'santai tapi sampai'

Kisah Nabi Syith a.s memang takde dalam Al-Quran, namun kisah tentang Nabi Syith ini dapat ditemui dalam riwayat-riwayat ulama. Nabi Syith a...

Kisah Nabi Syith.

Kisah Nabi Syith a.s memang takde dalam Al-Quran, namun kisah tentang Nabi Syith ini dapat ditemui dalam riwayat-riwayat ulama. Nabi Syith a.s adalah anak kepada Nabi Adam a.s yang memiliki kecerdasan dan penguasaan ilmu serta memiliki kebijaksanaan yang sangat luar biasa.

Nabi Syith a.s merupakan hadiah dari Allah kepada Nabi Adam a.s selepas wafatnya anak Nabi Adam a.s yang bernama Habil dalam peristiwa Habil dan Qabil. Nama Syith itu sendiri bermaksud hadiah yang diberi nama oleh Nabi Adam a.s bermaksud hadiah.

Nabi Syith a.s ditunjuk oleh Nabi Adam a.s   sebagai penerusnya untuk memimpin umat manusia agar selalu taat dan patuh serta selalu beriman kepada Allah SWT. Sebagai seorang nabi, Syith a.s menerima perintah-perintah dari Allah SWT yang tertulis dalam 50 suhuf/sahifah. Nabi Syith a.s menjadi nabi yang menerima suhuf terbanyak.

Diriwayatkan dari Abu Dzar Al-Ghifari, dari Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya Allah menurunkan seratus empat puluh shahifah, dan kepada Syith sebanyak 50 shahifah.” [Tarikh Ath-Thabari 1/152]


Pesan Nabi Adam a.s kepada Nabi Syith a.s.

Sebelum Nabi Adam a.s wafat, baginda sempat menderita sakit beberapa hari. Pada saat itu, Nabi Adam a.s menunjuk anaknya, Syith, untuk meneruskan kepemimpinannya untuk memimpin umat manusia. Selain itu, Nabi Adam a.s juga memberikan lima pesan kepada Nabi Syith a.s (lihat Kitab Mukasyafatul Qulub, Hal. 87).

Baginda menyuruh agar wasiat ini juga disampaikan pada cucu-cucunya kelak. Ada pun kelima wasiat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Jangan pernah merasa aman hidup di dunia kerana aku yang pernah hidup di syurga dengan tenang pun, dikeluarkan daripadanya.

2. Jangan selalu ikuti kemahuan isteri kalian. Kerana sebab mengikuti kemahuan isteriku dan memakan “buah khuldi”, aku dihinggapi penyesalan.

3. Sebelum bertindak, fikirkanlah akibat yang akan ditimbulkan. Andaikata aku berfikir akibat kelakuanku, maka pastinya aku tidak akan ditimpa musibah ini (dikeluarkan dari syurga).

4. Ketika hati kalian amat cinta pada sesuatu (yang negatif), maka jauhilah. Kerana ketika aku makan “buah khuldi”, hatiku memaksa untuk memakannya. Aku tidak mengabaikannya sehingga menyesal setelahnya.

5. Bermusyawarahlah dalam menentukan suatu perkara. Kerana aku dulu tidak bermusyawarah terlebih dahulu dengan para malaikat sehingga aku ditimpa penyesalan.

Wasiat dari Nabi Adam a.s itu selain menjadi nasihat bagi Nabi Syith a.s, tentu juga menjadi nasihat untuk kita semua agar mengamalkan nasihat-nasihat tersebut.

Perang pertama di dunia.

Nabi Syith a.s telah diwasiatkan untuk memerangi saudaranya, Qabil. Baginda pergi untuk memerangi Qabil dan akhirnya perang itu pun berkecamuk. Itulah perang pertama yang terjadi antara anak-anak Adam di muka bumi. Dalam peperangan itu, Nabi Syith a.s memperoleh kemenangan dan baginda berjaya menawan Qabil.

Qabil sebagai tawanan berkata, “Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita.” Syith berkata, “Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya? Engkau telah membunuh saudaramu, Habil.” Kemudian Qabil ditawan oleh Syith. Kedua tangannya dibelenggu di atas tengkuknya, dan dia ditahan di tempat yang panas sampai meninggal dunia.

Begitulah sedikit kisah Nabi Syith a.s untuk pengetahuan kita bersama.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner. 

1 comments:

Sebelum tenggelam; - Jika kenderaan korang tak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelam...

Tips menyelamatkan kereta dari rosak ditelenggami air ketika bencana banjir.

