.

- Bersihkan wajah sebelum tidur: Ini adalah peraturan emas! Sentiasa pastikan kulit korang bebas dari solekan sebelum tidur untuk mengelakkan masalah kulit.

- Rehatkan kulit: Ambil masa untuk biarkan kulit korang 'bernafas' tanpa solekan, terutama pada hujung minggu atau hari-hari yang korang tak perlu keluar rumah.

So, bersolek setiap hari boleh je, asalkan korang melakukannya dengan bijak. Amalkan rutin penjagaan kulit yang betul dan beri masa untuk kulit korang berehat. Lagipun, cantik itu bukan hanya pada luaran, tapi juga dalaman! 

Apapun, jangan takut untuk tampil natural sesekali, confirm kulit korang akan berterima kasih!

20/09/2024

Cara menyorokkan mata panda dan parut jerawat dengan mekap.

Ada orang kata, mekap berkuasa menyembunyikan kekusaman wajah kita. So, kalau korang tau tekniknya yang betul memang no hal lah. Tapi, cikla nak share beberapa cara mudah yang boleh korang cuba. 

Cara menyorokkan mata panda dan parut jerawat dengan mekap.

Langkah pertama dan paling penting sebelum menggunakan mekap adalah dengan memastikan kulit wajah bersih dan lembap. Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit korang. Kemudian, oleskan pelembap untuk memastikan kulit kekal lembap dan mekap akan kelihatan lebih licin dan tahan lama.

Selain itu, penggunan primer yang sesuai untuk kulit korang juga penting. Primer ni fungsinya sebagai lapisan asas yang menutup liang pori dan kurangkan tampilan garis-garis halus, sekaligus kulit korang sedia untuk menerima mekap. Pilih primer yang boleh membantu menyamarkan mata panda dan parut jerawat, seperti primer dengan sifat blurring atau color-correcting.

Untuk menutup mata panda, pilih concealer yang satu atau dua tona lebih cerah daripada warna kulit korang. Sapukan concealer di bawah mata dalam bentuk segitiga terbalik, kemudian blend dengan menggunakan span atau berus concealer. Warna yang lebih cerah ini akan membantu mencerahkan kawasan bawah mata dan menutupi lingkaran hitam.

Jika mata panda korang sangat gelap, korang boleh gunakan corrector sebelum concealer. Corrector warna oren atau peach boleh membantu meneutralkan warna biru atau ungu pada mata panda.

Pemilihan foundation dengan coverage yang sederhana hingga penuh (medium to full coverage) untuk tutup parut jerawat. Guna berus atau span untuk menyapu foundation secara rata pada wajah. Kalau parut jerawat ketara sangat, korang boleh apply teknik layering, iaitu menambah lapisan foundation pada kawasan tersebut dengan berhati-hati.

Setelah menggunakan foundation, sapukan concealer yang sesuai dengan warna kulit korang pada parut jerawat yang masih kelihatan. Tepuk-tepuk concealer dengan lembut menggunakan jari atau span agar ia menyatu dengan foundation. Teknik ini membantu menyamarkan parut tanpa membuatkan mekap nampak tebal.

Untuk memastikan mekap tahan lama dan tak mudah luntur, setkan wajah dengan bedak tabur atau bedak padat. Fokuskan pada kawasan T-zone iaitu area dahi, hidung dan dagu serta di bawah mata untuk mengelakkan concealer berkedut.

Settle dengan mekap asas selesai, gunakan bronzer dan blusher untuk menambahkan dimensi pada wajah korang. Sapukan bronzer di sekitar perimeter wajah dan tulang pipi dan blusher pada pipi untuk memberikan kesan sihat dan segar. Ini akan membantu mengalihkan perhatian dari mata panda dan parut jerawat.

Then, apply highlight pada tulang pipi, hujung hidung dan atas bibir boleh membantu memberikan ilusi kulit yang lebih cerah dan bersinar. Contour pula boleh membantu memberikan bentuk pada wajah, terutama pada kawasan pipi dan hidung yang juga membantu mengalihkan perhatian dari kawasan masalah.

Untuk mengalihkan perhatian daripada mata panda dan parut jerawat, korang boleh fokus pada solekan mata dan bibir. Guna eyeshadow yang menarik atau lipstik yang menonjol untuk memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian ini.

Akhir sekali, jangan lupa untuk menggunakan setting spray mekap. Ini membantu mekap tahan lebih lama dan memberikan kesan akhir yang lebih segar. Selamat mencuba!

18/09/2024

Wajah kusam dan kering? Mungkin teknik solekan ini boleh bantu korang tampil yakin dan berseri.

Kadang kala wajah kusam dan kering boleh menjadi cabaran besar bila bersolek. Namun, kalau tekniknya betul, korang boleh dapat hasil solekan yang tampak segar dan berseri. Ada beberapa langkah dan tips yang korang boleh cuba untuk menjadikan solekan korang perfect walaupun korang berwajah kusam dan kering. 

Pelembap atau moisturizer is the key! Sebelum korang mula bersolek, pastikan korang oleskan dulu kulit korang dengan pelembap yang sesuai dengan kulit korang. Jangan ikut orang punya sebab tekstur kulit kita memang tao sama.  Pelembap yang baik akan bantu lembutkan kulit dan memberikan 'kanvas' yang lebih halus untuk solekan. Pilihlah pelembap yang ada bahan-bahan seperti asid hyaluronik atau glycerin, yang sangat membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Primer untuk kulit kering. Mungkin ada ramai orang skip step ni padahal ia adalah langkah penting. Untuk kulit kering, pilih primer yang mempunyai sifat melembapkan sebab ia akan bantu mewujudkan lapisan asas yang halus. Primer yang berasaskan minyak atau pelembap boleh membantu memberikan wajah yang lebih glowing dan dewy.

