Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!

Memang tak dinafikan ada sesetengah orang yang sangat risau bila kelenjar tiroidnya dibuang. Kerisauannya itu kadang kala melebihi akal fikiran manusia seperti adakah mereka yang buang tiroid ni jadi TAK NORMAL macam orang lain? 

Oh my goodness.

Apakah yang mereka maksudkan dengan TAK NORMAL ini agaknya? Adakah jadi tak waras atau sewel? Atau mungkin bertukar menjadi kehijauan macam hulk sampai baju terkoyak di sana sini? Atau, barangkali sudah terbatas untuk melakukan segala-galanya? 



https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2017/10/bilakah-pembedahan-tiroid-dilakukan.html?m=1
Gambar diubahsuai dari carian Google. Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni! 


Huhu, please cerahkan fikiran ye. Jangan terlalu mencondongkan fikiran korang ke arah yang negatif. Nah, kalau macam tu gayanya. Sampai ke sudahlah korang akan diselubungi misteriiii, ehhh, aura negatif. 

Sebenarnya, pada cikla doktor tak akan suka-suka nak toreh leher orang, nak keluarkan tiroid tanpa sebab. Semua dilakukan ada sebab. Cikla dah share di entri sebelum ni sebab-sebab kenapa pembedahan itu dilakukan. Bukan sewenang-wenangnya nak bedah! 

Sepatutnya yang korang perlu risau adalah, walaupun telah dicadangkan buang kelenjar tiroid atas sebab tertentu itu oleh doktor tapi korang  masih risau, ragu-ragu, degil yang amat. Emm, macam-macamlah. 

Cuba korang fikirkan apakah kesan yang korang mungkin dapat bila korang  simpan bengkak tu lama-lama. 

Banyak je pengalaman  rakan-rakan dari group TIROID DAN ANDA ORI di Facebook yang simpan 'intan berlian' tu lama-lama, sudahnya masuk ke bilik pembedahan juga demi menyelamatkan nyawa.

Pilihan di tangan korang. Please, tolong jangan serabutkan fikiran korang dengan hal-hal yang boleh melemahkan semangat. Positive vibes kena selalu ada dalam diri korang. 

Fikir yang baik-baik, InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Bukan tak boleh risau, tapi semuanya biarlah berpada-pada. 


Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!
Kredit Google. 

Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni!
Betul ke buang kelenjar tiroid jadi tak normal? Oh nooo, totally wrong dear. Meh baca baca ni! 

Parut pembedahan jadi keloid, 
Risau pula ada yang perasan, 
Kita buang kelenjar tiroid,
Bukan buang kewarasan.

Ambil joran nak pancing ikan, 
Rezeki murah dapat haruan, 
Jangan fikir yang bukan-bukan,
Kelak diri jadi tak keruan.

2 comments:

  1. Kwn sy prnnh operate buang toroid.doc tu ckp peluang preggy 50-50

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam shasha, cikla tak ckp semua tapi ada je pesakit tiroid yg dh opret mengandung dn bersalin dengan selamat. yg penting mkn ubat jgn skip. kalo hormon cantik inshaAllah boleh mngandung. positif ok.

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews