Ramai pesakit tiroid rasa risau bila doktor cakap penyakit mereka dah stabil tapi tiba-tiba beberapa bulan atau tahun kemudian, hormon naik balik. Soalan yang selalu muncul, “Adakah sebab saya tak jaga makan?”
Jawapan ringkasnya, pemakanan memang salah satu faktor penting, tapi bukan satu-satunya punca berulangnya penyakit tiroid. Tiroid ni melibatkan gabungan hormon, sistem imun, genetik, gaya hidup dan yes, pemakanan juga termasuk dalam puzzle tu.
Bagaimana penyakit tiroid boleh berulang?
Antara sebab utama kenapa tiroid boleh datang balik:
- Autoimun aktif semula. Contoh penyakit Graves’ atau Hashimoto’s. Sistem imun tersalah serang kelenjar tiroid.
- Dos ubat tak lagi sesuai. Badan berubah ikut usia, berat badan, hormon lain.
- Tekanan atau stress keterlaluan. Bila stress, hormon cortisol mengacau keseimbangan hormon tiroid.
- Kehamilan dan perubahan hormon besar. Contoh wanita lepas bersalin biasa alami postpartum thyroiditis.
- Pengambilan makanan atau supplement tertentu yang mengganggu penyerapan ubat especially soya, kopi, susu terus selepas makan ubat.
Tapi macam mana dengan pemakanan?
Pemakanan memang memainkan peranan penting namun ia bukanlah sebagai punca utama, tapi sebagai penyokong sama ada penyakit jadi stabil atau makin teruk.
Yang perlu hati-hati:
- Makanan tinggi goitrogen tanpa dimasak (contoh: kobis mentah, brokoli mentah, kale mentah).
- Pengambilan soya berlebihan terutama dekat dengan waktu makan ubat tiroid.
- Makan ubat tiroid dan terus minum kopi, milo, teh dan milkshake.
- Pengambilan supplement iodine tanpa nasihat doktor.
Yang bagus diamalkan:
- Makanan kaya selenium (ikan, telur, nuts seperti brazil nut).
- Real food, bukan ultra processed.
- Cukup zat besi, zink, vitamin D.
- Minum air secukupnya.
- Elakkan crash diet / diet.
Ya, tak jaga makan boleh menyumbang kepada masalah tiroid berulang tapi ia bukanlah punca utama.
Lebih tepat lagi, pemakanan adalah salah satu faktor yang menyokong kestabilan hormon tiroid, bersama ubat yang konsisten, pengurusan stress, tidur cukup dan follow-up doktor.
Kalau kita jaga semua ni, insyaAllah peluang penyakit berulang tu jauh lebih rendah.

No comments:
Post a Comment