Pemilihan foundation yang betul jugak penting. Foundation yang sesuai untuk kulit kering ialah jenis yang memberikan kemasan dewy atau satin, bukannya jenis matte. Foundation dengan formula melembapkan seperti BB cream atau CC cream juga pilihan yang baik. Gunakan berus atau span lembap untuk menyapu foundation dengan lebih rata dan elakkan kawasan yang kering daripada kelihatan lebih ketara.

Concealer, jangan overapply. Bila menggunakan concealer pulak,  pastikan korang tak apply dia terlalu banyak, sebab concealer yang tebal sangat boleh buat kulit kering jadi lebih clear. Pilih concealer yang mempunyai formula ringan dan sapukan hanya pada kawasan yang memerlukan je.

Gunakan bedak dengan berhati-hati, sebab bedak boleh membuatkan kulit kering kelihatan lebih kering. Kalau korang perlu menggunakan bedak, pilih bedak yang ringan dan hanya sapukan di kawasan yang mudah berminyak seperti zon-T. Elakkan sapu bedak di kawasan yang kering atau gunakanlah bedak dengan sangat sedikit.

Wajah kusam dan kering? Mungkin teknik solekan ini boleh bantu korang tampil yakin dan berseri.

Untuk kulit kering, produk solekan berbentuk krim adalah pilihan terbaik. Blush, bronzer, dan highlighter yang berbentuk krim akan memberikan hasil yang lebih natural dan tak akan menyebabkan kekeringan pada wajah. Produk krim juga membantu memberikan kesan glowing yang menyerlah.

Selepas selesai bersolek, gunakan setting spray yang mempunyai ciri-ciri melembapkan. Ia akan bantu solekan tahan lebih lama, sekaligus memberikan kesan dewy yang lawa. Pilih setting spray yang mengandungi bahan seperti aloe vera atau vitamin E untuk kelembapan tambahan.

Elakkan heavy makeup dekat area mata. Kalau korang nak tau, kulit di area mata biasanya lebih kering dan halus. So, elak guna eyeshadow yang terlalu kering atau matte. Yang bagusnya, pilih eyeshadow yang mempunyai sedikit shimmer atau krim untuk kesan yang lebih lembut dan tak mencengkam garis-garis halus di sekitar mata.

Bibir jugak perlu perhatian, sebab kulit bibir juga senang untuk kering. Pastikan korang melembapkan bibir dengan lip balm sebelum menggunakan lipstick. Pilih lipstick dengan formula berkrim atau glossy yang tak akan menjadikan bibir kelihatan lebih kering. Elakkan gincu matte yang boleh mengeringkan bibir korang lebih lagi.

Last, bila korang membersihkan solekan, pastikan korang guna pembersih muka yang lembut dan tak mengeringkan kulit. Pembersih berbentuk minyak atau cleansing milk biasanya lebih sesuai untuk kulit kering. Jangan lupa untuk sentiasa melembapkan kulit selepas mencuci muka.

Senang cakap, kulit kusam dan kering ni memang memerlukan perhatian lebih. Kalau tau teknik dan langkah solekan yang betul, korang masih boleh tampil cantik berseri. Apa yang penting, pastikan kulit korang sentiasa lembap dan pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit korang.

Moga bermanfaat!

14/09/2024

Macam mana nak serlahkan solekan bibir dengan mudah?

Solekan bibir yang sempurna boleh jadi kunci untuk tampil lebih menawan, sama ada nak ke majlis, keluar makan malam atau sekadar nak bergaya di depan cermin (yalah, siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri dulu, kan? Haha). Jadi, jom kita bongkar rahsia untuk serlahkan solekan bibir dengan beberapa tips mudah.

Macam mana nak serlahkan solekan bibir dengan mudah?

 1. Pilih warna yang tepat.

Warna gincu yang sesuai dengan tona kulit adalah kunci utama. Kalau kulit cerah, warna merah jambu atau coral mungkin pilihan terbaik. Kalau kulit gelap, cuba warna yang lebih bold macam merah maroon atau ungu plum. Tapi, ingatlah, jangan sampai warna gincu lebih menyerlah daripada karakter korang sendiri. Takut nanti bibir je yang bercakap, korang pulak hilang suara! Haha.

2. Exfoliate bibir.

Sebelum sapu gincu, pastikan bibir licin dan bebas daripada kulit mati. Caranya mudah, cuma gosok perlahan-lahan dengan scrub bibir. Kalau tak ada, campuran gula dan madu pun dah cukup baik. Lepas exfoliate, bibir pun akan rasa macam baru lepas makeover, siap nak menyanyi lagu cinta lagi! Hihi.

3. Gunakan lip liner.

Lip liner penting untuk memastikan gincu tak lari ke sana ke sini. Gariskan bibir dengan lembut, ikut bentuk asal bibir atau kalau nak bibir kelihatan lebih penuh, bolehlah lebihkan sikit. Tapi, jangan pulak terlalu besar sampai nampak macam nak pergi audition cerita seram, heeee.

4. Teknik ombré.

Nak bibir nampak lebih berani dan moden? Cuba teknik ombré! Sapukan warna terang di tengah bibir dan warna lebih gelap di sekeliling. Gabungkan warna dengan lembut guna berus atau jari. Nanti siap, korang pun akan rasa macam bibir tu ada ‘highlight’ sendiri. Kalau orang tanya, beritahu je, "Bibir saya ni ada 3D effect!"

5. Elakkan bibir kering.

Jangan lupa pakai lip balm sebelum pakai gincu. Bibir kering boleh buat gincu nampak pecah-pecah, sama macam hati yang tak cukup kasih sayang. Jadi, pastikan bibir sentiasa lembap untuk hasil solekan yang lebih cantik dan tahan lama.

