Rasa cemas atau anxiety adalah perkara biasa dalam kehidupan moden. Tapi tanpa sedar, ada beberapa tabiat harian yang kita anggap ‘normal’ sebenarnya boleh jadi pencetus atau trigger yang menjadikan keresahan makin kuat dan sukar dikawal.
1. Terlalu banyak skrol media sosial.
Media sosial memang tempat cari hiburan, tapi ia juga tempat perbandingan tanpa henti. Kita lihat hidup orang lain yang "nampak sempurna" dan tanpa sedar, kita rasa tak cukup, tak berjaya atau ketinggalan.
Apa boleh buat:
Hadkan masa skrol. Pilih untuk ikut akaun yang memberi inspirasi dan bukan tekanan.
2. Kurang tidur / waktu tidur tak teratur.
Kurang tidur boleh ganggu keseimbangan hormon, termasuk hormon stres (kortisol). Tidur yang tak cukup buat otak lebih mudah panik dan sukar bertenang.
Apa boleh buat:
Cuba tetapkan waktu tidur dan bangun yang konsisten. Elakkan skrin sejam sebelum tidur.
3. Terlalu banyak kafein.
Kopi, teh tarik atau minuman tenaga semuanya boleh merangsang sistem saraf. Kalau diambil berlebihan, ia boleh menyebabkan jantung berdebar dan rasa gelisah makin ketara.
Apa boleh buat:
Kenal pasti tahap toleransi diri. Tukar sebahagian minuman kepada air kosong, teh herba atau minuman tanpa kafein.
4. Menyimpan emosi sendirian.
Tahan tangis. Pendam rasa. Tak nak susahkan orang lain. Tapi bila emosi tak diluahkan, ia akan mencari jalan keluar, kadang-kadang dalam bentuk keresahan melampau.
Apa boleh buat:
Cari ruang untuk meluah sama ada melalui penulisan jurnal, bercakap dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan profesional.
5. Terlalu fokus pada “worst case scenario”.
Mindset “what if” boleh memerangkap kita dalam gelung ketakutan yang tak berkesudahan walaupun perkara itu belum (atau takkan) berlaku.
Apa boleh buat:
Gantikan “What if something goes wrong?” dengan "What if I can handle it?". Latih diri fokus pada apa yang boleh dikawal.
6. Multitasking secara berlebihan.
Buat banyak benda dalam satu masa bukan tanda produktif ia tanda otak sedang terlalu sibuk dan boleh menambah rasa stres serta gelisah.
Apa boleh buat:
Buat satu perkara dalam satu masa (single-tasking). Gunakan teknik pomodoro atau to-do list yang realistik.
7. Tak jaga makan dan aktiviti fizikal
Badan yang lesu dan perut yang tak sihat boleh pengaruhi kesihatan mental. Gula berlebihan dan kekurangan nutrisi boleh ganggu keseimbangan emosi.
Apa boleh buat:
Ambil makanan seimbang, banyakkan sayur, buah dan air. Cuba gerakkan badan sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari walaupun hanya berjalan.
Anxiety bukan semata-mata masalah fikiran, ia berkait rapat dengan tubuh, rutin harian dan gaya hidup kita. Mengubah tabiat mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar dalam jangka masa panjang. Yang penting, mula dengan satu perubahan kecil hari ini.
Jangan terlalu keras dengan diri. Healing bukan tentang kesempurnaan, tapi tentang kemajuan sedikit demi sedikit.
Moga bermanfaat.
Luka kecil bagi orang biasa mungkin tak mendatangkan masalah. Namun bagi mereka yang menghidap kencing manis, luka yang kelihatan remeh itu boleh jadi sesuatu yang sangat serius, malah membawa kepada risiko kehilangan anggota badan. Nauzubillah.
Namun, inilah realiti luka kencing manis atau lebih dikenali sebagai ulser diabetik. Ia adalah bahaya yang diam, perlahan-lahan merebak tanpa sedar dan sedihnya hal ni sering kali diabaikan.
Luka pada pesakit diabetes tak sembuh macam biasa sebab tubuh mereka berhadapan dengan beberapa kekangan dalaman. Gula dalam darah yang tinggi secara konsisten akan mengganggu proses semula jadi penyembuhan luka.
Selain itu, kerosakan pada saluran darah menyebabkan bekalan oksigen dan nutrien ke bahagian yang luka menjadi terbantut. Dalam banyak kes, pesakit juga mengalami kerosakan saraf (neuropati) yang menjadikan mereka tak sedar bahawa mereka terluka sebab takde rasa sakit, takde isyarat untuk bertindak.
Apa yang membimbangkan, luka ini mudah dijangkiti pelbagai jenis kuman. Antara bakteria yang kerap menyerang termasuk Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes dan Pseudomonas aeruginosa. Sesetengah kuman seperti MRSA dan bakteria anaerob bukan sahaja tahan terhadap antibiotik, malah boleh menyebabkan jangkitan yang merebak hingga ke tulang dan seluruh tubuh.
Dalam banyak kes, kegagalan mengenal pasti dan merawat jangkitan ini lebih awal menyebabkan luka menjadi semakin besar, bernanah, berbau dan akhirnya memerlukan pembedahan atau amputasi.
Penjagaan luka yang betul adalah satu kemestian. Setiap luka perlu dicuci dengan larutan bersih seperti saline, dikeringkan secara perlahan dan dibalut dengan dressing yang sesuai, bukan dengan plaster biasa atau bahan yang tak disteril.
Ramai masih menggunakan bahan-bahan yang tak sepatutnya seperti ubat gigi, serbuk kopi atau minyak panas dengan harapan luka cepat kering. Malangnya, langkah-langkah ini hanya membuka ruang untuk lebih banyak bakteria membiak dan menjadikan luka lebih teruk.
Rawatan profesional selalunya merangkumi pembersihan luka oleh pakar (debridement), penggunaan ubat topikal atau antibiotik berdasarkan ujian kultur dan pemantauan berterusan. Kawalan gula darah adalah asas utama penyembuhan. Tanpa bacaan gula yang stabil, usaha merawat luka hanyalah sia-sia.
Selain rawatan perubatan, terdapat juga pendekatan semula jadi yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan, seperti penggunaan madu tualang steril, lidah buaya, minyak kelapa dara dan habbatus sauda namun hanya sebagai sokongan, bukan pengganti rawatan klinikal.
Dalam banyak situasi, tanda-tanda awal jangkitan sering diabaikan. Luka yang berair, berbau busuk, berwarna kehitaman atau menyebabkan demam patut segera dinilai oleh doktor. Jangan tunggu sampai luka jadi kronik sebab time itu, satu-satunya pilihan mungkin hanyalah pemotongan anggota.
Apa yang lebih penting dari segala rawatan adalah kesedaran. Ramai yang tak tahu bahawa luka kecil di kaki pesakit diabetes boleh menjadi titik mula kepada krisis kesihatan yang lebih besar. Penjagaan kaki, pemeriksaan harian, pemilihan kasut yang betul dan pemantauan kesihatan kulit adalah langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan. Malangnya, langkah-langkah ini jarang diberi perhatian sehinggalah sudah terlambat.
Luka kencing manis bukan sekadar isu perubatan. Ia menyentuh soal kualiti hidup, ketahanan mental dan beban emosi kepada pesakit dan penjaga. Luka yang tak sembuh bukan saja menyakitkan fizikal, malah mengganggu emosi dan meragut keyakinan diri.
Justeru, sebarkan kesedaran ini. Mungkin dengan satu perkongsian, satu bacaan, satu nasihat kita menyelamatkan kaki seseorang. Atau lebih penting lagi, menyelamatkan nyawanya.
Moga bermanfaat.
Siapa aje yang tak terkejut bila disahkan menghidap kanser tiroid, apatah lagi kalau keputusan menunjukkan saiznya sangat kecil, kurang daripada satu sentimeter. Dalam istilah perubatan, ini dikenali sebagai papillary thyroid microcarcinoma (PTMC). Ia tergolong dalam kategori kanser tiroid papilari, iaitu jenis yang paling biasa berlaku dan paling perlahan berkembang. Namun, walaupun saiznya kecil, ia tetap diklasifikasikan sebagai kanser.
PTMC biasanya tak menimbulkan apa-apa gejala. Malah, kebanyakannya ditemui secara tak sengaja semasa pesakit menjalani imbasan leher untuk masalah lain, seperti pemeriksaan nodul tiroid atau ultrasound atas sebab bukan berkaitan kanser.
Oleh kerana sifatnya yang perlahan dan kurang agresif, ramai pesakit diberikan harapan yang baik dan ini bukan sekadar kata-kata manis, tapi benar-benar disokong oleh statistik perubatan.
Prognosis untuk PTMC sangat tinggi, dengan kadar kelangsungan hidup melebihi 95% hingga hampir 100% dalam tempoh 10 tahun, terutamanya kalau kanser tersebut belum merebak keluar dari tiroid.
Namun begitu, PTMC tetap tak boleh dipandang ringan. Meskipun saiznya kecil, masih ada kemungkinan sel-sel kanser ini boleh merebak ke nodus limfa di sekeliling leher. Dalam kes yang sangat jarang, ia boleh muncul semula walaupun selepas pembedahan.
Risiko berulang ini lebih tinggi kalau pada awal diagnosis, kanser tersebut telah menunjukkan tanda-tanda menyebar ke nodus limfa atau kalau terdapat faktor genetik tertentu seperti mutasi BRAF V600E yang dikaitkan dengan tingkah laku kanser yang lebih agresif.
Anggaran kadar berulang bagi PTMC secara keseluruhan adalah sekitar 2 hingga 6 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Rawatan utama bagi PTMC selalunya melibatkan pembedahan, sama ada pembuangan satu lobus tiroid (lobektomi) atau keseluruhan tiroid (total thyroidectomy), bergantung pada kes. Dalam beberapa situasi tertentu, doktor mungkin mencadangkan rawatan susulan seperti terapi radioiodin (RAI) untuk memusnahkan sisa sel tiroid atau kanser yang tertinggal.
Selepas rawatan, pemantauan jangka panjang akan diteruskan melalui ujian darah untuk melihat paras thyroglobulin, iaitu penanda tumor bagi pesakit kanser tiroid serta imbasan ultrasound dari semasa ke semasa.
Kesimpulannya, walaupun PTMC dianggap sebagai ‘kanser yang baik’ dari segi kelakuannya, ia tetap membawa nama kanser dan memerlukan perhatian serta rawatan yang sesuai. Ia kecil, ya tapi tak boleh dipandang enteng.
Disiplin dalam pemantauan dan susulan rawatan sangat penting bagi mengelakkan risiko berulang. Dengan pengesanan awal dan rawatan yang betul, peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi dan kebanyakan pesakit dapat meneruskan hidup dengan baik dan normal.
Moga mendapat sedikit ilmu.
Lamanya tak share resepi kan? Resepi kali ni memang senang sangat nak buat. Sesuai kalau nak buat makan breakfast. Bahannya pun senang nak dapat.
Bahan :
Roti gardenia keping.
Pisang masak.
Majerin
Kuning telur.
Gula perang (takde letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pun takpa)
![]() |
Resepi roti pisang rangup sedap dan senang dibuat. |
Cara-cara:
Sapu majerin atas roti. Pastu, susun pisang ikut kekreatifan masing-masing. Kemudian, sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur. Dah siap sabu, tabur pulak cheddar cheese atau gula perang kat atasnya. Bakar dengan suhu 180°C, 5-7 minit. Siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar : Hamizah Zakaria.
Ramai orang mengabaikan benjolan kecil di leher kerana menyangka ia cuma biasa-biasa. Namun tahukah korang, di sebalik perubahan kecil itu, boleh jadi tersimpan sesuatu yang lebih serius, iaitu kanser tiroid.
Tiroid ialah kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian depan leher, berfungsi menghasilkan hormon penting yang mengawal metabolisme badan. Bila kelenjar ini terganggu, ia boleh beri kesan besar kepada emosi, tenaga, berat badan dan kesihatan keseluruhan.
Kanser tiroid pula berlaku bila sel dalam kelenjar ini mula membiak secara tak normal dan membentuk ketumbuhan yang boleh merebak.
Kebanyakan pesakit tak sedar pun mereka ada masalah. Simptom awal biasanya sangat tak disedari, antaranya benjolan kecil yang tak sakit, suara jadi sedikit serak atau rasa tekanan di leher. Ada juga yang mula rasa susah menelan atau sukar bernafas bila baring.
Malangnya, sebab simptom ini tak mengganggu sangat, ramai bertangguh untuk buat pemeriksaan. Bila dikesan, barulah mereka sedar ketulan itu bukan biasa-biasa.
Tapi jangan terus panik. Kanser tiroid, khususnya jenis papillary dan follicular adalah antara jenis kanser yang paling tinggi peluang sembuh, lebih-lebih lagi kalau ia dikesan awal.
Ramai pesakit yang melalui rawatan berjaya kembali menjalani hidup normal, bekerja seperti biasa dan membina keluarga.
Rawatan utama biasanya bermula dengan pembedahan, sama ada buang sebahagian atau keseluruhan tiroid. Selepas itu, doktor mungkin cadangkan rawatan radioaktif iodin untuk membunuh baki sel-sel kanser yang mungkin masih ada.
Bagi yang sudah buang keseluruhan tiroid, mereka akan ambil ubat hormon setiap hari sepanjang hayat untuk menggantikan hormon yang badan tak boleh hasilkan sendiri.
