03 February 2014

Akhirnya.... semuanya benar!

February 03, 2014 4
Cikla harap semua sihat ok. Cikla camne la, still loya, letih, tak larat dan lain-lain. Sebenarnya cikla just nak confirmkan apa yang cikla update semalam tu benar.

Disebabkan rasa tak puas hati dengan result sebelum ni, cikla pujuk hubby cikla belikan one more pregnancy test untuk men"clear"kan apa yang selama ni macam tak pasti. 

Nah, bangun je pagi tadi (i mean siang tadi la), cikla dengan pantas melakukan ujikaji.

Akhirnya.... semuanya benar!

Akhirnya.... semuanya benar! Pregnancy test show positive result.
 
Memang excited, ye la kan. Lagi satu memang kali ni betul-betul nak confirmkan pasal dah tak larat dengan simptom-simptom yang ada. 

Dengan lafaz bismillah cikla tengok dengan hati berdebar-debar. Ceh, dah macam drama suspen lak. Pling pling. Keputusan positif. Patutlah terok benor alahannye. Walau apapun cikla amat bersyukur dengan "rezeki" yang Allah berikan.

Apa yang penting semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aamiin. Baiklah, jumpa lagi nanti ye. Waallahualam.

02 February 2014

Macam tak larat je... adoiii....

February 02, 2014 0
Apa khabar hari ni? Korang dah lunch? Cikla kat sini tak berapa sihat la. Dua tiga hari ni macam tak larat je. Badan sakit2. Tekak loya-loya. Bila bau makanan pun macam nak uwekk je. Ramai cakap ni simptom pregnant

Tapi cikla dah check dah. Result macam tak meyakinkan aje. Mana taknya, kalau pregnant, ada dua line yang very celar kat pregnancy test tu, tapi kes cikla ni lain skit. Satu clear, tapi lagi satu macam clear macam tak. 

Tu yang macam 50-50 je. Tapi masalahnye sekarang, simptom pregnant memang macam ada.

Macam tak larat je... adoiii....

Period lewat almost 2 weeks, dengan loya nak muntahnye. Adoi, memang tak larat. Lagi teruk alahan dari pregnant sebelum ni. Badan lemah je. Kalau boleh nak baring je, tidoqq. 

Cikla ada gak ask kawan cikla, Dr. Mcna. Dia doktor. Dia cakap kalau pregnancy test tu show weak result, consider positive result. Dia suruh check lagi 2 weeks, untuk confirmkan.

Btw, cikla tak kisah lah. Kalau pregnant cikla terima dengan hati terbuka, begitu gak sebaliknya. Janji semuanya selamat dan ok. Jumpe lagi nanti. Ni pun ada rase nak uwekkkk lagi ni. Tatatititutuuuuu. Waallahualam.

Disclamiers

Ini adalah blog peribadi. Semua perkongsian di dalam blog ini adalah untuk simpanan dan rujukan pemilik blog pada masa akan datang. Perkongsian yang dipaparkan adalah dari pendapat peribadi dan sebahagiannya adalah dari sumber yang telah dinyatakan pemilik asalnya. Komen yang berbau negatif akan dipadam serta merta. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.