"Luahan Rasa Tanpa Suara"

28 June 2023

Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.

June 28, 2023 0
Siapa suka makan sayur bendi? Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menghasilkan buah yang dimakan sebagai sayuran. Ramai yang cakap, bendi ni bagus untuk pesakit diabetes kerana ia dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah. Namun, ada banyak lagi kelebihan dan khasiat bendi ni yang mungkin korang tak tau. Jom baca. 

Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google.

Antara khasiat bendi adalah; 

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google 

Selain itu, air rebusan bendi dikatakan boleh menyahkan toksik dan sekaligus menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Caranya, rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan.

Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. Lendir bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit. Biji bendi yang matang mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google. 

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Bagus kan? 

27 June 2023

Siapalah kita.

June 27, 2023 1
Siapalah kita.
Siapalah kita. 

Bila kita sakit dan terlantar, orang yang paling setia di sisi kita ialah ahli keluarga. Saat itu orang lain hanya bersimpati dan melawat sesekali tapi yang setiap masa di sisi adalah ahli keluarga. 

Ahli keluargalah yang akan menjaga, merawat, menunggu dan mendoakan kita dengan sangat setia. Jadi, hargailah ahli keluarga kita, merekalah harta kita yang paling utama.

Betul tak?

Kredit Penulis Asal. 

Kisah Nabi Daniel.

June 27, 2023 0
Kita mesti jarang dengar kisah nabi dan rasul selain dari Nabi Ululazmi dan 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui kan? Betul tak? So, cikla nak share kisah Nabi ni yang cikla agak mesti ada yang first time dengar dan tau kan. Jom baca kalau nak tau. 

Nabi Daniel. 

Kisah Nabi Daniel ni terjadi masa zaman pemerintahan Raja Nebukadnezar iaitu Raja Babylon yang telah menawan Jerusalem. Penawanan itu telah menyebabkan seluruh penduduk bani Israel ada yang dibunuh dan ada jugak yang dijadikan tawanan. Dan, Nabi Daniel termasuk antara mereka yang jadi tawanan.

Satu hari, Raja Nebukadnezar telah bermimpi. Ekoran dari mimpi tu Raja telah memanggil semua pembesar-pembesarnya sebab nak suruh dorang tafsir mimpi. Tapi Raja tak puas hati. Kemudian, Raja dapat tahu ada sorang pemuda nama Daniel boleh bantu dia tafsirkan mimpinua tu. Maka dibawakanlah Nabi Daniel menghadap Raja.

Nabi Daniel kemudian menafsirkan mimpi Raja. Dalam mimpinya, Raja melihat ada sebuah patung berupa manusia di mana kepalanya dibuat dari emas, dadanya dibuat dari perak, perutnya tembaga dan kakinya dari besi tapi semuanya hancur dimusnahkan oleh sebuah batu.

Nabi Daniel pun menerangkan maksud mimpi itu. Patung berkenaan adalah berkenaan dengan kerajaan. Kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan Raja Nebukadnezar adalah emas akan diganti oleh kerajaan seterusnya nanti yang lebih lemah ibarat perak sifatnya, kemudian diganti dengan kerajaan yang lebih lemah lagi ibarat tembaga, diikuti kerajaan seterusnya yang lebih lemah lagi ibarat besi, dan akhir sekali kesemua kerajaan itu akan musnah.

Raja berpuas hati dengan penerangan Nabi Daniel lalu melantik Nabi Daniel jadi penasihat. Pelantikan ni telah menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan yang lain jeles lalu mereka telah menfitnah Nabi Daniel. Akibat dari fitnah tu, Nabi Daniel telah dihukum iaitu dimasukkan ke dalam sebuah lubang. Kat dalam lubang tu menanti sekor singa yang sedang kelaparan.

Nabi Daniel pun berdoalah kepada Allah. Maka, Allah telah mentakdirkan singa-singa itu semua jadi jinak dan tak mencederakan Nabi Daniel. Namun, settle satu masalah, hurmm masalah lain pulak yang timbul. Masalahnya, lepas beberapa hari duduk kat dalam lubang tu bersama dengan singa, Nabi Daniel berasa sangat lapar. Nabi Daniel pun berdoa mengadu kepada Allah akan keadaan dirinya yang lapar.

Mendengar doa dari Nabi Daniel, Allah pun menurunkan wahyu kepada seorang lagi nabi iaitu Nabi Armiya untuk membawa makanan dan membantu Nabi Daniel. Nabi Armiya berasa buntu macam mana nak bantu  Nabi Daniel sebab jarak yang jauh. Nabi Daniel kat Babylon, Iraq sedangkan Nabi Armiya di Jerusalem iaitu Palestin.