6. Cuba warna matte atau glossy.

Pilih tekstur gincu yang sesuai dengan mood. Warna matte sesuai untuk gaya elegan dan profesional, manakala glossy boleh buat korang nampak lebih fresh dan muda. Kalau tak boleh pilih, apa kata cuba dua-dua? Hari ni matte, esok glossy. Ala, macam tukar outfit je, kan?

7. Setting spray untuk ketahanan.
 
Dah puas hati dengan solekan bibir? Sembur sedikit setting spray untuk pastikan solekan tahan lama. Ingat, bibir tu mungkin akan kena melalui banyak 'hal'. Makan, minum dan bercakap. Jadi, pastikan solekan kekal cantik hingga ke penghujung hari.

Selamat mencuba tips-tips ini dan semoga solekan bibir korang sentiasa on-point, tak kira masa dan tempat. Ingat, solekan bukan sekadar untuk cantik di luar, tapi juga untuk buat kita rasa lebih yakin dan fabulous! 

03/09/2024

Sesuaikan jenis lipstik mengikut keperluannya. Apakah itu?

Lipstik bukan sahaja sekadar aksesori kecantikan. Ia juga merupakan cara untuk mengekspresikan diri. Sebenarnya, ada pelbagai jenis lipstik di pasaran dengan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan suasana. 

Sesuaikan jenis lipstik mengikut keperluannya. Apakah itu?
Sesuaikan jenis lipstik mengikut keperluannya. Apakah itu? Kredit image to Google.

Berikut adalah tujuh jenis lipstik yang sering digunakan dan fungsinya. 

Lipstik Matte.

Lipstik matte terkenal dengan kemasan yang tak berkilat dan tahan lama. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mencipta penampilan yang elegan dan tak mudah pudar. Walaupun begitu, lipstik ini boleh membuat bibir kelihatan kering, jadi pastikan bibir korang lembap sebelum menggunakannya. Kalau macam cikla, memang tak suai pakai lipstik jenis ni sbeab bibir jadi kering gila. Fungsi: Memberikan kemasan yang rata dan tahan lama, sesuai untuk acara formal dan penampilan yang serius.

Lipstik Satin.

Lipstik satin mempunyai sedikit kilauan dan memberikan kelembapan pada bibir. Ia adalah pilihan terbaik bagi korang yang nak mendapatkan keseimbangan antara lipstik matte dan glossy. Fungsi: Memberikan kelembapan dan kilauan lembut. Sesuai untuk penampilan harian yang kasual.

Lipstik Glossy.

Kalau korang nak bibir korang nampak lebih penuh dan berkilauan, lipstik glossy adalah pilihan yang tepat. Ia memberikan kesan bibir basah dan sesuai untuk gaya yang lebih glamor. Namun, lipstik ini biasanya tak tahan lama dan perlu diaplikasikan semula beberapa kali sepanjang hari. Fungsi: Menambahkan kilauan dan membuat bibir kelihatan lebih penuh. Sesuai untuk acara malam atau ketika korang ingin menyerlahkan bibir.

Lipstik Krim.

Lipstik krim memberikan tekstur yang lembut dan sangat mudah diaplikasikan. Ia mengandungi bahan-bahan pelembap yang membantu menjaga kelembapan bibir sepanjang hari. Walaupun tak setahan lama lipstik matte, ia memberikan rasa selesa pada bibir. Fungsi: Menyediakan kelembutan dan kelembapan. Sesuai untuk penggunaan harian dan korang yang mempunyai bibir kering.

Lipstik Liquid.

Lipstik cecair atau liquid lipstick semakin popular sebab ia menawarkan pigmen warna yang pekat dan tahan lama. Kebanyakan lipstik jenis ini akan mengering menjadi kemasan matte, tapi masih ada juga yang memberikan kilauan. Fungsi: Menyediakan warna yang pekat dan tahan lama. Sesuai untuk korang yang tak mahu kerap menyapu lipstik semula sepanjang hari.

Lipstik Sheer.
 
Untuk korang yang suka nampak natural, lipstik sheer adalah pilihan terbaik. Ia memberikan warna yang ringan dan tak terlalu pekat, membuatkan bibir korang kelihatan berseri secara semulajadi. Fungsi: Memberikan warna ringan dan kelihatan semula jadi. Sesuai untuk penampilan harian yang minimalis.

Lipstik Pelembap (Lip Balm Berwarna).

Kalau korang mementingkan kesihatan bibir, lip balm berwarna adalah gabungan sempurna antara penjagaan bibir dan kosmetik. Ia memberikan kelembapan yang diperlukan sambil menambahkan sedikit warna pada bibir. Fungsi: Melembapkan bibir sambil memberikan sedikit warna, sesuai untuk korang yang lebih mengutamakan penjagaan bibir daripada warna yang menyerlah.

Sesuaikan jenis lipstik mengikut keperluannya. Apakah itu?
Sesuaikan jenis lipstik mengikut keperluannya. Apakah itu? Kredit image to Google.

So, permilihan lipstik yang tepat penting dan bergantung kepada keperluan, jenis kulit bibir serta acara yang dihadiri. Sama ada korang pilih matte untuk penampilan yang serius atau glossy untuk penampilan yang lebih menyerlah, yang penting ialah korang selesa dan yakin dengan pilihan korang. Dengan memahami fungsi setiap jenis lipstik, korang boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan tepat. Selamat mencuba!

01/04/2024

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi.

Dah lama tak share tip solekan kan? Walaupun cikla takdelah expert pun pasal solekan, ramai lagi kot yang terror, tapi tak salah rasanya nak kongsi ilmu yang cikla tau. Rasa nak try silakan, tak nak pun takpe. Depend. 

So, macam kita tau, kita wajib bersihkan muka kita sebersihnya dari kesan solekan untuk mengelakkan muka kita jadi bermasalah macam berjerawat ke atau sebagainya. And, memang tak dinafikan memang berlambak kat luar tu produk yang boleh bantu tanggalkan kesan solekan, namun sesekali guna cara alami pun okey jugak. Selamat dan mudah. Itu yang penting. 