![]() |
Kenali kanser tiroid: Simptom, rawatan dan harapan sembuh yang ramai tak tahu. Kredit image to Google. |
Memang ada cabaran. Ada pesakit mengalami perubahan suara, parut di leher dan kesan emosi selepas rawatan. Tapi dengan sokongan yang betul daripada keluarga, doktor, komuniti akan membuat proses pemulihan jadi lebih mudah.
Apa yang penting, jangan rasa malu atau lemah untuk minta bantuan. Satu pelukan, satu mesej sokonga atau seseorang yang sanggup duduk menunggu bersama di klinik pun boleh beri kekuatan besar kepada pesakit.
Selain rawatan, gaya hidup juga mainkan peranan. Pemakanan sihat, cukup rehat, kawalan stres dan pemantauan berkala dengan doktor sangat penting. Makanan yang kaya antioksidan seperti buah beri, sayuran hijau dan ikan berlemak sangat membantu untuk jaga imun badan.
Dalam masa sama, elakkan makanan proses dan jangan ambil sebarang suplemen herba tanpa nasihat doktor kerana ia mungkin mengganggu hormon.
Mungkin ada yang tertanya, “Boleh ke saya hidup normal lepas buang tiroid?” Jawapannya, boleh. Ramai pesakit yang kini menjadi ibu, atlet, pekerja profesional, malah usahawan berjaya walaupun tiroid mereka telah dibuang. Kuncinya ialah ilmu, pemantauan dan sokongan berterusan.
Ingat, kanser bukan pengakhiran. Ia mungkin permulaan baru untuk lebih menghargai tubuh sendiri, belajar menjaga kesihatan dengan lebih baik dan menyayangi kehidupan dengan lebih dalam.
Kalau korang atau orang tersayang sedang mengalami simptom pelik di leher atau perubahan hormon yang tak masuk akal, tolong jangan tunggu. Buatlah pemeriksaan. Lebih awal tahu, lebih besar peluang untuk pulih sepenuhnya.
Dan kalau korang sedang melaluinya sekarang, ketahuilah korang tak keseorangan. Ramai yang pernah berada di tempat korang dan mereka kini berdiri semula, lebih kuat daripada sebelumnya.
Pernah korang tak rasa macam, “Eh, aku ni biasa-biasa je kot. Takde la bijak sangat…” Tapi dalam diam, sebenarnya banyak benda yang tunjukkan korang mungkin lebih bijak daripada yang korang sangka. Sebab kadang-kadang kecerdasan tu tak semestinya datang dari buku tebal, markah tinggi atau bercakap bombastik.
Ada orang yang nampak biasa, tapi cara dia fikir, respon dia dalam situasi tertentu, dan cara dia urus emosi, semua tu tanda kecerdasan yang ramai tak perasan. Dan korang mungkin salah seorang daripada mereka.
Kadang korang rasa rendah diri bila tengok orang lain laju je capai macam-macam. Tapi sebenarnya, korang yang tenang, banyak fikir sebelum bercakap, selalu tanya "kenapa", atau suka menyendiri bila penat. Itu semua mungkin tanda otak korang bekerja dengan cara yang luar biasa.
Malah, bila korang selalu rasa “aku tak cukup pandai”, itu pun boleh jadi refleksi kecerdasan juga. Sebab orang yang betul-betul bijak, dia sedar yang dia masih banyak benda belum tahu. Dia tak cepat puas hati. Dia curious. Dan dari situlah, dia terus belajar tanpa henti.
Kalau korang suka perhati orang, mudah tangkap vibe sesuatu situasi dan boleh adapt cepat bila keadaan berubah. Itu bukan benda kecil. Itu tanda kepekaan dan kecerdasan emosi. Orang yang ada EQ tinggi ni, sangat diperlukan dalam dunia yang penuh cabaran sekarang.
Dan jangan lupa, bijak ni datang dalam macam-macam bentuk. Ada orang pandai kira, ada orang pandai cakap, ada orang pandai rasa. Korang tak perlu jadi semua, cukup jadi versi bijak korang yang unik tu.
Jadi, lepas ni bila rasa “aku ni macam tak bijak je…”, cuba tengok balik cara korang hadapi hidup. Korang mungkin tak sedar tapi korang dah pun bijak dengan cara korang sendiri.
Moga bermanfaat.
Kadang-kadang hidup ini tak berjalan seperti yang kita rancang. Kita usaha bersungguh-sungguh, kita doa siang dan malam, tapi hasilnya tetap tak seperti yang diharapkan. Rasa kecewa itu hadir, rasa putus asa pun mula menjelma. Hati bertanya, "Kenapa aku? Apa salah aku?"
Tapi di saat itu, jika diberi pilihan, pilihlah untuk sabar. Pilihlah untuk redha. Meskipun kita punya seribu satu sebab untuk marah, untuk kecewa, untuk putus asa tetaplah belajar untuk tenang. Kerana apa yang sedang berlaku ini bukanlah satu hukuman. Ia adalah ujian. Ujian daripada Allah SWT yang Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Kadang kita rasa doa kita tak dimakbulkan. Tapi sebenarnya, Allah sedang beri sesuatu yang lebih besar daripada yang kita pinta iaitu kekuatan. Kita mungkin rasa lemah, namun dalam diam, Allah sedang membina hati kita, mendidik jiwa kita agar lebih tabah dan kuat.
Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, semuanya telah ditulis sejak azali. Bukan sia-sia. Bukan tanpa sebab. Allah tak pernah silap dalam mengatur kehidupan hambaNya. Mungkin kita belum nampak sekarang, mungkin jalan yang kita lalui sekarang penuh onak duri tapi suatu hari nanti, kita akan memandang ke belakang dan bersyukur. Kita akan faham, "Oh, inilah hikmah yang aku tak nampak dulu."
Jadi, tenanglah. Teruskan melangkah, walau perlahan. Jalani hidup ini dengan sabar, walau dalam linangan air mata. Redhalah walau dalam keterpaksaan. Kerana dalam redha itu, ada kekuatan yang luar biasa. Dan yakinlah Allah SWT sentiasa ada. Dialah sebaik-baik perancang, dan lukisan hidup yang Dia coretkan untuk kita adalah yang paling indah, paling sempurna, walau kadang-kadang tak seindah yang kita harapkan.
Wallahualam.
Siapa sangka, setiap kali kita solat, sebenarnya kita tengah "senam" juga! Gerakan rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud, semua tu sangat bermanfaat untuk tubuh.
Beberapa manfaat gerakan solat:
✅ Takbiratul Ihram (angkat tangan dan berdiri tegak) – bantu betulkan postur dan kuatkan otot bahu.
✅ Rukuk – regangkan tulang belakang, lancarkan aliran darah ke kepala. Macam stretching fizio!
✅ Sujud – aliran darah lancar ke otak, bantu kurangkan tekanan dan tenangkan minda.
✅ Duduk antara dua sujud – galakkan fleksibiliti sendi lutut dan pinggul.
✅ Tahiyat akhir – bantu kuatkan otot paha dan kaki kalau dibuat dengan betul.
Best kan? Sambil ibadah, badan pun dapat manfaat. Tak hairan ramai yang rasa lebih tenang dan segar lepas solat. Bukan spiritual je, tapi fizikal pun sihat!
Jadi, jom kita jaga solat. Bukan semata untuk pahala, tapi juga untuk kesihatan diri.
Kalau korang perasan, nenek-nenek kita dulu tak guna produk kecantikan macam kita sekarang. Tapi kulit mereka tetap cantik, rambut hitam berkilat, dan badan pun segar. Salah satu rahsia mereka? Aloe vera.
Dulu tak dipanggil “aloe vera” pun, orang kampung cuma sebut lidah buaya. Pokoknya senang sangat nak jumpa, biasanya tumbuh subur tepi rumah atau tepi telaga.
Walaupun zaman dah berubah, petua nenek tentang aloe vera masih relevan sampai hari ni. Malah makin ramai anak muda dan mak-mak moden yang kembali ke rawatan semula jadi. Jom kita imbas kembali beberapa petua lama yang masih ‘power’!
1. Luka kecil? Sapu gel lidah buaya.
Nenek kita dulu tak ada antiseptik moden. Bila anak cucu luka jatuh basikal atau kena pisau dapur, terus dia petik daun lidah buaya dan sapu lendirnya. Luka cepat kering dan tak bernanah. Sampai sekarang pun, cara ni masih jadi “ubat kecemasan” semulajadi yang ramai amalkan.
2. Rambut gugur? Perah lidah buaya atas kepala.
Mak-mak dulu siap sapu lendir aloe vera terus ke kulit kepala. Biarkan sejam dua, lepas tu bilas. Rambut jadi lebih kuat, kulit kepala tak gatal dan rambut pun cepat tumbuh. Siap rambut anak pun disapu, nak bagi cepat lebat dan hitam.
3. Muka sunburn lepas menjemur? Sejukkan dengan gel lidah buaya.
Kalau lepas menjemur kain, menoreh atau panjat pokok kelapa sampai muka merah-merah, nenek akan tenangkan kulit dengan sapuan aloe vera. Tak perlu losyen mahal pun. Kulit sejuk, lembut dan tak pedih.
4. Kulit kasar dan berkuping? Aloe vera, pelembap terbaik.
Zaman dulu, cuaca kampung panas terik dan tangan mak-mak kasar sebab banyak kerja dapur. Tapi bila sapu lendir aloe vera setiap malam sebelum tidur, kulit tangan pun jadi lembut semula. Sampai sekarang, petua ni masih jadi rahsia cantik alami.
5. Kelemumur degil? Guna lidah buaya.
Nenek-nenek kita juga guna aloe vera untuk rawat kulit kepala yang berkeruping dan kelemumur. Disapu waktu malam, biar semalaman, pagi esok baru cuci. Bila buat konsisten, kulit kepala makin sihat dan bebas masalah.
Petua Lama, Jiwa Baru!
Kadang-kadang, apa yang nenek kita ajar tak ada dalam buku pun. Tapi ilmu tu penuh hikmah dan terbukti berkesan. Aloe vera ni bukan sekadar pokok biasa, tapi khazanah semula jadi yang patut kita hargai dan teruskan.
Kecantikan tak semestinya datang dari botol mahal. Kadang-kadang, pokok tepi rumah pun cukup dah.
Rasanya minyak kayu putih ni bukanlah benda baru dalam kebanyakan rumah kita. Sejak dulu lagi, dia ni jadi peneman setia mak-mak kita, sentiasa ada dalam beg tangan atau kotak ubat. Baunya yang menyegat dan fresh tu memang mudah dikenali, tapi sebenarnya manfaatnya lebih daripada sekadar untuk sapu masa kembung perut.
Minyak kayu putih popular sebab effect dia yang pantas dan selesa. Bila perut korang rasa tak best, angin banyak atau masuk angin, sapuan minyak kayu putih boleh bantu bagi kelegaan segera. Rasa hangatnya tu bukan sekadar selesa je, malah ia boleh bantu melancarkan aliran darah dan melegakan ketegangan otot. Sebab tu ramai yang suka guna minyak ni untuk urutan ringan terutama di bahagian bahu, tengkuk dan pinggang bila badan rasa lenguh atau letih.
Kalau anak-anak selsema pulak, termasuklah hidung tersumbat atau batuk ringan, sapuan minyak kayu putih di dada dan belakang boleh bantu kurangkan rasa tak selesa tu. Bau segarnya pun boleh bantu cairkan hingus dan buka saluran pernafasan. Malah ada juga yang gunakan minyak ni untuk redakan sakit kepala. Just sapu je sikit kat dahi, rasa lega sangat!
![]() |
Manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan. Gambar kredit to Google. |
Menariknya lagi, minyak kayu putih jugak boleh bertindak sebagai pelindung semulajadi daripada gigitan nyamuk. Bau dia yang khas tu memang serangga tak suka. Bukan tu je, kalau korang rasa pening, mual atau mabuk kenderaan masa travel jauh, korang boleh hidu minyak kayu putih je dah cukup untuk rasa lega.
Kalau time cuaca sejuk atau badan rasa seram sejuk pun, minyak ni boleh bantu panaskan badan. Sebab tu ia sesuai sangat untuk kegunaan harian seisi keluarga, dari bayi yang baru belajar merangkak, sampai ke atuk nenek yang perlukan kelegaan sendi.
Ada juga yang guna minyak kayu putih sebagai sebahagian daripada terapi urutan untuk kurangkan stress. Bau dia yang menenangkan boleh bantu beri rasa relaks dan tenang, terutamanya waktu malam sebelum tidur.
Pendek kata, sebotol kecil minyak kayu putih ni ada pelbagai manfaat yang tak disangka. Tak rugi langsung stanbdby satu dalam beg tangan, satu dalam peti ubat dan satu lagi standby dalam bilik. Bila perlu, dia memang jadi penyelamat kecil yang besar fungsinya.
Moga bermanfaat.
Kadang-kadang, pagi yang sepatutnya tenang boleh jadi huru-hara bila anak tiba-tiba tak nak pergi sekolah. Kita dah siapkan baju, sarapan pun dah tunggu atas meja, tapi anak masih lagi kat atas katil, tarik selimut atau mula tunjuk tanda-tanda “drama” pagi. Haishhh.