Sebelum tenggelam;

- Jika kenderaan korang tak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, korang bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contoh, menutupnya menggunakan plastik.

- Cabut terminal bateri kereta kerana korang tak tahu berapa lama kenderaan korang tu akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.

- Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tapi air yang datang bersama lumpur.

Ketika tenggelam;
==============

- Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali bila air banjir dah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu! 

Selepas surut banjir;
================

- Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan korang  ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN! 

- Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sikit. Walau bagaimanapun, enjin tak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!

- Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai takde air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.

- Namun kalau sistem transmisi jenis auto, korang  mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tak dapat diselamatkan lagi. Korang mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap takdelah sampai macam tu ye. 

- Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.

- Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Korang tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk cuci. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal sebab dorang terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.

- Selepas siap dicuci, tak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!  

- Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.

- Apa yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!

Kepada mangsa banjir saya doakan moga kalian tabah dan dipermudahkan urusan menghadapi ujian ni. 

Kredit : Lobak Merah

2 comments:

1. Dalam diri setiap manusia ada syaitan dalam dada bernama Qorin. Setiap manusia ada. 2. Kenapa kita kena baca 3 Qul setiap hari; Untuk lin...

Setiap manusia ada Qorin?

1. Dalam diri setiap manusia ada syaitan dalam dada bernama Qorin. Setiap manusia ada.

2. Kenapa kita kena baca 3 Qul setiap hari;

  • Untuk lindungi diri dari kejahatan luar (surah Al-Falaq).
  • Untuk lindungi diri dari kejahatan dalam (Surah An-Nas).
  • Untuk hati kita (surah Al-Ikhlas).

3. Syaitan dalaman ni lah yang memerintah dalaman manusia. Macam mana nak kenal Qorin dan bila masa Qorin ni muncul? 

  • Ketika tengah happy. Masa ni Qorin muncul untuk suruh buat benda yang over. Sampai tetibe jadi terfikir, kenapa aku buat camni ye padahal sepatutnya tak boleh. 
  • Ketika sedih. Masa ni lah Qorin suruh buat drama, rasa orang tak sayang, rasa orang tak suka kita, org tak appreciate, berprasangka buruk. Inilah kerja Qorin. Yang mana akhirnya akan buat sedih menjadi murung, depresi, halusinasi dan akhirnya bunuh diri.

Setiap manusia ada Qorin?
Setiap manusia ada Qorin? Gambar kredit Google. 

4. Hebatnya surah An-Nas ni mengajar manusia macam mana nak kawal diri sendiri. Kena ingat perjanjian syaitan dengan Allah, yang mana syaitan minta untuk sesatkan manusia mengikutnya masuk ke neraka. Jadi, kawallah Qorin dalam tubuh korang.

5. Tiga cara untuk lemahkan Qorin;

  •  Pastikan setiap hari baca Al-Quran.
  •  Pastikan berzikir luar dan dalam.
  •  Jangan tinggal guru.

Jom kita amalkan 3 Qul setiap lepas solat. Moga bermanfaat. 

2 comments:

Jom check balik betul ke cara kita solat jamak sebelum ni. Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni? Betul ke cara kita solat ...

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?

Jom check balik betul ke cara kita solat jamak sebelum ni.

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?
Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?
Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?
Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?

Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?
Betul ke cara kita solat jamak sebelum ni?

Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama.

Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. 

Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. 

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Moga bermanfaat. 

Sumber : Nasihat Ustaz Kazim Elias Fanpage.

0 comments:

Benda yang kita kena ubah bila dah berusia 40an - 50an. Kredit picture Pinterest. Antaranya : 1. Bersederhana dalam bekerja, seb...

Benda yang kita kena ubah bila dah berusia 40an - 50an.

Benda yang kita kena ubah bila dah berusia 40an - 50an.
Benda yang kita kena ubah bila dah berusia 40an - 50an. Kredit picture Pinterest.

Antaranya :

1. Bersederhana dalam bekerja, sebab kita kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga.

2. Ambik cuti dan tinggalkan hal-hal kerja seketika untuk kita lebih mendekati anak-anak yang sedang membesar.

3. Berhenti untuk fikir masalah kerja di rumah. Rumah adalah masa terbaik kita untuk tenang.

4. Tak perlu korbankan masa kita untuk orang lain, tapi korbankan masa kita untuk Allah dan keluarga.

5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kita kena buat kerana diusia ini kita perlu memilih untuk bekerja dengan tenang.