Maka, Allah berwahyu kepada Nabi Armiya untuk menyiapkan saja makanan. Sekelip mata Allah sampaikan Nabi Armiya ke tempat Nabi Daniel yang sedang dikurung. Maka, dapatlah Nabi Armiya membantu Nabi Daniel.

Wallahu a’lam.

Kredit to Owner. 

Roti puri belon.

June 27, 2023 2
Sapa suka makan rotu puri? Ke first time dengar pasal ni? Roti puri ni rupanya asal dari India dan kalau kat Malaysia ni selalu kita tengok roti puri ni kat kedai kedai mamak. Ritu puri ni biasa orang buat sarapan atau minum petang pun boleh sangat. 

Kalau korang nak tau, roti puri ni dibuat dari doh yang diterap nipis, tapi time digoreng dia akan jadi gelembung besar. Nak buat dia pun senang jugak lah bila tengok kat resepi ni. Alahai kecur liuq pulak dah. 

Roti puri belon.
Roti puri belon.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sdb yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

Cara-cara:

1- Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak dalam bekas yang sesuai.

2- Masukkan air panas, pastu gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong. Perap selama ½ jam.

3- Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek.

4- Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas ye baru roti kembong. Goreng sampai agak kekuningan.

5- Angkat roti dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati, boleh dimakan bersama sambal sardin, sambal bilis atau gulai ayam.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Cik puan Julieta. 

24 June 2023

Kisah sugar free.

June 24, 2023 1
Kisah sugar free.
Kisah sugar free. Image Google 

Ada sorang mamat tu, masuk kedai. Guard perati je dia. Nampak mamat tu amik air jus sebotol, gula sepeket.

Sampai kat kaunter, mamat bayar jus je. Gula dalam jaket dia, dia wat diam. Di pintu keluar, guard tahan. Tuduh dia mencuri. Mamat nafikan, mamat tunjuk resit bayaran.

Guard kata, " Jangan nak nipu, ni resit air je. Tu gula dalam jaket tu?"

Mamat tu sound balik, "Ko jangan nak kerek sangat, gula ni memang aku tak bayar sebab ianya free."

Guard kata, "Mana de free! Bayarlah!"

Mamat bengang, dia sound lagi, "Itulah kau, padanlah jadi guard, kecik kecik malas belajar, nih. Ko baca ni kat label botol jus ni."

Guard pun tengok label kat botol. Ada tertulis "Sugar Free". 

Sapa yang ngekk sekarang. Adoii 

23 June 2023

Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat.

June 23, 2023 1
Siapa peminat puding? Puding ni sesuai dijadikan pencuci mulut kan dan kalau cikla pulak suka makan puding ni sejuk-sejuk. Perghhh, fresshh je rasa bila lalu tekak. So, cikla nak share satu resepi yang cikla rasa memang senang nak buat dan bahannya pun tak banyak. Nak cari pun mudah, ada je kat pasar raya nun. Okeylah, jom tengok bahan-bahannya dulu. 

Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat.
Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat. 

Bahan-bahan :

Agar-agar tali 1 paket.
Air 4 cawan.
Gula pasir 1/2 cawan.
Susu cair 1 tin.
Oreo 1 paket (krim jangan buang).
Milo 1 cawan.

Cara-cara :

1. Larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan. Dah larut, masukkan gula. Kemudian, kcau lagi sampai larut dan sebati.

2. Lepas tu, masukkan pulak susu cair dan kacau sampai mendidih.

3. Asingkan 2 cawan ke periuk lain untuk lapisan putih.

4. Manakala, yang lebihan tadi masukkan milo dan kacau sampai larut dan sebati.

5. Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.

6. Tunggu sampai layer tu keras, cakar-cakarkan pakai garfu di atas layer milo yang first tadi. Kena cakar-cakar dalam. Jangan cakar ala kadar je sebab nanti tak melekat lapisan.

7. Tuang semua adunan yang putih. Patahkan dua biskut oreo dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih.

8. Dah keras masuk baki layer milo. Semuanya ada 3 layer. Dah suam-suam boleh masuk dalam peti sejuk.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Yayang Nurul.

19 June 2023

Atasi kulit kaki merekah dengan minyak urut moden MMG.

June 19, 2023 1
Menurut Pakar Dermatologi, punca tumit/kaki merekah berlaku bila terdapat gangguan pada lapisan kulit di kawasan terbabit. Gangguan ini mungkin boleh terjadi kesan dari keadaan kulit seperti psoriasis dan ekzema atau disebabkan oleh kulit yang terlalu kering.

Ia juga mungkin merupakan petanda bahawa tubuh badan kita kekurangan vitamin yang penting untuk kulit seperti vitamin E, B3 dan C. Namun, ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan tumit merekah, iatu;

  • Penuaan.
  • Jangkitan kulat.
  • Keadaan kencing manis.
  • Berdiri lama.
  • Berjalan kaki tanpa alas atau kasut. 
  • Pemakaian kasut yang tak sesuai atau menyokong tumit.
  • Penggunaan sabun yang mengeringkan menyebabkan kehilangan minyak semula jadi kulit.
  • Mandi air panas terlalu lama.
  • Kulit jadi kering disebabkan iklim, seperti suhu sejuk atau lembap.
  • Kegemukan.
  • Kehamilan.

