'Santai Tapi Sampai'

Zaman sekarang ni kalau boleh semua kita nak cepat kan. Begitu juga dalam memasak. Tak kiralah masak lauk pauk ke, kuih muih ke atau apa s...

Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri!

Zaman sekarang ni kalau boleh semua kita nak cepat kan. Begitu juga dalam memasak. Tak kiralah masak lauk pauk ke, kuih muih ke atau apa saja. Lagi satu, kalau boleh kita tak nak buat makanan yang terlalu rumit sampai pening kepala nak ingat bahan. Itu belum lagi cara nak buat dia. Lagilah bertambah pening. 

Baru-baru ini cikla ada belajar satu resepi kek kukus yang senang. Dan cikla dah buat beberapa kali. Bolehlah buat untuk anak-anak kan. Apa yang penting air tangan ibu kan. Anak-anak kenyang, ibu gembira. Hehe. So, pada yang baru nak belajar buat kek kukus, cikla agak inilah resepi yang paling senang. Dan, yang bestnya tak payah guna mixer pun. Pakai tangan pun dah jadi kek yang sedap. 

Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri!
Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri! 

Jom check bahan-bahannya dulu. 

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko. 
1 cawan gula pasir (Cikla kurangkan sikit sebab tak nak manis sangat. Kalau korang suka manis, ikut je sukatan tu). 
1 cawan susu cair. 
1 cawan minyak masak (Kalau korang nak guna marjerin pun boleh tapi kena cairkan dulu). 
1/2 cawan susu pekat manis. 
1 1/4 cawan tepung gandum. 
1 sudu kecil kfc baking powder. 
1 sudu kecil kfc soda bikarbonat. 
4 biji telur. 
1 sudu besar esen vanilla.

Caranya :

Mula-mula panaskan pengukus korang sebab loyang berisi adunan dimasukkan semasa air sudah mendidih tau. Dalam bekas yang sesuai, ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. Kemudian, dalam periuk atau kuali yang lain campurkan gula pasir, susu cair, susu pekat, minyak dan serbuk koko. Selepas itu, masak campuran itu di atas api yang perlahan sehingga ke semuanya larut dengan sekata. Bila dah sekata, tutup api dan ketepikan. 

Dalam bekas lain pulak (tapi besar sikitlah), pukul telur sampai kembang. Tapi takdelah sampai kembang sangat. Cukuplah korang pukul dengan garpu atau sudu pun takpe. Janji putih dengan kuning telur tu bercampur. 

That's it! 

Selepas itu, masukkan campuran minyak, gula pasir, susu pekat, susu cair dan serbuk koko yang dimasak tadi ke dalam adunan telur. Gaul rata sebelum campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat dimasukkan  sedikit demi sedikit. Kacaulah sehingga sebati supaya campuran tak berketul-ketul. Bila dah siap, ketepikan. Selepas itu, sapukan marjerin atau minyak pada loyang untuk mengelakkan kek melekat. So, nanti senang nak keluarkan kek bila dah masak. 

Masukkan adunan dalam loyang tersebut. Jangan lupa tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil. Tapi cikla guna plastik je. Ia untuk elakkan dari air menitis atas kek nanti. Dah tak cantik. Tapi, jangan tutup rapat sangat, bagi ruang juga sikit untuk udara masuk. 

Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri!
Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri! 

Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri!
Cara nak buat kek kukus coklat paling simple dan sedap. Korang patut cubanya sendiri! 

Kukus kek selama lebih kurang 1 jam atau sehingga kek masak. Untuk tau kek dah masak ke belum, korang ambil lidi yang bersih cucuk pada kek. Tapi, cikla guna hujung sudu je. Kalau lidi, sudu yang keluar tu bersih, maksudnya kek dah masaklah tu. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sebelum dipotong. Apa yang best sekali adalah, kek ni kekal lembut walaupun kita simpan dalam peti ais. Sedia dinikmati seisi keluarga! 

Kredit eresepi.net

3 comments:

  1. aduhhh.. sedapnya tengok tgk kek coklat kukus ni.. dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  2. omakaii pepagi tertengok lak resepi..terliur den

    ReplyDelete