SABAR ITU MANIS AKHIRNYA... Rasanya dah lama cikla tak mencoret sesuatu dalam blog ni. Mana taknya, sejak cikla bersalin dan berkampung di hospital sebab masalah yang dihadapi baby ammar, tak sempat cikla nak curi sikit masa untuk blog ni. Setelah genap 20 hari cikla berada di hospital (20 hari jugaklah cikla berpantang). Akhirnya baby ammar dibenarkan pulang oleh doktor. Alhamdullilah, tahap kesihatan baby Ammar semakin baik. Tapi selepas ini baby Ammar akan di checkup semula untuk memantau tahap pernafasannya. Walauapapun, syukurlah semuanya selamat dan dipermudahkan.
Benarlah orang kata, sabar itu menuntut kita supaya tabah dan sentiasa redha. Pasti akan ada kemanisan diakhirnya. Itulah yang cikla rasa. Dengan pengalaman pertama kali (stay di hospital) cikla alami dan dengan keadaan cikla yang berpantang. Tak dinafikan pada mulanya cikla memang rasa down. Syukurlah kerana ada suami, keluarga dan rakan2 yang sentiasa beri sokongan dan kekuatan pada cikla. Thanks semua.
Tak lupa juga pada yang mendoakan baby Ammar. Ribuan malah jutaan terima kasih cikla ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan anda.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanyalah sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama pembaca dan sebagai rujukan peribadi pemilik. Perkongsian gambar adalah milik pemilik blog sendiri melainkan yang telah dinyatakan sumbernya. Pemilik blog juga berhak memadam komen yang dirasakan tak sesuai dan setiap komen yang ditulis adalah tanggungjawab orang yang mengomen. Terima kasih.