'Santai Tapi Sampai'

29 December 2023

Tips menyelamatkan kereta dari rosak ditelenggami air ketika bencana banjir.

Sebelum tenggelam;

- Jika kenderaan korang tak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, korang bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contoh, menutupnya menggunakan plastik.

- Cabut terminal bateri kereta kerana korang tak tahu berapa lama kenderaan korang tu akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.

- Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tapi air yang datang bersama lumpur.

Ketika tenggelam;
==============

- Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali bila air banjir dah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu! 

Selepas surut banjir;
================

- Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan korang  ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN! 

- Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sikit. Walau bagaimanapun, enjin tak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!

- Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai takde air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.

- Namun kalau sistem transmisi jenis auto, korang  mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tak dapat diselamatkan lagi. Korang mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap takdelah sampai macam tu ye. 

- Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.

- Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Korang tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk cuci. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal sebab dorang terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.

- Selepas siap dicuci, tak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!  

- Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.

- Apa yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!

Kepada mangsa banjir saya doakan moga kalian tabah dan dipermudahkan urusan menghadapi ujian ni. 

Kredit : Lobak Merah

2 comments:

  1. Sedih nya liat foto mobil terendam lumpur di atas 😔. Dan lagi car insurance biasanya tak cover untuk kerusakan akibat banjir. Jadi memang cost makin tinggi yg harus kita tanggung ..

    ReplyDelete
  2. Berguna tips ni untuk mereka yang menjadi mangsa banjir.

    by the way jemput join Cie ada buat segment giveaway :)

    ReplyDelete