"Luahan Rasa Tanpa Suara"

30 March 2022

Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

March 30, 2022 1
Siapa suka minum susu kambing? Korang tahu tak sebenarnya ada banyak manfaat susu kambing untuk kulit muka korang. 

Susu kambing ni ada bahan semula jadi untuk kulit korang tanpa sebarang risiko kesan sampingan sekaligus menawarkan kebaikan untuk kecantikan kulit. 

Ia jugak dah digunakan sejak beribu-ribu tahun dulu untuk mendapatkan kulit yang lembut, bersih dan cerah.

Kalau kulit korang jenis sensitif dan korang hanya akan menggunakan produk yang telah dilakukan penyelidikan dan maklumat lengkap, maka susu kambing adalah pilihan terbaik!

Tapi, kenapa susu kambing eh?

Ramai yang tak tahu yang susu kambing sebenarnya macam yang cikla mention tadi, kat dalam susu kambing ni ada bahan semula jadi yang amat baik untuk kulit, bahkan ia boleh digunakan tanpa sebarang risiko kesan sampingan. Best kan?

Biasanya susu kambing ni mengandungi lebih banyak asid lemak penting kalau nak dibandingkan dengan susu lembu. Selain tu, ia jugak merupakan sumber kalsium, magnesium, kalium, vitamin A dan vitamin C yang baik.

Cara nak guna pun amat mudah. Korang boleh menyapu susu kambing terus pada kulit muka sebagai masker atau boleh campur dengan bahan lain bagi penyediaan topeng muka. 

Lakukan secara konsisten dan berkala pada wajah setiap hari, ia pastinya akan dapat memberikan hasil yang terbaik. 

Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?
Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

Apa lagi manfaat susu kambing untuk kulit?

1- Lembut dan berkesan untuk kulit muka. 

Bahan ini sering digambarkan sebagai produk penjagaan kulit semula jadi. Ia mempunyai tahap pH yang sama dengan kulit manusia. Asid semula jadinya tak akan menyebabkan sebarang ketidakseimbangan. 

So, bila bersihkan wajah dengan produk susu kambing, korang tak akan mengganggu mantel asid atau mikrobiom semula jadi kulit. 

Kalau korang mengalami sebarang masalah kulit sensitif termasuklah psoriasis dan ekzema, maka susu kambing boleh berfungsi seperti magik! 

Walaupun banyak produk penjagaan kulit biasanya akan memburukkan keadaan kulit tersebut, tapi ia tak berlaku dengan susu kambing.

2- Mencegah penuaan pramatang, manfaat susu kambing untuk kulit. 

Penggunaan susu kambing secara tetap boleh mencegah penuaan pramatang sebab ia kaya dengan antioksidan yang kuat seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Selain itu, ia juga menyingkirkan lapisan kulit mati.

3- Merawat jerawat dan jeragat pada kulit muka. 

Susu kambing boleh bantu korang merawat jerawat dan juga masalah jeragat sebab protein susu kambing bersifat antimikrob dan akan menghalang bakteria penyebab jerawat.

4- Manfaat susu kambing untuk kulit, kurangkan kerengsaan dan keradangan. 

Susu kambing mempunyai asid lemak di dalamnya. Asid lemak ini – capric, caprylic dan caproic – mempunyai ciri antibakteria, antikulat dan antiradang yang kuat. 

Secara tidak langsung boleh dikatakan ia mempunyai sifat yang dapat menenangkan kulit muka dengan mengurangkan kemerahan dan kegatalan.

5- Merangsang asid lemak penting, probiotik dan vitamin. 

Asid lemak dalam susu kambing ini juga berfungsi untuk bantu perbaiki penghalang kulit, probiotik untuk menggalakkan pertumbuhan flora kulit normal dan vitamin A bagi menolong proses pengelupasan kulit yang tak menyakitkan. Asid lemak tersebut juga akan menyumbang kepada kulit yang lebih lembut.

6- Manfaat susu kambing boleh mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit. 

Antara keistimewaan lain susu kambing adalah kandungan asid laktiknya. 

Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?
Minum susu kambing boleh buat kulit muka jadi cantik? Eh Betul ke ni?

Asid alfa-hidroksi (AHA) ini terkenal dengan sifat penghidratan dan pengelupasan yang lembut. Ada kajian mengatakan bahawa kepekatan AHA yang rendah mungkin berguna dalam merawat kulit yang rosak disebabkan kesan cahaya matahari

Bukan itu sahaja, asid laktik juga telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran ceramide, yang dianggap sebagai mortar antara sel-sel kulit muka. 

Kesannya, ia membantu kekalkan kualiti yang baik dalam kulit seperti kelembapan dan lipid, dan menyingkirkan kualiti yang tak baik seperti bakteria dan alergen, menjadikan kulit kekal lembut, licin dan anjal.

Sekiranya korang ingin memasukkan susu kambing ke dalam rutin penjagaan kulit, carilah pembersih, pelembap dan serum yang terdapat bahan ini. 

Menggunakan serum yang mengandungi susu kambing akan mempunyai tahap kepekatan bahan paling tinggi, sekaligus menjadikan ia kaedah rawatan kulit paling mujarab. 

Kalau korang ingin memasukkan susu kambing ke dalam diet pulak, dapatkan susu, yogurt dan keju yang diperbuat daripada bahan ini.

Namun sebaik sebelum korang mula menggunakan susu kambing ini pada kulit muka atau ke dalam diet, dapatkan nasihat doktor dulu sebab untuk pastikan tahap kesesuaian diri. 

Sebab, kalau korang tak boleh minum susu kambing disebabkan alergi atau masalah intoleransi laktosa, kemungkinan besar korang akan alami tindak balas alahan kalau guna produk seperti sabun mahupun losen yang menggunakan susu kambing sebagai bahan aktif.

Kredit : HELLO DOKTOR

Riak, buat baik demi pujian manusia?

March 30, 2022 0
Apakah maksud riak yang sebenarnya ye? 

Riak tu adalah sifat di mana seseorang membuat sesuatu perkara yang baik dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Dia buat 'baik' tu niat dia sebab nak orang puji dia. 

Ehh apa beza riak dengan takabbur eh? 

Kalau korang nak tau, takkabur tu lebih cenderung kepada perkataan. Perkataan yang keluar dari mulut dia menunjukkan betapa angkuhnya dia. 

Sebenarnya riak ni boleh dikategorikan sebagai masalah hati yang susah nak dilihat dengan mata kasar, umpama seekor semut hitam merayap dalam kegelapan. 

Riak, buat baik demi pujian manusia?
Riak, buat baik demi pujian manusia? 

Sikap riak adalah diharamkan dan pelakunya sangat dibenci Allah S.W.T. Dalam al-Quran surah al-Maun ayat 4-6, Allah S.W.T. telah mencela hambaNya supaya tak melakukan ibadah dengan tujuan untuk berbangga. 

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”

Apakah pulak jenis-jenis riak? 

Berdasarkan Imam Al-Ghazali melalui kitabnya Ahya'ulumidddin ada 5 jenis riak, iaitu; 

1. Riak dalam perbuatan. 
2. Riak tubuh badan. 
3. Riak dalam pakaian. 
4. Riak dalam ucapan.  
5. Riak dengan memperbanyakkan sahabat.  

Tanda-tanda riak adalah malas ketika dia bersendirian, bersemangat ketika berada dengan ramai orang, bertambah amalannya kalau dipuji tapi berkurang amalannya kalau tak mendapat pujian.

"Tiada sesiapa pun yang dikecualikan daripada terjerumus ke dalam sifat riak. Golongan alim ulama pun cenderung untuk bersifat sebegini jika hatinya terpesong walaupun sesaat. " - Pendakwah Hamizul Abdul Hamid. 

