Showing posts with label khasiat alami. Show all posts
Showing posts with label khasiat alami. Show all posts

26/06/2025

Manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan.

Rasanya minyak kayu putih  ni bukanlah benda baru dalam kebanyakan rumah kita. Sejak dulu lagi, dia ni jadi peneman setia mak-mak kita, sentiasa ada dalam beg tangan atau kotak ubat. Baunya yang menyegat  dan fresh tu memang mudah dikenali, tapi sebenarnya manfaatnya lebih daripada sekadar untuk sapu masa kembung perut.

Minyak kayu putih popular sebab effect dia yang pantas dan selesa. Bila perut korang rasa tak best, angin banyak atau masuk angin, sapuan minyak kayu putih boleh bantu bagi kelegaan segera. Rasa hangatnya tu bukan sekadar selesa je, malah ia boleh bantu melancarkan aliran darah dan melegakan ketegangan otot. Sebab tu ramai yang suka guna minyak ni untuk urutan ringan terutama di bahagian bahu, tengkuk dan pinggang bila badan rasa lenguh atau letih.

Kalau anak-anak selsema pulak, termasuklah hidung tersumbat atau batuk ringan, sapuan minyak kayu putih di dada dan belakang boleh bantu kurangkan rasa tak selesa tu. Bau segarnya pun boleh bantu cairkan hingus dan buka saluran pernafasan. Malah ada juga yang gunakan minyak ni untuk redakan sakit kepala. Just sapu je sikit kat dahi, rasa lega sangat!

Manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan.
Manfaat minyak kayu putih untuk kesihatan. Gambar kredit to Google.

Menariknya lagi, minyak kayu putih jugak boleh bertindak sebagai pelindung semulajadi daripada gigitan nyamuk. Bau dia yang khas tu memang serangga tak suka. Bukan tu je, kalau korang rasa pening, mual atau mabuk kenderaan masa travel jauh, korang boleh hidu minyak kayu putih je dah cukup untuk rasa lega.

Kalau time cuaca sejuk atau badan rasa seram sejuk pun, minyak ni boleh bantu panaskan badan. Sebab tu ia sesuai sangat untuk kegunaan harian seisi keluarga, dari bayi yang baru belajar merangkak, sampai ke atuk nenek yang perlukan kelegaan sendi.

Ada juga yang guna minyak kayu putih sebagai sebahagian daripada terapi urutan untuk kurangkan stress. Bau dia yang menenangkan boleh bantu beri rasa relaks dan tenang, terutamanya waktu malam sebelum tidur.

Pendek kata, sebotol kecil minyak kayu putih ni ada pelbagai manfaat yang tak disangka. Tak rugi langsung stanbdby satu dalam beg tangan, satu dalam peti ubat dan satu lagi standby dalam bilik. Bila perlu, dia memang jadi penyelamat kecil yang besar fungsinya.

Moga bermanfaat.

13/03/2025

Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga.

Air kelapa adalah antara minuman terbaik untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan. Dengan cuaca panas dan tempoh berpuasa yang panjang, tubuh memerlukan hidrasi yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan segar. Kaya dengan elektrolit semula jadi, air kelapa bukan sahaja menghilangkan dahaga tapi juga memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan.

Antara manfaat air kelapa yang mungkin korang belum tahu; 

1. Menghidrat badan dengan pantas.

Selepas seharian berpuasa, tubuh kehilangan banyak air dan mineral penting. Air kelapa membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit seperti kalium, magnesium dan natrium, yang penting untuk mengekalkan hidrasi badan.

2. Sumber tenaga semula jadi.

Kandungan karbohidrat dalam air kelapa memberikan tenaga segera, membantu tubuh pulih daripada keletihan selepas seharian berpuasa. Ia adalah alternatif yang lebih sihat berbanding minuman manis atau berkafein.

3. Bagus untuk pencernaan.

Berbuka dengan air kelapa boleh membantu sistem pencernaan kerana ia mengandungi enzim semula jadi yang menyokong proses penghadaman. Ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau kembung perut ketika berpuasa.

4. Menyokong kesihatan jantung.

Air kelapa kaya dengan kalium, yang membantu mengawal tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung. Mengamalkan minuman ini sepanjang Ramadan boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi akibat perubahan pola makan semasa puasa.

5. Mengurangkan leletihan dan stres.

Selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tubuh mudah menjadi letih dan stres. Air kelapa mengandungi magnesium yang membantu menenangkan saraf dan otot, menjadikan tubuh lebih relaks dan bersedia untuk solat tarawih.

6. Alternatif sihat untuk minuman manis.

Banyak minuman berbuka yang tinggi gula boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah secara mendadak. Air kelapa adalah pilihan semula jadi tanpa bahan tambahan, menjadikannya lebih baik untuk kesihatan jangka panjang.

Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga.
Khasiat air kelapa untuk puasa yang bertenaga. Kredit gambar to Google. 

Air kelapa mengandungi pelbagai nutrien penting yang memberi manfaat kepada tubuh, terutama ketika berpuasa. Berikut adalah antara nutrien utama yang terdapat dalam air kelapa:

1. Elektrolit semulajadi.
  • Kalium – Bantu kekalkan keseimbangan cecair dalam badan, kawal tekanan darah dan sokong fungsi otot serta saraf.
  • Natrium – Penting untuk keseimbangan elektrolit dan elak dehidrasi.
  • Magnesium – Bantu kurangkan rasa letih, sokong fungsi otot dan kawal tekanan darah.
  • Kalsium – Sokong kesihatan tulang dan fungsi otot.
  • Fosforus – Bantu dalam pembentukan tenaga dan kesihatan tulang.

2. Karbohidrat semulajadi.
  • Mengandungi gula semula jadi dalam bentuk fruktosa dan glukosa, memberikan tenaga segera tanpa menambah beban gula berlebihan.

3. Vitamin.
  • Vitamin C – Bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan sistem imun dan melindungi sel daripada kerosakan.
  • Vitamin B-complex (B1, B2, B3, B5 dan B6) – Bantu dalam metabolisme tenaga dan sokong kesihatan sistem saraf.

4. Asid amino
  • Bantu dalam pemulihan otot dan sokong pertumbuhan serta pembaikan sel dalam badan.

5. Antioksidan.
  • Bantu lawan radikal bebas dalam badan, kurangkan keradangan dan lindungi sel daripada kerosakan oksidatif.

6. Serat.
  • Bantu lancarkan sistem pencernaan dan cegah sembelit.

Dengan kandungan nutrien yang kaya ini, air kelapa bukan sahaja menyegarkan tapi juga memberi tenaga dan menyokong kesihatan tubuh, terutama ketika kita berpuasa.

Apakah cara terbaik mengambil air kelapa di bulan puasa?

  • Berbuka puasa – Minum segelas air kelapa sebelum menikmati makanan berat untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Sahur – Mengambil air kelapa pada waktu sahur membantu mengekalkan hidrasi lebih lama sepanjang hari.
  • Tanpa gula tambahan – Pastikan korang minum air kelapa asli tanpa campuran gula atau perisa buatan.

Air kelapa adalah pilihan minuman semulajadi yang penuh khasiat untuk dinikmati sepanjang Ramadan. Selain menyegarkan dan menghidrat tubuh, ia juga memberikan tenaga, menyokong kesihatan jantung dan melancarkan pencernaan. 

So, jadikan air kelapa sebagai sebahagian daripada rutin berbuka dan sahur korang untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga.


04/02/2025

6 aroma terbaik untuk hilangkan stres dan buat rasa tenang.

Kadang-kadang hidup ni memang boleh jadi hectic. Banyak benda nak kena urus, kepala serabut, tekanan datang bertubi-tubi. Tapi tahu tak, ada bau tertentu boleh bantu kita rasa lebih chill? Tak perlu pergi spa mahal-mahal, cukup dengan hirup aroma yang betul! Jom baca apakah 6 bau wangi yang boleh buat korang lebih relaks.

6 aroma terbaik untuk hilangkan stres dan buat rasa tenang.

1. Lavender – Ratu ketenangan.

Bau lavender ni memang champion kalau nak bagi rasa tenang. Sebab tu minyak pati lavender selalu digunakan untuk bantu tidur lebih lena. Kalau susah nak lelap, cuba letak sikit minyak lavender dekat bantal atau guna lilin aromaterapi lavender. Confirm rasa lebih santai!

Chamomile – Si penenang jiwa.

Chamomile bukan setakat sedap buat teh, tapi bau dia pun boleh bagi efek tenang. Sesuai sangat kalau nak chill lepas seharian penat bekerja. Teh chamomile panas, bau dia yang soothing memang combo terbaik untuk malam yang tenang!

Vanila – Haruman yang buat hati happy.

Siapa tak suka bau vanila? Wangi dia lembut, manis dan ada vibe cozy yang boleh buat rasa lebih positif. Kalau nak cipta suasana damai kat rumah, boleh guna lilin atau diffuser berbau vanila. Mesti rasa lebih tenang dan comfy!

Peppermint – Segar dan hilangkan stres.

Peppermint ni bukan setakat bagi rasa segar, tapi dia juga boleh kurangkan tekanan dan boost tenaga. Kalau rasa lesu atau mengantuk masa kerja, cuba hirup bau peppermint. Terus rasa lebih alert dan semangat nak buat kerja!

Sandalwood – Untuk fokus dan inner peace.

Bau kayu cendana (sandalwood) ni ada aura unik yang boleh buat fikiran lebih fokus dan pada masa sama rasa tenang. Sebab tu banyak orang guna bau ni masa meditasi. Kalau tengah stress dengan kerja, cuba letak minyak pati sandalwood kat diffuser. Tenang beb!

Mawar – Wangian romantik yang menenangkan.

Bau bunga mawar bukan sekadar cantik, tapi dia juga boleh bantu kurangkan rasa gelisah. Kalau nak bilik rasa lebih calming, boleh guna spray bilik berbau mawar. Rasa macam tengah rileks kat taman bunga!

Tak kira stress sebab kerja, masalah peribadi atau sekadar nak rasa lebih tenang, bau-bauan ni boleh bantu. Kadang-kadang ketenangan tu tak susah pun nak dapat, cukup dengan satu hidu je! Jadi, next time kalau rasa serabut, cuba guna salah satu aroma ni. Selamat mencuba!

10/01/2025

Tembikai, buah best untuk kenyang lama?

Tembikai ni memang power. Buah ni bukan je sedap, tapi dia juga kaya dengan air, lebih kurang 90% tembikai ni air je! Kalau tengah on diet atau nak elak makan benda berat-berat, makan tembikai boleh jadi penyelamat.

Sebab apa? Sebab bila kita makan tembikai, badan rasa macam dah ‘full tank’. Air dalam tembikai tu buat perut rasa kenyang, walaupun sebenarnya tak banyak kalori pun kita ambik. Sebiji tembikai kecil pun cuma ada dalam 300 ke 400 kalori je, so takde la risau kalau nak makan lebih sikit.

Lagi satu, tembikai ni ada serat. Serat ni bukan je baik untuk perut, tapi dia juga perlahan-lahan lepaskan tenaga. Maksudnya, kita tak rasa cepat lapar lepas makan tembikai. Tak macam bila makan junk food, cepat kenyang tapi sekejap je dah rasa nak mengunyah lagi.

Tembikai, buah best untuk kenyang lama?

Selain tu, tembikai ni juga ada vitamin A, C dan antioksidan yang bagus untuk kulit, mata dan boost imun badan kita. Jadi, takde alasan nak skip makan buah ni.

Tapi satu je nak pesan, jangan terlalu over makan tembikai sampai lupa makan makanan lain yang ada protein dan karbohidrat. Sebab untuk kenyang lama dan badan bertenaga, kita tetap perlukan gabungan semua nutrien tu.

So, lain kali kalau rasa lapar tapi tak nak makan berat, potong tembikai, makan dan nikmati! Badan pun rasa fresh sebab dapat extra hydration dari buah ni. Best kan?

09/12/2024

Halia: Penawar sakit otot yang tak disangka.

Halia, semua orang kenal kot. Kumpulan 'rempah' yang biasa kita guna untuk dalam masakan atau ditambaj di dalam teh, rupa-rupanya ada satu lagi keajaiban. Ia boleh bantu kurangkan sakit otot! Kalau korang jenis yang selalu bersenam atau buat kerja berat sampai lenguh sana sini, cuba tambahkan halia dalam diet harian.

Halia: Penawar sakit otot yang tak disangka.

Ada kajian cakap, halia ada sejenis bahan aktif yang dipanggil gingerol, yang bersifat anti-radang. Gingerol ni dikatakan boleh membantu redakan ketegangan pada otot dan kurangkan rasa sakit. Lebih best, korang tak payah nak makan halia mentah sampai telinga berasap (halia kan pedas), korang just hirup teh halia panas-panas atau tambah dalam masakan kegemaran. Mudah kan?

Kajian jugak kata, mereka yang amik halia secara konsisten dapat kurangkan rasa sakit selepas senaman berat. Tapi ingat, ia bukanlah magik sekelip mata makan dah baik. Kesan halia lebih menyerlah kalau korang amalkan secara kerap dan konsisten.

So, lepas ni kalau rasa sengal otot, selain dari korang sapu minyak urut, cuba selitkan halia dalam menu harian. Sakit otot reda, badan pun segar. Dua dalam satu! Gitu.

04/11/2024

Manfaat kulit lemon yang korang mungkin tak tahu.

Lemon memang terkenal sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, tapi tahu tak, kulitnya juga ada banyak manfaat tersembunyi yang sering kita terlepas pandang? Daripada buang begitu saja, lebih baik kita manfaatkan kulit lemon untuk kesihatan, kebersihan dan kebaikan alam sekitar!

Manfaat kulit lemon yang korang mungkin tak tahu.

Pertama sekali, kulit lemon ni kaya dengan nutrisi penting. Ia ada vitamin C, yang bagus untuk imuniti, serat untuk pencernaan, kalsium yang penting untuk tulang dan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. 

Kulit lemon juga ada flavonoid, sejenis sebatian yang membantu melindungi tubuh dari jangkitan. Bayangkan, dengan hanya menambah sikit kulit lemon dalam makanan atau minuman, imuniti kita boleh meningkat!

Bukan setakat itu saja, serat dalam kulit lemon pun bagus untuk pencernaan. Kalau korang selalu ada masalah perut, mungkin boleh cuba selitkan kulit lemon dalam diet harian. Campurkan je dalam makanan atau minuman dah cukup untuk rasa manfaatnya.

Kulit lemon juga boleh dijadikan pembersih semula jadi. Nak hilangkan kotoran degil kat dapur? Gosok saja kulit lemon kat permukaan dapur atau sinki. Ia bukan saja bersihkan, tapi juga hilangkan bau tak sedap dan kesan lemak degil. Memang jimat dan mesra alam!

Selain tu, kulit lemon ni ada aroma segar yang sesuai untuk menyegarkan suasana rumah. Rebus kulit lemon dalam air dan biarkan wapnya merebak di dapur atau keringkan kulitnya untuk dijadikan pengharum bilik. Rumah terus rasa segar tanpa perlu pakai bahan kimia.

Yang menariknya, beberapa kajian menunjukkan kandungan dalam kulit lemon boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu, termasuk kanser. Flavonoid dalam kulit lemon dikatakan mempunyai sifat anti-kanser yang membantu melawan sel-sel berbahaya dalam badan. Memang hebat, kan?

Jadi, macam mana nak guna kulit lemon ni? Senang saja! Potong dan tambah dalam teh atau air untuk rasa unik atau parut kulit lemon dalam masakan seperti salad atau pencuci mulut. Lebihh menarik, keringkan dan kisar kulit lemon untuk dijadikan serbuk perasa.

Sekarang, tiap kali korang makan lemon, ingatlah kulitnya ada banyak manfaat. Bukan saja boleh tingkatkan kesihatan kita, tapi juga bantu kurangkan sisa buangan. Selamat mencuba dan selamat berjimat dengan cara semulajadi ini! 

28/10/2024

Petai: Busuk yang berkhasiat?

Kalau sebut je petai, mesti ramai yang dah terbayang baunya, kan? Ada yang kata harum semerbak bagi pemilik hidung yang kreatiflah haha. Dan tak kurang juga yang terus angkat bendera putih. Tapi tahukah korang, di sebalik baunya yang unik, petai sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Jom kita bongkar rahsia si petai ni. Busuk-busuk pun, khasiatnya tau. Memang padu!

Petai: Busuk yang berkhasiat?

Penjaga Tekanan Darah Tinggi. Petai ni sebenarnya kaya dengan kalium dan rendah sodium, dua elemen yang sangat penting untuk kesihatan jantung kita. Mereka yang ada masalah darah tinggi, makan petai boleh bantu menurunkan tekanan darah dengan cara mengimbangkan cecair dalam badan. Jadi, tak perlulah takut sangat pada petai, sebab dia mungkin penyelamat tekanan darah korang!

Lancarkan Sistem Penghadaman. Bagi yang selalu ada masalah sembelit, petai boleh jadi ‘hero’. Kaya dengan serat, petai memang bagus untuk sistem penghadaman kita. Dengan adanya serat yang cukup, ‘lawas’ pun tak payah nak bertapa lama-lama dalam tandas. Lagi satu, serat ni juga bantu bersihkan usus dan mencegah masalah-masalah seperti buasir.

Atasi Masalah Anemia. Kalau korang selalu rasa cepat penat atau pening kepala, mungkin tanda-tanda anemia tu. Dalam petai, ada zat besi yang membantu dalam penghasilan hemoglobin, jadi ia boleh bantu kurangkan risiko anemia. Cuba makan petai sekali-sekala, tengoklah kalau-kalau ada perubahan pada tahap tenaga korang.

Antioksidan Paling Power. Petai ni ada macam-macam sebatian bioaktif seperti flavonoid dan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan. Apa fungsi antioksidan ni? Dia ibarat perisai badan, melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas yang boleh jadi punca penyakit kronik macam kanser dan penyakit jantung. Jadi, sekali-sekala makan petai tu macam top up shield dalam badan!

Kawal Gula dalam Darah. Bagi yang ada diabetes atau dalam fasa pra-diabetes, petai mungkin boleh jadi alternatif makanan yang baik. Kajian ada menunjukkan bahawa kandungan sebatian aktif dalam petai mampu membantu mengawal paras gula dalam darah. Tapi, makan pun kena berpada-padalah. Janganlah korang balun satu guni petai pulak, ye!

Pembawa ‘Mood Gembira’. Petai ni ada kandungan tryptophan, sejenis asid amino yang bantu dalam penghasilan serotonin, iaitu hormon yang buat kita rasa gembira. Jadi, kalau tengah stress atau murung, mungkin petai boleh jadi terapi semulajadi yang korang tak sangka-sangka. Makan petai, ceria sepanjang hari!

Lawan Jangkitan Saluran Kencing. Bagi yang sering alami masalah jangkitan saluran kencing, petai ni mungkin boleh bantu. Kandungan antimikrobial dalam petai dikatakan mampu melawan bakteria dalam saluran kencing. Tapi, jangan lupa minum air yang cukup juga, sebab itu tetap penting untuk pastikan sistem pembuangan lancar.

Bau petai ni memang legend tapi jangan risau! Ada cara-cara untuk kurangkan bau petai selepas makan. Antara yang boleh dicuba ialah kunyah daun sirih atau minum susu segar. Dua-dua petua ni dikatakan boleh kurangkan bau pada nafas dan juga urin.

Jadi, lepas ni kalau ada orang komen tentang bau petai, korang dah ada alasan kukuh dengan fakta-fakta kesihatan yang memang padu! Seperti pepatah Inggeris kata, “don’t judge a book by its cover”. Jangan pandang rendah pada petai. Busuk luarannya, tapi berkhasiat dalamannya. Apa pun, makanlah petai secara sederhana sebab berlebihan pun boleh bagi perut kembung. Selamat menikmati petai dengan penuh manfaat dan senyuman! Hihi.

06/10/2024

Kebaikan halia hingga ke akarnya.

Halia (Zingiber officinale) bukan hanya dikenali sebagai rempah ratus yang popular dalam masakan, tapi juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan yang mungkin anda tidak sedari. Mari kita teroka kebaikan halia hingga ke akarnya!

Sumber antioksidan yang kuat.
Halia mengandungi sebatian bioaktif seperti gingerol, yang berfungsi sebagai antioksidan. Antioksidan membantu melawan radikal bebas dalam badan, mengurangkan risiko penyakit kronik, dan melambatkan proses penuaan.

Meningkatkan penghadaman.
Halia terkenal dengan kemampuannya untuk meredakan masalah pencernaan. Ia dapat membantu mengurangkan loya, kembung, dan kesakitan perut. Jika anda mengalami masalah penghadaman, cubalah teh halia! 

Meringankan sakit.
Halia mempunyai sifat anti-radang yang kuat. Ia dapat membantu meredakan sakit sendi, otot, dan haid. Jadi, bagi yang mengalami kesakitan, merebus halia dan meminumnya boleh menjadi pilihan yang baik.

Menurunkan risiko penyakit jantung.
Kajian menunjukkan bahawa halia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Ini membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan halia hingga ke akarnya.

Menyokong sistem imun.
Halia adalah sumber vitamin C, magnesium, dan zink yang baik, yang semuanya penting untuk sistem imun yang sihat. Mengambil halia secara rutin dapat membantu tubuh anda melawan jangkitan dan penyakit.

Meningkatkan fungsi otak.
Halia mempunyai potensi untuk melindungi otak daripada proses penuaan dan penyakit neurodegeneratif. Ia dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif dan memori.

Baik untuk kulit.
Halia juga boleh digunakan dalam rawatan kulit. Ia membantu mengurangkan jerawat dan memberikan kulit wajah yang lebih berseri. Campurkan halia dengan sedikit madu dan gunakan sebagai masker untuk hasil yang menakjubkan.

Mengawal berat badan.
Halia boleh membantu dalam pengurusan berat badan. Ia berfungsi dengan merangsang pengeluaran hormon yang membakar lemak dan meningkatkan metabolisme.