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi.
3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi. Kredit Google.

3 cara tanggalkan solekan secara semulajadi. 

1. Guna timun.

Hiris timun menjadi kepingan halus pastu gosokkan secara lembut pada seluruh muka korang termasuk area mata, atau korang boleh jugak blend halus timun ni buat macam jus untuk mencuci muka korang. 

2. Guna minyak zaitun.

Masukkan sikit minyak zaitun dalam mangkuk yang sesuai. Ambil kapas muka, celup dalam minyak zaitun tersebut pastu sapukan ke seluruh muka. Last, bilas muka dengan air bersih. 

3. Guna minyak kelapa.

Takde minyak zaitun? Jangan risau, guna je minyak kelapa. Caranya, sapukan minyak kelapa pada kapas muka dan urutkan ke seluruh permukaan kulit muka. Selepas itu, bilas dan bersihkan muka dengan air. Korang tau tak, manfaat minyak kelapa ni selain dari membantu membersihkan solekan, ia jugak boleh dijadikan pelembap dan pelindung kulit. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ruangan Ubah Imej, Mingguan Wanita. 

04/06/2021

Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang?

Perempuan dan alat solek memang tak dapat dipisahkan. Tapi, mungkin untuk sesetengah perempuan kot, sebab ada jugak  perempuan yang tak suka bersolek kan. So, apa alat solek yang paling basic yang korang patut ada dalam beg mekap korang. Jom cikla share. 

Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang?
Apa alat solek asas yang kena ada dalam simpanan korang? Kredit Google.

1. Alas bedak (foundation), guna foundation yang ngam atau masuk dengan sempurna pada wajah korang. So, pilih warna foundation yang satu tingkat lebih tinggi dari warna kulit korang. 

2. Concealer, yang mana membantu untuk menyamarkan flek pada wajah atau bekas jerawat selain dari menyamarkan kantung mata. 

3. Berus dan span, gunakan berus dulu masa mula mula memakai bedak. Pastu baru guna span untuk meratakannya. 

4. Pembayang mata (eye shadow), pilih warna yang boleh bantu freshkan dan mudakan wajah korang. Contoh warna, hijau, pic, ungu, dan gold. 

5. Eyeliner, elak sapu eyeliner terlalu tebal. Guna eyeliner bentuk pensel untuk pastikan wajah tak nampak terlalu tua. 

6. Blush on, guna warna natural seperti pink dan pic. Mabelesss. 

7. Gincu dan pengilat bibir, pilih gincu yang sama atau satu tingkat dari warna bibir. Elak guna warna yang terlalu kontras. Korang boleh tambahkan pengilat bibir kalau nak bagi bibir korang lebih fresh. Aummm.

8. Pensel alis kening, rapikan alis yang berantakan dengan menyisirnya. Then, lengkapkan dengan pilihan pensel alis yang berwarna dark coklat. Tapi ingat, elak dari guna warna hitam sebab akan buat wajah korang nampak lebih tua. 

Habiss.

25/06/2020

Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye?

Memang tak dinafikan bukan semua alat solek tu ada tertulis bila tarikh luputnya kan. Kadang kita main agak-agak je, kalau masih ok lagi takpelah. Tapi kalau dah expired? Tak memasal muka jadi masalah. Lagi satu, adalah penting macam mana cara korang menyimpan alat solekan tu. Jom kita check beberapa alat solekan yang kita boleh tahu bila expired date dia.

Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye?
Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye? Gambar kredit Google.

Maskara.

Maskara adalah alat solekan yang paling korang kena jaga dan alert tentang kebersihannya. Sebab, bakteria mudah membiak dan tumbuh bila korang dah bukak maskara tu, lepas tu batangya dikembalikan ke dalam tiubnya. Selepas 4 bulan korang gunakan, eloklah korang tukar pada yang baru. Ataupun, kalau maskara korang tu ada bau macam petrol tu haaa. Pun kenalah dibuang. Paatu, kalau maskara korang nampak kering, jangan korang pepandai nak tambah air pulak nak bagi dia lembap. Perbuatan ni boleh menyebabkan peningkatan bakteria pada maskara. Nanti bila korang pakai, mungkin akan menyebabkan kerengsaan seperti kemerahan, gatal dan ketumbit. 

Gincu atau lipstik.

Kebanyakan gincu tak mengandungi air. Walaupun begitu, dia tetap berisiko menyebabkan bakteria bertambah disebabkan oleh pengulangan pendedahan dekat kawasan mulut. Kalau gincu tu nampak macam berubah dari segi tekstur, elok tak payah pakai lagilah. Buang je. Macam tu jugak dengan lip gloss, kalau orang pakai tu rasa pelik je, lagi-lagi dah expired kan, tak payah guna lagilah. Maklumlah, tengok macam elok je kan. Setahun sekali tukar gincu atau lip gloss pun ok. Dan, jangan kongsi gincu dengan orang lain. Ingat tu!

Eyeliner.

Kebanyakan wanita ingat eyeliner boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan alat solekan yang lain. Sebenarnya, ia perlu diganti setiap 3 bulan, lebih-lebih lagi jenis yang basah. Kalau eyeliner jenis pensil ok lagi rasanya. Tapi, apa yang terbaik untuk kesihatan mata korang, eloklah ganti seperti yang disarankan. Bukan pe, dikhuatiri kalau lagi lama guna akan menyebabkan penyebaran lebih banyak bakteria pada bahagian mata. Kesan dia macam maskara jugak, mata korang mungkin akan mengalami kegatalan, kemerahan yang teruk, konjuktivis dan sebagainya. 

Bedak muka.

Kalau bab bedak muka pulak, kena tengok bahan apa yang digunakan untuk menghasilkannya. Ada bedak muka yang dihasilkan dari bahan estrak botani seperti esktrak teh hijau, lidah buaya (aloevera) dan chamomile, bahan-bahan ni mungkin mempunyai risiko pertumbuhan bakteria nak-nak pulak kalau dibiarkan terbuka dan terdedah pada suhu lembap. Korang kena alert jugak kepada perubahan warna dan bau bedak. Tempoh yang disarankan penggunaannya adalah 2 tahun. 

Concealer.

Penggunaan concealer jenis batang dan serbuk yang disarankan adalah selama 2 tahun. Tengok pada perubahan warna dia.

Bedak asas jenis cecair. 

Alat solek jenis ni elok digunakan sekitar 6 bulan hingga setahun. Kalau korang nak tau, bakteria sangat suka pada produk yang berasaskan air. Sebaik je penutup bedak dibuka, ia boleh bertahan selama setahun. Elak dari mencelup jari ke dalam bekas bedak, dan jauhkan dari persekitaran yang lembap dan haba. 

Let's check!

03/06/2020

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.

Siapa sahabat cikla yang kulit dia jenis berminyak? Bagi cikla, orang yang kulit dia jenis macam ni kadang masalah jugak nak buat bedak yang dipakai tu tahan lama dan nampak rata kan. Nanti baru pakai kejap, muka dah jadi macam terlebih shining, siap berkilat lagi. 

Haa, cikla ada tip macam mana nak buat bedak yang dipakai tu tahan lama. Nak tau? Meh baca ni. 

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak?
Meh baca tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Pertama : 
Bersihkan keseluruhan muka dahulu sebelum memakai mekap. Kalau korang nak tau, bilasan air  lepas korang guna cleanser tu akan bantu menyahkan minyak dan kotoran yang melekaat dekat muka. 

Lagi satu, kalau kotoran ni semua tak dibersihkan sebaiknya, nanti mekap korang akan jadi tak sekata. Tak memasak cik jerawat pulak timbul. Masalah lagik. Hehe. 

Kedua : 
Guna ais untuk kawal pengeluaran minyak, sebab muka yang berminyak memang senang sangat nampak berminyaknya walaupun korang baru je lepas bersihkan muka korang tu. 

Walaupun ia dapat membantu secara sementara, rasa sejuk ais akan membuatkan kulit muka jadi fresh dan menegangkan kelenjar minyak, sekaligus pengeluaran minyak berlebihan dapat dikawal.

Ketiga : 
Jangan lupa guna pelembap muka, tapi pastikan pilih pelembap yang sesuai dengan kulit muka koranglah. 

Sebaiknya, pilih pelembap yang mempunyai kandungan yang ringan, sebab tekstur sebegini boleh kawal kadar minyak di muka korang, selain ia menjadikan mekap atau bedak korang pakai tu tahan lama walaupun the whole days.  

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak?
 Meh baca tip ni. Kredit Google.

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak?
Meh baca tip ni. Kredit Google.

Keempat : 
Pilih bedak jenis tekstur ringan, contohnya bedak jenis loose powder sebab bedak camni tekstur dia lebih lembut dan membuatkan ia lebih selesa bila ditepekkan di kulit muka, dan yang paling penting tak menyumbat pori-pori kulit. 

Selain itu, bedak camni jugak boleh bantu kurangkan kadar minyak di kulit dan melekat dengan baik di kulit muka berminyak. 

Tambahan pulak, bedak loose powder akan menjadikan kulit muka nampak  lebih fresh dan bebas minyak.

Kelima : 
Ada orang suka bawak kertas minyak ke mana-mana je. Kalau dalam handbag dia tu, ada je standby kertas minyak. Kertas minyak ni fungsi dia untuk kurangkan lebihan minyak di kulit muka. 

Tapi, korang kena ingat jangan gosok kertas minyak ini kuat-kuat dekat kulit muka tu sebab dia ni akan  membuatkan mekap dan bedak yang korang pakai tu rosak. 

Cara yang paling bagus pakai dia, just tekap tekap je perlahan-lahan sampai minyak kat kulit muka tu hilang. So, mekap pun tak rosak. 

Keenam : 
Kurangkan menyentuh kulit muka direct menggunakan tangan korang, contohnya menggaru, pegang dagu, tutup mulut dengan tangan dan lain-lain. 

Ini akan membuatkan mekap atau bedap korang tu jadi luntur sebab adanya lebihan minyak pada muka. 

Lagi satu, tabiat ni akan mendedahkan kulit muka kita kepada penyebaran bakteria dan kuman dari tangan ke muka. 

Kredit info : Group telegram Petua Dan Kesihatan.

18/01/2019

Tip solekan untuk remaja.

Dulu, masa cikla masih remaja (sekarang pun remaja jugak, tapi remaja purba, haha), memang cikla ni tak suka bersolek sangat terutama kalau keluar rumah. Paling koman pun, cikla akan pakai bedak, itupun bedak talkum tu dengan celak sikit. lips gloss ke, lips ice ke, lipsmatte ke, hatta bincu pun cikla tak pakai. Haha. 

Korang yang remaja tu nak tak tau apakah tip solekan mudah supaya korang nampak cantik terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Kalau nak, jom baca sampai habis. 

Tip solekan untuk remaja.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip solekan untuk remaja.

Kenal dulu warna dan jenis kulit korang.

Kalau korang nak tau, warna kulit kita ni tak sama tau. Setiap orang mempunyai tingkat warna yang lain-lain. Ada yang berkulit coklat gelap, sawo matang, putih kuning, coklat, putih pucat sebagainya. Itu belum lagi jenis kulit dia macam mana. Jenis berminyak ke, kering ke dan kombinasi. Sebab, setiap jenis kulit ni, alat solek dia pun tak sama tau. So, memang kena tau tu. 

Pakai pelembap. 

Ada orang, memakai pelembap ni memang wajib. Haaa, betullah tu kan. Lagi satu, nak pilih pelembap pun biarlah tepat dan sesuai dengan jenis kulit kita. Kalau korang nak tau, ia penting sebab inilah asas supaya solekan kita tahan lama. Takdelah nanti baru je mekap dah cair. Hehe. Selain itu, pelembap juga berfungsi sebagai perawatan dasar, dan menjadi pelindung kulit. Lebih kurang macam protection laaaa. 

Rona asas.

Sebelum korang pakai bedak asas, pastikan korang menyapu warna asas dulu sebab ia berfungsi sebagai 'penjaga' solekan supaya tahan lebih lama dah nampak fresh je walaupun dah mekap beberapa jam yang lalu. Best kan? 

Pilih bedak asas yang tepat. 

Haa, ni lagi satu yang penting. Kalau korang nak tau, bedak asas fungsi dia untuk meratakan warna kulit. So, apa yang terbaik cari bedak asas yang warnanya hampir sama dengan warna atau ton kulit korang. Tapi, korang jangan pakai bedak asas tu pada seluruh muka korang, nanti nampak macam topeng pulak. Just korang sapu secara nipis pada kedua-dua belah pipi, hidung dan dagu. Lepas tu, baru pakai bedak dengan warna senada. Masa sapu tu pun bukan menyapukan dengan span macam kita sapu tu je tapi sapu tu just tepuk-tepuk je. So, nanti takdelah bertompok kan bedaknya. 

Pakai maskara.

Korang tak payah nak berbulu mata palsu bagai atau pun pakai celak tebal-tebal kekonon nak bagi mata tu nampak indah. Jangan, sebab ini akan buat korang nampak lagi tua. Korang just pakai je pelentik bulu mata dengan maskara. Dah. Maskara pulak pilih yang jenis kalis air. Lawa ooo. 

Gincu dan pengilat bibir. 

Korang sapu salap bibir, lepas tu pakai gincu warna coklat pudar. Gincu macam ni sesuailah kalau korang nak berpergi berlibur bersama teteman. Kalau korang suka, boleh je nak oles pengilat bibir warna senada dengan gincu tu. Nampak lagi fresshhh. 

Selamat mencuba. 

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro. 

30/07/2018

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!

Bagi cikla, walaupun kita bertudung, tidak ada halangan untuk kita bergaya dan tampil anggun tak kiralah semasa berpakaian atau mengenakan solekan. 

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya, perlulah tahu mencorakkan penampilan korang sesuai dengan kerjaya apa yang korang ceburi.

Asalkan ia tidak membatasi had-had yang telah ditetapkan oleh agama. Jangan pulak nanti, terlalu mengikut trend, kita terlupa akan apa yang disyariatkan kepada kita. 

Sejujurnya, cikla agak bermekap secara natural dan tidak berlebihan adalah sangat sesuai bagi mereka yang bertudung. Betul tak? 

Bukan apa, kalau bermekap tu, janganlah mekap terlalu tebal dan dalam  berfesyen pula, janganlah terlalu berlebihan. Itulah yang sebaiknya!

Kali ni cikla nak share tip bermekap secara natural  khas untuk wanita bertudung. Jom semak sama-sama dan InshaAllah bolehlah dipraktikkan nanti. Tak gitu!

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bersihkan muka dan pakailah pelembap.

Aktiviti membersihkan muka sememangnya penting tak kiralah sebelum kita mengenakan mekap atau semasa menanggalkannya. 

Bersihkanlah muka korang dengan cleanser yang sesuai dengan kulit muka, seterusnya lupa oleskan pelembap juga. 

Kalau korang nak tau, pelembap penting sebab ia boleh mengelakkan kulit muka korang nampak berminyak atau terlalu kering bila korang apply foundation atau concealer nanti. 

Cara memakainya pula, just tepuk-tepuk aje ke muka. 

Memakai foundation. 

Pemakaian foundation juga penting sebab ia menjadikan wajah kita nampak lebih bermaya dan fresh. Pilih foundation jenis compact. Gunakan span lembab semasa mengoles foundation ke wajah mu. 

Selepas itu, sapukan bedak tabur ke wajah dengan menggunakan berus besar supaya foundation tak cepat luntur.

Memilih eyeshadow natural.

Pemilihan eyeshadow dari rona atau warna tanah seperti coklat, keemasan, plum ataupun hijau is a good choice! 

Selain itu, korang juga boleh menggunakan waterproof eyeliner berwarna coklat atau hitam pada kelopak mata bahagian atas.


Pilih warna maskara yang tepat. 

Untuk pengetahuan korang, maskara berfungsi menjadikan bulu mata semakin tebal dan lentik. Aplikasi maskara sekali saja pun dah cukup untuk buat korang nampak lebih natural. 

Menghasilkan bentuk kening yang natural.

Dengan menggunakan pensel kening, rapikan bentuk kening korang untuk membentuk atau menjadikan ia nampak lebih tebal. 

Just layangkan sikat kening untuk membaurkan warna sekaligus menjadikan bentuk kening korang jadi lebih  sempurna. So, penampilan korang pun look perfecto!

Pemerah pipi.

Tanpa pemerah pipi, rasanya macam tak lengkap je kalau bermekap kan. Sebenarnya, pemerah jenis krim atau gel adalah lebih efektif, sebab ia mudah disapu pada kulit muka bagi mereka yang ingin menggayakan mekap natural. 

Untuk kesan yang lebih fresh, just sapukan pemerah pipi pada tulang pipi ke arah rambut. Kalau korang  berkulit putih, lebih cun korang gunakan pemerah pipi atau blush on berwarna pink. 

