Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

22/12/2024

Rahsia kawal gula dalam darah supaya tak 'melompat-lompat' lagi!

Kadang-kadang gula dalam darah kita ni boleh naik turun macam roller coaster. Haha. Kalau dibiarkan, boleh jadi punca badan rasa cepat penat, asyik lapar dan lagi bahaya, risiko kena penyakit kronik. Tapi jangan risau, ada cara mudah nak jaga supaya gula tu kekal stabil. 

Rahsia kawal gula dalam darah supaya tak 'melompat-lompat' lagi!

Pertama sekali, jaga makan. Tak perlu pantang macam nak diet ketat, tapi cuba elak makanan manis melampau. Kalau nak makan nasi, ambil dalam portion yang sederhana. Tambah lauk berprotein macam ikan atau ayam dan jangan lupa sayur-sayuran! Serat dalam sayur ni memang power untuk lambatkan penyerapan gula dalam darah.

Minum air kosong pun penting. Jangan asyik bantai air manis je, sebab tu lah gula darah asyik naik. Lagi satu, cuba makan ikut waktu. Jangan suka-suka skip makan, lepas tu bantai banyak bila lapar. Itu memang tiket untuk gula dalam darah 'naik hantu'. Huhu.

Oh, dan senaman. Tak perlu pergi gym pun, berjalan 20-30 minit sehari dah cukup untuk bantu badan kawal gula. Kalau malas nak keluar, sapu-sapu rumah pun kira senaman jugak tau.

Satu lagi, jangan lupa jaga emosi. Stress pun boleh buat gula darah tak stabil. Cuba relaks dan cari aktiviti yang boleh tenangkan fikiran, macam dengar lagu atau buat benda yang korang suka.

Last, tidur kena cukup. Jangan berjaga malam sampai esok pagi. Bila kurang tidur, hormon badan jadi kucar-kacir dan itu pun boleh kacau paras gula.

Senang je sebenarnya nak kawal gula ni. Cuma kena rajin sikit dan konsisten. Jangan biar masalah ni berlarutan, sebab badan kita ni amanah. Jaga elok-elok! Moga bermanfaat ya. 

10/09/2024

Diabetes: Kita tahu tapi tak peduli, kenapa ye?

Adakah korang tahu apa itu diabetes? Sudah tentu, jawapannya kebanyakannya "Ya, tahu." Tapi bila ditanya, "Korang peduli tak?" Ramai yang tiba-tiba jadi senyap. Kalau ada suara pun, mungkin cuma krik krik krik dari latar belakang. Jadi, apa masalahnya? Kenapa ramai tahu tentang diabetes, tapi tak peduli? Jom baca.

Diabetes: Kita tahu tapi tak peduli, kenapa ye?
Diabetes: Kita tahu tapi tak peduli, kenapa ye? Kredit image to Google.

Apa Itu Diabetes?

Diabetes bukanlah satu perkara yang baru. Sebenarnya, diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tak dapat menggunakan insulin dengan baik. Insulin ni macam kunci. Bila tak cukup insulin, gula dalam darah tak boleh masuk ke dalam sel untuk jadi tenaga. Hasilnya? Gula terkumpul dalam darah dan itu bukanlah perkara yang baik.

Bayangkan gula dalam darah macam semut yang datang ke dapur bila ada gula tumpah. Semakin banyak gula, semakin banyak semut. Sama juga dengan darah kita. Semakin banyak gula, semakin banyak masalah.

"Saya Tahu, Tapi..."

Diabetes ni bukan macam kena hujan, boleh lari masuk rumah dan masalah selesai. Diabetes adalah satu keadaan kronik. Jadi kenapa ramai tak peduli walaupun tahu risiko? Biasanya, alasan yang diberi:

1. "Tak rasa apa-apa pun." – Masalahnya, diabetes ni jenis penyakit yang senyap. Dia tak datang dengan bunyi siren kecemasan.

2. "Keluarga saya semua sihat." – Tapi ingat, genetik bukan jaminan. Cara hidup dan pemakanan jugak main peranan.

3. "Nantilah, saya jaga makan lepas ni." – "Lepas ni" itu bila? Bila gula dah tinggi?

Apa yang boleh berlaku kalau tak peduli?

