"Luahan Rasa Tanpa Suara"

28 August 2020

Happy bornday to me.

August 28, 2020 5
Alhamdullillah umurku bertambah setahun lagi. Ku panjatkan syukur kepadaMu atas nikmat ini. 

Perjalananku sepanjang usiaku ini memang banyak suka duka. Yang paling tak boleh lupa bila daku didiagnois kanser tiroid. Done total thyroidectomy pada 2017, done RAI (1 dose tinggi, 2 dose rendah), kini aku hanya perlu pergi appointment 6 bulan sekali. Walaupun, aku belum lagi diistigharkan free kanser, tapi daku bersyukur daku sihat. 

Thanks juga pada yang wish dan mendoakan yang baik baik buat diri ini. Semoga doa doa ini berbalik semula pada kalian. Aamin. 

Ehh, bulan ogos ni jugak birthday kak cik aka Nur Khayra Izzara yang ke-4 tahun. Kejap je rasa dah 4 tahun dah umur dia. Baru je kot rasa berjuang dalam LR nak bersalinkan kak cik. Bersalinkan dia ni tak susah sangat, semuanya dipermudahkan. Hurmm, dah besar dah pun kau nakk, dah ada adik pun.

Happy belated birthday anak ibu Nur Khayra Izzara. Moga membesar dengan sihat dan menjadi anak penyejuk hati ibu ayah. Aamin. 

18 August 2020

Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana?

August 18, 2020 2
Memang tak dinafikan ada orang terpaksa memakai tudung lebih dari 12 jam disebabkan oleh tuntutan kerja dan sebagainya. 

Tak menjadi masalah sebenarnya, tapi ada kalanya dalam keadaan cuaca yang panas terlalu lama boleh menyebabkan kepala terutamanya, rasa kurang selesa. 

Itu belum lagi yang ada masalah rambut rosak dan masalah kulit kepala termasuklah kelemumur. 

Jadinya, cikla nak share beberapa tip yang mungkin korang boleh praktikkan, sekaligus dapat menjaga keselesaan kulit kepala dan rambut kekal sihat bermaya. 

Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana?
Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jangan pakai tudung masa rambut masih basah. Pastikan rambut dalam keadaan kering sebab kalau rambut masih basah akan mengakibatkan kulit kepala gatal lebih lebih lagi kalau kulit kepala korang jenis sensitif. 

Selain tu, pemilihan jenis fabrik tudung jugak penting. Elak pilih fabrik jenis panas dan tak terlap peluh. 

Kalau korang ada duit lebih tu, buatlah rawatan rambut. Pergi ajelah salun salun rambut, dan dapatkan rawatan dari mereka yang pakar. Tak salah sesekali manjakan rambut kan. Hehe. 

Ada orang suka pakai hair spray pada rambut dia. Haa, ok gak tu, tapi pastikan pilih spray yang sesuai dengan rambut koranglah. Nanti bau rambut kempam tak hilang, masalah rambut rosak pulak timbul. 

Last, yang paling penting jaga pemakanan untuk pastikan kulit kepala dalam keadaan sihat. 

09 August 2020

Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor?

August 09, 2020 4
Bagi cikla, Kuala Selangor tak kurang hebatnya dengan panorama dan tempat kunjungan menarik yang boleh korang lawati. Selain ia popular dengan kehijauan sawah padi yang luas terbentang yang terletak di kawasan Sekinchan, Kuala Selangor mempunyai beberapa lagi tempat best yang memang rugi kalau korang tak pergi. 

Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor?
Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor? Gambar kredit Google.

Bergambar di Pantai Cermin.

Bagi cikla tempat ni sangat unik dan menarik. Kalau korang berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang merakam momen indah sebagai kenang-kenangan. Namun, sebelum korang ke sini kena buat perancangan awal sebab tempat ni bukanlah tempat yang boleh dikunjungi bila-bila masa. Kawasan tersebut hanya 'muncul' dalam masa yang terhad ketika paras laut berada pada tahap rendah. Kalau korang dari Sekinchan, ia terletak kira-kira 40 minit selepas menaiki bot di jeti pekan lama Kuala Selangor, dengan harga tiket RM80 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. 

Rasai pengalaman eagle feeding.

Bertempat di Pasir Penambang, tempat ini memberi peluang dan pengalaman kepada korang melihat eagle feeding. Sebaik saja sampai sampai dekat sana, pemandu bot akan mencampakkan ketulan daging dan ayam ke dalam air sungai. Masa inilah, sang helang akan menyambar "hidangan petang mereka." Harga tiket adalah RM30 untik dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. 

Terokai pengembaraan Avatar Blue Tears.

Bertempat di jeti Kuala Selangor, air mata biru ini membawa 1001 senyuman dengan lautan organisma bioluminescent yang dikenali sebagai blue tears. Fenomena ni turut digambarkan seperti Avatar dari perairan aurora sebab ia 'terganggu' oleh gelombang, kunang-kunang laut itu akan memancarkan pendarflour berwarna biru. Menarik kan?

Menikmati keindahan sang kelip-kelip.
 
Lokasi di sungai Selangor, Kampung Kuantan dengan harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, korang boleh menikmati keindahan kelip-kelip yang pasti sangat mengujakan. Keindahan kelip-kelip yang hinggap di pokok-pokok di tepi tebing sungai Selangor umpama sungai yang bercahaya seperti dipasang lampu diod pemancar cahaya. 

So, meh datang ke Kuala Selangor. Korang confirm happy!

Susu ibu tak najis?

August 09, 2020 1
Mungkin ada ibu ibu yang masih menyusukan anak kadang kadang air susunya terkena pada pakaian. Lepas tu terus memakainya ketika bersolat. 

Persoalannya, adakah boleh buat macam tu tanpa menggantikan pakaian lain atau tanpa membersihkan dahulu kesan susu tersebut? 

Susu ibu tak najis?
Susu ibu tak najis? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Nak tau apa jawapan Ustaz Haslin Baharim mengenai permasalahan ini? Haa, inilah jawapannya. 

Kata ustaz, susu ibu daripada badan adalah suci dan bukan najis. 

Namun, kalau susu tu keluar dari muntah anak yang kenyang, itu dikira sebagai najis sederhana atau mutawasitah. 

Sebaliknya, kalau sisa sisa berbaki dari dalam mulut anak, ia bukan najis dan dimaafkan. Kalau ia muntah, maka ia hendaklah dibasuh sampai hilang bau, rasa dan warna. 

Manakala, cara membersihkan najis sederhana adalah berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda; "Tuangkanlah atas air kencingnya (Arab Badwi yang kencing di masjid) dengan setimba air." (Hadis Riwayat). 

Waallahualam. 

Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni.

August 09, 2020 0
Ada orang, kalau kita bukak peti sejuk dia, macam macam ada kat dalam tu. Letak pun, main ikut je. Sudahnya, ada barang yang cepat rosak, rasa pun berubah. Jadinya, jom baca ni cikla nak share cara yang betul nak simpan bahan penting dalam peti sejuk. 

Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni.
Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Cara simpan sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonis yang sudah dibuka.

Rasanya kebanyakannya suka letak sos di luar bila sudah dibuka. Tapi, korang perasan tak, ada label pada botol sos dan kicap tertulis "refrigerate after opening"

Ini adalah kerana untuk mengelakkan kulat tumbuh di sekeliling mulut botol termasuklah penutup botol. So, dekat mana pulak korang nak letak botol botol ni semua dekat dalam peti ais tu? Tentunya dekat bahagian pintu peti ais. 

Cara simpan susu. Macam mana?

Kalau susu dalam tin, tak kiralah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti sejuk di bahagian pintu dia. Tapi, sebelum tu kenalah transfer dulu dari bekas tin asal dia ke dalam bekas bertutup yang sesuai. 