Tapi, kalau korang berkulit lebih gelap, bolehlah mengunakan warna pink gelap atau coklat atau oren. 

Lipstik atau lipgloss.

Untuk menjadikan wajah nampak lebih cerah, pilihan warna terbaik untuk lipstik atau lipgloss adalah dengan warna natural. 

Tapi, kalau korang mempunyai kulit yang cerah, pilihlah lipstik berona peach pink, manakala jika korang berkulit lebih gelap seeloknya pilih warna pink coklat untuk nampak lebih natural dan fresh.

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan.

25/07/2018

Bedak asas sempurnakan solekan?

Pemakaian bedak asas. Adakah ia sangat penting? Ye, sebenarnya ia merupakan langkah terpenting untuk mendapatkan solekan yang sempurna. 

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 jenis bedak asas yang biasa iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat. So, adalah sangat penting untuk kita tau yang satu jenis  bedak asas yang tepat untuk wajah kita. 

Tapi, adakah semua orang tahu macam mana nak memilih warna bedak asas yang tepat untuk kulit? Rasanya masih ada yang tak tahu, termasuklah cikla. Haha!

Bedak asas sempurnakan solekan?
Image diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, bedak asas jenis cecair adalah yang paling biasa digunakan sebab ia lebih bersifat lembut, senang digunakan dan apa yang paling penting ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis kering. Hanya dengan sapuan yang nipis, ia sudah mampu menjadikan kulit kita lebih fresh dan menawan. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis 'bermasalah', sebaiknya pilih bedak asas jenis krim sebab ia tak melekit dan mengeluarkan minyak dan mudah dipakai walaupun ia berstruktur sedikit pekat.

Apa yang penting, elak dari memakai bedak asas secara berlebihan sebab ia mudah diserap terus oleh kulit. So, korang ke careful semasa menyapunya supaya warna kulit korang lebih sekala dan tak kelihatan seperti bercapuk. 

Korang yang mempunyai kulit normal dan sedikit berminyak pulak, better pilih bedak padat. Kalau korang nak tau, bedak jenis ini tak perlu dicampur dengan bedak lain sebab ia adalah gabungan bedak asas dan bedak.

Satu lagi hal yang korang kena tau, korang digalakkan memilih bedak asas yang paling hampir dengan rona kulit untuk mengelakkan kulit wajah dari bercapuk atau nampak lebih putih dan gelap dari rona sebenar. Masa memilih bedak asas, better korang cuba dulu untuk melihat kesesuaiannya pada kulit.

Jangan beli bedak asas secara online sebab warna yang ditunjukkan adalah tak sama dengan warna sebenar melainkan kalau korang tau kod warna. Itu ok! Langkah terbaik beli di kedai, so that korang boleh cuba sendiri dan lihat warnanya. 

Sapu di bahagian kulit wajah dan bukannya di belakang tapak tangan sebab rona kulit antara keduanya tak sama!

Macam mana kalau korang tak tahu juga nak pilih macam mana? 

  1. Pilih rona yang sakan sama dengan warna kulit atau sedikit cerah. 
  2. Bagi yang memang tak tahu langsung, korang pilih bedak asas yang sedikit kekuningan sebab ia sesuai untuk semua jenis kulit. 
  3. Untuk kulit cerah, pilihlah bedak asas sedikit pink. 
  4. Untuk kulit gelap, pilihlah bedak asas rona coklat atau copper. 
  5. Untuk berkulit perang, sesuai memakai bedak asas berona coklat keperangan.

Tak kira korang menggunakan berus atau span, waima jari sekalipun semasa mengoles bedak asas ke wajah, apa yang penting pastikan wajah bebas dan bersih daripada peluh dan minyak. 

Kalau ini wujud, ia akan menyebabkan solekan tak tahan lama dan kulit pula nampak tak sekata. 

Apa yang paling bagus, sebelum mengoles bedak asas, lakukan urutan wajah dengan menggunakan ais sebab ais akan membantu membuatkan kita rasa fresh sekaligus menutup liang roma pada kulit muka. 

Untuk area sekitar mata, buat sapuan dari luar atau ekor mata ke dalam dengan cara bulatan untuk memberi kesan sekata. 

Kalau korang nak tau, sapuan yang betul adalah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar mata kiri ke kanan. Elak dari menarik ke bawah untuk mengekalkan awet muda.

Langkah demi langkah :

  1. Guna span atau hujung jari. 
  2. Kalau nakkan sapuan yang nipis tapi menggunakan bedak asas yang tebal, korang boleh basahkan span dengan pelembap atau sedikit air. 
  3. Sebelum memakai bedak asas, oleskan dulu penyamar noda terutama di kawasan yang ada parut, kesan jerawat atau blackhead. 
  4. Sapuan bedak asas berona lebih cerah di bahagian mata dapat melindungi mata yang sembap.

Kredit Feiruz Sohor, MUA Professional dan penata rias, Ruangan Hati, Harian Metro.

16/07/2018

3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.

Cikla agak, 'selera' orang bermekap ni tak sama. Ada yang suka mekap nipis dan tipis je, tapi tak dinafikan juga ada yang suka bermekap tebal. Mungkin untuk lebih yakin kot terutama bila berhadapan dengan orang ramai. 

Bagi cikla, terpulang pada masing-masing kehendak kan. Asalkan tak berlebihan, oklah tu. Nanti orang pandang pelik pulak kan. Hihi!

Walau apapun, bagi cikla istilah cantik itu terlalu subjektif. So, pentafsiran kepada istilah cantik itu adalah berbeza-beza tak kiralah cantik semulajadi atau cantik disebabkan mekap. 

Dalam banyak-banyak alat mekap, maskara adalah antara yang terpenting. Kalau takde, macam tak complete kan. Betul tak? 

