'santai tapi sampai'

Bayam Brazil ni memang kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Banyak gila, korang gugel jer eh.  Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng...

Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung.

Bayam Brazil ni memang kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Banyak gila, korang gugel jer eh. 

Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung.
Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung. 

Pastu nak cerita kebaikan atau manfaat dia pun memang macam-macam, antaranya;

1. Mencegah kanser.
2. Melawan radikal bebas.
3. Meningkatkan kesihatan mata.
4. Menurunkan berat badan.
5. Meningkatkan sistem ketahanan badan. 
6. Menggelakkan sembelit.
7. Mengawal tekanan darah tinggi. 

Dan, banyak lagi. 

Tapi pesakit yang menghidap batu karang dan mereka yang amik ubat cair darah kena hadkan pengambilan bayam ni. 

Buat snek diet ok gak ni. Budak-budak pun suka makan. Sedap. Krupp krappp krupp krapp. 

Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung.
Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung. 

Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung.
Kruppp krapp, sedapnya bayam brazil goreng tepung. 

Yummy. 

1 comments:

Nasi ganja. Ehh, j angan risau. Takde bahan terlarang kat dalam dia.  Orang bagi nama dia gitu mungkin sebab kalau sekali makan, nak lagi na...

Nasi ganja?

Nasi ganja. Ehh, jangan risau. Takde bahan terlarang kat dalam dia. Orang bagi nama dia gitu mungkin sebab kalau sekali makan, nak lagi nak lagi. Macam ketagih. Mungkinlah.

Nasi ganja?
Nasi ganja?

Nasi ganja?
Nasi ganja?

Ada ayam goreng berempah, bendi rebus, cili hijau (tapi tak pedas), kuah kari, sambal sikit, pastu ada kuah kaler putih. Taktau namanya apa. Cikla google ada banyak lagi variasi nasi ganja ni. Macam-macam.

Hurmm, ni kali kedua makan. First makan, uishh sedap jugak. Biasa nampak jer tak pernah makan. Rasa? Boleh tahan sedap. Sebungkus ni leh makan sorang. Banyak gak portion dia. 

Korang pernah makan tak?

2 comments:

Tak dinafikan, kaki juga penting dalam kehidupan seharian kita. Fungsinya membantu kita bergerak ke sana sini dengan mudah dan tanpa batas. ...

13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah.

Tak dinafikan, kaki juga penting dalam kehidupan seharian kita. Fungsinya membantu kita bergerak ke sana sini dengan mudah dan tanpa batas. 

Untuk pastikan korang mempunyai kaki yang sihat dan cantik, korang boleh praktikkan beberapa amalan ini sebagai langkah penjagaan kaki yang betul dan baik. Jom baca. 

13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah.
13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah. Kredit Google.

1. Pastikan kaki sentiasa dibasuh menggunakan sabun terutamanya di celah-celah jari.
 
2. Jangan lupa keringkan kaki serta di celah-celah jari menggunakan tuala bersih selepas dibasuh.
 
3. Pastu, sapu losen yang sesuai untuk mengelakkan kulit jadi kering.
 
4. Urutlah kaki korang tu perlahan-lahan. Manja-manjakan dia, haha.
 
5. Kalau korang berstoking, pastikan stoking adalah dari material yang baik dan sesuai, contohnya kain kapas yang menyerap peluh. Pastu, tukar stoking setiap hari dan pastikan saiznya tak terlalu ketat tau. 

6. Jangan sesekali keluar dari rumah dengan tak memakai kasut ataupun selipar. Bukan apa, risau pulak nanti kaki mudah terpijak benda-benda tajam atau panas.
 
7. Pilihlah dan guna kasut yang bersesuaian, contohnya pilih kasut yang lembut buatannya untuk mengelakkan kaki daripada luka.
 
8. Sentiasa memeriksa kasut yang digunakan supaya takde benda tajam yang boleh mencederakan.
 
9. Potonglah kuku kaki tapi jangan terlalu pendek. Tapi ingat, jangan sesekali bulatkan di bahagian tepinya bagi mengelakkan kulit terluka.
 
10. Elak rendam kaki lebih dari lima minit dalam air panas.
 
11. Elak duduk dalam keadaan kaki yang bersilang dalam tempoh waktu yang lama.
 
12. Periksa kaki,tapak kaki dan celah-celah jari tiap hari untuk kesan rekahan kulit, kudis, bisul, perubahan warna kulit dan sebagainya.
 
13. Peruntukkan sedikit masa dengan meletakkan kaki lebih tinggi daripada badan dalam keadaan berbaring. 

Moga bermanfaat. 

1 comments:

Tak lama lagi kita nak menyambut raya haji kan. Kejap jer rasa dah nak raya lagi, hihi. Namun, t ahukah korang, pelbagai peluang istimewa se...

Raih peluang istimewa di bulan Zulhijjah.

Tak lama lagi kita nak menyambut raya haji kan. Kejap jer rasa dah nak raya lagi, hihi. Namun, tahukah korang, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama.Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah;

1.  Keutamaan beramal soleh Pada 10 Awal Zulhijjah.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid." (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan.

Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan sebagainya. 

2.  Puasa sunat Arafah menghapuskan dosa dua tahun.

Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah saya berharap dari Allah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih.

3.  Hari Arafah antara sebaik-baik waktu dan tempat berdoa.

Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu).” [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan.

4.  Ibadah korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada AidilAdha.

Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya AidilAdha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud;

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya.” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan.

Jom kita rebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini.

Kredit : Dakwah_Bidadari.

0 comments: