Kenapa kita tak boleh nak cuci 'hati' kita yang berkarat sedangkan bekas yang hitam pun kita boleh cuci sampai jadi putih dan bersih? 

Macam mana nak cuci hati yang berkarat? Mudah saja ye sahabat. Cucilah dengan selalu beristighfar, berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan mengingati mati.

Macam mana nak cuci hati yang berkarat?
Macam mana nak cuci hati yang berkarat? Kredit image Google. 

Sebagai manusia biasa, kita pasti tak kan lepas dari buat silap. Namun, janganlah diratap dosa semalam sebab pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka. Jangan kata Allah tak sayang, Allah tak bagi peluang untuk kita bertaubat sedangkan peluang itu terbuka luas untuk kita. Perbetulkan kesilapan lalu dan moga kita terus istiqomah seterusnya sentiasa berusaha menjadi lebih baik setiap hari. 

InshaAllah.