Atasi kulit kaki merekah dengan minyak urut moden MMG.
Atasi kulit kaki merekah dengan minyak urut moden MMG. 

Apa kata korang rawat masalah tumit/kaki merekah dengan minyak urut moden MMG. Caranya senang je, sapulah MMG secara konsisten ke kawasan yang bermasalah. InshaAllah, kulit akan lebih lembut dan masalah dapat diatasi.

Klik SINI untuk dapatkan MMG dengan segera. 
Kredit info SINI

18 June 2023

Jari melecur semasa memasak? Apa kata korang cuba ni.

June 18, 2023 3
Mengelupur ya korang cari ubat bila melecur. Cari punya cari last last takde. Tak jumpa carikk. Haa sini nak bagitahu korang something!

Contoh, kalau kena air panas ke minyak panas ke korang kena ada minyak yang ada ramuan minyak kayu putih dan menthol crystal. Sebab ia bagus untuk kurangkan lecuran tu. Sinilah cikla nak kongsi dengan korang. Sebelum tu nak tanya kenal tak MMG?

Apa, tak kenal?

Jari melecur semasa memasak? Apa kata korang cuba ni.
Jari melecur semasa memasak? Apa kata korang cuba ni. 

MMG ni salah satu produk yang sangat sesuai untuk lecuran. Sebab dalam MMG ni ada bahan yang membantu mengurangkan lecuran. Bahan utama MMG; minyak kayu putih, aloevera dan menthol crystal.

Apa lagi korang jom order sekarang. Tekan SINI ya. 

Kenapa lipan boleh ada dalam rumah korang?

June 18, 2023 0
Korang kenal lipan tak? Ehh, meh sini nak cubit kalau lipan pun tak kenal. Haha. Lipan ni adalah artropod iaitu tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Dia ni sejenis haiwan yang panjang pastu untuk setiap segmen badan dia ada sepasang kaki. 

Selain tu, lipan boleh ada bilangan kaki dari bawah 20 sampai ke 300 lebih. Menariknya, ia mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, Lipan biasanya ialah karnivor. 

Kenapa lipan boleh ada dalam rumah korang?
Kenapa lipan boleh ada dalam rumah korang? Image Google. 

Persoalannya, kenapa lipan boleh ada atau masuk dalam rumah korang? Pernah terfikir tak? 

Ada kajian kata, lipan ni akan merayap atau masuk ke kawasan yang ada sumber makanannya. Makanan favorite lipan ni macam anai anai, lipas, lalat dan labah-labah. So, lepas ni korang kena alert dengan kebersihan rumah korang dan pastikan takde sumber makanan si lipan ni terutama dalam bilik air kawasan lembap.

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

June 18, 2023 1

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.
Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

Media sosial tak salah pun. Yang salahnya kita sebab tak menentukan had dan batasannya. Kalau baik arahnya, inshaAllah baiklah yang kita dapat. Begitulah sebaliknya. Namun, berhati hati lah sebab ada je yang 'beremosi' bila mengomen, apa yang kita takutkan tanpa sedar komen tu boleh bawa kepada fitnah yang kita sendiri tak tau kesahihannya. Dek kerana masing masing taksub kecam mengecam, kita sendiri dah terselet dosa tanpa kita sedar pun. Allahuakbar. 

Sebaiknya, fikirlah secara matang sebelum menaip komen kita. Apa akibat dan kesannya kalau kita salah? Sebenarnya kita bukan tak tau pun apa kesan dari apa yang kita komen tu, tapi sebab ikut emosi dan ragam orang lain, kita turut terjebak. Apa yang salah semua kita tendang melayang. Buat tak nampak je. 

Apa saja yang kita kata, tulis, komen semuanya dicatat ya sahabat. Baik atau buruk. Dosa atau pahala. Jum gunakan media sosial sebaiknya, kalau tak ia akan menjadi lautan dosa untuk kita lebih lebih lagi kalau kita tak pandai nak kawal emosi dan nafsu.

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.
Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

Just be careful ya sahabat. Apa yang sebaiknya, diam sebab itulah sebagus bagus akhlak kalaulah kita tak mampu nak bagi komen yang baik. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin yra.

17 June 2023

Atasi masalah lesu dan bau badan dengan benda ni.

June 17, 2023 0
Badan rasa lesu bila balik kerja? Badan berbau bila berpeluh?

Ada masalah seperti di atas? Dah banyak guna mandian di pasaran tapi tetap sama juga? Jangan risau saya ada penyelesaiannya. Yang penting baca sampai habis dulu.

Atasi masalah lesu dan bau badan dengan benda ni.
Atasi masalah lesu dan bau badan dengan benda ni.

Atasi masalah lesu dan bau badan dengan benda ni.
Atasi masalah lesu dan bau badan dengan benda ni.

Cikla cadangkan korang guna mandian lemon bidara dari MMG ni sebab kita dapat banyak feedback dari pengguna yang menggunakan mandian ni secara konsisten. Di dalam mandian ni mempunyai lemon dan juga bidara sangat membantu korang utk masalah badan lesu dan bau badan.

Lepas ni korang dah tak perlu risau, balik kerja badan pun dah tak lesu. Masalah bau badan pun dapat dikurangkan. Apa lagi korang order sekarang. Biar ada dalam bilik mandi dirumah baru lengkap hidup. Hehe.

Untuk order korang boleh tekan SINI tau

Betul ke suami rendah lebih special?

June 17, 2023 0
Cikla selalu dengar orang kata, kalau suami lebih rendah dari isteri rezekinya lebih murah tak kira dalam pun keadaan baik segi relationship atau kerjaya. Suami lebih penyayang, memahami dan caring nya pun lain macam. Apa pun, bagi cikla tak kira la suami sama tinggi ke, lebih tinggi ke atau lebih rendah dari isteri sekalipun masing masing pasti ada kelebihan mereka yang tersendiri kan. Setuju tak? 

Korang nak tau tak apa 'kelebihan' berpasangan dengan suami yang lebih rendah? Jom baca ni mana tau kena dengan pasangan masing masing kan. Jom

Betul ke suami rendah lebih special? Image kredit Google. 

1. Tegas dan suka berterus terang.

Dah tentu dia tak nak nampak kurang berkeyakinan dari pasangannya kan? So, dia perlu menonjolkan kelebihan yang dia ada. Sebab tu, ada yang kata suami sebegini lebih mendominasi dalam hal komunikasi. Tapi bukanlah bermaksud dia mengongkong tau. Cumanya dia lebih tegas dengan pendiriannya. Dia juga tak amik pot apa kata orang sekelilingnya. Sekali dia mencintai, selamanya cintanya akan kekal sampai bila bila. Cewahh. 

2. Rajin.

Lelaki rendah biasanya rajin bekerja dan ligat tak kira di mana pun. Makna kata, selagi boleh dia tak akan menyusahkan pasangannya. Dia akan pastikan dirinya akan lebih sukses berbanding pasangannya. Sebab itulah, tak kira apa pun, dirinya akan terus kuat bekerja demi kebahagiaan pasangannya. 

3. Keyakinan diri lebih tinggi.

Tak kisahlah orang pandang rendah pada dia, i dont care bak kata orang putih. Haha. Sebabnya, sikap percaya dia sangat kuat. Namun, dia tak kisah kalau pasangannya lebih menonjol dari dirinya. Untunglah kan, sebab dia sentiasa bagi dorongan pada apa yang korang minat. Sekalipun korang gagal atau sukar laluinya, dia tak jemu bagi kata semangat dan galakan kat korang.

4. Ada kredibiliti tersendiri.

Korang tau tak, lelaki yang lebih rendah dari pasangannya ni  dikatakan berkarakter lebih mudah mengawal perasaan marahnya. Diaorang ni tak mudah melenting. Namun, ada masa gak diaorang ni sensitif tapi meningkatkan kasih sayang di antara pasangannya ada cara terbaik. 

Moga bermanfaat. 

Kredit Ruangan Terapi Cinta oleh Netty Ah Hiyer. 

Mingki, telefilem menarik yang mengajar tentang erti kasih sayang penuh pengajaran.

June 17, 2023 0
Rupanya telefilem Mingki ni pernah ditayangkan pada tahun 2019, dislot cerekarama TV3. Ehhh, cikla je ke yang baru tengok malam semalam ke korang pun sama ada yang first time tengok? Menarik jugak citernya. Gigih jugaklah tengok sampai habis. Hihi. So, cikla nak share sikitlah apa kisahnya telefilem Mingki ni. 

Mingki, telefilem menarik yang mengajar tentang erti kasih sayang penuh pengajaran.
Mingki, telefilem menarik yang mengajar tentang erti kasih sayang penuh pengajaran.

Al-kisahnya telefilem ni berkisarkan tantang Nek Mah lakonan Hajjah Fauziah Nawi yang duduk kat kampung bersama kucing kesayangannya bernama Mingki. Jirannya, Mak Teh lakonan Hajjah Norlia Ghani selalu menjenguk Nek Mah dan bertanya khabar. Senang kata segala masalah dan 'keresahan' hati Nek Mah diluahkan kepada Mingki dan Mak Teh. Maznah lakonan Farahdiya berkahwin dengan Rahman, lakonan Zamarul Hisham yang sebelumnya rapat dengan Nek Mah dan selalu membantunya. 

Namun begitu, sikap Maznah semakim berubah sejak berkahwin. Selepas itu beberapa ketikanya, Maznah berpindah tinggal ke Kuala Lumpur kerana bekerja di sana dan pulang menjenguk suami dan ibunya bila cuti. Menantunya si Rahman yang tinggal bersama Nek Mah kerana tak sampai hati melihat Nek Mah tinggal bersendirian walaupun diajak oleh Maznah tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. 

Oh ye, Rahman pulak mengalami kemalangan dan salah satu tangannya gagal berfungsi dengan baik. Jadi, dia pun berhenti kerja kerana kerja yang dia buat sebelum ni tak sesuai dengan keadaannya itu dan hanya duduk dirumah.  

Berbalik kepada kisah si Mingki, suatu hari selepas solat Subuh Nek Mah mendapati Mingki  mati. Rentetan dari kematian Mingki, Nek Mah mengalami kemurungan seperti dia kehilangan anaknya dulu. Rahman yang melihat keadaan ibu mertuanya itu berasa kesian sebab Nek Mah tak seceria dulu. Disebabkan itu, dia menghadiahkan Nek Mah seekor kucing yang sebijik macam rupa si Mingki. Nek Mah kembali ceria dan menamakan kucing barunya itu dengan nama Mingki, sama macam nama kucingnya yang dah mati tu. 

Namun, tindakan Rahman membeli kucing untuk Nek Mah mengundang rasa kurang senang Maznah sebab si Maznah ni rasa suaminya telah membazir duit pampasan yang tak seberapanya itu untuk 'benda' yang tak berfaedah. Rahman kata takpelah, asalkan ibu mertuanya itu kembali happy macam tu. 

Tu la orang kata kan, kalau kita happykan orang yang kita sayang, tak kedekut, pemurah, tak berkira, Allah mesti memberikan kita rezeki dari sudut yang lain kan? Macam si Rahman, awalnya dia ada buat bisnes online namun rezeki dia bisnesnya bertambah baik dan berjaya dengan jayanya. Rezeki tak pernah salah alamat kan dan Allah pun dah kata tak kan miskin untuk mereka yang pemurah. 

Kiranya telefilem ni happy ending la. Anak anak Nek Mah sedar dengan kesilapan mereka yang hanya sibuk mengejar harta dunia. Apa yang sebenarnya, ibu dorang ni hanya nakkan perhatian dan kasih sayang anak anak dia je. Tu sebab dia meluahkannya pada si Mingki. Maznah pulak berhenti kerja di KL dan balik semula ke kampung tinggal bersama suami dan ibunya. And they live happily ever after. Gitu la kata orang putih. Haha. 

Pada cikla pengajaran yang kita boleh amik dari kisah ni. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada, nanti bila dah takde jangan pulak nak menyesal. Dorang ni bukan nak sangat duit ringgit anak anak, tapi yang mereka mahukan hanyalah secebis perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Gembira bersama anak cucu. Itulah cara mereka menghabiskan sisa sisa usia senja mereka. Anak anak pulak bila dah senang janganlah mudah lupa diri. Ingat sapa selalu mendoakan kita. Sayangi mereka, jangan sia siakan mereka.

Cikla bagi 9.5/10 untuk telefilem ni. Best!

16 June 2023

Macam tak percaya je benda ni boleh bantu surutkan bengkak.

June 16, 2023 0
"Aduhhh, Ya Allah sakitnya. Tolong mak ni nak, mak jatuh bilik air."

Risaukan jadi macam tu. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Sering jugakan kita dengar orang jatuh bilik air. Biasa terjatuh bilik air ni sebab jubin licin.

Sedar tak sedar jatuh bilik air ni bahaya juga kan. Biasa kalau jatuh bilik air ni kesan dia lebam tempat terjatuh, bengkak kaki, terseliuh dan luka-luka.

Macam tak percaya je benda ni boleh bantu surutkan bengkak.
Macam tak percaya je benda ni boleh bantu surutkan bengkak. 


Namun, kita boleh atasi atau boleh kurangkan rasa sakit tu dengan Minyak urut moden MMG. Sebab MMG ni boleh kurangkan bengkak, boleh menyembuhkan luka. Insyallah. Jadi, jangan risau kalau jatuh bilik air cepat-cepat capai MMG.

Kalau takde MMG ni lah masanya untuk korang beli dan simpan di rumah. Atau hadiahkan kat mak abah di kampung.

Terus tekan SINI ya untuk dapatkan MMG. 

Ayam serai thai yang mudah dimasak.

