"Luahan Rasa Tanpa Suara"

30 November 2018

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

November 30, 2018 1
Budak-budak memang suka makan ais krim kan. Jangankan budak-budak, mak bapak budak pun ada yang hantu ais krim. Kalau sebelum ni kita asyik beli je kan, apa kata kita cuba buat sendiri.agi puas makan. Jimat pun jimat, sebab kos nak buat ais krim ni tak mahal mana pun. Apa yang penting, anak-anak suka makan. Resepi ni cikla olah sikit mengikut kesesuaian. By the way, terima kasih pada tuan punya resepi.

Bahan-bahannya :

Biskut oreo (Cikla guna biskut cream O je. Sama je rupanya. Kira adik-beradiklah tu). 
Susu kotak (samada susu full cream atau low fat pun boleh). 
Bekas ais krim.

Caranya :

Tumbuk biskut jadi pecahan kecil. Nak senang, Korang tumbuk plastik bungkusan tu. Kemudian, potong plastik oreo pada bahgian atas. Selepas itu, masukkan biskut yang dihancurkan dalam bekas ais krim yang sesuai. Dah siap masukkan biskut, tuangkan  susu pula ke dalam bekas dan tunggu sampai biskut kembang.

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Sesudah itu, masukkan dalam ice box dan tunggulah keras sebelum dinikmati. Inilah hasilnya.

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan . Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!
Jom buat ais krim Oreo viral 2 bahan. Senang sangat weh!

Anak-anak cikla suka. Oklah tu kan, walaupun simple dengan bahan yang sikit tapi sedap juga. Nak tau, kenalah try sendiri.

Kredit resepi : Kaki Cerita.

28 November 2018

Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!

November 28, 2018 2
Memang tak dinafikan ada sesetengah orang yang sangat risau bila kelenjar tiroidnya dibuang. Kerisauannya itu kadang kala melebihi akal fikiran manusia seperti adakah mereka yang buang tiroid ni jadi TAK NORMAL macam orang lain? 

Oh my goodness.

Apakah yang mereka maksudkan dengan TAK NORMAL ini agaknya? Adakah jadi tak waras atau sewel? Atau mungkin bertukar menjadi kehijauan macam hulk sampai baju terkoyak di sana sini? Atau, barangkali sudah terbatas untuk melakukan segala-galanya? 



https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2017/10/bilakah-pembedahan-tiroid-dilakukan.html?m=1
Gambar diubahsuai dari carian Google. Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni! 


Huhu, please cerahkan fikiran ye. Jangan terlalu mencondongkan fikiran korang ke arah yang negatif. Nah, kalau macam tu gayanya. Sampai ke sudahlah korang akan diselubungi misteriiii, ehhh, aura negatif. 

Sebenarnya, pada cikla doktor tak akan suka-suka nak toreh leher orang, nak keluarkan tiroid tanpa sebab. Semua dilakukan ada sebab. Cikla dah share di entri sebelum ni sebab-sebab kenapa pembedahan itu dilakukan. Bukan sewenang-wenangnya nak bedah! 

Sepatutnya yang korang perlu risau adalah, walaupun telah dicadangkan buang kelenjar tiroid atas sebab tertentu itu oleh doktor tapi korang  masih risau, ragu-ragu, degil yang amat. Emm, macam-macamlah. 

Cuba korang fikirkan apakah kesan yang korang mungkin dapat bila korang  simpan bengkak tu lama-lama. 

Banyak je pengalaman  rakan-rakan dari group TIROID DAN ANDA ORI di Facebook yang simpan 'intan berlian' tu lama-lama, sudahnya masuk ke bilik pembedahan juga demi menyelamatkan nyawa.

Pilihan di tangan korang. Please, tolong jangan serabutkan fikiran korang dengan hal-hal yang boleh melemahkan semangat. Positive vibes kena selalu ada dalam diri korang. 

Fikir yang baik-baik, InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Bukan tak boleh risau, tapi semuanya biarlah berpada-pada. 


Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!
Kredit Google. 

Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!
Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni! 

Parut pembedahan jadi keloid, 
Risau pula ada yang perasan, 
Kita buang kelenjar tiroid,
Bukan buang kewarasan.

Ambil joran nak pancing ikan, 
Rezeki murah dapat haruan, 
Jangan fikir yang bukan-bukan,
Kelak diri jadi tak keruan.

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.

November 28, 2018 2
Sejujurnya, ini pertama kali cikla membeli minyak zaitun dan ingin mencubanya sebagai supplement. Cikla bukanlah pengamal supplement tegar, tapi saja nak try keberkesanan minyak ini untuk kesihatan. 

Masa beli, seriously cikla main ambil je. Tengok, tulis minyak zaitun terus sambar. Haha. Balik rumah baru, belek botol.

Musykil dan tak berapa nak tau macam mana penggunaan minyak ini, cikla pun mulalah misi mencari info. Apa lagi kalau bukan encik Google. Hehe. 

Cikla ada juga bertanya pada kawan-kawan yang telah menggunakan minyak zaitun ni.

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Minyak zaitun atau nama orang putihnya olive oil adalah ekstrak minyak yang diperolehi dari buah yang berasal dari pokok zaitun atau Olea Europaea. 

Pokok zaitun biasanya ditanam di kawasan Mediterranean seperti di Timur Tengah, Itali, Spanyol, Yunani, dan negara lain yang sewaktu dengannya. 

Rasanya semua dah tahu kot yang minyak zaitun memang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikannya.

Untuk pengetahuan korang, minyak zaitun mengandungi pelbagai nutrien yang baik seperti squalene iaitu cairan eter organik yang sangat bermanfaat kepada sistem imun badan manusia. 

Selain itu, ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, potassium, dan polifenol iaitu zat antioksidan yang bagus menangkis radikal bebas dalam badan kita.

Berikut merupakan kebaikan minyak zaitun secara umum (Sumber SINI ) :

  • Bagus untuk kecantikan seperti memberi kelembapan kepada kulit, mencegah penuaan, anti inflamasi, menghilangkan jerawat dan sebagainya. 
  • Selain itu, ia bagus dalam usaha melebatkan rambut dan amat sesuai dijadikan losyen atau minyak rambut semulajadi. 
  • Dalam aspek kesihatan pula, ia bagus untuk mengawal darah tinggi, mengandungi kolesterol baik, mencegah kanser dan strok. 
  • Ia juga turut dijadikan minyak aromaterapi dan juga untuk sesetengah urutan badan serta campuran dalam masker.

Sebenarnya, cikla baru tau yang minyak zaitun ni ada jenis-jenisnya. Ingat dia satu jenis je, rupanya ada beberapa jenis. Nak tau? Jom baca satu-satu, ok!

Minyak extra virgin adalah minyak zaitun yang berasal dari perahan pertama buah zaitun. Ia mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, di samping tak mempunyai bahan kimia tambahan,  jernih, lembut dan kandungan asidnya kurang dari 1 %. 

Selain itu, ia berwarna kehijau-hijauan dan memiliki rasa dan aroma yang lebih tajam. Cikla dah rasa dah minyak zaitun extra virgin ni. Pahit!

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Ada tip untuk mengelakkan rasa tak best tu iaitu  dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum minyak ini. Tapi cikla minum air suam je. 

Untuk pengetahuan korang, minyak zaitun extra virgin sangat sesuai untuk dressing, direnjis pada salad atau makanan, dan yang paling menarik adalah ia boleh dicelupkan pada roti. Makan cam gitu je.

Tidak dinafikan juga, ada sesetengah orang menjadikan minyak zaitun extra virgin ini sebagai supplement kesihatan yang mana ia dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Ia juga baik untuk kesihatan kulit juga. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Tapi, korang kena ingat minyak ini tak sesuai dan tak elok untuk menumis atau menggoreng kerana kurang minyak. Harganya agak mahal. Jenis-jenis minyak zaitun yang lain ya adalah seperti berikut :

  1. Minyak virgin yang mana ia diperolehi dari hasil pengeluaran dan pengolahan tahap kedua buah zaitun. Ia memiliki tingkat keasidan yang kurang dari 2%, dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama. Minyak virgin berwarna hijau kekuningan. Berbanding dengan minyak zaitun extra virgin, minyak ini boleh digunakan untuk memasak, termasuklah membuat dressing untuk salad, dan sebagainya.
  2. Minyak zaitun pure, yang mana ia adalah campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil. Malangya, kandungan nutrisinya lebih rendah. So, ia akan melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Sebab itulah, harganya pun lebih murah. Akan tetapi, minyak ini tak sesuai untuk dijadikan dressing salad. Ia biasanya digunakan sebagai pengganti minyak untuk menggoreng terutama dalam masakan Itali.
  3. Minyak zaitun extract/refined. Minyak ini dihasilkan dari perahan pertama, tapi ia diproses secara kimia bagi memperbaiki kualitinya. Penambahan zat kimia adalah untuk meneutralkan rasanya yang kuat dan kadar keasidannya yang tinggi. Bagi memperkuatkan rasa minyak ini, minyak zaitun jenis virgin akan ditambahkan ke dalamnya.
  4. Minyak zaitun jenis fino adalah hasil campuran extra virgin dan virgin.
  5. Minyak zaitun jenis pomance merupakan minyak zaitun gred paling rendah. Ia dihasilkan dari minyak yang  tersisa dari proses perahan kedua yang  diproses kembali. Selain itu, ia dicampur dengan berbagai variasi jumlah minyak virgin supaya boleh diterima oleh pengguna. Sebab itulah, ia biasanya digunakan dalam kosmetik, shampoo, sabun dan sebagainya. Akan tetapi, ia juga digunakan untuk memasak pada suhu tinggi.
  6. Minyak zaitun lite /extra lite yang mana ia terhasil dari banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti virgin oil. Kualitinya lebih rendah dengan rasa dari minyak ini ringan dan berwarna cerah.

Perbualan antara cikla dengan sahabat cikla mengenai minyak zaitun. Kumpul info! 
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya.
Pertama kali cuba minyak zaitun extra virgin! Jom kenali minyak zaitun dan jenis-jenisnya. 

Oh ye, untuk mengekalkan minyak zaitun, penutup botol perlulah ditutup rapat-rapat selepas digunakan. 

Selain itu, letakkan botol berisi minyak zaitun di tempat yang terlindung daripada cahaya sebab cahaya  dan haba boleh merosakkan keaslian minyak zaitun. Lagi satu, kawan cikla cakap kalau nak beli minyak zaitun seeloknya yang berbotol gelap.

Lagi satu, olive oil tak sesuai untuk menumis atau menggoreng jika digunakan dalam kuantiti yang banyak sebab ia mudah terbakar. 

Kalau dicampur dalam masakan (extra virgin/virgin) pun boleh tapi kuantiti sedikit. Sauté (tumis cepat) more preferably!

Kredit SINI 

27 November 2018

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

November 27, 2018 3
Cikla memang seorang coffee lover. So, sebab tu macam semangat je nak try kek yang satu ini. Gigih mencari bahan-bahan yang diperlukan, akhirnya cikla berjaya buatnya sendiri! Lagipun nak buat kek tak semestinya kena ada mixer. Kalau guna blender pun dah ok dah. Tapi, kena tengok jenis keknya juga. Bukan semua kek boleh guna blender ye! Cikla memang ikut sebiji-biji resepi yang diberikan ni. Sebelum tu, terima kasih kepada tuan punya resepi.

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Bahan A : (Cikla guna cawan kopi).

3 biji telur gred A. 
3/4 cawan minyak masak. 
3/4 cawan gula halus. 
3/4 cawan susu segar. 
3/4 cawan susu pekat manis. 
1 sudu kecil esen vanilla (Cikla guna sudu kfc tu). 
1/2 sudu besar ovalate.

Bahan B : (Ayakkan).

1/2 cawan serbuk koko.
1 sachet  nescafe 3 in one/whitecoffee. 
1  cawan tepung gandum. 
1 sudu kecil baking powder. 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara nak buat :

Panaskan kukusan selama 15 minit menggunakan api besar. Sementara itu, blender bahan A selama 5 minit. Kemudian, masukkan bahan B dan blend lagi sehingga sebati. Kemudian, letakkan adunan dalam bekas/loyang yang korang suka.

Tapi cikla bakar dalam oven. Suhu 160°C, selama 40 minit sehingga kek masak. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi yang bersih. Kalau lidi yang keluar bersih takde kesan adunan yang melekat, dah masaklah kek awak tu.

Ini hasil yang cikla buat :

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!
Kek coklat tiramisu moist : Jom buat sendiri. Guna blender je!

Tips dari tuan punya resepi :

Kalau korang rasa tak yakin nak blend bahan kering dalam blender, boleh guna teknik berikut. Bahan cecair (bahan A) di blend sampai putih berkrim. Selepas tu, tuang ke dalam bekas berisi bahan kering (bahan B). Whisk perlahan dalam satu arah. Sebaiknya lawan arah jam sehingga semua sebati. Siap. Kemudian, bakar pada rak tengah, suhu 160°c (ikut oven masing-masing) selama 30-40 minit.

Pendapat cikla, kalau guna 1 sachet nescafe atau whitecoffee tu macam tak rasa sangat kopinya. Rasanya, better letak 2 atau 3 sachet baru ada kick! Tapi, memang moistKorang try lah buat sendiri. Tengok, jadi ke tak. Hehe! 

Kredit resepi : Siti Suhada Mohd Sarif.

1 rumah, 1 MMG : Korang kena miliknya satu hari ini!

November 27, 2018 1
Cikla agak semua orang tahu mengenai Marvelous Massage GEL atau MMG ni kan. Betul tak? Rasanya, minyak urut moden MMG ni memang terkenal dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Cikla sendiri pun pengguna minyak urut moden MMG yang setia. Cececeh. Tapi, seriouslyminyak urut moden MMG dah serasi dengan diri ini.

Kalau sakit perut, sapu minyak urut moden MMG. Kalau lenguh kaki, sapu minyak urut moden MMG. Kalau pening-pening ringan, sapu minyak urut moden MMG

Hari tu, cikla sakit gigi on-off, sapu minyak urut moden MMG dekat area pipi. Alhamdulillah, rasa selesa sikit dan rasa sakit pun berkurangan.

Mengapa korang perlu miliki minyak urut moden MMG?  

1 rumah, 1 MMG : Korang kena miliknya satu hari ini! Promosi hebat berlangsung hingga 31 Disember 2018!
1 rumah, 1 MMG : Korang kena miliknya satu hari ini! Promosi hebat berlangsung hingga 31 Disember 2018!

Here it is!

  1. Tak berminyak, tak melekit dan mudah meresap kering di kulit kita. Wah, bestnya! 
  2. Baunya harum semerbak lavendar sekaligus memberi kehangatan yang menyamankan. Syoknya! 
  3. Pantas memberikan kelegaan, InshaAllah. 
  4. Ia didatangkan dalam bentuk packging yang menarik. Dengan warna pink putih yang memikat hati. Lawa weh! 
  5. Easyable sebab ia mudah dibawa ke mana saja. Masuk dalam handbag korang, settle! Kalau yang saiz kecil tu, masuk loket pun boleh. 
  6. Semestinya halal, mesra wudhu' dan selamat digunakan sebab bebas dari bahan kimia yang membahayakan. Gunakan tanpa ragu-ragu! 
  7. Sesuai digunakan untuk setiap lapisan umur. (Kalau untuk baby dan kanak-kanak, sapu nipis-nipis). 
  8. Produk keluaran Muslim dan bumiputera.

Macam cikla bagitau sebelum ni, minyak urut moden MMG boleh digunakan untuk membantu melegakan rasa senggugut, pening kepala, selsema dan batuk ringan, kembung perut, lenguh badan, terkena benda panas atau air panas/melecur, urutan ibu bersalin, menghilangkan selulit, bengkak gusi, sembelit, luka kecil dan mengecutkan jerawat. 

Selain itu, minyak urut moden MMG juga sesuai digunakan untuk mengurangkan rasa lenguh-lenguh kaki, termasuklah di pinggang or badan. Eh, area tengkuk pun boleh jugak sapu ye. Cikla selalu gunakan, lebih-lebih lagi kalau rasa sengal-sengal dekat situ.

1 rumah, 1 MMG : Korang kena miliknya satu hari ini! Promosi hebat berlangsung hingga 31 Disember 2018!
1 rumah, 1 MMG : Korang kena miliknya satu hari ini! Promosi hebat berlangsung hingga 31 Disember 2018!

Rasa dia memang best, sedikit berangin, cool! Tapi, kalau korang nak rasa panas sikit boleh oleskan air lepas sapu minyak urut moden MMG tu.

Kelebihan minyak urut moden MMG juga, ia meresap ke kulit dalam tempoh 20 saat dan ia akan kering tanpa perlu korang lap atau cuci tangan. 

Ini kerana, minyak urut moden MMG adalah sejenis waterbased. Struktur ala-ala lotion, so ia tak mudah tumpah. Diulangi, ia juga bersifat mesra wudhu' dan 100% buatan bumiputra tempatan yang mana ia menggunakan tumbuh-tumbuhan yang dijamin 100% halal.

