"Luahan Rasa Tanpa Suara"

29 September 2020

Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat.

September 29, 2020 3
Tengah sibuk dekat dapur ke tu? Ke tengah sental singki daki tak hilang sampai berpeluh ketiak. Haha. Tak pe tak pe. Meh baca ni, cikla share petua mudah nak atasi masalah yang selalu berlaku di dapur. 

Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat.
Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat. Gambar ubahsuai Google.

1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur. Korang sental singki dengan menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’. Confirm bersih berkilat dapur korang. 

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum wangi semula. Cara, lapkan kawasan tersebut dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai dengan menuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah. Tuangkan sehingga rata ½ cawan baking soda dan ½ cawan cuka. Lepas tu, biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

5. Cuci microwave oven. Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Then, didihkan campuran itu dalam microwave oven sampai mendidih selama beberapa ketika. Bahan bahan makanan yang terlekat tu akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Last, lap dengan kain sehingga bersih.

Mudah kan? Selamat mencuba. 

Kredit Group Telegram Petua&Kesihatan. 

22 September 2020

Mahu komputer atau laptop korang sentiasa tip top? Jom check 4 perkara ini.

September 22, 2020 2
Penggunaan komputer adalah satu keperluan terutama pada mereka yang berkerja dengannya. Tapi, tahukah korang macam mana nak jaga komputer atau laptop korang tu sentiasa tip top tanpa sebarang masalah? Jom check 4 perkara berikut.

Mahu komputer atau laptop korang sentiasa tip top? Jom check 4 perkara ini.
Mahu komputer atau laptop korang sentiasa tip top? Jom check 4 perkara ini. Gambar diubahsuai dari carian Google.

4 perkara yang korang kena lakukan adalah:

1 - Bersihkan habuk.
Korang tau tak, habuk yang terkumpul akan menyebabkan kipas cooler processor berpusing perlahan. Bila dah slow tu, processor akan mengeluarkan haba yang lebih biasa, so ia akan menjadi terlalu panas atau overheat

2 - Ganti thermal paste.
Mungkin ada yang tak tau, thermal paste adalah cecair yang diletakkan di atas  dengan tujuan menyejukkan processor. Dengan kecanggihan teknologi, ada jenis terbaru thermal paste ni yang mana ia berbentuk seperti getah. So, thermal paste ini sebaiknya ditukarkan setahun sekali sebab kalau dia ni dah kering, dia akan jadi keras sekaligus akan menyebabkan suhu processor naik. Tukarlah thermal paste ini at least 2 tahun sekali untuk tujuan penjagaan suhu processor.

3 - Air Flow Management atau sistem saliran udara. 
Aliran udara atau air flow penting yakmat supaya suhu rumah korang sentiasa berada dalam keadaan dingin. Kalau tak, korang akan rasa panas terutama cuaca panas terik. Hal yang sama jugak akan berlaku bila suhu komputer korang panas, ia akan mempengaruhi semua komponen kat dalamnya nak nak pulak si motherboard. Lagi satu, kalau komputer korang panas, korang akan rasa sedikit lag pada komputer tu.

4 - Susun fail.
Ada orang yang ambil remeh pasal penyusunan fail. Sebab tu, ada ruangan desktop dipenuhi dengan fail sampai takde ruang kosong langsung. So, berpada-padalah. Letak fail yang penting je. Fail-fail selain dari itu korang boleh letak di 'My Documents' atau di partition lain seperti D,E,F dan sebagainya. Kalau tak, komputer korang akan jadi berat untuk load kesemua fail tersebut semasa proses booting windows

Moga bermanfaat.

Kredit Grup Telegram PetuadanKesihatan. 

Selamat hari lahir anak bujang ibu.

September 22, 2020 2
Sebenarnya, bestday anak bujang cikla ni semalam, tapi baru hari ni sempat nak buat special entri pasal ni. Maafkan ibu nak. Biar lambat, asalkan ingat kan. Hihi. 

Kenangan melahirkan Ammar ni paling cikla tak boleh lupa adalah pertama kali dalam hidup kena admit ward dalam tempoh yang lama. Kalau sebelum ni admit ward sebab nak beranak je, tapi kali ni lain pulak penyebabnya. 

Ammar kena admit ward nicu selepas dilahirkan sebab doktor nak pantau pernafasan Ammar yang agak laju. Lagipun masa lahir tu dia berak dalam perut. So, doktor takut dia dah terminum air najis, nanti kena jangkitan kuman. 

Redha jugaklah masa tu, dah la masa raya haji. Sedih wehh dengar lagu raya. Tapi demi anak tersayang, ibu rela.

6 tahun berlalu, rasa macam semalam je kejadian tu berlaku. Memang satu moment yang cikla tak kan lupa. Golden moment bak kata orang putih. 

Selamat hari lahir anak bujang ibu.
Selamat hari lahir anak bujang ibu. 

Abang Ammar pun dah besar. Ibu doakan abang sentiasa sihat dan menjadi anak soleh penyejuk hati ibu ayah. Jadilah pelindung pada adik adik bila dah dewasa nanti. Jangan ligat ligat sangat tau.

We love u budak ciwek. 

20 September 2020

Perkongsian yang mesti dibaca : Jangan ubah sifat kita!

September 20, 2020 0
Perkongsian yang mesti dibaca : Jangan ubah sifat kita!
Perkongsian yang mesti dibaca : Jangan ubah sifat kita! Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Seorang wanita melihat seekor ular terbakar dan memutuskan untuk mengeluarkannya dari api. Masa dia melakukannya, ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan dia rasa sakit yang luar biasa.  

Akibat dari gigitan itu, wanita itu menjatuhkan ular itu, dan reptilia itu jatuh kembali ke dalam api.

