"Luahan Rasa Tanpa Suara"

31 December 2014

Rapi 2015...

December 31, 2014 0
Siapa yang dah beli majalah Rapi keluaran pertama 2015? Cikla dah. Memang majalah ni menjadi majalah kegemaran cikla. Tak pernah miss membelinya. Sebulan 2 kali keluaran. Belek punya belek, macam dah lain je cover majalah. Berwajah barukah? Hehe. Cuba tengok ni.

Rapi 2015...
Rapi 2015...

Sebagai salah seorang pembaca setia majalah ni. Ceewaah. Memang cikla perasan ada kelainan sikit pada covernya. Nampak macam comel dan matang gitu. Ermm, harganya pun dah naik sikit. Kalau dulu harganya RM4 senashkah, sekarang RM4.50 pula. Tapi, takpelah. Berbaloi dengan isi yang terkandung didalamnya. Berbagai tips dan info terutama berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan ada.

Welcome 2015!

December 31, 2014 2
Sungguh cepat masa berlalu. Kita sudah pun berada di hari terakhir tahun 2014. Alhamdullillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini. Cikla percaya sepanjang tahun 2014 ini berbagai kisah yang kita lalui kan? Tak kira kisah suka mahupun duka.

Ya, sememangnya 2014 meninggalkan pelbagai kisah terutama kepada negara kita yang tercinta ini. Kisah yang paling memilukan adalah kisah kehilangan pesawat MAS, MH370 yang sehingga kini ghaib entah ke mana. 

Kemudian, tragedi yang menimpa MH17, yang mengorbankan banyak nyawa dan yang paling terbaru tragedi yang menimpa pesawat Air Asia Indonesia. Tak lupa juga peristiwa banjir yang terburuk terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Sesungguhnya, semuanya pasti ada hikmah, dan hanya Allah yang mengetahui.

Welcome 2015!
Welcome 2015!

Bagi diri cikla sekeluarga, cikla bersyukur kerana masih diberi waktu untuk melalui hari seterusnya. Sejujurnya, memang tahun 2014 memberi kenangan manis masam pahit payau kepada kami sekeluarga. Kenangan manis tentunya lahirnya putera cikla Ahmad Ammar Rizqie. 

Kenangan yang kurang manis pulak adalah perginya makcik cikla ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang beriman. Aamiin. Tak lupa jugak, pengalaman cikla berkampung di hospital selepas melahirkan baby Ammar.

Apa yang penting semua kenangan pahit manis memberi kita ikhtibar dan pengajaran kepada kita menjadi yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru 2015. Tahun baru, azam baru. InsyaAllah.

30 December 2014

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.

December 30, 2014 4
Sebelum cikla kelupaan dan story ini menjadi basi, nak nak pulak kebetulan cikla ada masa nak update blog ni, cikla nak share aktiviti cikla bersama keluarga hujung minggu lepas. Manalah tau mungkin korang teringin dan pernah pergi ke sini. 

Baiklah, meneruskan penceritaan cikla ini, sebenarnya ini pertama kali cikla sekeluarga masuk ke sini. Walaupun stay kat banting, tapi kami belum berkesempatan beriadah di sini. Jadi, inilah masa yang sungguh sesuai. Kebetulan suami cikla dapat tiket, so apa lagi. Jom!

Sebenarnya menarik juga kat sini, terutama untuk budak-budak. Memang terujalah. Tengok aje anak-anak cikla, sampaikan anak-anak cikla nampak macam konfius je nak main yang mana satu. Hehe. Budak-budak biasalah. Excited bebenor, lawak je cikla tengok. 

Berikut adalah antara "aksi-aksi" anak-anak cikla. Termasuklah ayahnya sekali. Cikla dengan baby Ammar jadi cameraman je, eheheeee.

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor..

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.

Selain dari itu, bersebelahan dengan kawasan theme park tu, ada satu kawasan untuk budak-budak bermain kereta mainan. 

Yang ni tak termasuk tiket. Kena bayar lain. Tak silap cikla, RM10 untuk 15 minit. Memang agak mahal. Dahlah pusing-pusing area situ je. Tapi, takpelah, bagi "can" kat anak-anak. Yang penting mereka enjoy.

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.

Sebenarnya banyak pilihan "kenderaan" yang boleh dipilih. Kereta ada, motor pun ada. Tapi, anak cikla pilih jeep dengan kereta. Kereta ni boleh dipandu sendiri. 

Macam anak cikla yang kedua tak pandai bawa sendiri, so terpaksalah ayahnya control untuk dia.

Selain itu, siapa yang nak merasa menunggang dinasour pun ada kat sini. Tapi, dinasour mainanlah. Giler apa nak tunggang dinasour betul. Nak kena ngap, hehe. Bayarannya pun sama, RM10 untuk 15 minit. 

Tapi, cikla rasa puaslah sikit naik car dari dinasour sebab pergerakan dinasour ni punyalah slow motion, cikla agak dalam 10km/j kot. Hehe. 

So, anak-anak cikla hanya ber"posing" je dengan dinasour ni. Lain kalilah ye nak oii kalau nak menonggangnya.

Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.

Have fun here.

26 December 2014

Macam-macam nama kuih....

December 26, 2014 1
Cikla rasa kalau kuih tradisional namanya memang macam agak pelik sikit. Tapi takdelah. Nama je pelik janji sedap. Hihi.

Macam-macam nama kuih....
Macam-macam nama kuih....

Haha. Macam-macam kan.



25 December 2014

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

December 25, 2014 2
Ahad lepas bersamaan 21hb Disember 2014, berlangsungnya majlis cukur jambul baby Ammar. Kebetulan genap 3 bulan usia baby Ammar. Kejap je masa berjalan. Oklah, cikla nak share kenangan manis masa majlis tu. Hehe.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Ni bunga telur untuk majlis tu. Dah macam orang kawin pulak kan? Hehe. Tapi cikla tak letak telur pun. Cikla just letak puding yang macam sumi tu je. Dah siap. Jimat dan comel gak.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Yang ni pulak cenderamata dari kami sekeluarga untuk tetamu. Cute tak? Kami memang nak buat se" simple yang boleh. So, inilah hasilnya. Kat bawah ni pulak antara babak-babak semasa majlis cukur jambul berlangsung. (ceh, ayat skema sungguh, hehe.)

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Mujurlah baby Ammar diam je masa orang gunting rambut dia. Siap senyum manis lagi. Hehe.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Ni pulak gambar famili cikla. Mak, adik dan kawan adik. Hehe. Yang kat bawah ni gambar baby Ammar dengan anak sedara cikla. Amboi, sempat posing lagi mereka-mereka ini

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie. 

Lastly, cikla belanja picture baby Ammar sebelum dan selepas dibotakkan, hehe. Comel tak? Hehehe.

Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.
Majlis cukur jambul Ahmad Ammar Rizqie.

Semoga anak ibu membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang soleh. Ibu dan ayah sayang Ammar, muahhh ciked.

24 December 2014

Hakikat....

December 24, 2014 4
Semoga kita semua menjadi isteri yang setia dan taat pada suami. Aamiin.

Hakikat....
Hakikat.... 

"Suatu hari nanti, kita akan tua. Mata akan kabur, telinga akan tuli, suara kurang kedengaran lagi. Namun, isteri yang baik akan sentiasa baik. Setia bersama hingga akhrinya walaupun kita lupa hingga bertanya, awak siapa?"

Deepppp.

18 December 2014

Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan.

December 18, 2014 8
Dekat rumah cikla memang ada pokok belimbing buluh ni. Adalah dalam 2-3 pokok. Sekali berbuah serentak memang tak termakan-makan. Hehehe. 

Sebenarnya banyak khasiat buah ni yang kita tak tau. Inilah yang cikla nak kongsikan.

Buah belimbing buluh ni biasanya dimakan mentah, dibuat sambal, acar dan lain-lain. Kalau mak cikla pulak, biasanya dia peram dengan garam dan rendam dalam air. 

Macam kita buat jeruk homemade tu. Basuh bersih belimbing buluh ni kemudian dimasukkan dalam balang yang ditambah garam. 

Lepas tu, tutup rapat-rapat dalam balang, kalau nak guna just tambahkan aje. Biasanya ia ditambah dalam masakan kari atau asam pedas. Sedapnya.

Ada juga orang buat buah ni sebagai minuman herba, dengan cara diawet dengan garam. Ia dipercayai dapat merawat batuk kokol, perut memulas, panas badan, seriawan usus dan penyakit darah tinggi.

    Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan.
    Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan. Sumber Google.

    Di samping itu, daunnya pulak boleh direbus dan dijadikan penawar masalah bengkak pada dubur, melegakan demam panas, merawat diabetes, dan lain-lain. 

    Air rebusannya juga boleh disapu di muka untuk merawat masalah jerawat dan beguk. Daunnya boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Ia boleh dijadikan alternatif untuk mencuci logam bagi menghilangkan kotoran.

    Banyak rupanya khasiat buah ni kan? Nak menanamnya pun senang, cuma semaikan je bijinya dan siram air secukupnya. Semoga ini akan memberi pengetahuan baru pada kita. 

    Sumber dari MajalahWanita.

    17 December 2014

    Istilah SENDIRI dalam rumah tangga.

    December 17, 2014 5
    Agak-agak ada yang terasa tak? Maaflah, ini sekadar renungan. Bagi cikla, tak salah para isteri untuk berdikari. Orang cakap, tak nak 'susahkan' suami. Lebih-lebih kalau suami yang sibuk berkerja.

    Istilah SENDIRI dalam rumah tangga.
    Istilah SENDIRI dalam rumah tangga.

    Semoga bermanfaat. 

    14 December 2014

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    December 14, 2014 2
    Ada yang belum tidur ke? Cikla teringat pulak nak share moments cikla bersama keluarga siang tadi. Maknanya sabtu semalam. Sebenarnya, cikla sekeluarga pergi berlibur di Kids Paradise dekat Klang Prade. Ini first time kami datang kat sini.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Nak masuk sini, of courselah kena bayar. Tak silap cikla, bayaran seorang budak RM35. Tapi, orang dewasa tak perlu bayar sebab untuk seorang budak boleh diwakili oleh dua orang dewasa. Faham tak? 

    Dan tiket ni untuk 7 kali main. Pastu, sebelum masuk dalam diwajibkan pakai socks dan gelang macam kat dalam gambar ni.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Bila dah masuk apa lagi mulalah ke'excited'an anak-anak cikla ni. Budak-budak biasalah. Pantang tengok mainan, memang seronok giler. Walau macam manapun, kena pantau gak. Malang kan tak berbau. Biarlah gambar yang berkata-kata, heheheee.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Jangan tak tau, kat sini ada gak tempat budak-budak boleh main "pasir", tapi ni pasir buatan. Macam ala-ala main pasir kat tepi pantai tu.

    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.
    Jom gembirakan anak-anak di Kids Paradise, Klang Prade.

    Tengoklah anak-anak cikla. Dah memang hobi diaorang main camni. Kalau kat umah memang abislah keliling umah diorang explore. Memang tak ingat nak baliklah. Siap nangis-nangis tak nak balik. Aduhailah anak. 

    Tapi cikla rasa berbaloilah kalau kita bawak anak-anak enjoy kat sini. Pekerjanya pun ramah tamah. Rasanya tempat ni buka around 10 am till 9.30 pm everyday. 

    Oh ya, untuk pengetahuan korang, pasal fee masuk rasanya kalau hari biasa RM28 per kid. Kalau weekend mahal sikit, RM35 per kid. Kalau tak silap cikla lah.

    12 December 2014

    SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

    December 12, 2014 0

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/12/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-akhir.html?m=1

    Nak join klik banner kat atas tau.

