Dalam hidup ini tiada benda atau hal yang mudah. Kuncinya adalah kalau nak berjaya atau impikan sesuatu mesti kena berusaha. Setuju tak? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Begitu jugak dengan berbisnes. Mana ada orang duduk-duduk diam jer, pastu kaching kaching duit masuk. Even bos bos pun setiap hari struggle fikir macam mana cara nak kukuhkan bisnes dan bantu anak buah atau team. 

Bagi cikla, semuanya bermula dari niat. Apa niat korang buat bisnes ni. Semata mata nak kaya ke atau lebih dari tu. Ehh, sapa tak nak kaya kan. Senang, duit banyak boleh bikin tilam. Harta berkoyan koyan. Cikla pun nak. Tapi kena ingat, harta tak menjamin ketenangan hati. Ada orang semua ada, tapi jiwa tak tenang. Rasa ada je tak cukup. Tapi ada jugak orang yang hidupnya sederhana, tapi tenang. Bahagia dan enjoy dengan life dia.

Hurmm, berbalik pada tajuk, cikla tau kebanyakan sahabat cikla ni mesti orang bisnes kan? Tak kiralah korang ni hanya dropship, ejen, stokis even owner bisnes tu sendiri. Namun, korang tau tak apa tip mudah kalau nak kekal mantain dalam bisnes dan insyaAllah bisnes korang tu akan kekal lama? Mungkin ni boleh bantu korang celikkan mata dan mungkin selama ni ada hal yang korang terlupa. 

5 tip mudah dalam bisnes.
5 tip mudah dalam bisnes.

Pertama, sentiasa kongsi manfaat. Maksudnya, produk yang kita jual or promote tu boleh bagi manfaat dan kebaikan pada mereka diluar sana. Bagi cikla kalau boleh elak guna perkataan jual dan yang sewaktu dengannya. Niat berkongsi manfaat bukan semata-mata nak untung jer.

Di Facebook terutamanya, share jugak story life kita di samping kisah bisnes kita macam COD parcel ke, POST OUT parcel ke, packing ke, stok landing ke atau share customer yang guna produk kita tu dan sebagainya. Tapi kalau share life tu janganlah semua benda kita nak share kan. Simpan sikit untuk diri sendiri. Senang cakap more kepada bisnes life la, nak selit kisah sendiri boleh tapi jangan selalu. Paling tak pun audition tau la yang kita ada 'life' lain selain asyik bisnes je. Hihi. 

Pastu, pecah tembok malu. Nak berbisnes tak boleh malu. Mesti berani. Berani kongsi apa manfaat produk korang tu. Mesti berani jawab segala pertanyaan prospek/customer mengenai produk korang. Apa yang penting, jawab dengan yakin tanpa was-was. Gitu. 

Kalau korang ada team pulak, sentiasa followup team. Tanya apa masalah dan jangan lupa bagi semangat kat dorang. Bukan apa, sebagai leader kita mestilah ambil berat pada orang bawah kita, lagipun takdelah orang anggap kita ni leader asyik nak untung je. Tau nak push push suruh team sale. Nampak macam ada unsur paksaan di situ kan. Selain tu, kongsilah tip ke, atau wish/send hadiah birthday ke dan lain-lain. Ada banyak lagi cara yang korang boleh buat untuk amik hati team korang. Betul tak?

Lastly, apa yang terpenting adalah usaha seiring dengan doa. Bersungguh-sungguhlah  minta Allah permudahkan segala urusan korang dan murahkan rezeki. InshaAllah semuanya akan berjalan seperti yang korang impian. 

Good luck semua.