Kebaikan dari akar halia.
Akar halia mempunyai banyak kebaikan yang lebih mendalam. Ia boleh dimasak, dibancuh sebagai teh, atau diambil secara mentah. Pengambilan akar halia secara berkala dapat membantu tubuh mendapatkan semua khasiatnya.

Jika korang belum menjadikan halia sebagai teman setia di dapur, kini adalah masa yang tepat untuk mula!

04/10/2024

Betul ke sayuran berdaun hijau ni digelar makanan superfood?

Sayuran berdaun hijau memang sering digembar-gemburkan sebagai makanan "superfood," tapi apa sebenarnya yang membuat mereka begitu hebat? Mari kita kupas khasiatnya satu per satu. Mungkin selepas ini, sayuran hijau akan jadi sahabat baik di dapur kita!

Betul ke sayuran berdaun hijau ni digelar makanan superfood?

Kaya dengan nutrien penting.
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, sawi dan kangkung mengandungi pelbagai nutrien yang sangat penting untuk kesihatan. Antaranya termasuk vitamin A, C, K, serta mineral seperti kalsium, magnesium, dan zat besi. Vitamin C, sebagai contoh, membantu meningkatkan sistem imun badan, manakala vitamin K sangat penting untuk kesihatan tulang.

Membantu pencernaan.
Mengandungi serat yang tinggi, sayuran hijau membantu proses pencernaan dengan lebih lancar. Serat ini juga membantu mencegah masalah sembelit dan memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Jadi, kalau rasa perut tak selesa, cuba makan semangkuk bayam atau kangkung goreng, mesti rasa lega!

Menurunkan risiko penyakit jantung.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang kerap makan sayuran berdaun hijau mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung. Ini kerana sayuran ini kaya dengan antioksidan yang melindungi sel-sel kita daripada kerosakan. Selain itu, kandungan folat dalam sayuran hijau membantu mengurangkan tahap homocysteine, yang jika berlebihan, boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Baik untuk kesihatan mata.
Sayuran seperti bayam mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang sangat baik untuk mata. Mereka membantu melindungi mata daripada kerosakan akibat sinar UV dan mengurangkan risiko penyakit mata yang biasa dialami oleh golongan berusia seperti katarak.

Menyokong penurunan berat badan.
Kalau korang tengah berdiet, sayuran hijau adalah pilihan yang bijak, sebab ia rendah kalori tapi tinggi nutrien. Korang boleh makan banyak tanpa perlu risau tentang kalori berlebihan. Lagipun, sayuran hijau memberi rasa kenyang lebih lama disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, menjadikan ia snek atau hidangan yang ideal untuk mengelakkan makan berlebihan.

Menjaga kesihatan kulit.
Sayuran hijau juga bagus untuk kulit. Vitamin C yang ada dalam sayuran ini membantu pengeluaran kolagen, protein yang memastikan kulit kekal tegang dan anjal. Antioksidan dalam sayuran hijau pulak bantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua.

Meningkatkan tenaga.
Sayuran hijau kaya dengan zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah yang penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Dengan ini, kita akan berasa lebih bertenaga dan kurang lesu. Kalau rasa penat, mungkin segelas jus bayam boleh menyegarkan kita semula!

Dengan pelbagai khasiat yang ada, tak hairanlah mengapa sayuran berdaun hijau digelar sebagai "superfood." Mereka bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tapi juga memberikan tenaga dan kesegaran minda. Jadi, jangan tunggu lagi, jom makan lebih banyak sayuran hijau dan lihat perubahan positif pada kesihatan!

02/10/2024

Khasiat tersembunyi di sebalik daun kucai, ketumbar dan pudina.

Dalam dapur kita, daun-daun herba sering kali menjadi hiasan atau penambah rasa pada masakan. Namun, tahukah korang bahawa daun-daun ini menyimpan pelbagai khasiat yang mungkin ramai tak sedar? Jom kita explore rahsia di sebalik tiga daun yang sering kita jumpa: daun kucai, daun ketumbar dan daun pudina.

Daun kucai: Lebih daripada sekadar hiasan sup.

Khasiat tersembunyi di sebalik daun kucai, ketumbar dan pudina.
Daun kucai. Kredit image to Google.

Daun kucai mungkin nampak ‘lembut’ di luar, tapi jangan terpedaya. Di sebalik bentuknya yang kecil dan runcing, ia penuh dengan nutrisi dan khasiat.

- Kaya dengan Vitamin K: Vitamin ini membantu kuatkan tulang dan tingkatkan kesihatan jantung. Lagi banyak kucai dalam sup, tulang makin kuat! Lepas ni, sapa yang tak nak tulang kuat, kan?
  
- Sumber antioksidan: Kucai mengandungi bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Jadi, kalau rasa macam penat melawan "stres" dunia luar, biarkan kucai bantu melawan dari dalam.

Daun ketumbar: Bukan semua orang suka, tapi yang suka, tak boleh tinggal!

Khasiat tersembunyi di sebalik daun kucai, ketumbar dan pudina.
Daun ketumbar. Kredit image to Google.

Daun ketumbar adalah herba yang kadang-kadang menimbulkan perasaan bercampur-baur. Ada yang sangat suka, ada juga yang rasa ia 'seperti sabun.' Tapi ketumbar menyimpan rahsia kesihatan yang berharga.

- Detoks semula jadi: Ketumbar adalah salah satu bahan yang terkenal dengan keupayaannya membantu tubuh membuang logam berat seperti merkuri. Kalau rasa macam tubuh nak bersih dan segar, mungkin ini masa untuk tambah ketumbar dalam menu harian.

