Jujur, cikla ni agak sangat jarang layan filem atau drama korea. Bukan apa, kebanyakan jalan cerita dorang ni macam agak slow. Memang orang mengantuk disorongkan bantal la kalau macam ni. Tapi, lately macam best pulak layan si oppa ni. Layan yang genre thriller, action atau horror la. Baru syok. Kalau yang stok cintan cintun dalam hati ada taman tu macam kurang gemor teman.
So, yang cikla nak share ni filem ke berapa tah yang cikla dah layan. Mungkin korang ada yang dah tengok atau belum tengok lagi filem ni, tapi apa kisah kan, cikla nak share jugak jugak. Cikla sebenarnya tak berapa faham sangat jalan ceritanya, sebab tiba time tengah-tengah tiber macam blurr pulak. Jammed terus nak fahamkan apa kaitan dorang dorang ni semua. Haha. Okeylah, moh lerr kita baca sinopsisnya je weh.
Kredit image AsianWiki. |
Kredit image AsianWiki |
NEW NORMAL.
Pengarah: Jung Bum-shik
Pelakon: Choi Ji-woo, Jeong Dong-won, Lee Yoo-mi, Choi Min-ho, Ji-hoon Pyo, Ha Da-In
Tempoh: 112 Minit
Sinopsis;
Prolog filem ini dihiasi dengan beberapa klip berita TV yang mendedahkan bahawa banyak pembunuhan bersiri berlaku di sekeliling mereka dan orang ramai, terutamanya wanita yang tinggal bersendirian, diharapkan berhati-hati untuk tak keluar pada waktu malam.
Basically filem ni membawa kisah empat hari peristiwa yang berlaku di Seoul dan enam watak berbeza yang akan menghadapi hari gelap mereka.
Dalam cerita pertama, Hyun-jeong (Choi Ji-woo), seorang wanita yang tinggal bersendirian di apartmennya dan pada waktu malam, dia dikunjungi oleh seorang juruteknik yang ingin memeriksa sistem penggera di tempatnya.
Berita tentang pembunuhan bersiri mewarnai perbualan mereka berdua. Hyun-jeong kelihatan mula gelisah dan bimbang juruteknik itu akan bersikap jahat kepadanya.
Dalam cerita kedua pulak, Seung-jin (Jeong Dong-won), seorang pelajar sekolah menengah yang cuba berbuat baik dengan membantu orang.
Dia melakukan ini selepas rakan-rakannya cuba menunjuk-nunjuk antara satu sama lain ketika membantu orang lain dan menerima pujian daripada orang di sekelilingnya.
Seung-jin, yang sebelum ini tak ada rasa empati, kemudian berhadapan dengan situasi yang sama yang memerlukan dia bertindak.
Kredit image easternKicks.com |
Dalam cerita ketiga, Hyun-Seo (Lee Yoo-mi), yang buat blind date melalui dating apps, berhadapan dengan situasi yang sukar bila lelaki yang dia nak jumpa tu tak muncul.
Dia tak tahu rupanya lelaki itu date dengan dua orang pada masa yang sama termasuk dirinya di kafe yang sama. Hyun-Seo kemudiannya pergi ke tandas dan terdengar kekecohan dan ternyata terdapat seorang wanita yang dibunuh di luar kafe dengan ciri-ciri yang sama seperti dirinya melalui chatting dekat dating apps tu. Hyun-Seo takut dan cuba melarikan diri dari tempat itu.
Kisah keempat, kisah Hoon (Choi Min-ho) yang merupakan seorang pelajar yang kesepian, dan rakannya memberi nasihat kepadanya tentang hubungan antara jenis darah dan tanda zodiak yang nampaknya menjejaskan keserasian pasangan jiwa seseorang.
Dia kemudiannya didatangkan dengan surat cinta misteri yang ditemuinya di mesin layan diri. Surat itu membawanya kepada pasangan jiwa dan satu kebetulan yang tak pernah difikirkannya mungkin.
Cerita kelima, kisah Gi-jin (Ji-hoon Pyo) yang tinggal di sebuah apartmen mempunyai seorang wanita idaman yang tinggal di sebelah apartmennya dan dia bertekad untuk sampai ke apartmen melalui teres luar dan tergila-gilakan dia malah mengambil seluar dalam dia.
Gi-jin tak sedar siapa sebenarnya wanita cantik yang tinggal di sebelah sampailah dia terkejut dengan sesuatu yang tak pernah dia lihat sebelum ini.
Kisah terakhir mengisahkan tentang Yeon-jin (Ha Da-In) yang bekerja sambilan di sebuah pasar mini sehingga lewat malam dan dia mendapati bahawa dia sangat membenci orang yang datang ke kedai kerana tingkah laku pengunjung di luar kesabarannya dan membuat dia menghubungi seseorang melalui sembang untuk menyelesaikannya. Sekali lagi, Yeon-jin tak tahu dengan siapa dia bercakap melalui chat.
Semua watak saling berkaitan dengan kes yang berbeza enam watak yang muncul dalam cerita ini saling berkaitan dalam filem ini, sama ada secara langsung atau tak.
Cikla nak bagi markah: 6.0/10 bintang untuk filem ini.
Kredit info SINI
menarik betul drama korea nih
ReplyDelete