Elak dari menyimpannya bersama sama dengan tin dalam peti sejuk, sebab keadaan dalam peti sejuk yang lembap dengan oksigen boleh menyebabkan pengaratan tin. Itu belum lagi kalau terpegang mulut tin yang tajam, dah luka tangan tu. 

Kalau susu segar atau susu kotak pulak, simpan di bahagian dalam peti sejuk, jangan simpan di bahagian pintu sebab suhu di bahagian peti tak stabil dan berubah-ubah terutama bila korang membuka atau menutup pintu peti ais. Keadaan ni jugak akan menyebabkan susu cepat rosak. 

Apa cara simpan telur dengan betul ye?

Sebenarnya, telur lebih elok disimpan dalam bekas telur asal dia sebab, dekat bekas ada tulis tarikh best before telur tu boleh digunakan. 

Lagipun, menggunakan bekas asal telur akan diletakkan dalam posisi optimum di mana telur kuning berada di tengah tengah, selain dari memanjangkan tempoh kesegaran telur sebelum tarilh luputnya tamat. 

Selain itu, jangan dibasuh telur sebab dikulit telur terdapatnya lapisan perlindungan untuk halang bakteria masuk ke dalam telur, sekaligus percepatkan proses telur rosak. 

Selain tu, simpanlah telur di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang konsisten.

Kalau korang menyimpan telur dalam peti sejuk, jangan letak telur di bahagian pintu peti ais. Apa yang terbaik, simpan di bahagian dalam peti ais sebab di bahagian pintu peti sejuklah mempunyai suhu yang tak tetap. So, perubahan suhu yang tak menentu ini akan menyebabkan telur cepat rosak. 

Selain itu, kalau telur disimpan di bahagian dalam peti, simpan telur terlebih dahulu dalam bekas kedap udara yang sesuai dan bertutup rapat sebab ia penting untuk mengelakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain di dalam peti ais. 

Apa yang paling penting jangan dibasuh telur, kalau dah nak dimasak baru basuh. 

Haa, nak simpan ubat ubatan macam mana pulak? 

Rasanya ramai yang suka letak ubat dalam peti ais terurama di bahagian pintu peti ais. Namun, sebenarnya, ubat tak perlu disimpan dalam peti ais pun, apatah lagi di bahagian pintu peti ais. 

Kalau korang simpan dekat pintu, korang bukan menambah tempoh best-use dia, tapi cepat merosakkan ubat. 

Ubatan jenis cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Sudahlah dalam peti ais tu kawasannya lembap. 

Lagipun dekat botol ubat kan ada tertera label "keep in dry and cool place", tapi bukan cool peti ais ye. Memadailah ubat tu semua di simpan dekat dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin seperti dalam kabinet atau pantry.

Apa yang penting, alert pada expired date ubat tersebut. Label pada tutup botol ubat bila kita bukak ubat tersebut. 

Kredit : Info dari grup telegram PetuadanKesihatan.

Jangan tawar menawar?

August 09, 2020 2
Bila kita meniaga mesti akan ada; “Okay total RM61.50 ye sis”. Customer pun cakap tak leh ke genap jadi RM60?”. “Beli banyak ni takde diskaun ke sis?”. “Bagi la harga kawan-kawan”. 

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, ustaz cakap janganlah minta atau tawar menawar dengan peniaga Islam/Melayu. Sampai ada yang minta :

✔ Harga KASIH SAYANG
✔ Harga KAWAN
✔ Harga ADIK BERADIK
✔ Harga BISIK-BISIK

Jangan tawar menawar?
Jangan tawar menawar? Gambar kredit Google. 

Tolonglah mereka, jangan jatuhkan mereka. BERSANGKA BAIKLAH, ada sebab kenapa mereka TAK OFFER sedemikian. 

Contoh, minta kurang. Uolls mintak kurangkan RM20, ntah ntah banyak tu je pun UNTUNG yang dia dapat. Kenapa orang bukan muslim meniaga orang beli? Tak mintak tawar-tawar pun? 

Contoh, TESCO. Total kena bayar RM100.05. Sanggup cari duit selit merata semata-mata nak bayar lagi 5 sen tu, sebab apa?

Sebab WAJIB BAYAR. Kalau orang muslim yang berniaga. Alooo 5 sen takda, halallah boleh tak? Tepuk DADA tanya IMAN. Tepuk DAHI tanyalah DIRI. That why ada kata-kata yang mengatakan, bila kita memudahkan urusan orang, maka Allah akan mudahkan urusan kita.

08 August 2020

Nak tau tip mulakan momentum pagi korang? Meh baca ni.

August 08, 2020 0
Mungkin ada yang tak tau, dalam psikologi momentum pagi kita adalah sangat relate dengan emosi. So, untuk menaikkan momentum mood kita, mulakanlah dengan membuat sekecil-kecil perkara. Apakah perkara tu? Jom check satu-satu. 

Nak tau tip mulakan momentum pagi korang? Meh baca ni.
Nak tau tip mulakan momentum pagi korang? Meh baca ni. 


1. Jom bersyukur. Bangun je tidur, bak kata orang tua-tua, celik je mata tu mulakan dengan bersyukur. Sebab, sebelum kita mulakan aktiviti rutin, contohnya Solat Subuh, minda kita dikatakan masih di level "alpha state" iaitu keadaan di mana gelombang paling rendah. So, keadaan ni adalah yang terbaik untuk kita cipta positive energy. Ucapkan "Alhamdulilah".

2. Maniskan wajahmu dengan senyuman paling menawan. Pipi kita ada otot. Otot tu kenalah dilatih selalu. So, kalau lepas ni korang terpaksa senyum lama lama akan terbiasa dengan senyum. Termasuklah senyum kepura-puraan.

3. Positive self talk. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri, sebab ia akan mewujudkan imiginasi keterujaan untuk korang mulakan pagi korang, sambil tu korang tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan. Tarikkk, hembussss. Fuhhh.

4. Jangan lupa breakfast makanan kegemaran korang, sebab ni semua berkait rapat dengan emosi jugak. Ye la, sapa aje tak suka dapat makan makanan feveret kan. Rasa teruja tu lain macam. Lagi lagi kalau orang belanja. Ehh. 

5. Tengok pada warna yang terang-terang, sebab dalam psikologi dikatakan warna macam ni boleh merangsang neuron minda iaitu hormon kegembiraan. So, ia akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.

Semoga pagi kita tak lemau lagi. Dan kegembiraan akan mendampingi kita sepanjang hari. Yeayyy.

Happy wikenn gaiss.

#sharingiscaring
#positivevibes

07 August 2020

Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!

August 07, 2020 0
Rentetan kes baru yang turun naik saban hari, dan muncul pulak kluster baru kerajaan memutuskan penggunaan wajib pelitup muka dan hidung terutama berada di tempat awam dan ramai orang. 

Sekarang ni pun, cikla dengar kalau naik kereta lebih dari 2 orang wajib pakai pelitup muka dan hidung jugak. 

Nak pilih pelitup muka pun kena tengok tengok jugak sebab ia penting untuk elakkan kita terkena jangkitan dan 'titisan' yang boleh memudaratkan kita. 

Cikla tengok dekat pasaran pun banyak dah dijual pelitup muka tak kurang jugak pelitup muka dari jenis fabrik yang agak tak sesuai. Senang cakap, pelitup muka berfesyen gitu. 

Tapi, terpulang pada masing masing punya 'selera' kan. Yang penting, safety first. 

Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya! Gambar diubahsuai dari carian Google.


Namun, cikla nak share lah ciri pelitup muka yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Pelitup muka yang disarankan adalah pelitup muka 3 lapis. Lapisan dalam pelitup muka mestilah dari bahan yang bersifat menyerap air atau hidrofilik seperti kapas atau campuran kapas sebab bahan macam ni boleh menyerap titisan air. 

Untuk lapisan tengah pulak, ia mestilah diperbuat dari bahan yang bersifat menghindar penyerapan air atau hidrofobik, contohnya bahan sintetik bukan tenunan (synthetic non woven) seperti polipropilena atau lapisan kapas yang berfungsi meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair. 

Manakala, untuk lapisan luar mestilah dari bahan yang bersifat menghindar penyerapan air seperti polipropilena, poliester atau campurannya. 

Bahan seperti ini berfungsi menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut. 

Di mana saya wajib pakai penutup muka?

1. Masjid atau surau.
2. Rumah ibadat bukan islam.
3. Majlis sosial. 
4. Pawagam dan acara langsung (live event).
5. Bas atau van sekolah. 
6. Pengangkutan awam. 
7. Zoo.
8. Kedai gunting dan salun  kecantikan. 
9. Premis kesihatan seperti klinik dan hospital.
10. Sukan dan rekreasi wajib semasa di kawasan premis/venue/tempat awam apabila tidak melakuka  aktiviti sukan. 
11. Pasar awan dan pasar tani.
12. Peruncitan, iaitu kedai, dobi, restoran, kompleks membeli belah, pasaraya, bengkel dan stesen minyak. 
13. SPA, pusat kecantikan dan refleksologi.
14. Pusat hiburan keluarga. 


Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!


Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!

Jangan berkira membeli pelitup muka yang berharga RM1.50 sekeping tu daripada terpaksa membayar denda RM1000. 

Jom patuhi SOP demi kesihatan kita semua. Semua bertitik tolak pada kesedaran diri sendiri. 

05 August 2020

Tazkirah hati di pagi hari.

August 05, 2020 1
Kalau hati ada berkata "elehh", itu tandanya kita mula beraksi RIAK. Kalau hati ada berkata "biarlah", itu tandanya kita mula beraksi TIDAK MEMPEDULI. Kalau hati ada berkata "menyampah aku", itu tandanya kita mula beraksi CEMBURU. Kalau hati ada berkata "lantaklah", itu tandanya kita mula beraksi SOMBONG. Kalau hati ada berkata "malas campurlah", itu tandanya kita mula beraksi MEMULAU.

Kalau hati ada berkata "aku kaya", itu tandanya kita mula beraksi BONGKAK. Kalau hati ada berkata "aku lebih hebat", itu tandanya kita mula beraksi EGOIS. Kalau hati ada berkata "berbulu mata aku tengok dia", itu tandanya kita mula beraksi DENGKI. Kalau hati ada berkata "aku sayang kepada semuanya", itu tandanya kita mula kembali kepada FITRAH yang mengatasi segala aksi di atas. 

Tazkirah hati di pagi hari.
Tazkirah hati di pagi hari. Kredit image Google.

Tanyalah diri, siapa aku sebenarnya? Selamat pagi kalian. 

#kopiandpasta

04 August 2020

Perkongsian pagi : Hati.

August 04, 2020 1
Hati tak ubahnya seperti sebatang pohon yang disirami dengan air ketaatan. Keadaan hati akan mempengaruhi 'buah' yang dihasilkan anggota tubuh. 

Buah dari mata adalah perhatian untuk mengambil pelajaran. Buah dari telinga adalah perhatian terhadap Al-Quran. Buah dari lidah adalah zikir. Kedua tangan dan kaki membuahkan amal-amal kebajikan. 

Perkongsian pagi : Hati.
Perkongsian pagi : Hati. Kredit gambar Google. 

Namun, kalau hati dalam keadaan kering, buah-buahnya pun akan gugur dan manfaatnya jugak hilang. Jadi, sebab itulah kalau hati itu 'kering', siramilah ia  dengan zikirullah.

Selamat pagi sahabat. 

Kredit : Ibnu Ataillah.