So, nak pilih maskara pun ada caranya juga ye kawan-kawan. Bukan apa, pemilihan maskara yang betul adalah penting supaya bila kita pakai maskara tu nanti, takdelah maskara tu mencacatkan mekap kita.

3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Semasa membeli maskara, pilih maskara yang mengandungi vitamin yang berfungsi untuk merawat bulu mata. Ia amat penting tau terutama bagi mereka yang selalu mengaplikasikan maskara pada bulu mata mereka. 

Pilih maskara sesuai dengan aktiviti yang korang nak lakukan. Contohnya, pilih maskara yang bersifat kalis air untuk mereka yang aktif, manakala maskara yang bersifat larut air untuk kegunaan harian dan senang dibersihkan. 

Apa yang terpenting, pilih maskara yang sesuai dengan warna kulit. Contohnya, maskara berwarna hitam dan coklat sesuai untuk mereka yang berkulit gelap, manakala bagi mereka yang berkulit cerah, korang lebih beruntung sebab pemilihan maskara lebih fleksibel. So, memang takde masalah!

Kredit Ruangan Ubah Imej, Majalah Wanita Jun 2018.

21/05/2018

Apa kaitan lipstick dengan penampilan? Meh baca tip ni...

Orang cakap, tanpa lipstick memang lengkaplah solekan korang tu. Betul tak? Akan tetapi, adakalanya pemakaian lipstick nampak macam tak sesuai dengan penampilan kita. Kalau cikla, warna lipstick yang paling selamat cikla pakai adalah warna tanah. Tak pekat, tak cair. Hehe. So, korang nak tau tak tip macam mana nak pilih lipstick yang sesuai dengan penampilan? 

Apa kaitan lipstick dengan penampilan? Meh baca tip ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Memang tak dinafikan terlalu banyak lambakan warna lipstick yang dijual di pasaran. So, jangan sampai rambang mata tau. Elakkan membeli ikut nafsu. Haha. 

Tip pertama, pilih warna lipstick yang sesuai dengan warna bibir korang. Pendek kata, serasi gitu! Kalau bibir korang jenis warna pucat, warna merah muda atau beige sangat sesuai dengan korang. 

Manakala, untuk mereka yang mempunyai bibir kemerah-merahan bak delima merekah gitu, lipstick warna coklat muda atau merah terang sangat sesuai dengan korang. Warna sebegini akan menonjolkan diri korang yang sebenar. Ceewahh.

Tapi, kalau korang mempunyai bibir gelap atau kehitaman, lipstick warna ungu akan menyerlahkan penampilan korang, selain ia dapat menyembunyikan warna bibir korang tu. 

Selain dari warna bibir, pemilihan lipstick jugak perlu disesuaikan dengan warna kulit. Bukan apa, kegagalan *ceh kegagalan tuuu, hihi korang memilih warna lipstick akan mencacatkan penampilan korang nanti. 

Apa yang korang kena tau, bukan semua orang sesuai mengenakan warna oren muda, merah terang atau oren. So, pilihlah dengan bijak supaya ia sesuai dengan kulit korang sekaligus menjadikan penampilan korang tak over sangat kan. 

Mereka yang berkulit kuning langsat, elok mengenakan warna lipstick berwarna merah ceri atau merah gelap manakala bagi mereka yang berkulit lebih gelap dan coklat, warna yang dicadangkan adalah pink, plum, coklat gelap atau coklat kopi. 

Orang berkulit putih memang untunglah, sebab mereka sesuai pakai semua warna. Jangan sampai pening pulak nak pilih yang mana satu kang. Hihi. Tip terakhir adalah, sebelum korang beli lipstick tu elok korang try dulu. 

Macam mana nak try? Hok aloh, tester kan ada. Selain dari korang boleh cuba sendiri, korang jugak boleh tau tekstur lipstick tu sama ada berkilat, kabut dan sebagainya.

Kalau korang nak tau, lipstick yang mempunyai tekstur berkilat akan menjadikan bibir korang lebih berkilat dan seksi gitu, selain lipstick bertekstur kabut pulak menjadikan bibir lebih nipis. 

Kredit Sisipan Harian Metro. 

26/04/2018

4 tip solekan mata secara semulajadi.

Ada orang sangat menitikberatkan solekan di bahagian mata supaya nampak lebih wow dan tentunya menyerlah. So, solekan sebegini sebenarnya boleh je korang nak buat sendiri kat rumah. Jom check apakah teknik atau caranya.

4 tip solekan mata secara semulajadi.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Gunakan pembayang rona lembut dan cerah seperti lavender, krim dan coklat muda di bahagian kelopak mata. 

Untuk bahagian atas pula, pastikan warnanya sedikit gelap berbanding di bahagian bawah. Untuk menjadikan pembayang mata lebih tahan lama, sapukan warna asas putih atau primer yang sesuai dengan warna kulit. 

Mengenakan solekan mata kucing iaitu menggunakan celak dengan olesan garis halus pada hujung mata. So, ini akan menjadikan mata lebih nampak lebih besar atau bundar. Tapi, korang tak perlu membentuk hujungnya terlalu besar. Garisan halus pun dah cukup menampakkan unsur dramatik.

Untuk menjadikan mata korang nampak lebih besar dan cantik, jangan lupa mengoleskan celak putih terlebih dahulu di bawah mata. Teknik ni sangat penting sebenarnya kalau korang mahukan mata yang menawan. 

Selepas korang menggunakan pembayang mata dan celak, last sekali korang sapukan maskara untuk memberikan kesan ilusi mata yang lebih bundar dan cantik. Sapukan maskara beberapa kali untuk mengelakkan bulu mata tak bergumpal.

Jangan lupa gunakan penyepit bulu mata yang berkualiti untuk hasil yang lebih vaahhhhh!

Kredit Jurusolek professional, Nabilah Hussin  (Armany Ausi Skillz).