6. Tinggalkan manusia-manusia yang mengambil kesempatan pada kita! Biar kawan tak ramai dari ramai yang toksik.

7. Jauhi mereka yang hipokrit, terutama yang fake!

8. Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.

9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dengan keluarga!

10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenangan untuk 60an dan seterusnya yang lebih baik bila bersara. 40an usia terbaik untuk pergi umrah pada yang belum pernah pergi kerana badan masih sihat.

Moga bermanfaat. 

Sumber : Prof Madya Dr Kamal.

2 comments:

Siapa peminat masakan chinese style boleh try resepi ni . Resepi sayur campur chinese style. Bahan; - Shitakae Mushroom. Rendam ...

Resepi sayur campur chinese style.

Siapa peminat masakan chinese style boleh try resepi ni.

Resepi sayur campur chinese style.
Resepi sayur campur chinese style.

Bahan;

- Shitakae Mushroom. Rendam semalaman. Kalau malas rendam air panas. Kalau malas juga. Tak payah makan la. 
- Brokoli
- Carrot

Bahan hiris dan tumis;

3 ulas bawang putih - Hiris nipis.
1 hiris halia.
Sos tiram.
Tepung jagung (dalam 1 sudu teh kecil, larutkan dengan air setengah cawan).
Minyak untuk menumis.

Cara-cara;

1. Tumis halia dan bawang putih. Dah naik bau dan kekuningan. Masukkan sos tiram sikit. Kacau sampai naik bau, masukkan air. Api sederhana kecik dan kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom. Shitakae mushroom nak potong boleh. Tak nak pun boleh. Janji batang dia buang sebab keras.

2. Kacau, pastu masukkan carrot. Kacau lagi. Masa ni bolehlah nak letak garam sikit atau serbuk perasa. Terpulang. Rasa dah tak nak letak pun takpe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis tu. Pastu kecikkan api sikit.

3. Masukkan brokoli. Kacau, pastu last masukkan air tepung jagung tadi. Kacau sikit sampai sebati then siap! Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : Nini Kimi.

2 comments:

Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kaw...

Amalan untuk mencari barang yang hilang.

Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? 

Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah amalan ini:

Petua 1.

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2.

Baca: 
1. Surah Al-Fatihah (7 kali)
2. Surah Al Fath 1-3 (7 kali)
3. Surah Al Khafi Ayat 19 (7 kali)
4. Surah Al-Ikhlas (7 kali)
5. Selawat (7 kali)
6. Ya Allah (3 kali)
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' (119 kali)
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari Allah pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3.

Doa yang menjadi amalan para awliya' dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A'rifin / Ahlillah / Awliya' Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab 'Karamah Awliya'.

Amalan untuk mencari barang yang hilang.
Amalan untuk mencari barang yang hilang. 

Doa itu adalah: "Ya Jami'an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma' alayya dhollati.”

Maksudnya: "Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi, "Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa' ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Kredit to Owner.

1 comments:

Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah k...

Cara sujud sahwi bila terlupa rakaat dan terlupa doa Qunut.

Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan. Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya. Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu.

HUKUM SUJUD SAHWI

Sahwi bererti lupa. Menurut Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sesuai dengan namanya, sujud sahwi ini dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. 

Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut.

Hal ini adalah berdasarkan hadis daripada al-Mughirah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu berdiri sesudah dua rakaat tetapi ia belum sampai sempurna berdiri, maka hendaklah ia duduk kembali (untuk tasyahud pertama) tetapi jika ia sudah berdiri dengan sempurna, maka jangan ia duduk kembali dan hendaklah ia sujud dua kali (Sujud Sahwi).” (Riwayat Ahmad)

Selain itu, ia juga dianjurkan sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat. 

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i RA)

Sujud sahwi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna, tidaklah batal solat seseorang jika tidak dilakukan.

CARA SUJUD SAHWI YANG LENGKAP

Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila perlu. Ini kerana, cara sujud sahwi sebenarnya amat mudah, iaitu seperti berikut:

1. NIAT.

Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.

Menurut kuliah Ustaz Don Daniyal, jika kita sudah berniat mahu melakukan sujud sahwi, duduk tahiyat akhir seeloknya dalam keadaan duduk antara dua sujud.

2. SUJUD.

Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ

"Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu."

Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.

Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Terlupa Doa Qunut.
Cara sujud sahwi bila terlupa rakaat dan terlupa doa Qunut.

3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD.

Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat. Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.

4. SUJUD SEKALI LAGI.

Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).

BAGAIMANA KALAU TERTINGGAL PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM RUKUN SOLAT?

Setakat ini, kita dijelaskan bahawa kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13 rukun solat.

Jadi, apakah yang sepatutnya kita lakukan jika kita terlupa melakukan perkara yang termasuk dalam rukun (contohnya membaca al-fatihah atau rukuk)?

kita tidak boleh menggantikan perkara yang tertinggal tadi dengan sujud sahwi semata-mata. Contohnya, kita terlupa membaca al-fatihah pada rakaat ketiga dalam solat maghrib.

Maka, kita perlu membaca al-fatihah yang tertinggal tadi dengan cara mengulang rakaat ketiga secara keseluruhannya (kerana rakaat ketiga tadi tidak dikira sempurna). Sebelum mengakhiri solat, barulah kita melakukan sujud sahwi.

HIKMAH SUJUD SAHWI.

Sujud sahwi sangat dituntut untuk membaiki solat kita yang cela. Allah yang Maha Penyayang masih boleh menerima ibadah kita walaupun ada cacat celanya.
Segala amalan yang dituntut dalam Islam pasti ada hikmahnya. Dalam perihal sujud sahwi, kita sebagai hamba banyak kekurangannya.

Maka, Rasulullah SAW mengajar kita cara sujud sahwi sebagai salah satu cara menutup kekurangan kita.

Kita sebagai hamba perlu segera memohon keampunan kepada Allah jika khilaf. Hanya kepada Allah tempat kita bersujud dan memohon keampunan atas kealpaan kita. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Aamin.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner. 

0 comments:

Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam. Ia lebih afdal dilakukan se...

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.

Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam. Ia lebih afdal dilakukan secara bersendirian dan digalakkan sebagai amalan tambahan seharian umat islam. Waktu terbaik nak buat solat tahajjud adalah di sekitar  pukul 3.30pagi hinggalah sebelum masuknya waktu Subuh.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Niat ke dalam hati, "Aku melakukan solat sunat tahajjud kerana Allah.", tak perlu lafaz niat. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam dan berterusan semampunya. Ia takde limit rakaat , terpulang kepada kemampuan masing-masing samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tak jadi masalah kalau solat tahajjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca Quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengann bahasa apa yang kita faham. Sah solat tahajjud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau.

Jangan solat laju-laju. Lakukanlah slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal. Kalau dah buat solat tahajjud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas solat tahajjud.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Keutamaan solat tahajjud :

1 - "Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah RahmatNya." - Qs. Adz Dzariyat Ayat 15 - 18.

2 - "Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji." - Qs. Al Israk Ayat 79.

3 - "Mendapat pujian daripada Allah." - Qs. Al Furqan Ayat 63 - 64.

4 - "Dilihat sebagai orang yang beriman." - Qs. As Sajadah Ayat 16.

5 - "Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas." - Qs. Az Zumar Ayat 9.

Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” - Hr. Al Jama’ah.

Cara mudah nak buat solat Tahajjud.
Cara mudah nak buat solat Tahajjud. 

Jom jadikan sebahagian dari amalan harian kita. Alhamdulillah. 

Kredit to Owner.

1 comments:

Memang tak dinafikan, sikap marah adalah sikap semulajadi manusia. Namun, marah adalah sifat syaitan. Syaitan ni biasalah, kerja dia memang ...

Atasi sikap marah dengan 7 cara ini.

Memang tak dinafikan, sikap marah adalah sikap semulajadi manusia. Namun, marah adalah sifat syaitan. Syaitan ni biasalah, kerja dia memang suka mengajak buat benda yang tak elok. Hurmm, cikla pun pernah marah. Bohonglah kalau kata tak pernah marah kan. Sebab marah itu biasa. Eksperesi tu jadi secara spontan terutama bila kita dizalimi atau menghadapi masalah. 

Dalam Islam, menahan marah dan mengawalnya adalah sikap yang dituntut dan sangat terpuji. So, apa kata kita praktikkan sunnah Nabi SAW dalam mengawal kemarahan.

Mengubah posisi duduk.

Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

Ambil wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

Mendiamkan diri ketika marah.

Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

Berfikiran positif.

Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

Atasi sikap marah dengan 7 cara ini.
Atasi sikap marah dengan 7 cara ini. Kredit gambar Google. 

Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai.

Cari tempat untuk luahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya, meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

Bawa bertenang.

Tarik nafas juga mampu kurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

Senyum.

Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda. 

Moga bermanfaat. 

1 comments:

DOA 1 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inn...

7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah.

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh. – Sahih Bukhari.

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi.

DOA 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya." – Sahih Ibnu Hibban.

7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah.
7 doa penenang hati untuk hilangkan stress, sedih dan gelisah. Kredit gambar to Google.

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang." – Sahih Bukhari.

DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri." – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87.

DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku." – Surah Taha Ayat 25-28.

DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: "Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami." – Surah Al-Imran Ayat 173.

Selamat beramal.

#cnp

1 comments:

Firman Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (...

Kelebihan Istighfar.

Firman Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”- (Surah Nuh, ayat 10-12)

Kelebihan Istighfar.
Kelebihan Istighfar. 

Istighfar tidak terhad hanya untuk memohon keampunan, istighfar mampu memberikan kemudahan dalam urusan-urusan kehidupan dan ketenangan dalam jiwa kita. Lazimilah istighfar seperti mana Baginda Rasulullah SAW yang beristighfar setiap hari lebih 70 kali walaupun Baginda seorang yang maksum. Semoga Allah membimbing kita.

Kredit to Owner. 

0 comments:

Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Khafi. Allah mempersembahkan kep...

Surah Kahfi dan fitnah dunia.

Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Khafi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.

Surah Kahfi dan fitnah dunia.
Surah Kahfi dan fitnah dunia. Kredit gambar Google.

Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini adalah menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka.

Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah yang bermaksud:

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah.

Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.

Surah Kahfi dan fitnah dunia.
Surah Kahfi dan fitnah dunia. Kredit gambar Google.

Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.

Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Ia adalah pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

1 comments:

Apabila anak kita bertanya, m engapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis? Apa jawapan...

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.

Apabila anak kita bertanya, mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita: Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Nabi kita Ibrahim A.S hijrah ke PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Lut A.S diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

🇵🇸 Nabi Daud A.S tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

🇵🇸 Dan Nabi Sulaiman A.S memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

🇵🇸 Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria A.S, sebagaimana Musa A.S meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

🇵🇸 Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa A.S dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

🇵🇸 Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

🇵🇸 Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa A.S akan turun di menara putih Syria dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gambar Google. 

Anak kita bertanya:  “Bagaimana dengan Nabi Muhammad SAW dan hubungannya dengan PALESTIN?”

Jawab: 

Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).

🇵🇸 Demikian juga ketika Rasulullah SAW melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

🇵🇸 Abu Dzar R.A bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

🇵🇸 "Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq R.A meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

🇵🇸 Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq R.A beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

🇵🇸 Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gambar Google. 

Anak kita bertanya lagi:  “Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab: 

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita.
Palestin : kenapa perlunya kita selalu bercerita kepada anak-anak kita. Kredit gmabar Google. 

Anak kita berkata: "Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab: 

“Ya, anakku. Allah SWT mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, “Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman.” (At-Tin: 1-3)

🇵🇸 Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa A.S di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

🇵🇸 Allah SWT berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

Anak kita berkata: “Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab: 

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

Credit to the original writer.

#ustazfahmilegacy

1 comments:

Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam ...

Ada orang...

Ada orang memilih untuk hidup susah walaupun ada pilihan untuk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang untuk spend the money. Takpe lah. Dia bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh. Rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu untuk melancong, kenal negara orang. Takpe lah. Bahagia cara dia.

Ada orang memilih untuk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam. Alhamdulillah dia bahagia cara dia.

Ada orang... Kredit Owner.

Ada orang memilih untuk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dalam bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja. Takpe lah dia bahagia cara dia.

Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yang diberikan orang, hidup dalam serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKURLAH. Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.

Waallahualam. 

Kredit: Shikin Ahmad

1 comments:

Kredit dari Fadzilah Hairudin. Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 macam bidadari syurga. Telanjang bogel tau. D ajjal merupakan seora...

Kisah dajjal.

Kredit dari Fadzilah Hairudin.

Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 macam bidadari syurga. Telanjang bogel tau. Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia. Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"

"TIDAK.  Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."

Kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi. Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:

- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.

Macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?

"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Sangat laju!" 

Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan. Nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

Hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya. Sabda Nabi SAW; "Ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya. Jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."  - Nabi Muhammad SAW.

Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

"Jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi." - Nabi Muhammad SAW.

Nabi dah berpesan. Jom amalkan!

Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat. Waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Takde siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"Kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"

Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari. 

"Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."- Syeikh Zainul Asri.

Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan. Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.

Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. Ni hadis Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al-Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."

"Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal." - Nabi Muhammad SAW.

Orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.

Moga kita semua terselamat dari fitnah dajjal. Aamiin. Waallahualam. 

1 comments: