Cara menyorokkan mata panda dan parut jerawat dengan mekap.

Ada orang kata, mekap berkuasa menyembunyikan kekusaman wajah kita. So, kalau korang tau tekniknya yang betul memang no hal lah. Tapi, cikla nak share beberapa cara mudah yang boleh korang cuba. 

Cara menyorokkan mata panda dan parut jerawat dengan mekap.

Langkah pertama dan paling penting sebelum menggunakan mekap adalah dengan memastikan kulit wajah bersih dan lembap. Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit korang. Kemudian, oleskan pelembap untuk memastikan kulit kekal lembap dan mekap akan kelihatan lebih licin dan tahan lama.

Selain itu, penggunan primer yang sesuai untuk kulit korang juga penting. Primer ni fungsinya sebagai lapisan asas yang menutup liang pori dan kurangkan tampilan garis-garis halus, sekaligus kulit korang sedia untuk menerima mekap. Pilih primer yang boleh membantu menyamarkan mata panda dan parut jerawat, seperti primer dengan sifat blurring atau color-correcting.

Untuk menutup mata panda, pilih concealer yang satu atau dua tona lebih cerah daripada warna kulit korang. Sapukan concealer di bawah mata dalam bentuk segitiga terbalik, kemudian blend dengan menggunakan span atau berus concealer. Warna yang lebih cerah ini akan membantu mencerahkan kawasan bawah mata dan menutupi lingkaran hitam.

Jika mata panda korang sangat gelap, korang boleh gunakan corrector sebelum concealer. Corrector warna oren atau peach boleh membantu meneutralkan warna biru atau ungu pada mata panda.

Pemilihan foundation dengan coverage yang sederhana hingga penuh (medium to full coverage) untuk tutup parut jerawat. Guna berus atau span untuk menyapu foundation secara rata pada wajah. Kalau parut jerawat ketara sangat, korang boleh apply teknik layering, iaitu menambah lapisan foundation pada kawasan tersebut dengan berhati-hati.

Setelah menggunakan foundation, sapukan concealer yang sesuai dengan warna kulit korang pada parut jerawat yang masih kelihatan. Tepuk-tepuk concealer dengan lembut menggunakan jari atau span agar ia menyatu dengan foundation. Teknik ini membantu menyamarkan parut tanpa membuatkan mekap nampak tebal.

Untuk memastikan mekap tahan lama dan tak mudah luntur, setkan wajah dengan bedak tabur atau bedak padat. Fokuskan pada kawasan T-zone iaitu area dahi, hidung dan dagu serta di bawah mata untuk mengelakkan concealer berkedut.

Settle dengan mekap asas selesai, gunakan bronzer dan blusher untuk menambahkan dimensi pada wajah korang. Sapukan bronzer di sekitar perimeter wajah dan tulang pipi dan blusher pada pipi untuk memberikan kesan sihat dan segar. Ini akan membantu mengalihkan perhatian dari mata panda dan parut jerawat.

Then, apply highlight pada tulang pipi, hujung hidung dan atas bibir boleh membantu memberikan ilusi kulit yang lebih cerah dan bersinar. Contour pula boleh membantu memberikan bentuk pada wajah, terutama pada kawasan pipi dan hidung yang juga membantu mengalihkan perhatian dari kawasan masalah.

Untuk mengalihkan perhatian daripada mata panda dan parut jerawat, korang boleh fokus pada solekan mata dan bibir. Guna eyeshadow yang menarik atau lipstik yang menonjol untuk memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian ini.

Akhir sekali, jangan lupa untuk menggunakan setting spray mekap. Ini membantu mekap tahan lebih lama dan memberikan kesan akhir yang lebih segar. Selamat mencuba!

2 comments:

  1. terima kasih utk sharing ni ciklaa

    ReplyDelete
  2. Primer tak boleh lupaaa memang. Dan corrector. Saya selalu pakai itu. Supaya tampilan make up LBH halus juga 👍

    ReplyDelete

Powered by Blogger.