Riak, buat baik demi pujian manusia?
Riak, buat baik demi pujian manusia? Kredit Google

Apa yang penting, betulkan niat dalam segala perbuatan dan amalan kita. Niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Jauh sekali dengan niat untuk bermegah-megah. Seorang sahabat pernah bertanya, 

“Wahai Rasulullah, dengan apa kita boleh selamat dari penyakit riak ini?” 

Baginda menjawab,

Iaitu jika seseorang hamba melakukan perbuatan ketaatan dan diniatkan hanya kerana Allah S.W.T. bukan mengharapkan pujian dari sesama manusia.”

Manakala dalam pesan yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.” 
Kesimpulannya, riak adalah salah satu sifat yang tercela. Moga bermanfaat.

29 March 2022

Al Quran petunjuk ketika kita...?

March 29, 2022 1
Allah SWT berfirman: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin." (Qs. Fushilat: 44)

Al Quran petunjuk ketika kita...?
Al Quran petunjuk ketika kita...?

1. SEDIH? 

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." - (Qs Al Baqarah: 25).

2. BERDOSA? 

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - (Qs Az Zumar: 53)

3. TERTEKAN

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." - (Qs Ar Rad: 28).

4. TAK DIHARGAI? 

"(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)". - (Qs Al Insan: 22).

5. PUTUS ASA? 

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". - (Qs Yusuf: 7).

6. KESUSAHAN?

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." - (Qs Al Insyirah: 5).

7. KECEWA? 

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." - (Qs Al Imran: 139).

8. BERHARAP?

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." - (Qs At Taubah: 129).

Al-Quran itu indah kan? Setiap persoalan ada jawapannya.

"Teruskanlah usaha dan berdoa kerana antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah, Allah beri taufiq (kekuatan) pada kita untuk berdoa perkara yang sama berulang kali dan banyak kali."

Takdir itu milik Yang Esa, namun usaha dan doa milik kita. In shaa Allah. 

Kredit : Penulis asal. 

Tayammum, ringkasan penting yang kita patut tahu.

March 29, 2022 0
Tayammum adalah menyapu debu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. 

Tayamum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Dari segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub). 

Dengan bertayamum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat. 

Tayammum, ringkasan penting yang kita patut tahu.
Tayammum, ringkasan penting yang kita patut tahu. 

Seperti yang dinyatakan sebelum ni, anggota yang ditayammumkan hanya muka dan tangan. Namun, disunatkan melebihkan seluruh muka dan atas siku tangan. Tepuk debu sekurang-kurangnya 2 kali baru di sapu ke muka dan tangan. 

HARUS hukumnya menyapu muka dan tangan secara berulang kali. SUNAT menyapu  secara bersistem iaitu, tepuk tangan kiri, sapu tangan kanan dan sebagainya bergilir dan berhemah. Tepuk, sekurangnya 2 kali tepuk.

Niat tayammum dibuat sebaik sahaja menyentuh debu ketika menepuknya. Ketika solat Jumaat, khatib yang sudah bertayammum untuk kutbah, perlu bertayamum lagi untuk solat Jumaat. 

Lafaz niat tayammum yang sah; 

1. "Sahaja aku bertayamum bagi membolehkan fardu solat/fardu tawaf kerana Allah Taala."

Atau, 

"Sahaja aku bertayammum bagi membolehkan fardu solat kerana Allah Taala."

Niat ini hanya boleh digunakan  untuk SATU solat fardu atau tawaf atau baca quran dan BEBERAPA solat sunat tiada waktu. Misalnya:- sunat Tasbih, sunat Hajat dan sunat Istiharah. Solat sunat Dhuha, Tahajud, Qabliah dan Baqdiah adalah solat sunat berwaktu.

2. "Sahaja aku bertayamum bagi mengHARUSkan solat kerana Allah Taala."

Maka, boleh buat sekali semua solat sunat berwaktu,  tawaf sunat dan semua solat sunat tiada waktu. Solat, tawaf, khutbah FARDU tidak boleh.

3.  "Sahaja aku tayamum bagi mengharuskan fardu solat kerana Allah Taala."

Ini untuk solat sunat dan fardu. Boleh juga digunakan untuk sujud tilawah, sujud syukur, beriktikaf dalam masjid. Jika tiada air untuk mandi wajib, walaupun sudah kering haid, tayammum dengan niat di atas boleh digunakan bagi membolehkan persetubuhan dengan suami. 

4. "Sahaja aku tayamum untuk menyentuh Al Quran, kerana Allah Taala."

Maka, dibolehkan menyentuh Al Quran dan lain-lain perkara sunat sahaja. Manakala, lafaz niat yang tak sah; 

"Sahaja aku tayamum kerana Allah Taala."

TIDAK SAH untuk mengerjakan perkara sunat dan fardu.

Beberapa perkara penting. 

  • Bagi Solat QADA, hukum tayammumnya  sama seperti solat fardu iaitu setiap satu Qada, sekali tayammum.
  • Jika terlepas solat sunat qabliah subuh, ianya boleh dibuat SELEPAS solat fardu subuh tanpa niat qada sebab masih ada waktu subuh.
  • Selepas tayammum, kerjakan dulu solat fardu. Tayamum semula untuk solat sunat Qabliah dan Baqdiah = Mazhab Hambali
  • Bagi mengerjakan solat jamak pula, dibolehkan terus mengambil tayammun DUA kali dalam satu waktu. Ini dinamakan waktu Uzrin iaitu kerana ada terdapat waktu asar dalam waktu zohor dan waktu isyak dalam waktu maghrib. Jamak taqdim sahaja dibolehkan termasuk hari Jumaat.
  • Bagi jenazah yang belum di mandikan kerana ketiadaan air, ditayammumkan sahaja sebelum disolatkan jenazah tersebut.
  • Bagi orang yang kencing tidak lawas, selalu terkentut dan luka, maka tayammum untuk solat jenazah hanya boleh dibuat setelah sampai jenazahnya.
  • Bagi seseorang yang mengambil wuduk menggunakan spray air, biarkan air yang di spray MENGALIR dahulu baru digosok ke anggota wuduk.

Moga bermanfaat. 

Kredit sumber : USTAZ RADHI IDRIS. 

Inilah punca kenapa kuku jadi rapuh dan rosak yang mungkin korang belum tahu.

March 29, 2022 0

Siapa ada masalah kuku macam putih-putih pastu rapuh? Kadang kita tak tau pun kan apa punca leh jadi gitu. Dan lebih meyedihkan, keadaan ni akan mempengaruhi penampilan kita. Betul tak? 

Korang tau tak, kuku ni bukan sekadar untuk menambahkan "kecantikan, penampilan kita, tapi ada fungsi yang lebih penting kuku ni adalah untuk melindungi jari tangan dan kaki kita. 

Iyelah, cuba korang bayangkan kalau korang takde kuku kat tangan dengan kaki tu, dah sah-sah korang mudah alami kecederaan, infection, tekanan dan sebagainya. 

Lepas tu pulak, dekat kuku jugak ada satu lapisan protein yang dipanggil keratin yang nertanggungjawab hasilkan sel penting pada rambut dan kulit jugak.

Makanya, kalau keratin ni alami keabnormalan, so risiko untuk kuku korang rapuh lebih tinggi so benda ni inilah menyebabkan kuku mudah patah, pecah dan rosak.

Apakah punca kuku jadi rapuh dan rosak?

1. Kurang mineral dan vitamin.

Biasanya, kuku yang rapuh sampai mudah patah, pecah atau rosak mostly dikaitkan dengan kadar zat zink dan zat besi yang sangat rendah dalam tubuh badan kita. 

Sebab, kedua-dua mineral penting dalam pembentukan hemoglobin, iaitu protein yang terkandung di dalam sel darah merah. Tugas dia adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan termasuklah ke dalam kuku dan tanpanya, kuku akan lebih mudah rosak. 

Selain itu, kuku rapuh juga disebabkan oleh kurangnya vitamin C, vitamin B, folat dan kalsium yang dah tentu jadi punca utama kuku rapuh.

2. Jangkitan bakteria dan kulat.

Sebenarnya, jangkitan pada kuku itu adalah salah satu keadaan dermatologi yang paling biasa jadi dan kebanyakannya disebabkan oleh bakteria dan kulat. 

Bakteria dengan kulat ini biasa akan wujud kat kawasan yang lembap dan kotor macam stoking atau kasut yang digunakan dekat dengan kuku. 

So, ia seterusnya akan membuatkan bakteria ni semua lagi mudah serang pastu membiak kat kawasan sekitar kuku sekaligus jadi punca pada masalah inilah. 

So, korang kena selalu check kuku korang. Kalau ada apa-apa perubahan tak normal pada tekstur atau warna kuku, cepat-cepat pi jumpa doktor naa. 

3. Stres.

Ya, stres adalah punca kepada banyak kondisi termasuklah kuku rapuh kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan kuku baru untuk ganti yang lama. 

Buat anda yang belum tahu, kuku jari tangan akan tumbuh sekitar 1 milimeter per minggu manakala kuku jari kaki pula adalah 2 kali ganda lebih perlahan. 

Sekiranya individu itu stres, ia mungkin akan mempercepatkan proses pertumbuhan itu lalu membuat ia menjadi tidak terkawal dan membawa masalah kuku rapuh. 

Selain itu, stres juga akan memicu tabiat luar sedar seperti menggaru, menggosok atau menggigit kuku yang tentu sahaja akan mengakibatkan masalah kuku.

Inilah punca kenapa kuku jadi rapuh dan rosak yang mungkin korang belum tahu.
Inilah punca kenapa kuku jadi rapuh dan rosak yang mungkin korang belum tahu. Sumber Hello Doktor

4. Kekurangan oksigen.

Oksigen memang sangat diperlukan di dalam tubuh badan manusia termasuklah kuku kerana kekurangannya akan menyebabkan pelbagai masalah. 

Seperti contoh, kuku yang kurang oksigen mungkin akan mengalami clubbing nails di mana kuku mencembung, melengkung dan membulat tanpa sudut. 

Sekiranya oksigen tidak diterima pada masa lebih lama pula (hipoksia kronik) khususnya pada jari, maka ia akan menyebabkan pembuluh darah mengembang. 

Kesannya, ia adalah kekal dan selain membawa kelainan seperti kuku jari yang rapuh, ia juga akan menyebabkan masalah kepada organ jantung dan paru-paru anda.

5. Usia.

Akhir sekali, tentu sahaja faktor usia atau penuaan ini akan menyebabkan pelbagai jenis perubahan yang berlaku pada segenap aspek tubuh badan kita semua. 

Perubahan yang melibatkan fizikal dan mental ini turut akan terjadi pada kuku di mana ia akan membuat kuku jadi lebih rapuh dan kondisinya tidak lagi seperti semasa anda di usia muda. 

Apa yang mungkin berbeza adalah di mana kuku tangan mungkin akan lebih nipis manakala kuku kaki pula akan lebih tebal. Namun, kedua-duanya adalah masalah pada kuku.

Konklusinya, kuku itu adalah sangat penting untuk kita jaga bukan sahaja untuk sebab kebersihan dan kecantikan, malahan juga kesihatan yang sering kali kita semua abaikan!

Kredit : HELLO DOKTOR

Para lelaki bujang kena ada 5 perkara ini kalau ada niat nak kahwin.

March 29, 2022 0
Alam perkahwinan sememangnya menyeronokkan. Mana taknya, kalau dulu makan sorang, bila dah kawin makan berdua. Kalau dulu tido sorang, bila dah kawin tido berdua. Pendek kata,  semualah buat berdua bila dah kawin. Haha. 

Hurmm, seronok-seronok jugak, namun ada tanggungjawab yang lebih besar menanti tak kiralah part suami atau isteri. Jangan ambil mudah dan pandang sambil lewa sebab ini semuanya amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Kali ni cikla nak share mengenai beberapa hal yang sangat menarik khas untuk para lelaki bujang terutamanya kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat-tabiat ini tau. 

Jom baca apakah itu. 

Para lelaki bujang kena ada 5 perkara ini kalau ada niat nak kahwin.
Para lelaki bujang kena ada 5 perkara ini kalau ada niat nak kahwin. 

1. Solat.
Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat di awal waktu. 

Tapi kalau kita masih sama, masih bawak perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak kan dapat bertahan lama sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.

2. Kerja.
Bila nak kawin, pastikan korang dah ada keje yang stabil, yang mana korang selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu. 

Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, keje tak boleh ikut suka, tak boleh keje sekejap, berenti. Pastu menganggur sehingga dapat keje yang sesuai, yang ikut citarasa korang sendiri katanya. 

Tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan korang mempunyai keje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dulu.

3. Perangai bujang.
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan. Merempit, Melepak, keluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya. 

Maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar umah pada masa-masa Yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam. 

Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.

4. Belajar mengemas.
Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah keje isteri je. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat keje-keje rumah. 

Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa ya g kita dh biasa buat. 

Bila dah selalu buat tu percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untukk buat keje-keje rumah.

5. Berhenti jadi buaya darat dan jaga pergaulan.
Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan". 

Tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. 

Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang je tau. Korang dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat korang bakal menjadi suami kepada seseorang.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Ia bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT. 

So, ubahlah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga. Moga dipermudahkan urusan semua. 

Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat. 

Apakah tujuan manusia diuji?

March 29, 2022 0
Sebagai manusia biasa dan hambaNya, kita pasti tak kan terlepas dari ujian. Orang kata, baru hidup ni berwarna warni. Ada suka, duka, gembira, sedih dan sebagainya. 

Namun, apakah sebenarnya tujuan manusia itu diuji? Selalu kita dengar orang kata, Allah uji tanda Allah sayang kat kita. Tapi adakah ada sebab-sebab yang lain? Nak tau? Jom baca perkongsian ini. 

Apakah tujuan manusia diuji?
Apakah tujuan manusia diuji? 

Bukti keimanan.Kelapangan dan kesempitan dalam kehidupan sentiasa berulang supaya kita sentiasa bersyukur dan berusaha. Tanpa ujian, kita tak akan dapat memastikan prestasi iman kita berada di tahap mana sebab itu Allah mengingatkan kita,

“Dia yang menciptakan kehidupan dan kematian kerana ingin menguji kamu semua siapakan yang paling baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun” - (Al-Mulk 67 : 2)

Dengan ujian dan tekanan, barulah terbukti prestasi keimanan kita. Dan yang pasti ujian itulah yang membuatkan iman menjadi lebih kental dan teguh.

Keampunan. Stres dan kesempitan yang dihadapi ini tak lain tak bukan hanyalah suatu nikmat daripada Allah. Tapi bagaimana? Rasulullah memujuk, 

“Musibah, keperitan, stres, kesedihan dan keperitan, sekalipun terkena duri yang menimpa seorang Muslim, semuanya ini ialah pengampunan Allah terhadap dosa yang telah dilakukannya” - (Riwayat Al-Bukhari).

Bayangkan kehidupan yang sering dilanda ujian ini sebenarnya membantu kita mendapat keampunan Allah SWT. Bukankah ini nikmat yang bernilai?