    -TAMAT SUDAH-

    11 December 2014

    Oh manjakani!

    December 11, 2014 4
    Cikla percaya ibu-ibu terutamanya ibu yang melahirkan anak mesti tau apa dia manjakani kan? 

    Apa yang cikla tau, sejak zaman nenek moyang kita lagi, buah manjakani memang digunakan untuk memulihkan malah merawat masalah dalaman wanita. 

    Boleh dikatakan herba ni hebatlah untuk mengembalikan 'kecantikan' dalaman wanita. Oklah, sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh buat dengan menggunakan herba hebat ini. Meh cikla bagitau.

    Rebus 10 biji buah manjakani. Biarkan sehingga mendidih kemudian biarkan ia suam dan simpan dalam botol khas. 

    Setiap kali mencuci vagina, gunalah air rebusan ini. Kelebihannya adalah ia dapat menghilangkan bau dan merawat masalah keputihan. 

    Sebaiknya gunakan air rebusan ini tiga hari sahaja. Selepas itu buatlah air rebusan yang baru supaya khasiatnya terjamin.

    Jadikan buah manjakani sebagai ulam. Caranya, ambil sebiji buah manjakani, masukkan dalam nasi yang sedang mendidih. 

    Bila nasi kering, ambil buah itu dan potong kecil-kecil dan makan bersama nasi panas. Untuk pengetahuan, buah manjakani sangat pahit. Caranya, kepalkan nasi bersamanya dan kunyah perlahan-lahan.

    Oh manjakani!
    Oh manjakani! Image credited to google.

    Untuk awet muda, rebus 2-3 biji buah manjakani dan biar sampai mendidih. Bila dah suam, minum cukup sekadar 1/2 cawan sahaja setiap pagi. 

    Ia dapat memberikan tenaga dan membantu menguatkan otot vagina, selain melangsingkan badan dan awet muda.

    Bagi menyembuhkan luka jahitan terutamanya luka selepas bersalin. Caranya ambil sebiji buah manjakani, kemudian asah menggunakan belakang pisau bersama dengan sedikit air. 

    Sapukan pada bahagian luka. Luka akan cepat sembuh dan vagina kembali mantap. 

    Sebenarnya yang last tu memang cikla buat setiap kali cikla bersalin. Memang betul, luka bersalin cepat kering dan elok.

    Sumber tips dari Majalah Wanita/tipscantik.

    10 December 2014

    Petua harumkan kereta.

    December 10, 2014 2
    Cikla nak share satu petua mudah macam mana nak wangikan kereta. Sekarang kita tengok kat pasaran pun harga pewangi kereta macam mahal je. So, inilah cara termurah untuk kita wangikan kereta kita. Caranya letakkan daun pandan. Sesiapa yang tak pernah tengok daun pandan (takkanlah kot), ni cikla tunjuk gambarnya.

    Petua harumkan kereta.
    Petua harumkan kereta. 

    Sebenarnya cikla pun guna cara ni. Senang je, hiris kasar beberapa helai daun pandan kemudian bungkus dalam kain net (kain yang jarang). Ikat kemas dan letak bawah kerusi. Bila daun pandan dah kering dan tak keluarkan bau lagi, tukar yang baru. Macam mana? Senangkan? Apa lagi, jom kita buat reramai.

    Image from internet. Info from Majalah Wanita/petua.

    Tounge no bones!

    December 10, 2014 2
    Just read.

    Tounge no bones!
    Tounge no bones!

    "The tongue has no bones, but is strong enough to break a heart. So, be careful with your words.

    Betul tu, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap telah melukai hati orang lain. Tau-tau orang dah berjauh hati dengan kita. Paling sedih, bila orang mula "menjauhi" kita.

    So, berhati-hatilah.

    Happier Life....

    December 10, 2014 0
    Jom amalkan bersama.

    Happier Life....
    Happier Life.... Image credited to google 

    09 December 2014

    Kuat....

    December 09, 2014 0
    Sekadar renungan kita semua.

    Kuat....

    Besi itu kuat, tapi api mampu meleburkannya. 
    Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya. 
    Air itu kuat, tapi awan mampu menyerapnya. 
    Awan itu kuat, tapi angin mampu menolaknya. 
    Angin itu kuat, tapi bukit mampu menghalangnya. 
    Bukit itu kuat, tapi manusia mampu menghancurkannya. 
    Manusia itu kuat, tapi nafsu mampu menundukkannya. 
    Nafsu itu kuat, tapi iman mampu mengalahkannya. 
    Tapi, bila iman kuat tiada apa yang mampu mengalahkannya. 

    "Ya Allah, kuatkan iman kami di mana saja kami berada." Aamiin ya rabb.

    Tapi, yang mengalahkan iman pula ujub.

    Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri, merasa diri hebat, bangga diri dan terpesona dengan kehebatan diri. 

    Orang  yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya. 
    Orang yang berilmu merasa kagun dengan ilmunya. 
    Orang yang berjawatan tinggi merasa kagum dengan jawatannya. 
    Orang yang petah berbicara merasa kagum dengan kepetahannya.
    Orang yang berdakwah merasa kagum dengan dakwahnya.

    Walhal, semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah yang diberikan kepada manusia. 

    Semoga bermanfaat. 

    Sumber dari WHATSAPP.

    06 December 2014

    Solat.....

    December 06, 2014 7
    Sekadar perkongsian untuk ingatan kita semua.

    Solat.....
    Solat..... Kredit Google.

    1. Orang yang tak solat akan ada banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus.

    2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias.

    3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat. Insyallah bahagia." - Ustaz Don Daniyal.

    4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus.

    5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin.

    6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal.

    7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

    8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. - Sheikh Abdullah Jahaf.

    9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani.

    10. Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!". Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya". InsyaAllah - TG Harun Din.

    11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol.

    Akhir kata:

    Rasulullah bersabda,

    "Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala."

    Sumber:  Whatsapp.

    Oh tidak.....

    December 06, 2014 2
    Hai korang, lum tidoq ke? Alahai, belum mengantuk lak mata ni walaupun dah kuyu-kuyu ala2 mata hero filem Rambo tu, hehe. Takpelah, boleh jugak curi masa update belog ni. 

    Semenjak anak dah ramai ni, masa macam agak terhad sikit. Bila siang, biasanya busy dengan rutin harian. Bila malam plak, mata dah ngantuk and very tired you know. Dah tak nampak apa dah. Nampak bantal je, hehehe.

    Oh tidak.....
    Oh tidak..... *image from internet.

    Tengok gambar kat atas tu. Rasa-rasanya realiti ada ke kes camtu? Hehe, kot kot ada rasanya kan. Tak mustahil, betul tak? Cian tengok kan. Dah nampak tak terurus mamanya. 

    Tapi kan kalau cikla takdelah sampai macam tu. Keadaan masih boleh dikawal lagi. Hahaha, still under control bak kata orang putih. Kalau tak mau jadi macam incredible hulk kata ko, hihihi.

    Nanti sambung lagilah. Kang termerepek melalut ke laut lak.

    05 December 2014

    Ajarkan sedari kecil....

    December 05, 2014 0
    Anak oh anak. Cikla percaya siapa yang ada anak mesti kadang-kadang macam pening kepala mengadap kerenah anak yang berbagai-bagai corak. Ada yang begini, ada yang begitu. Yang kakak begitu, yang adik pulak begini. Haishhhh.

    Kadang-kadang terfikir jugakkan mak abah kita dulu anak bukan seorang dua. Paling sikit pun 6 orang. Tu paling sikit tu. Diaorang steady je dalam menguruskan anak-anak mereka. Macam cikla sendiri, adik-beradik cikla pun ada enam. 

    Memang tak dinafikan dikalangan kami adik-beradik macam2 kerenah kami. Alhamdullilah kami dibesarkan dengan baik sekali, cukup serba-serbi ilmu dunia dan akhirat.

    Bagi cikla sebenarnya semuanya seharusnya dimulakan sedari kecil. Bak kata orang, melentur biarlah dari rebungnya. Tapi, rasanya cara orang dulu dengan orang sekarang mendidik anak-anak mereka berbeza. 

    Ajarkan sedari kecil....
    Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google.

    Cikla takdelah cakap yang cikla terror dalam bab didik-mendidik anak ni. Kadang-kadang cikla temper gak dengan kerenah anak-anak cikla (sabar jelah kan). Rasanya kita kena jugak jadikan guideline apa yang mak pak kita ajar masa kita kecil-kecil dulu.

    Bagaimana cara menghormati orang lain, menghormati hak orang lain dan adab2 bila bertutur dengan orang yang lebih tua. 

    Itu belum lagi tatacara menjaga batas pergaulan dan tingkah-laku bila terpaksa berdikari sendiri. Ni kes untuk anak-anak yang tinggal berjauhan dari keluarga.

    Memang anak-anak cikla kecil-kecil lagi, tapi tak dinafikan kekadang cikla risau gak bila diaorang bergaul dengan budak-budak yang 'ligat' sikit. 

    Bukan apa, takut terpengaruh. Lagipun, kanak-kanak macam ni mudah terikut-ikut. Tak kira yang baik atau sebaliknya. 

    Ajarkan sedari kecil....
    Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google. 
     
    Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita (pada yang punya anak) supaya mereka membesar dalam suasana yang positif. Mudah-mudahan bila besar nanti mereka akan menjadi insan yang berguna. Aamiin.

    Nostalgia : Permainan tutup botol.

    December 05, 2014 2
    Salam Jumaat yang penuh rahmat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya. Aamiin. 

    Oklah, refer kepada gambar di atas, cewahhh mesti ramai yang tau apa bendanya kan? Yezzaa, tutup botol. 

    Kalau kanak-kanak dulu-dulu memang familiar dengan benda ni. Tak silap cikla permainan popular kanak2 era 90-an. Ye ke? 

    Kalau dulu kalau mak kita beli kicap mesti kita kutip tutupnya kan? La ni pun tutup botol kicap still guna penutup cenggini. Air botol macam air coca-cola dulu-dulu pun tutupnya macam ni gak. Biasa botol kaca guna penutup macam ni.

    Nostalgia : Permainan tutup botol.
    Nostalgia : Permainan tutup botol.

    Sebenarnya tutup botol ni anak cikla yang punya. Dapat present masa beli air solivate. Diaorang bukan tau main pun. Saja simpan buat koleksi peribadi. Lagipun tengok macam cantik je, macam comel je, hehehe.

    04 December 2014

    Eh... batu ke ni?

    December 04, 2014 6
    Hai semua, dah lunch ke? Cikla tengah me'landing'kan diri selepas bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk keluarga tersayang, ececeh. Ayat tak boleh blah (bak kata bebudak sekarang). Eheheeeee. 

    Oklah, sebenarnya cikla nak share sejenis gula2 yang cikla rasa mungkin ramai yang dah tau kot. Cuba tengok gambar yang kat atas tu. Sekali tengok macam batu kan? 

    Jujur sejujur jujurnya cikla memang baru tau. Itu pun masa kenduri kawin adik sepupu cikla.

    Eh... batu ke ni?
    Eh... batu ke ni?


    Eh... batu ke ni?
    Eh... batu ke ni?

    Tengok ni. Hahaa. Sebijik sejibon macam batu yang kat dalam akuarium tu. Rerupanya coklat. Memang kreatipp bebenor siapa yang membuatnya. Memang tertipu abis.

    Eh... batu ke ni?
    Eh... batu ke ni?

    Yang ni pulak ole-ole yang cikla dapat masa majlis kawin adik sepupu cikla. Tapi, rasanya chocolate stone ada dua jenis kot. Satu jenis macam chewy tu, liat-liat sikit. Yang satu lagi memang coklat betul. Tu yang sedap tu.