<<Berminat untuk order klik link wasap berikut : www.wasap.my/60173815843/nakMMG>>

26 November 2018

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?

November 26, 2018 4
Semang tak dinafikan ada orang suka pakai jam tangan kanan. Ada sesetengahnya pula suka pakai di tangan kiri. 

Macam cikla sendiri, cikla pakai jam tangan kiri walaupun cikla seorang yang kidal. 

Persoalannya, adakah sunnah memakai jam di sebelah kanan? Musykil dan tak pasti? Jom baca apakah pendapat ustaz mengenai hal ini.

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?

Secara pasti pemakaian jam tak berlaku di zaman baginda Rasulullah SAW. Sedangkan sunnah itu perkara yang menjadi kebiasaan baginda. 

Para ulama hanya mengambil hukum pemakaian jam tangan itu dengan qiyas pada pemakaian cincin yang jelas dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Secara praktiknya, baginda pernah memakai cincin pada jari tangan kanan dan begitu juga pernah dipakai pada jari kiri. Anas bin Malik berkata :


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمَ فِضَّةٍ فِي يَمِينِهِ فِيهِ فَصٌّ حَبَشِيٌّ كَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ

"Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin perak di tangan kanan baginda, Batu cincinnya dari habasyah, baginda menjadikan batu cincinnya di bagian dalam telapak tangannya. (HR. Muslim).

Dari Anas bin Malik r.a berkata :

كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلىَ الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

"Cincin Nabi SAW di sini. Anas mengisyaratkan ke jari kelingking dari tangan kirinya. (HR. Muslim). 

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri? Kredit Google. 

Umumnya, para ulama mengatakan pemakaian jam adalah sama seperti cincin di mana tak ada cara yang lebih afdhal dari yang satu lagi. 

Maka, hukumnya adalah harus sama ada dipakai pada tangan kanan atau kiri. [ Al Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiyyah (11/26)].

Walaubagaimanapun, ada juga ulama mengatakan ia bergantung pada tujuan pemakaian. Kalau tujuan memakainya untuk perhiasan, maka lebih utama  dipakai sebelah kanan. 

Manakala, kalau tujuanya untuk manfaat, maka di tangan kiri lebih utama.

Imam Ibnu Hajar mengatakan :

“Menurut saya, perbezaan posisi cincin itu kerana melihat pada perbezaan tujuan. Jika tujuan memakai cincin itu untuk berhias, maka tangan kanan lebih utama. Dan jika tujuannya untuk digunakan sebagai stempel, maka tangan kiri lebih utama. Kerana stempel sebagai pesan terakhir surat, dan dapat diambil dengan tangan kanan.” [Fathul Bari (10/328)].

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri? Kredit Google. 

So, memang tak menjadi kesalahan kalau nak pakai jam di tangan kanan atau kiri. Apa yang menjadi kesalahan adalah, jam di pakai tapi masih tak tepati masa. Ehh...

Kredit Info : Akhukum Mohd Hazri al-Bindany. Bicara Fekah Ustaz Mohd Hazri Al-Bindany. (Melalui group Telegram Usrah Solat (Q&A Fiqh Ibadat)).


Lazada 11.11 : Time to unbox!

November 26, 2018 7
Cikla agak mesti ramai yang dah shopping sampai pengsan masa Lazada 11.11 aritu kan. Tapi, Lazada memang hari-hari ada sale kan. Itu yang syok tu. 

So, Lazada 11.11 tempoh hari sempat jugalah cikla sambar 2 item dekat situ. Kalau dah perempuan, shopping dan dirinya berpisah tiada. Haha. Mohon bertabah! 

Inilah 2 item yang cikla beli hari tu. Total harga 2 item ni hanya RM45.05 termasuk postage. Murah ke mahal? Hehe.

Handbag SINMA Luxury.

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Perempuan, biasalah. Kalau tengok handbag lagi-lagi yang murah memang bagai kerasukan. Siapa yang tak tergoda oiii, beg yang nampak mahal tapi harga murah gila. Serius rugi kalau tak beli. 

Macam handbag ni. Harga sebelum diskaun RM99. Tapi, after diskaun boleh dapat lebih separuh harga dari harga asal. Woii, rugi tak beli. 