June 16, 2023 1
Masakan berasaskan ayam memang banyak kan. Lagipun lauk ayam ni ada orang makan hari hari pun tak jemu, especially budak budak. Cuma para ibu la kena pandai dan kreatif mempelbagai resepi lagi lagi masakan yang menjadi kegemaran mereka. 

Berbalik kepada resepi yang cikla nak share, sebelum ni yang cikla tau ayam masak serai je. Itu pun original resepi dari mak cikla. Kalau yang ni, memang first time la tau. Tengok gambar macam sedap je kan. Hihi. Nanti bolehlah cuba. 

Ayam serai thai yang mudah dimasak.
Ayam serai thai yang mudah dimasak.

 Bahan-bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap.
1 tsp serbuk kunyit.
Garam.

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.

Bahan sambal :

2 batang serai diketuk.
5 helai daun limau purut, buang tengahnya dan gunting halus.
1 sudu makan sos seafood.
1 sudu makan sos ikan.
1 kiub pati ayam.
Gula secukupnya.
1 biji limau kasturi, ambil jusnya.

Bahan kisar :

5 biji cili besar.
6 biji cili padi.
3  ulas bawang putih.
4 labu bawang merah.

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan naik bau. 

2. Masukkan serai dan daun limau purut.

3. Kacau rata, pastu masukkan kiub ayam.

4. Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi.

5. Kacau rata dan selepas itu masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Suriati Silad.

Cara mudah panjangkan bulu mata?

June 16, 2023 0
Rasanya semua tau pokok lidah buaya atau aloe vera banyak khasiatnya tak kiralah dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Mungkin sebelum ni korang tau yang aloe vera sangat bagus untuk melebatkan rambut, tapi sebenarnya ia juga bagus untuk memanjangkan bulu mata. 

Cara mudah panjangkan bulu mata?
Cara mudah panjangkan bulu mata? Kredit image Google. 

Caranya pun senang, korang ambil lendir aloe vera daripada daunnya, pastu oleskan je pada bulu mata korang sebelum tidur. Untuk kesan yang bagus, maksima dan cepat, buat dua kali sehari iaitu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi. Lepas ni dah tak payah pakai bulu mata palsu lagi dah. Yang original pun dah lawa gila. Gitu. 

Selamat mencuba.

15 June 2023

Legakan rasa tak selesa akibat sakit belakang dengan minyak urut moden MMG.

June 15, 2023 0
"Aduh sakitnya belakang aku." 

Dialog tu mesti selalu ada kat mulut kitakan bila banyak buat kerja dan angkat barang berat. Biasa la tulang belakang kita banyak bergerak dan kita banyak tunduk. Biasa kalau sakit belakang ni azab sikit sebab rasa macam nak lumpuh. Betul tak? Allahuakbar. Mintak di jauhkan la kan.

Legakan rasa tak selesa akibat sakit belakang dengan minyak urut moden MMG.
Legakan rasa tak selesa akibat sakit belakang dengan minyak urut moden MMG. 

Tapi jangan risau korang. Korang boleh ikhtiar guna Minyak urut moden MMG ni. Kita usaha la mana yang boleh bantu. InsyaAllah. MMG ni boleh bantu kurangkan sakit belakang korang. Dalam MMG ni ada minyak kayu putih kan yang boleh melancarkan semula peredaran darah kita.

Nak cuba MMG? Boleh tekan SINI sekarang juga.

Allah menjawab Al-Fatihah kita.

June 15, 2023 0
Ada orang tegesa-gesa semasa membaca Al-Fatihah semasa solat, seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Allah menjawab Al-Fatihah kita.
Allah menjawab Al-Fatihah kita. Kredit Image Google. 

Dalam sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berfirman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bagian. Untuk Aku dan untuk hambaKu."

Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah hak Allah dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan hambaNya.

Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahirabbil 'alamin". Allah menjawab: "HambaKu telah memujiKu."

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim". Allah menjawab: "HambaKu telah mengagungkanKu."

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin". Allah menjawab: "HambaKu memujaKu."

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”. Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan HambaKu.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu. Akan Ku penuhi yang ia minta.” 

(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

14 June 2023

Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata.

June 14, 2023 0
Ada kemalangan yang berlaku disebabkan pemandu terlelap dan tertidur masa memandu. Tu kerana terlalu penat. Tak dinafikan ada yang bekerja sebagai pemandu atau  ke mana mana dengan kenderaan. Ada yang perantau nak balik kampung. Ini yang agak membimbangkan. 

Jadi untuk mengelakkan dari perkara ni berlaku;

1. Kena cukup rehat.
2. Berhenti jika rasa mengantuk.
3. Ada teman berborak.
4. Ada minyak angin untuk hilangkan mengantuk.

Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata.
Rasa mengantuk semasa memandu? Calit benda ni, terus segar mata. 

Cikla nak suggestkan dekat korang guna produk Minyak urut moden MMG untuk membantu korang semasa memandu. Minyak MMG ni ada minyak kayu putih dan menthol crystal yang sangat membantu beri kesegaran pada korang masa memandu. 

Bukan sahaja mengatasi masalah mengantuk juga lenguh lenguh badan masa memandu juga. InshaAllah, sangat membantu.

Nak order sekarang? Tekan SINI cepat.

Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni.

June 14, 2023 2
Drama Bunga, Aku Tunggu dah lama habis. Korang puas hati tak dengan endingnya? Haha. Okey, bukan nak cite pasal drama yang dah habis tu, cikla nak share satu lagi drama yang cikla rasa korang kena tengok, terutama para peminat cerita seram. Cikla pun follow gak citer ni and pada cikla jalan ceritanya memang menarik pastu pelakonnya pun hebat hebat belaka. 

Drama Malam Zulaikha ni ada 15 episod semuanya, terbitan Tanah Beris Film Production kat slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua, skrip pulak oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. 

Para pelakon drama  ni semua mantap mantap belaka gabungan pelakon lama dan baru. Apa yang menarik hero heroin drama ni tak lain tak bukan pasangan suami isteri fofular Adam Lee dan Sweet Qismina. Pelakon lain yang tak kurang hebatnya seperti Fiza Thomas, Amyza Aznan, Vanidah Imran dan ramai lagilah. 

Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni.
Malam Zulaikha, peminat cerita seram wajib tengok drama ni. 

Okey lah, secara ringkasnya Malam Zulaikha ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Zulaikha lakonan Sweet Qismina yang berubah disebabkan 'pendamping' akibat dari perjanjian yang dibuat oleh ibu, Suria lakonan Amyza Aznan. Awalnya, Zulaikha selalu mengalami gangguan mistik. Banyak hal aneh dan misteri terjadi dan hal ni menjadikan Zulaikha seorang yang suka menyendiri. Akhirnya, dia telah pulang ke kampung untuk merungkai misteri 'pendamping' itu dan mencari segala jawapan kepada gangguan yang selalu dialaminya. 

Izmir lakonan Adam Lee, teman rapat Zulaikha yang telah mengetahui keadaan Zulaikha bertekad untuk membantu. Dia telah membawa Zulaikha berjumpa dengan bapanya, Tuan Rahim lakonan Rahim Jailani yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam. Zulaikha dikatakan didampingi saka. Dia dinasihatkan untuk balik ke kampung untuk membongkar apakah kebenaran disebalik saka yang selalu mengganggunya. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pembongkaran menjadi lebih sukar bila ibu Zulaikha meninggal dunia secara misteri. 

Apa kaitan pulak Engku Salbiah lakonan Ku Faridah dengan kejadian yang menimpa Zulaikha? Perghhh, makin hari bertambah suspen citer ni. Apa yang pasti, setiap episod mesti ada 'sesuatu' yang merenggut perasaan ingin tau penonton. Ahh gitu. Hihi. Panjang lagi kisahnya. So, kalau nak tau apa kesudahannya kenalah tengok sampai akhir episod. 

Bagi cikla apa yang penting pengajaran yang kita boleh amik dari drama ni. Jangan bergantung harap dan meminta pertolongan selain dari Allah. Syaitan dan jin ni kerja dorang suka menyesatkan manusia. Mereka yang mudah termakan janji rayu je akan terjebak dengan pujuk rayuan syaitan laknatullah. 

Okey la, jangan lupa tengok tau. Babai. 

Kredit info SINI

13 June 2023

Untuk yang suka travel wajib ada ni.

June 13, 2023 0
Ubat-ubatan bawa ke tak tu? Kalau tak tau nak bawa ubat ubatan apa, mari sini come to mama. Ada barang baik ni. Hahaha. Haaa cikla nak rekemen la kat korang guna MMG ni. 

Untuk yang suka travel wajib ada ni.
Untuk yang suka travel wajib ada ni. 

Sebab apa cikla rekemen sebab dah tak payah bawa ubat ubat lain dah. MMG ni boleh guna masa korang tengah; 

👉 Sakit kepala
👉 Sakit perut
👉 Mual-mual
👉 Lenguh berjalan

Jadi korang boleh jimat ruang dah kan masa travel. Semua masalah boleh di atasi. Pantas membantu melegakan plak tu. Jom order.

Klik SINI sekarang.

Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.

June 13, 2023 2
Siapa suka makan kerang? Kerang ni sapa yang tak kenal adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulit dia bentuk macam bulat lonjong dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Antara kandungan nutrisi yang ada dalam kerang ialah vitamin B12, iodin, zat besi, selenium, fosforus, tembaga dan protein. 

Jom cikla nak share resepi mudah berkaitan dengan kerang ni. Jom tengok bahan dan caranya. 

Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.
Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap. 

Bahan :

Kerang  1 kg.
Garam.
Sos tiram 4 sdm.
Sos cili 4 sdm.
Kicap manis 2 sdm.
Daun limau 2 helai.
Daun salam 2 helai.
Tomato dihiris.
Daun bawang.
Daun saderi untuk ditabur.

Bahan tumis :

Bawang merah 5 biji.
Bawang putih 4 biji.
Halia.
Lengkuas.
Cilipadi merah dihiris.
Cili padi dihiris.

Caranya :

Bersihkan kerang dan toskan. Kemudian, tumis bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kerang dan air, pastu tutup. Setelah itu masukkan sos cili, tiram, kicap dan garam. Gaul rata. Masukkan cili hiris, daun bawang dan tomato. Masak sampai semua sebati. Tabur daun saderi dan hidangkan. 

Kalau agak-agak nak masak untuk keluarga, belilah 2-3 kg kerang. Baru puas hati. Hehe. Apa yang penting, basuh kerang sebersihnya dan dengan betul sebab ia berbahaya kalau dimakan mentah atau kurang masak. 

Selamat mencuba.

Kredit resepi kepada pemilik asal resepi.

5 tip mudah dalam bisnes.

June 13, 2023 1
Dalam hidup ini tiada benda atau hal yang mudah. Kuncinya adalah kalau nak berjaya atau impikan sesuatu mesti kena berusaha. Setuju tak? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Begitu jugak dengan berbisnes. Mana ada orang duduk-duduk diam jer, pastu kaching kaching duit masuk. Even bos bos pun setiap hari struggle fikir macam mana cara nak kukuhkan bisnes dan bantu anak buah atau team. 

Bagi cikla, semuanya bermula dari niat. Apa niat korang buat bisnes ni. Semata mata nak kaya ke atau lebih dari tu. Ehh, sapa tak nak kaya kan. Senang, duit banyak boleh bikin tilam. Harta berkoyan koyan. Cikla pun nak. Tapi kena ingat, harta tak menjamin ketenangan hati. Ada orang semua ada, tapi jiwa tak tenang. Rasa ada je tak cukup. Tapi ada jugak orang yang hidupnya sederhana, tapi tenang. Bahagia dan enjoy dengan life dia.

Hurmm, berbalik pada tajuk, cikla tau kebanyakan sahabat cikla ni mesti orang bisnes kan? Tak kiralah korang ni hanya dropship, ejen, stokis even owner bisnes tu sendiri. Namun, korang tau tak apa tip mudah kalau nak kekal mantain dalam bisnes dan insyaAllah bisnes korang tu akan kekal lama? Mungkin ni boleh bantu korang celikkan mata dan mungkin selama ni ada hal yang korang terlupa. 

5 tip mudah dalam bisnes.
5 tip mudah dalam bisnes.

Pertama, sentiasa kongsi manfaat. Maksudnya, produk yang kita jual or promote tu boleh bagi manfaat dan kebaikan pada mereka diluar sana. Bagi cikla kalau boleh elak guna perkataan jual dan yang sewaktu dengannya. Niat berkongsi manfaat bukan semata-mata nak untung jer.

Di Facebook terutamanya, share jugak story life kita di samping kisah bisnes kita macam COD parcel ke, POST OUT parcel ke, packing ke, stok landing ke atau share customer yang guna produk kita tu dan sebagainya. Tapi kalau share life tu janganlah semua benda kita nak share kan. Simpan sikit untuk diri sendiri. Senang cakap more kepada bisnes life la, nak selit kisah sendiri boleh tapi jangan selalu. Paling tak pun audition tau la yang kita ada 'life' lain selain asyik bisnes je. Hihi. 

Pastu, pecah tembok malu. Nak berbisnes tak boleh malu. Mesti berani. Berani kongsi apa manfaat produk korang tu. Mesti berani jawab segala pertanyaan prospek/customer mengenai produk korang. Apa yang penting, jawab dengan yakin tanpa was-was. Gitu. 

Kalau korang ada team pulak, sentiasa followup team. Tanya apa masalah dan jangan lupa bagi semangat kat dorang. Bukan apa, sebagai leader kita mestilah ambil berat pada orang bawah kita, lagipun takdelah orang anggap kita ni leader asyik nak untung je. Tau nak push push suruh team sale. Nampak macam ada unsur paksaan di situ kan. Selain tu, kongsilah tip ke, atau wish/send hadiah birthday ke dan lain-lain. Ada banyak lagi cara yang korang boleh buat untuk amik hati team korang. Betul tak?

Lastly, apa yang terpenting adalah usaha seiring dengan doa. Bersungguh-sungguhlah  minta Allah permudahkan segala urusan korang dan murahkan rezeki. InshaAllah semuanya akan berjalan seperti yang korang impian. 

Good luck semua.