Ini bukan nak takut-takutkan, tapi realiti. Kalau diabetes tak dijaga, korang mungkin akan berdepan dengan komplikasi serius seperti:

1. Kerosakan saraf – Rasa kebas atau sakit pada kaki dan tangan, macam terkena renjatan elektrik kecil.

2. Masalah buah pinggang – Buah pinggang korang boleh 'mogok' kalau gula dalam darah terlalu tinggi. Masa tu, korang mungkin kena cuci darah secara berkala. Ia bukannya proses yang seronok ya.

3. Masalah penglihatan – Gula dalam darah boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Jadi, kalau tak nak pakai cermin mata tebal macam kanta pembesar, lebih baik jaga sekarang.

Diabetes: Kita tahu tapi tak peduli, kenapa ye?
Diabetes: Kita tahu tapi tak peduli, kenapa ye? Kredit image to istock

Langkah mudah tapi efektif. Serius tak susah!

Jadi, apa yang boleh buat untuk mengelakkan diri daripada menjadi statistik? Mungkin beberapa langkah yang mudah ini boleh membantu:

1. Pilih makanan dengan bijak – Bukan suruh jadi 'vegan' atau makan salad sepanjang masa. Tapi kurangkanlah gula dan makanan berproses. Ingat, "Bersederhana itu kunci".

2. Senaman itu wajib – Tak perlu angkat besi atau lari maraton. Cukup dengan berjalan kaki 30 minit sehari. Kalau malas, cuba naik tangga rumah, pejabat atau pergi pasar.

3. Kawal stress – Ketawa boleh jadi ubat yang mujarab. Kalau dah terlalu stress, duduklah. Tarik nafas dalam-dalam dan ingatkan diri, "Saya lebih hebat dari masalah ini."

4. Periksa kesihatan secara berkala – Buat ujian darah untuk periksa paras gula. Ini cara paling mudah untuk tahu status kesihatan korang. Jangan tunggu sampai korang rasa tak sihat baru nak buat.

Ingatlah, menjaga kesihatan bukanlah satu beban, tapi satu pelaburan untuk masa depan. Lagipun, siapa yang tak nak hidup sihat dan ceria, kan? Jadi, mari kita peduli tentang diabetes. Bukan untuk sesiapa pun, tapi untuk diri sendiri. Kalau korang tak peduli sekarang, jangan terkejut kalau satu hari nanti gula dalam darah akan datang bagi 'bil' yang besar. Lebih baik cegah daripada menyesal kemudian. 

17/11/2023

Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis.

Buah-buahan memang banyak khasiatnya. Hal ni memang tak boleh dinafikan. Namun tidak untuk seorang pesakit kencing manis. Ada sesetengah buah-buahan yang didalamnya ada kandungan gula yang sedikit tinggi. Bukan tak boleh ambil, tapi perlulah dalam kuantiti yang kecil. 

Tapi tak nafikan ada yang doktor tak bagi ambil terus sebab untuk menggelakkan paras gula mencanak ke langit. Adanya fruktosa dalam buah memberi efek pada penghasilan bacaan glukosa darah. Contohnya rambutan, durian, mempelam dan sebagainya. 

Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis.
Panduan pengambilan buah-buahan untuk pesakit kencing manis. Kredit Google. 

So, cikla nak share beberapa panduan penting boleh dipraktikkan untuk pesakit kencing manis kalau nak makan buah. 

1. Elak makan buah semasa perut kosong sebab penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (lepas ditukar ke glukosa) tak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis. 

2. Disarankan makan buah sejurus selepas hidangan utama, namun dihadkan kepada satu hidangan saja. Pada masa ni insulin atau ubat kencing manis bertindak pada tahap optimum. 

3. Ambil paling maksimum 2 hidangan buah sehari. Contohnya untuk saiz hidangan buah untuk 1 unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat;

- sebiji sederhana epal/oren/belimbing/pir.
- sepotong nipis betik/nanas/tembikai susu.
- 1/2 biji jambu batu/mangga kecil.
- 5 biji sederhana rambutan/laici.
- 2 biji manggis/jambu air/kedondong/kurma.
- 8-10 biji kecil langsat/duku/anggur/longan.
- 2-3 ulas sederhana cempedak/durian/nangka.

Antara makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat, iaitu; 

1. Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, glukosa. 

2. Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap. 

3. Minuman ringan, minuman kordial. 

4. Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim coklat. 

5. Air tebu, air kelapa muda, minuman yang ditambah gula. 

Jadi, para pesakit kencing manis patut elak atau minumumkan pengambilan makanan di aras untuk mengelakkan paras gula dalam darah mencanak ke langit biru. Hihi.

Moga bermanfaat.