- Penghadaman lancar: Ia juga membantu kurangkan masalah kembung perut dan lancarkan penghadaman. Lepas makan kari berat, ketumbar boleh jadi sahabat baik perut anda!

Daun pudina: Segar di mulut, segar di badan.

Khasiat tersembunyi di sebalik daun kucai, ketumbar dan pudina.
Daun pudina. Kredit image to Google.

Siapa tak kenal daun pudina? Herba ini sering dihubungkan dengan rasa segar, terutama dalam minuman atau gula-gula getah. Tapi manfaatnya bukan sekadar pada kesegaran mulut!

- Mengatasi masalah perut: Pudina boleh membantu meredakan sakit perut atau ketakselesaan perut. Kalau dah terlebih makan rendang, hirup teh pudina untuk rasa lebih lega!

- Menurunkan stres: Aroma pudina yang menyegarkan mampu memberikan kesan menenangkan dan mengurangkan tekanan. Jadi, kalau korang rasa dunia ni terlalu cepat untuk korang kejar, cuba bau daun pudina, boleh tenangkan jiwa! Haha.

Jadi, siapa sangka daun kucai, ketumbar dan pudina ni ada banyak khasiat tersembunyi? Mereka bukan sahaja menambah perisa dalam masakan, tapi juga membawa manfaat kesihatan yang besar. Lain kali korang kat dapur, jangan takut untuk 'belanja' lebih daun-daun ini dalam hidangan harian. Korang bukan saja memanjakan lidah, tapi juga menyihatkan badan! 

Dan kalau ada yang tanya kenapa korang guna banyak daun-daun ini, jawab saja dengan senyuman, "Ini rahsia sihat yang tersembunyi!" Gitu!

01/10/2024

Tomato: Sumber nutrisi utama untuk kesihatan.

Tomato, buah yang sering disalah anggap sebagai sayuran, bukan sahaja sedap dimakan, tapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting. Daripada salad, sup sampailah ke sos spaghetti, tomato memang selalu dijadikan bahan utama dalam masakan. Namun, pernah tak korang tau apa yang membuatkan tomato ini begitu spesel dari sudut kesihatan?

Joim baca apakah nutrisi utama yang ada dalam tomato yang boleh bagi manfaat kepada kesihatan kita.

Lycopene – perisai antioksidan.
Lycopene, sejenis antioksidan yang bagi warna merah terang pada tomato dan menjadi elemen utama dalam tomato. Ia bukan sahaja melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat radikal bebas, tapi kajian juga menunjukkan bahawa lycopene boleh bantu kurangkan risiko kanser prostat dan penyakit jantung.

Vitamin C – tingkatkan sistem imun.
Tomato adalah sumber vitamin C yang sangat baik, yang mana ia penting untuk tingkatkan sistem imun dan bantu lindungi badan dari jangkitan. Ia juga berperanan dalam pembentukan kolagen yang membantu dalam kesihatan kulit dan penyembuhan luka.

Potassium – penjaga jantung.
Potassium adalah mineral penting yang terdapat dalam tomato yang membantu kekalkan tekanan darah yang sihat dengan mengimbangi kesan negatif natrium dalam diet. Pengambilan potassium yang mencukupi boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.

Tomato: Sumber nutrisi utama untuk kesihatan.

Serat – lancarkan sistem pencernaan.
Tomato mengandungi serat yang baik untuk sistem pencernaan. Serat membantu lancarkan pergerakan usus, kurangkan sembelit dan tingkatkan kesihatan usus secara keseluruhan. Bonusnya, serat juga bantu kawal paras gula dalam darah!

Vitamin A – mata lebih cerah.
Vitamin A yang terdapat dalam tomato adalah baik untuk kesihatan mata. Ia membantu cegah masalah penglihatan seperti rabun malam dan kekalkan kesihatan kornea. Jadi, selain lobak, tomato juga boleh menjadi ‘suplemen’ semula jadi untuk mata kita!

Folat – untuk kesihatan ibu dan bayi.
Folat, juga dikenali sebagai vitamin B9, sangat penting untuk wanita hamil sebab ia membantu dalam perkembangan janin yang sihat. Tomato mengandungi folat yang mencukupi untuk membantu mengelakkan kecacatan kelahiran pada bayi yang sedang berkembang.

Tomato bukan sahaja menyedapkan hidangan tapi juga menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan. Daripada melindungi jantung sampailah perbaiki sistem pencernaan, buah ini menawarkan pelbagai manfaat. Jadi, apa lagi alasan untuk tak menambah tomato dalam diet harian korang? Nak lebih sihat, makan tomato hari-hari! Gitu, hihi.

24/09/2024

Betul ke makan strawberi dapat perbaiki mood kita? Baca ni!

Strawberi bukan saja sedap dimakan, tapi juga boleh memberi impak positif pada mood kita! Kenapa? Ini beberapa sebabnya:

Betul ke makan strawberi dapat perbaiki mood kita? Baca ni!

Kaya dengan Vitamin C. - Strawberi penuh dengan vitamin C, yang diketahui dapat meningkatkan mood dan tenaga. Vitamin C membantu mengurangkan tahap hormon stres dalam badan, menjadikannya lebih mudah untuk kita rasa ceria dan tenang.

Antioksidan semulajadi. - Strawberi mengandungi antioksidan seperti quercetin dan kaempferol yang boleh melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan. Ini boleh membantu mengurangkan rasa kebimbangan dan kemurungan.

Kandungan serat. - Dengan kandungan serat yang tinggi, strawberi membantu sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik. Rasa kenyang dan keselesaan perut boleh memberi kesan positif pada mood secara keseluruhan.

Kaya dengan folat. - Folat dalam strawberi membantu dalam penghasilan serotonin, neurotransmitter yang penting untuk mengatur mood. Jadi, makan strawberi bukan hanya baik untuk perut, tapi juga minda!

Jadi, lain kali bila rasa down, cubalah makan strawberi. Tak hanya rasa masam-masam manisnya, tapi juga manfaatnya yang boleh membantu naikkan mood. 

Tapi ingat, jangan bergantung sepenuhnya pada strawberi untuk mood yang baik. Gabungkan dengan gaya hidup sihat dan bersenam untuk hasil yang lebih optimum!

23/09/2024

Manfaat limau kasturi: Kecil tapi hebat!

Korang mesti tahu limau kasturi kan? Buahnya kecil dan selalu digunakan dalam masakan. Tapi tahukah korang bahawa limau kasturi ini bukan hanya menambah rasa masakan je, malah ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Mari kita baca kenapa limau kasturi patut ada dalam hidup korang. 

Manfaat limau kasturi: Kecil tapi hebat!

Penambah rasa: Limau kasturi mungkin kecil, tapi ia mempunyai kuasa yang besar dalam menambah rasa. Seperti hero dalam filem, limau kasturi menyelamatkan hidangan daripada kebosanan rasa. 

Sumber Vitamin C: Kalau korang berfikir limau kasturi hanya boleh dimakan oleh panda, fikir semula! Buah ini adalah sumber Vitamin C yang hebat. Ia membantu meningkatkan sistem imun badan, jadi korang boleh berasa selamat walaupun terpaksa berhadapan dengan virus dan bakteria yang tak diundang. Ingat, lebih banyak Vitamin C, lebih banyak tenaga untuk menghadapi hari-hari yang sukar!

Kulit cantik: Limau kasturi juga boleh membantu kulit jadi bersinar lebih cerah dari matahari pagi! Kandungan antioksidan dalam limau kasturi membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan pramatang. Jadi, kalau korang nakkan kulit yang kelihatan muda dan berseri, jangan lupa menambah limau kasturi dalam rutin kecantikan korang. Ia mungkin tak membuatkan korang nampak seperti model iklan, tapi sekurang-kurangnya ia akan membantu korang kelihatan lebih fresh!

Penghadaman lancar: Masalah penghadaman? Limau kasturi adalah jawapannya! Asid sitrik dalam limau kasturi boleh membantu melancarkan sistem penghadaman korang. Bayangkan ini sebagai mekanik untuk sistem penghadaman. Kalau sistem penghadaman korang adalah kereta, limau kasturi adalah minyak pelincir yang memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Keseimbangan pH: Limau kasturi juga boleh membantu menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Kalau badan korang adalah sebuah orkestra, limau kasturi adalah konduktor yang memastikan semua instrumen bermain dalam harmoni. Ia membantu mengawal tahap keasidan dalam badan, menjadikan korang lebih sihat dan bertenaga.

Jadi, bila korang memotong limau kasturi, ingatlah bahawa buah kecil ini lebih daripada sekadar penambah rasa. Ia bagaikan superhero dalam dunia buah-buahan, siap sedia untuk menyelamatkan hari korang!

21/09/2024

Kenali bawang dan manfaatnya.

Bawang, satu lagi bahan dapur yang sering kita anggap remeh. Kadang-kadang ia seperti "penyembunyi" di sebalik sos atau sup, tapi sebenarnya, bawang adalah superhero dalam dunia masakan. Mari kita kenali bawang dengan lebih dekat dan ketahui manfaat hebatnya!

Kenali bawang dan manfaatnya.

Jenis-jenis bawang dan keistimewaannya.

1. Bawang merah. - Bawang merah adalah bahan utama dalam kebanyakan masakan Asia. Ia memberi rasa yang lebih manis dan tajam. Tak seperti cinta pertama yang kadang-kadang pahit, bawang merah ini lebih manis bila sudah dipotong halus.

2. Bawang putih. - Kalau bawang merah adalah hero di dapur, bawang putih adalah penjaga pintu. Ia memberikan rasa yang kuat dan aroma yang mengundang selera. Bawang putih juga dikatakan mempunyai kuasa melawan pelbagai penyakit. Tapi jangan terlalu banyak makan, nanti mulut korang jadi "senjata mematikan". Haha.

3. Bawang bombay. - Bawang Bombay adalah yang paling besar antara semua jenis bawang. Ia memberikan rasa yang lebih lembut dan manis. Jika anda memotongnya, bersedialah untuk berasa seperti sedang menari dengan lagu "cry me a river".

4. Bawang daun. - Ini adalah bawang yang paling comel dan menyegarkan. Ia sering menjadi hiasan dalam hidangan, tapi jangan disangka hanya kerana saiznya, ia tak berharga. Bawang daun adalah penambah rasa yang hebat.

Manfaat bawang untuk kesihatan.

1. Bawang adalah rakan baik bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah. 

2. Bawang mengandungi antioksidan dan vitamin C yang boleh menguatkan sistem imun. Ia bagaikan penjara penghalang virus yang tak kelihatan. 

3. Sifat anti-radang dalam bawang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Boleh dikatakan, bawang adalah kawan setia jantung korang. 

4. Bawang mempunyai kemampuan untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah. 

5. Penyelidikan menunjukkan bawang mempunyai sifat anti-kanser. Walaupun bawang tak boleh menggantikan rawatan perubatan, ia boleh menjadi "sahabat" yang baik dalam usaha mencegah kanser.

So, bawang bukan sekadar bahan dapur yang memudahkan kita dalam memasak, tapi ia juga penuh dengan manfaat kesihatan yang luar biasa. Walaupun ia mungkin membuat korang menangis semasa memotong, ingatlah bahawa ia adalah pelaburan untuk kesihatan korang.

Jangan lupa untuk memasukkan bawang dalam hidangan, dan jadikan ia sebagai teman setia di dapur dan dalam kehidupan korang!

20/09/2024

Khasiat jus tembikai: Rahsia awet muda dan ceria sepanjang hari!

Siapa sangka, jus tembikai bukan saja sedap, tapi juga boleh buat kita rasa macam supermodel sepanjang hari! Kalau korang tengah cari minuman yang bukan saja menyegarkan tekak, tapi juga membantu korang untuk kekal awet muda dan bertenaga, jus tembikai adalah jawapannya. Mari kita lihat beberapa khasiat yang buat jus tembikai ni jadi pilihan ramai.

Khasiat jus tembikai: Rahsia awet muda dan ceria sepanjang hari!

Kaya dengan vitamin C – Bye-bye kulit kusam!
Nak kulit glowing tanpa perlu guna highlighter? Jus tembikai penuh dengan Vitamin C yang boleh bantu kulit korang kekal cerah dan bebas dari masalah jerawat. Siap boleh feeling bak mak datin, kulit gebu je memanjang.

Melembapkan kulit – Tak payah minum air banyak dah!
Tembikai ni 90% air, jadi kalau malas nak minum air kosong, jus tembikai boleh jadi penyelamat. Boleh minum sambil fefeling macam tengah cuti di tepi pantai. Awas, jangan sampai termenung jauh sangat!

Antioksidan semulajadi – Kuatkan pertahanan badan.
Badan korang pun perlukan pertahanan macam hero dalam drama. Jus tembikai ada lycopene, antioksidan yang bantu melawan radikal bebas. Kiranya, jus ni boleh jadi sidekick korang dalam melawan pelbagai penyakit.

Tenaga cepat dan mudah – Nak jogging pun boleh!
Jus tembikai kaya dengan elektrolit, jadi kalau korang rasa letih lepas bersenam atau bekerja, minum je segelas jus ni. Dalam sekelip mata, tenaga pun datang balik. Siap boleh sambung jogging sambil senyum lebar!

Menjaga kesihatan jantung – Biar berdegup kencang, tapi jangan over!
Nak jantung sihat? Jus tembikai boleh bantu kurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung. Tapi awas, jangan minum sampai jantung berdegup kencang sebab terlalu excited!

Jadi, apa lagi alasan untuk tak minum jus tembikai? Selain menyegarkan, jus ni juga bantu korang kekal sihat dan ceria. Minumlah dengan penuh gaya dan jangan lupa aura positif itu penting, tau!

19/09/2024

Cengkih: Rempah berharga dengan manfaat kesihatan.

Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium Aromaticum adalah rempah yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional di seluruh dunia. Ia berasal dari bunga kering pokok cengkih yang tumbuh di kawasan tropika seperti Indonesia, Malaysia dan India. Cengkih terkenal dengan rasa yang kuat dan aroma yang khas menjadikannya bahan penting dalam pelbagai hidangan dan campuran rempah.

Cengkih: Rempah berharga dengan manfaat kesihatan.

Manfaat kesihatan cengkih.

1. Kaya dengan antioksidan : Cengkih mengandungi sebatian antioksidan seperti eugenol, yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Ini dapat mengurangkan kerosakan sel dan menurunkan risiko penyakit kronik.

2. Antiinflamasi: Eugenol juga mempunyai sifat antiinflamasi, yang dapat membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Ini menjadikannya berguna dalam merawat keadaan seperti arthritis dan penyakit peradangan lain.

3. Antibakteria dan antiviral: Cengkih mempunyai sifat antibakteria dan antiviral yang kuat, membantu melawan jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

4. Meningkatkan kesihatan pencernaan: Cengkih boleh merangsang pengeluaran enzim pencernaan, mengurangkan gas dan kembung, serta membantu meredakan sakit perut.

5. Menyokong kesihatan pergigian: Minyak cengkih sering digunakan dalam produk penjagaan gigi sebab kemampuannya untuk mengurangkan kesakitan gigi dan melawan jangkitan mulut.

Cara menggunakan cengkih.

Cengkih boleh digunakan dalam pelbagai cara:

- Masakan: Tambah cengkih dalam hidangan seperti kari dan sup untuk memberikan rasa yang unik.

- Minuman: Buat teh cengkih dengan merebus beberapa biji cengkih dalam air panas.

- Minyak Cengkih: Gunakan minyak cengkih secara luaran untuk merawat sakit gigi atau sebagai bahan dalam produk penjagaan kulit.

Cengkih bukan sahaja menambah rasa dan aroma dalam masakan, tapi juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Dengan sifat antioksidan, antiinflamasi dan antibakteria, cengkih merupakan tambahan berharga kepada diet dan rejimen kesihatan. Moga bermanfaat.

25/10/2022

Khasiat kacang bendi.

Siapa suka makan kacang bendi. Ada orang suka masak kacang bendi ni, contohnya campurkan dalam kuah asam pedas, kuah kari tak pun tumis gitu je dengan belacan. Tapi, ada gak memakan kacang bendi ni sebagai ulam. Cicah pulak dengan sambal belacan. Perghhh, sedap wehh. Tak sedar licin nasi dua pinggan. Haha. 

Khasiat kacang bendi.
Khasiat kacang bendi. Kredit Google

Kacang bendi ni pulak sebenarnya banyak khasiatnya. Nak tau ke? Jom baca ni;

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Caranya, rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan.
  11. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
  12. Dalam bidang perubatan tradisional pulak, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum. Ia dikatakan mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak/radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
  13. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  14. Manakala, lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  15. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
  16. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Kredit telepesanbonda