Sebelum menyesal, baik sambar sebiji. Haha. Maka, handbag dah selamat sampai ke pangkuan cikla. Cuma belum digayakan lagilah. Simpan dulu. Haha. 

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Bagi cikla, quality handbag ni memang bagus. Senang cakap tip top. Yang penting nampak macam mahal and branded. Sesuailah dengan nama dia SINMA Luxury kan. Ehehee. Cikla bagi 5 bintang!

LED Watch Multifunction.

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Jam ni pulak, agak mendukacitakan. Memang harganya murah dari hari asal, tapi quality macam tak best sangat. Senang cakap, lain sikit dari gambar. 

Lagi satu, cikla tak boleh nak setting waktu dekat jam tu. Puas try, still tak boleh. Suruh encik suami pun tak berjaya juga! Walaupun rupa paras dia, ok tapi itulah susah nak setting. Adoii, macam mana nak guna. 

Cikla agak terkilan juga sebab cikla dah lama nakkan jam digital macam ni. Sedih! Nampak gayanya kena cari yang lainlah ni.

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Lazada 11.11 : Time to unbox!
Lazada 11.11 : Time to unbox! 

Cikla bagi 1 bintang for this watch. I'm not happy!

Pengajaran : Kena baca dulu komen mereka yang beli dulu sebelum beli barang yang dihajati. Kalau banyak komen yang positive, InshaAllah mang baguslah barangnya.

Semoga tak terkena lagi lepas ni. Aamiin!

25 November 2018

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!

November 25, 2018 4
Biasalah kan, kalau tiba hujung tahun program hari kecemerlangan dah jadi program wajib tak kira sekolah ke, tadika ke. Betul tak? Bukan apa, ia adalah bertujuan untuk meriakan pelajar yang telah berusaha gigih belajar sepanjang tahun dan mendapat keputusan cemerlang. 

Semalam program kecemerlangan PASTI telah berlangsung dengan jayanya. Kakak Farisya terlibatlah, sebab dia dah 6 tahun dah. Tamatlah pembelajaran dia peringkat tadika. Senang cakap dah grad dah. Tahun depan masuk darjah 1 pula. 

So, cikla nak share sikit gambar kenangan sepanjang program yang sempat cikla ambil. Jadilah kan, boleh juga buat kenang-kenangan. Jom tengok sampai habis. Hehe!

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad!
Hari kecemerlangan PASTI 2018 : Tahniah kakak Farisya dah grad! 

Tahniah kakak Farisya sebab berjaya menamatkan pelajaran dalam tempoh 2 tahun ini. Semoga kakak akan sentiasa berusaha jadi yang terbaik tau. Jangan malas-malas. Tahun depan dah darjah 1 dah!

24 November 2018

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

November 24, 2018 5
Lately, cikla macam banyak pula share resepi kan. Hihi. Bukan apa, buat masa sekarang ni macam bersemangat pula nak cuba resepi-resepi yang tak pernah dibuat sebelum ni. Baru nak belajar kata orang. Maklumlah, cikla bukanlah pandai masak sangat. Masak makan sendiri bolehlah. Janji tekakku dan tekak seisi keluarga suka. Oklah tu. Hari ni cikla try buat nasi ayam. Sebenarnya, cikla pernah buat dulu. Tapi dah lama dah. Sampai lupa cara nak buat. Haha. So, Google dan  mak cikla tempat 'mengadu'. Hihi. Minta resepilah, apa lagi!

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!


Resepi nasi, cikla ambil dari blog fizalgk. Resepi ayam pula cara mak cikla. Manakala, sambal cili dengan kicap ikut suka hati ku ini. Mujur sedap. Bolehlahhh. Hihi! Jom kita tengok bahan dan cara masak ayamnya dulu. 


Bahan-bahan nak buat ayam :

1 ekor ayam (Cikla potong sederhana besar).
1 biji bawang besar (potong 4).
3 ulas bawang putih (diketuk).
1 inci halia (diketuk).
1 sup bunjut.
1 kiub pati ayam ADABI.
Air secukupnya.

Bahan perapan ayam :

1 sudu besar sos tiram JALEN.
1 sudu besar sos lada hitam JALEN.
2 sudu besar kicap manis KIPAS UDANG.
1 sudu besar madu.

Caranya :
  1. Ayam dibersihkan dan masukkan ke dalam periuk yang sesuai. Masukkan bahan-bahan lain dan air secukupnya. Biarkan sampai mendidih.
  2. Kemudian, keluarkan ayam dari periuk dan toskan.
  3. Dalam bekas yang sesuai, perap ayam tadi bersama bahan perapan. Cikla perap 1/2 jam je. Lagi lama lagi bagus sebenarnya, biar ayam tadi mesra dengan bahan perapan. 
  4. Selepas itu, goreng ayam atau korang boleh bakar dalam oven juga. 
  5. Bila dah siap, ketuk ayam dan bolehlah dihidangkan. Tapi, cikla tak ketuk pun. Seketul gitu je cikla letak. Macam dalam gambar. Hehe. 

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

Bahan-bahan untuk nasi : 

3 cawan beras.
4 1/2 cawan air rebusan ayam. 
1 helai daun pandan (disimpul).
3 biji bawang merah (hiris). 
2 ulas bawang putih (hiris). 
1 inci halia (hiris). 
Minyak, mentega, serbuk kunyit (atau pewarna kuning) dan garam secukupnya.

Cara nak masak nasinya :
  1. Basuh beras dan toskan. Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dan mentega. Bila dah panas, masukkan bahan dihiris dan tumis sampai kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan beras dan gaul rata. Kemudian, masukkan air rebusan ayam, daun pandai, garam dan serbuk kunyit atau pewarna kuning (kalau nak). Kacau sekejal, kemudian masak nasi macam biasa.

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

Untuk sos : Cikla masak cili giling bersama dengan sos cili, sedikit perahan jus lemon dan sedikit air rebusan ayam sampai masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Untuk kicap : Lebihan kicap ayam yang diperap itu, di masak di atas api yang sederhana. Tambah sedikit kicap manis, seulas bawang putih yang diketuk dan sedikit air rebusan ayam kalau kicap nampak pekat.

Untuk sup : Didihkan lebihan air rebusan ayam dan tambah lagi sedikit air. Tambahkan 1-2 kiub pati ayam ADABI. Biarkan mendidih. Last, sesuaikan rasa. Tambahkan bawang goreng dan daun sup (kalau nak).

Bahan hiasan : Hirisan timun jepun, tomato di potong bulat dan salad (kalau nak). 

Mungkin korang ada cara korang sendiri macam mana nak masak nasi ayam kan. Sebab cikla rasa, kadang-kadang rasa nasi ayam ni tak sama kalau kita makan di kedai kan. Selamat mencuba!

23 November 2018

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!

November 23, 2018 4
Siapa pernah tengok bunga kunyit? Sejujurnya, cikla tak tau pun yang pokok kunyit ni ada bunganya. Haha, teruk betul kan. Ketinggalan sungguh. 

Nak dijadikan cerita, masa cikla balik kampung bulan lepas kot, kebetulan pokok kunyit mak cikla berbunga. 

Seriously, rasanya sebelum ni tak pernah pula pokok kunyit mak ni berbunga. Mungkin rezeki cikla dapat tengok. Hehe. Tu yang jakun kejap tu. Excited katanya!

Disebabkan pertama kali tengok, cikla Google lah betul ke pokok kunyit ni memang berbunga atau ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan ia berbunga. 

Rupanya, memang pokok kunyit berbunga weh. Haha. Malu lagi, menyorok belakang pintu. Wiwiwi.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Untuk pengetahuan korang, bunga kunyit adalah bunga pokok kunyit yang biasanya berwarna putih atau kuning. Ia selalunya tumbuh di tengah-tengah daun dan nampak seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk.

Apa yang cikla pernah baca, bunga kunyit boleh dimakan tau dan ia sedap dijadikan ulan yang dimakan mentah. Rasanya? Entahlah, mungkin macam kunyit juga. Cikla tak pernah makan. Hehe.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Kelebihan bunga kunyit dikatakan hampir sama dengan khasiat isi kunyit itu sendiri, antaranya :
  1. Mempunyai sifat antioksidan, anti-radang, penyembuh luka termasuklah membantu mengurangkan kolesterol. 
  2. Bertindak sebagai antibakteria atau antiseptik untuk merawat luka, luka terbakar dan lebam. 
  3. Memberi kebaikan kepada ibu lepaa bersalin, antaranya mengecutkan rahim dan mencuci darah.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Cikla pernah terbaca yang halia juga ada bunganya. Kalau yang ni cikla tak pernah tengok juga.
 
Kredit Info LAMAN SERI.