Tapi, wanita itu melihat sekeliling dan menemukan sebatang logam. Dia telah menggunakan logam tersebut untuk mengeluarkan ular itu dari api, sekaligus menyelamatkan nyawanya.

Seseorang yang melihat kejadian itu, mendekati wanita tersebut lalu berkata, "Ular itu menggigitmu. Mengapa kamu masih gigih mencuba untuk menyelamatkannya?"

Wanita itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit, tapi itu tak akan mengubah sifatku yang suka menolong."

Kesimpulannya, janganlah kita mengubah sifat kita hanya disebabkan seseorang membenci dan 'membahayakan' kita. 

Jadilah bijak semasa  kebaikanmu dinilai salah. Walaupun dunia tak melihat, tapi Allah tetap akan membalas semua kebaikan yang kau buat.

Waallahualam. 

#cnp 

Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni?

September 20, 2020 1
Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, iye ke atau mitos jer? Jawapannya tidak. Malah, air detoks dikatakan tak boleh menyahtoksinkan badan kita. Basically, air detoks adalah dari ramuan buah buahan yang dicampur dalam satu bekas. Dan, takde satu kajian pun yang mengesahkan air ini mampu mengurangkan berat badan.

So, detoksifikasi ada yang beranggapan ia adalah salah satu istilah yang mengelirukan sebab badan kita memang secara automatik telah menjalankan proses detoksifikasinya yang tersendiri. 

Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni?
Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni? Gambar kredit Google.

Contoh : 

1. Paru-paru, digunakan untuk menyingkirkan karbon dioksida di dalam badan

2. Buah pinggang, digunakan untuk menyingkirkan urea dan creatinine.

3. Hati, digunakan untuk menyingkirkan bahan yang berbahaya di dalam badan.

Malangnya, istilah detoksifikasi ini selalu disalahguna. Moga kita lebih bijak menilai sebelum mengamalkannya. 

Begitulah. 

Sumber : Detoks Diagnosa.

18 September 2020

Susah hati tengok kejayaan orang lain?

September 18, 2020 2
Kita susah hati tengok orang lain lagi berjaya dari kita. Sebab? Sebab kita mengukur kejayaan orang lain dengan kejayaan kita.

Susah hati tengok kejayaan orang lain?
Susah hati tengok kejayaan orang lain? Kredit gambar Google. 

Contoh : 

Ada orang dia bandingkan jualan nasi lemak A dengan nasi lemak dia.

Nasi lemak A dah jual 3 tahun. Nasi lemak dia baru 3 bulan. Nasi lemak A dah ada 50 channel. Dia baru ada 5 channel. Nasi lemak A dah dimakan oleh beribu orang. Nasi lemak dia baru 300, 400 orang makan.

Dia susah hati bila dia tengok Owner nasi lemak A update jual 1000 bungkus sehari. Dia susah hati bila tengok Owner nasi lemak A hantar gambar jualan habis setiap hari.

Dia rasa dia tak pandai menjual.
Dia rasa dia tak pandai berniaga.
Dia rasa tak ada orang nak beli nasi lemak dia.

Dia susah hati.

Dia tak letak ada 5 channel itu satu kejayaan.
Dia tak letak beratus orang makan itu satu kejayaan. Dia tak letak yang pelanggan pernah rasa nasi lemak dia itu satu kejayaan.

Sebab apa?

Sebab dia bandingkan pencapaian Nasi Lemak A dengan pencapaian Nasi lemak dia.

Susah hati tengok kejayaan orang lain?
Susah hati tengok kejayaan orang lain? Kredit gambar Google. 

Kawan-kawan, kita jangan jadi seperti dia.

Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A
bina kepercayaan. Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A bina channel. Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A fight untuk dapatkan market nasi lemak.

Sebab itu dia fikir dia loser.

Dia tak pandai berniaga. Dia terlupa bahawa Nasi Lemak A sudah lalui proses yang panjang membina bisnesnya. Dia terlupa bahawa semua yang dia capai juga satu kejayaan.

Oleh sebab itu dia selalu susah hati. Dia sepatutnya melihat Nasi Lemak A sebagai contoh, bukan pesaing. Dengan menjadikan A sebagai contoh beliau kini ada benchmark untuk
dicapai dan rujukan sebelum melakukan
apa apa tindakan.

Kesimpulan : 

Jangan kita jadi seperti dia. Raikan kejayaan kecil kita. Senangkan hati kita dengan kejayaan kita. 

#cnp

11 September 2020

Takzirah petang Jumaat.

September 11, 2020 1
Lamanya tak sharing something dekat blog kesayangan cikla ni. Maklumlah, sejak beranak kecik balik ni, masa macam terlalu mencemburui pulak. Hehe. Siang bz dengan aktiviti rutin, malam dah letih apa lagi nampak bantal tidur je lerr. Hehe. 

Oklah, cikla nak share perkongsian daripada  Yang Berbahagia Ustazah Nurhafizah. Jom hayatinya. 

Tazkirah petang Jumaat.
Tazkirah petang Jumaat. Gambar ubahsuai dari carian Google. 


Tengok pertandingan 90 minit.
Tengok drama bersiri 60 minit.
Tengok movie 130 minit.
Tunaikan SOLAT hanya 5 minit saja.
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat. 

Untuk akal yang maju, renungkanlah.

Di Whatsapp 300 kawan.
Di Blackberry 500 kawan.
Di contact phone 80 kawan.
Di kampung 50 kawan.

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan. Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya. Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini, sebab memang seperti inilah kenyataan hidup.

Pada Hakikatnya: "Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu."

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahawa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah SWT hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA.

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. Bagaimana caranya?

Nabi SAW bersabda: 

1. Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anakya.

5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan? Sebab ini adalah rahmat dari Allah SWT ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Wallahu A'lam.