Susu ibu tak najis?

Mungkin ada ibu ibu yang masih menyusukan anak kadang kadang air susunya terkena pada pakaian. Lepas tu terus memakainya ketika bersolat. 

Persoalannya, adakah boleh buat macam tu tanpa menggantikan pakaian lain atau tanpa membersihkan dahulu kesan susu tersebut? 

Susu ibu tak najis?
Susu ibu tak najis? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Nak tau apa jawapan Ustaz Haslin Baharim mengenai permasalahan ini? Haa, inilah jawapannya. 

Kata ustaz, susu ibu daripada badan adalah suci dan bukan najis. 

Namun, kalau susu tu keluar dari muntah anak yang kenyang, itu dikira sebagai najis sederhana atau mutawasitah. 

Sebaliknya, kalau sisa sisa berbaki dari dalam mulut anak, ia bukan najis dan dimaafkan. Kalau ia muntah, maka ia hendaklah dibasuh sampai hilang bau, rasa dan warna. 

Manakala, cara membersihkan najis sederhana adalah berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda; "Tuangkanlah atas air kencingnya (Arab Badwi yang kencing di masjid) dengan setimba air." (Hadis Riwayat). 

Waallahualam. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews