Bagi cikla, kalau dapat resepi yang senang dan cepat nak buat, jawabnya memang penuhlah meja tu selalu kan. Nak-nak pulak, anak-anak suka. Lagilah seronok si ibu buat. Iyelah, siapa je yang tak suka dengan air tangan ibu sendiri kan. Lately, cikla suka mencuba resepi ringkas dekat internet. Bukan apa, kadang-kadang macam bosan juga tak buat apa kan. Sesekali sibukkan diri dekat dapur buat makan untuk anak-anak.
Ahad lepas, kebetulan mak cikla datang ke rumah so cikla trylah buat kek ni kekonon nak jamu mak. Hehe. Lagipun, niat cikla memang nak try buat sebab tengok bahan-bahan dan cara nak buatnya pun senang sangat. Nak tau kek apa tu? Jom baca sampai habis.
Kek ni tak silap cikla, dah viral dekat internet. Mungkin sebab nak buat dia senang sangat. Ye, memang senang. Semua orang boleh buat kot. Sebelum tu, thanks pada tuan punya resepi (Hana Ramli) sebab share resepi mudah ni.
Kek oreo viral 2 bahan. Senang sangat nak buat! Siap dah! |
Bahan-bahannya :
1 kotak susu Dutch Lady Coklat (200 atau 250ml). Susu brand lain pun boleh, asalkan ia perisa coklat.
2 batang biskut Oreo (krim vanilla yang putih tu).
Cara nak buat :
- Panaskan pengukus dahulu sebab air perlu mendidih bila kita masukkan kek tu nanti.
- Kisar biskut Oreo (dengan krimnya) bersama dengan susu coklat dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan cili ye.
- Dalam bekas yang sesuai, masukkan hasil adunan tersebut. Cikla guna mangkuk plastik yang ada tutup tu. Tutup mangkuk dengan penutup untuk elak dari air wap menitis di atas kek. Kalau mangkuk cikla guna ni, untuk satu adunan tu, dapatkan 3-4 bekas. Kalau nak buat banyak, gandakan je bahan dia.
- Susun dalam tempat pengukus dan kukus kira-kira 30 minit atau sehingga kek masak.
- Kalau nak tau dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi yang bersih atau garfu. Kalau lidi atau garfu bersih selepas dicucuk, itu tandanya kek sudah masak.
Inilah hasilnya.
Kek oreo viral 2 bahan. Senang sangat nak buat! Bahagian atas kek. |
Kek oreo viral 2 bahan. Senang sangat nak buat! Bahagian bawah kek. |
Topping ni cikla saja buat. Tak payah topping pun takpe. Sedap juga. Topping tu cikla just cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil. Setelah coklat cair, tuangkan ke atas kek dan taburkan dengan coklat rice sebagai hiasan.
Bru nmpk kat ig resipi ni tapi guna biskut chipsmore.. Nk try gak nanti.. Senang.. Dua bahan je...
ReplyDeletewahhhh.. sedap nya.. rasa macam mau cuba pula...nyummm...
ReplyDeletesenangnya..:)
ReplyDeleteSedapnya. Hari tu Qiya ada buat kek 2 bahan ni tapi tak ada topping apa-apa pun. Nak kena repeat ni hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Boleh bt utk raya esk
ReplyDelete