Pastinya kalau diberi nikmat dan ujian, bersyukur dan bersabarlah sebab itu proses peningkatan iman dan pahala kepada kita. Bermujahadahlah mengharunginya, 

InshaAllah hati yang ditempa dengan ujian akan kenal dengan kesusahan yang kecil pada masa akan datang.
 
Moga bermanfaat. 

Kredit : Dakwah_Bidadari

28 March 2022

Apa itu istidraj?

March 28, 2022 0
Korang pernah dengar atau tau tak apakah itu istidraj? Kalau korang belum tahu, istidraj adalah situasi di mana Allah mengurniakan rezeki berlimpah ruah orang itu, sedangkan orang itu masih melakukan maksiat pada Allah. Nauzubillah. 

Makna bahasa senang faham, istidraj adalah dia tak solat TAPI kaya, pandai, rezeki melimpah ruah, kurang masalah dan mendapat pelbagai nikmat dariNya.

Apa itu istidraj?
Apa itu istidraj? 

Antara ciri-ciri orang yang istidraj adalah :

1. Sengaja meninggalkan solat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedekah
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap mudah perintah- perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat.
9. Tidak mau menuntut ilmu
10. Lupa akan kematian.

Istidraj ni sangat bahaya ye kawan-kawan, sebab salah satunya dia rasa Allah menyayangi dia walaupun dia membuat maksiat dan yang paling sadis dia akan memandang hina kepada orang lain yang membuat amalan baik.

Sebenarnya, Allah memberi dia segala nikmat kepada mereka yang istidraj tak lain tak bukan adalah untuk 'menghancurkannya'. Allahu nauzubillah.

Apa itu istidraj?
Apa itu istidraj? Kredit Google.

Rasullullah SAW bersabda ; "Apabila Allah mengkehendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya." - (Kitab Nasaibul'Ibad).

Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang buruk. Aamiin.

Kredit : T.me/notatazkirah

Antara syukur dan qanaah.

March 28, 2022 0

"Kenapa susah sangat aku nak bersyukur. Padahal ada ramai lagi yang lebih teruk keadaannya daripada aku."

Sahabat, mungkin kita terlupa satu benda yang  sering kita remehkan dan tinggalkan iaitu QANAAH!

Antara syukur dan qanaah.
Antara syukur dan qanaah. Kredit Google. 

QANAAH? Yup, bermaksud merasa cukup.

Pernah tak kita merasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi kat kita? Pernah tak kita merasa cukup dengan apa yang kita ada?

Bersyukur itu perlu ada Qanaah dalam diri. Jika tak, TAK MUNGKIN KITA AKAN BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, APA YANG KITA DAPAT DAN APA YANG KITA MILIKI.

Kredit : Dakwah_Bidadari.

27 March 2022

Nak tau tip rezeki melimpah?

March 27, 2022 0
Jom kita mula amalkan, moga rezeki yang baik-baik sentiasa mendampingi kita semua. Aamin.

Nak tau tip rezeki melimpah?
Nak tau tip rezeki melimpah? 

DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

TAHAJJUD
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

AL-QURAN
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat.

ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

SOLAT BERJEMAAH 
terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

SILATURRAHIM
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

BERSEDEKAH
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

TAWAKAL DAN USAHA
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. IN SHA ALLAH.

Kredit : Penulis asal. 

26 March 2022

Orang perempuan bila dia sedar dia makin 'menua'....

March 26, 2022 1
~ Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga. 

~ Dah takde kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takde tempat gantung. Sekarang takde kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.

~ Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.

~ Dia malas layan drama. "Ikut kaulah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.

~ Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makanlah juga. Malas nak bising mana. 

~ Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya. 

~ Dia banyak bersendiri. 'Me Time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me Time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri. 

Orang perempuan bila dia sedar dia makin 'menua'....
Orang perempuan bila dia sedar dia makin 'menua'.... Kredit Google

~ Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiadalah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.

~ Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dialah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana. 

~ Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar. 'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'. 

~ Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa. 

~ Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.

Kredit: Fakta Perempuan