Bagi sesetengah ibu bapa, benda ni boleh buat darah naik. Mulalah terdetik dalam hati, “Anak aku ni malas ke?”, “Manja sangat ke ni?” atau “Apa pulak alasan dia hari ni?”. Tapi sebenarnya, bila anak tak nak ke sekolah, tak semestinya tanda dorang malas. Selalunya, ada sesuatu yang berlaku dalam diri dorang yang mungkin dorang sendiri tak tau macam mana nak explain.
Anak ni, tak kira berapa umur dorang pun, kadang dorang rasa benda yang dorang lalui tu terlalu berat. Mungkin dorang kena ejek dengan kawan, mungkin cikgu garang sangat, mungkin dorang rasa susah nak faham pelajaran dan malu kalau cikgu tanya. Atau mungkin dorang cuma rasa tak happy, takde kawan rapat, takde siapa nak duduk sebelah masa rehat. Benda-benda kecil macam tu, yang kita rasa biasa je sebenarnya boleh jadi besar dalam dunia anak-anak.
So, bila anak tak nak ke sekolah, cuba tahan dulu untuk marah atau paksa. Duduk dengan dorang. Pastu tanya elok-elok. Guna nada lembut. Kadang anak tak terus jawab, tapi bila dorang rasa kita tak marah, dia akan mula buka cerita sikit demi sikit. Bila dorang mula bercerita, dengar betul-betul. Jangan cepat sangat nak bagi nasihat atau bandingkan dengan adik-beradik atau kawan lain. Cukup dengan, “Ohh… mama faham. Patutlah kamu rasa macam tu.”
Lepas tu, cuba cari jalan sama-sama. Mungkin boleh bincang dengan cikgu. Mungkin boleh ubah sikit rutin pagi supaya lebih tenang. Mungkin kita boleh temankan anak sekejap masa tunggu masuk kelas. Atau mungkin anak perlukan masa. Yang penting, kita kena tunjuk pada anak yang kita ada. Kita dengar dan kita sokong.
Kadang-kadang juga, anak rasa tak yakin. Dorang rasa dorang tak cukup bagus. Bila dorang nampak kawan lain pandai atau aktif, dorang mulalah bandingkan diri. Itu normal, dan kita kena bantu anak bina semula keyakinan tu. Puji usaha anak, walau kecil. Tunjuk pada anak yang kita nampak dorang cuba. Itu dah cukup buat dorang rasa lebih berani.
Dan kalau perkara ni berlarutan, anak makin murung, tak nak bercakap dan tidur pun boleh terganggu. Itu mungkin petanda anak perlukan bantuan lebih. Tak salah pun kalau nak rujuk kaunselor sekolah atau jumpa pakar. Kita sebagai ibu bapa bukan tahu semua, tapi kita boleh cari orang yang boleh bantu.
Akhirnya, yang anak perlukan bukan tekanan untuk pergi sekolah tapi rasa selamat, disayangi dan difahami. Bila anak rasa cukup semua tu, inshaAllah dia akan lebih kuat hadapi dunia luar.
Jadi kalau esok anak kata, “Mama, saya tak nak pergi sekolah…” tarik nafas dulu. Peluk dia. Dengar dia. Kadang, itu lebih penting daripada apa pun.
Ramai yang anggap aloe vera ni macam ‘ubat ajaib’ semula jadi. Boleh rawat sunburn, lembapkan kulit, redakan gatal dan paling popular adalah hilangkan jerawat dan parut! Tapi, betul ke aloe vera ni berkesan untuk masalah jerawat dan parut?
Kalau korang nak tau, aloe vera ni kaya dengan bahan aktif seperti aloin dan enzim anti-radang yang dikatakan power merawat kulit berjerawat. Bila ia disapu pada kulit:
- Ia mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat.
- Membunuh bakteria penyebab jerawat iaitu Propionibacterium Acnes.
- Menenangkan kulit sensitif yang mudah meradang.
- Melembapkan tanpa menyumbat pori-pori (non-comedogenic).
Kalau kulit korang tengah ‘mengamuk’ atau breakout, gel aloe vera segar boleh jadi penyelamat. Cuma sapu nipis waktu malam, biar semalaman, esoknya kulit rasa lebih tenang.
Untuk parut pula, aloe vera tak menjanjikan kesan segera ye, tapi ia dikatakan boleh membantu dalam proses pemulihan sel kulit. Aloe vera dipercayai berfungsi menggalakkan penghasilan kolagen, iaitu protein penting dalam pembentukan tisu baru. So, bila korang menggunakan aloe vera ni secara konsisten:
- Parut jerawat makin pudar.
- Warna kulit lebih sekata.
- Tekstur kulit lebih licin dan lembut.
Kesan paling ketara biasanya dapat dilihat selepas 3–6 minggu penggunaan konsisten. Bukan serta-merta, tapi perlahan-lahan dan selamat.
![]() |
Betul ke aloe vera boleh hilangkan parut dan jerawat? Ini jawapannya! Gambar kredit to Google. |
Cara guna aloe vera untuk jerawat dan parut:
1. Ambil gel aloe vera segar (atau produk asli tanpa bahan tambahan).
2. Cuci muka bersih dan keringkan, kemudian sapu gel pada kawasan berjerawat/parut.
3. Biarkan 20–30 minit atau semalaman. Bilas kalau rasa melekit.
4. Gunakan 2 kali sehari, pagi dan malam.
Untuk kesan lebih baik, boleh campur dengan sedikit madu, serbuk kunyit, atau minyak tea tree.
So, betul ke aloe vera berkesan? Jawapannya, ya. Aloe vera memang boleh membantu mengurangkan jerawat dan memudarkan parut secara semula jadi dan selamat. Tapi kuncinya ialah konsisten dan sabar. Jangan harapkan kesan overnight macam chemical product. Kulit pun ada 'emosi', ye kawan-kawan. Rawatlah dia perlahan-lahan, inshaAllah dia akan balas dengan seri yang sihat dari dalam.
Moga bermanfaat.
Hypothyroid berlaku bila kelenjar tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang cukup. Hormon ini penting sebab dia mengawal metabolisma tubuh iaitu macam mana badan guna tenaga, kawal suhu badan, sokong kesihatan mental dan emosi serta banyak lagi.
Bila hormon ini kurang, metabolisma badan jadi slow, seolah-olah seluruh sistem tubuh korang berada dalam mode slow and steady. Akibatnya, korang akan mudah berasa penat walaupun baru bangun tidur, badan rasa berat dan tak bermaya dan fikiran pun menjadi kabur iaitu brain fog.
Selain itu, simptom-simptom lain yang sering dialami oleh penghidap hypothyroid termasuklah peningkatan berat badan walaupun tak makan banyak, sembelit yang kerap, kulit jadi kering, rambut gugur tanpa sebab yang jelas termasuklah perubahan emosi seperti cepat sedih, mudah murung atau rasa hilang semangat.
Sesetengah wanita juga mengalami kitaran haid yang tak menentu atau lebih banyak daripada biasa. Ada juga yang rasa sejuk walaupun berada dalam cuaca panas, dan ini adalah salah satu lagi tanda bahawa metabolisma tubuh telah menjadi perlahan.
Jadi, apa yang boleh dilakukan?
Langkah pertama yang paling penting ialah memastikan dos ubat yang diambil adalah tepat dan sesuai. Ubat utama yang biasa diberikan kepada pesakit hypothyroid ialah levothyroxine (nama lain: Eltroxin, Thyroxine atau Euthyrox). Dos ubat ini perlu dipantau secara berkala, biasanya melalui ujian darah seperti TSH dan FT4 setiap enam bulan atau mengikut nasihat doktor.
Kalau result TSH masih tinggi walaupun sudah mengambil ubat, ini mungkin menandakan dos yang diambil masih tak mencukupi dan inilah antara sebab utama kenapa ramai pesakit masih berasa letih walaupun patuh mengambil ubat.
Pengambilan ubat juga perlu dilakukan dengan cara yang betul agar keberkesanannya tak terganggu. Levothyroxine perlu diambil seawal pagi ketika perut kosong dan sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit sebelum makan. Elakkan mengambilnya bersama susu, kopi atau suplemen seperti zat besi dan kalsium kerana semua ini boleh mengurangkan penyerapan ubat ke dalam badan.
Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam pengurusan hypothyroid. Sesetengah makanan seperti kubis, brokoli, taugeh, keledek, soya dan produk berasaskan soya seperti tempeh dan tofu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil goitrogen. Bahan ini boleh mengganggu fungsi kelenjar tiroid kalau diambil secara berlebihan dalam bentuk mentah. Namun begitu, bila dimasak, kesan goitrogen ini biasanya akan berkurangan. Jadi, takde masalah untuk mengambilnya secara sederhana dan dalam bentuk masakan.
Walaupun keletihan merupakan cabaran utama bagi pesakit hypothyroid, senaman ringan tetap sangat digalakkan. Aktiviti seperti berjalan kaki, regangan atau senaman ringkas selama 10 hingga 15 minit sehari boleh membantu meningkatkan tenaga secara perlahan-lahan. Ia juga menyumbang kepada kesihatan mental dan tidur yang lebih berkualiti.
Akhir sekali, tidur yang mencukupi dan pengurusan stres amat penting. Stres yang tak terkawal boleh memburukkan lagi gejala hypothyroid. Mengamalkan rutin tidur yang konsisten, melakukan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, serta menjaga waktu solat dan ibadah mampu membantu tubuh menjadi lebih seimbang dan tenang.
Kalau korang telah pun mengambil ubat dengan betul tapi masih rasa letih, adalah penting untuk korang discuss balik dengan doktor yang merawat. Mungkin dos ubat belum sesuai atau terdapat faktor lain seperti kekurangan zat besi, vitamin B12 atau vitamin D yang turut memberi kesan kepada tahap tenaga harian.
So, keletihan yang dialami oleh penghidap hypothyroid bukan sekadar masalah tidur atau rehat yang tak cukup. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memerlukan perhatian serius, rawatan berterusan dan penjagaan menyeluruh dari segi ubat, pemakanan, gaya hidup dan kesihatan mental. Dengan kesedaran dan usaha yang konsisten, tubuh boleh kembali bertenaga dan minda lebih segar, insyaAllah.
Moga sihat selalu.
Kita selalu fikir hidup ni soal senang atau susah. Tapi sebenarnya, yang paling penting adalah bantuan dari Allah.
Kalau Allah bantu kita, walaupun kita tengah susah atau tengah diuji, hati tetap tenang. Kekuatan tu datang entah dari mana. Kita boleh hadap benda yang dulu kita rasa mustahil. Betul tak? Namun sebaliknya, walau hidup kita nampak senang, kalau Allah tak bantu, semua benda boleh jadi serabut. Hati tak tenang, keputusan banyak salah, hidup rasa kosong.
![]() |
Kekuatan sebenar datang bila Allah tolong. |
Kadang kita terlalu yakin dengan kudrat sendiri. “Aku boleh buat ni sendiri”, “Aku dah usaha habis-habisan”. Tapi sampai satu tahap, kita akan sedar kudrat kita ni sebenarnya sikit sangat. Tak cukup pun nak hadap semua cabaran hidup.
Sebab tu, apa pun yang kita buat tak kiralah kerja, bisnes, belajar dan rumahtangga letaklah kebergantungan kita sepenuhnya pada Allah. Biar Dia yang kuatkan, mudahkan dan luruskan jalan kita. Bila Allah tolong, semuanya jadi lebih mudah, walau pun susah di mata orang lain.
Jangan harap sepenuhnya pada tenaga kita yang terbatas, haraplah pada kudrat Allah yang tiada batas.
Waalllahualam.
SOALAN :
Sah atau tidak solat yang tidak dibaca akan fatihah? Bagaimana kalau seorang itu tinggal baca fatihah tanpa sengaja? Sahkah kalau digantikan fatihah dengan membaca surah yang lain?
JAWAPAN :
Baca fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca pada setiap rakaat samada pada solat fardu atau sunat dan samada dia imam atau makmum atau solat sendirian dan samada solat berdiri atau duduk dan samada ketika mukim atau sedang musafir.
Siapa yang tidak membaca fatihah pada mana-mana rakaat dari solatnya sekalipun sebab terlupa maka solatnya itu tidak sah.
Diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Shomit sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud :
“Tiada solat bagi mereka yang tidak membaca olehnya akan surah fatihah.” (Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim).
Dan solat yang tidak dibaca akan fatihah padanya dinamakan sebagai solat yang cacat dan kudung.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam sungguhnya baginda telah bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa mengerjakan solat tidak dibaca padanya dengan Ummul Quran yakni surah fatihah maka solat itu kudung yaitu kudung tidak sempurna.” (Hadith riwayat Imam Malik dan Muslim dan An-Nasaie).
Dan jika seorang yang solat tidak membaca fatihah tetapi dia gantikan dengan membaca surah yang lain sekalipun semua surah maka solatnya itu tetap tidak sah.
Diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin As-Shomit r.a. sungguhnya Nabi solallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
“Surah Ummul Quran yakni fatihah boleh menjadi ganti bagi surah selainnya dan tetapi surah selainnya tidak boleh menggantikannya.” (Hadith riwayat Ad-Daruqutni dan Al-Hakim dan Al-Baihaqi).
Wallahua’lam.
Kredit : Ustaz Azhar Idrus.
Sumber: SINI
Mungkin ramai di antara kita pernah alami situasi di mana badan rasa letih sangat dan mengantuk, walaupun dah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kadangkala kita tidur awal, bangun ikut waktu dan tak buat aktiviti berat pun, tapi badan masih rasa lesu.
Sebenarnya, keadaan ini mungkin menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tak kena sama ada dari segi gaya hidup, pemakanan atau kesihatan dalaman kita.
Salah satu faktor utama ialah kualiti tidur yang tak baik. Ramai yang sangka tidur selama tujuh atau lapan jam sudah mencukupi, tapi hakikatnya kualiti tidur adalah jauh lebih penting daripada kuantiti.
Tidur yang terganggu, seperti kerap terjaga tengah malam, berdengkur kuat (yang mungkin menandakan sleep apnea) atau bermimpi terlalu banyak sampai tidur pun rasa gelisah, boleh menyebabkan tubuh tak dapat rehat yang sebenar. Ini menyebabkan kita bangun dalam keadaan letih walaupun telah tidur ‘cukup’.
![]() |
Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur? Image dari carian Google. |
Selain itu, pemakanan juga memainkan peranan besar dalam menentukan tahap tenaga harian. Diet yang tinggi gula, karbohidrat ringkas dan kekurangan nutrien penting seperti zat besi, vitamin B12 dan magnesium boleh menyebabkan paras gula dalam darah jadi tak stabil.
Bila gula darah naik secara mendadak dan kemudian turun secara mendadak juga, ia boleh menyebabkan kita rasa letih dan lemah secara tiba-tiba. Kekurangan zat penting pula membuatkan tubuh tak mampu berfungsi secara optimum.
Masalah kesihatan dalaman juga tak boleh dipandang ringan. Rasa lesu yang berpanjangan mungkin berpunca daripada kondisi seperti anemia (kekurangan sel darah merah), masalah tiroid (khususnya hipotiroidisme), diabetes sama ada di peringkat awal atau yang tak terkawal, tekanan darah rendah serta gangguan pada fungsi hati atau ginjal. Kesemua ini boleh mengganggu sistem tubuh dan memberi kesan besar pada tahap tenaga harian seseorang.
Dalam masa yang sama, tekanan emosi atau mental seperti stres, kemurungan ringan atau anxiety juga mampu memberi kesan fizikal yang ketara. Walaupun tubuh kelihatan sihat secara fizikal, minda yang tak tenang akan memberi isyarat keletihan kepada tubuh, menyebabkan kita berasa cepat penat dan takde energy.
Gaya hidup yang tak aktif turut menyumbang kepada masalah ini. Kurang bersenam menjadikan metabolisme badan jadi slow. Bila ini berlaku, tubuh tak menghasilkan tenaga yang cukup untuk menyokong aktiviti harian, lalu menjadikan kita rasa lemau dan mengantuk sepanjang masa.
Dalam usaha untuk kekal bertenaga, ramai juga yang bergantung kepada kafein seperti kopi atau teh. Namun, kalau ia diambil secara berlebihan, ia boleh mengganggu ritma semula jadi tenaga dan tidur, seterusnya menjadikan kita lebih penat dalam jangka masa panjang.
Akhir sekali, gangguan hormon atau perubahan dalam kitaran biologi turut menjadi penyebab kepada masalah ini. Wanita yang mengalami gangguan hormon seperti PCOS, menopaus atau perubahan dalam kitaran haid mungkin mendapati tahap tenaga mereka turun naik secara mendadak.
![]() |
Kenapa rasa letih dan mengantuk walaupun dah cukup tidur? Image dari carian Google. |
Begitu juga mereka yang bekerja mengikut syif atau sering berjaga malam. Perubahan pada waktu tidur semula jadi boleh menjejaskan kualiti rehat dan menyebabkan keletihan kronik.
Kalau gejala letih dan mengantuk ini berlaku secara berpanjangan, walaupun sudah cuba memperbaiki gaya hidup, menjaga pemakanan dan mengawal stres, adalah sangat digalakkan untuk berjumpa doktor. Pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah asas boleh membantu mengesan masalah awal seperti tiroid tak aktif, anemia atau paras gula yang tak stabil. Lebih cepat masalah dikesan, lebih mudah ia dirawat.
So, rasa letih dan mengantuk bukan hanya berpunca daripada kurang tidur. Ia boleh datang dari pelbagai aspek fizikal, emosi, hormon dan dalaman. Dengarlah isyarat tubuh, dan ambillah langkah awal untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Moga bermanfaat
Jom kita baca cara nak buat cili kisar dan bawang kisar dan cara menyimpannya supaya lebih tahan lama.
CARA MEMBUAT CILI KISAR :
1.'Gunting cili kering lebih kurang 1 inci. Masukkan dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
3. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
4. Bila telah mendidih, tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip guna tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
5. Masukkan cili yang sudah dibasuh tadi ke dalam blender. 100 gm cili kering, blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih (8-9 ulas).
6. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
![]() |
Cara membuat dan menyimpan cili kisar dan bawang merah supaya tahan lama. |
CARA MEMBUAT BAWANG MERAH KISAR :
1. 6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Kalau bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais. Boleh tahan seminggu hingga ke 2 minggu bawang kisar tersebut.
CARA MEMBUAT BAWANG PUTIH KISAR :
1. 5 labu bawang putih. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3. Kalau bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais. Boleh tahan seminggu hingga 2 minggu bawang kisar tersebut.
Selamat mencuba.
Kredit : telegram PetuaDanKesihatan
Jack ialah sebuah filem tamil spy action comedy yang ditulis dan diarahkan oleh Bommarillu Bhaskar Filem ini dibintangi oleh Siddhu Jonnalagadda sebagai Pablo Neruda @ Jack, Vaishnavi Chaitanya dan Prakash Raj.
Jom baca sinopsis apa kisahnya filem ni.
Sinopsis:
Disebabkan insiden tragis pada zaman kanak-kanaknya, Pablo Neruda alias Jack (Siddu Jonnalagadda) memutuskan untuk menjadi ejen RAW untuk India.
Sebaliknya, seorang pegawai terkenal yang bekerja di agensi RAW, Manoj (Prakash Raj), bersama pasukannya, menjalankan operasi berasingan untuk menghentikan serangan pengganas. Pelbagai insiden berlaku bila keduanya bertemu.
Siapakah pengganas yang bernama Ataur Rahman? Apa yang dia rancangkan? Apakah yang dilakukan oleh Jack dan Manoj untuk menangkap pengganas ini? Apa pulak peranan Afshan Begum lakonan Vaishnavi Chaitanya?
Nak tau, korang kenalah tengok sendiri. Barulah boleh nilaikan best ke tak kan? Cikla dah settle tengok.
So, cikla nak bagi 3.5/5⭐ untuk filem ni.
Roti tak habis jangan laju je korang buang, ada gunanya. Boleh buat roti kering bergula yang rangup! Krupp kraapp kruppp krapp bila digigit.
![]() |
Resepi roti kering bergula yang rangup! |
Bahan-bahan:
Roti yang hampir tamat tempoh.
Planta atau marjerin.
Gula secukupnya.
Cara-cara:
1. Sapu rata planta atau marjerin pada permukaan roti. Pastikan semua bahagian roti disapu dengan rata.
2. Taburkan gula secara merata di atas roti yang telah disapu marjerin.
3. Potong roti kepada dua bahagian kalau nak.
4. Letakkan roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar selama 25 hingga 30 minit.
5. Semasa proses membakar, intai roti dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak hangus. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.
Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar: Saidatul Arnie.
Tips penting untuk elak kuah sambal sotong berair banjir. Tips ni adalah dari hasil kajian sendiri orang yang share tips ni, dia niaga bertahun tahun (tapi kena ingat cara masing masing masak tak sama) tapi ini tips dia untuk dapat sambal merah mak ngah macam dalam gambar.
![]() |
Tips sambal sotong. Kredit gambar Ayue Jalal. |
1. Masak sambal selama sejam lebih (guna api kecil) sampai betul-betul naik minyak, tumis dengan gula merah dan gula biasa.
2. Kalau banyak ambil masa 2,3 jam juga, dia guna lada kering jenis berkilat ( yang pedas).
3. Nak elak kuah sotong berair, rebus sikit air bila dah mendidih campak sotong tu, dalam seminit dua angkat; sekejap je jangan lama lama nanti liat atau mengecil sotong tu.
4. Lepas tu guna air sotong tu (jangan buang tau) tumis sikit-sikit dalam sambal tu, supaya sambal tu ada rasa manis sotong, bila dah naik minyak, baru lah tuang sotong tadi. Cara ni memang renyah tapi hasilnya puas hati.
5. Lepas masuk sotong dalam 2 -3 minit angkat. Siap tak payah lama-lama, dan saksikanlah kejadiannya. Cantik sangat.
6. Korang boleh gunakan tips ni ni untuk masak sambal udang jugak, sebab seafood kan keluar air bila masak jadi sambal macam tak naik serinya.
Selamat menyambal.
Kredit gambar dan tips : Ayue Jalal.
Baru habis layan filem ni, Arjun s/o Vyjayanti, lakonan hero Nandamuri Kalyan Ram. Serius first time cikla tengok hero ni berlakon.
Korang dah tengok belum? Best jugak cite ni, lagi-lagi time dorang tengah fight. Duss duss, sekali tumbuk melayang ke langit gais.
Cikla share sinopsis dia sikit eh.
![]() |
Kredit gambar carian Google |
"Arjun, seorang calon IPS yang bertukar menjadi samseng yang 'baik hati', mengetahui bahawa Pathaan, seorang pengganas yang terkenal, ingin membalas dendam terhadap ibunya Vyjayanthi, seorang pegawai IPS yang jujur, di mana dia berusaha untuk melindungi Vyjayanthi."
Pelbagai kisah dipaparkan termasuklah kasih sayang seorang anak kepada ibunya dan kesetiaan pengikut kepada ketuanya. Nak tau kisahnya, kenalah tengok kan.
Cikla bagi 9/10⭐
Hai, dah masak lunch ke tu? Macam lama saya tak share resepi kan? Nah resepi yang semestinya sedap dan mudah. Resepi ikan termenung aka ikan kembung masak asam, habis masak tuan dia pun menung. Bahan-bahannya pun simple je.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung – lumur garam kunyit pastu goreng kejap.
1 labu bawang besar – potong bulat.
2 ulas bawang putih – ketuk manja.
1 inci halia – hiris halus.
1 biji cili merah.
3-4 biji cili padi.
Air asam jawa dengan sikit air.
Garam, gula dan 1 sudu besar santan pekat nak bagi rasa lemak berkrim gitu.
![]() |
Resepi ikan termenung masak asam. |
Cara masak:
1. Guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang putih, masuk halia, bawang besar dan cili merah.
2. Bila dah layu, tuang air asam jawa dan sedikit air. Masuk garam, gula, ikan goreng dan santan.
3. Masak sampai mendidih. Last tabur cili padi. Siap!
Nak makan dengan nasi pana, perghh, memang boleh termenung sebab sedap sangat. Haha.
Selamat mencuba.
Kredit resepi dan gambar to owner. Thanks!
Last week cikla sekeluarga berkesempatan pergi mandi manda dekat Bangi Wonderland. Seingat cikla, dulu macam pernah datang sini, masa awal-awal pembukaan tempat ni. Sekarang dah lain sikit.
Ada pertambahan fasilities seperti cabana untuk tempat kita duduk rehat atau makan minum bersama kelurga selain dari cafe. Cabana ni kena sewa tau, dalam seratus lebih camtu kalau tak silap. Siap ada depo lagi, tapi nanti depo ni dipulangkan balik lepas kita gunalah. Korang boleh sewa pelampung jugak.
Lagi satu, pengunjung tak boleh bawak makanan dan minuman dari luar tau. Semua kena beli kat dalam ni. Sebelum nak masuk tu siap ada spotcheck beg kot kot pengunjung ada 'seludup' masuk barang yang tak dibenarkan.
Last minit plan jugak sebenarnya nak datang sini tau. Al kisahnya, dak aaira tu sibuk ajak mandi kolam. Disebabkan plan sebelum ni ada isu sikit dan cancel, so kitaorang decide la nak bawak dorang adik beradik datang sini.
At least lepaslah jugak hajat si dak Aaira tu nak main air kan. Dia ada jugak ajak pergi pantai. Memang taklah wehhh nak pegi pantai time panas-panas camni. Confirm burn irenglah kulit memasing nanti. Haha.
Ni pun kat sini cuaca boleh tahan terik. Tapi budak-budak, apadehal. Asal dapat mandi, main air sudah. Panas letting tolak tepi kan, haha.
Cikla tak banyak snap gambar, ada lah beberapa keping. Aje moh ler kita cuci mata tengok gambar cikla snap hari tu.
![]() |
Welcome to Bangi Wonderland. |
![]() |
Pintu masuk. Kat pintu jugak ada spotcheck. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Baldi atas tu yang paling fun. Bila dah penuh dia akan curahkan airnya atas korang. Haha. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Seronoknya dia. Lepas hajat nak main air ye. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Abang dan adik. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Deretan cabana yang telah pun disewa orang. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Bangi Wonderland, tempat healing best sambil main air. |
![]() |
Harga tiket masuk. Berpeluh tengok harga dia. Haha. Sekali sekala okeylah kan. Hihi. |
Sebenarnya ada lagi tempat main air yang lain macam river pastu ada satu lagi bahagian atas. Tempat ni untuk orang dewasa je, kalau kanak-kanak nak main kat sini kena ada pengawasan ibu bapa.
So, korang yang tercari-cari tempat nak healing ke, nak bonding time ke dengan anak and family, nak berendam dalam air ke, boleh la datang sini. Recommended this place. Memang fun sangat.