Sekadar perkongsian untuk ingatan kita semua.
Solat..... Kredit Google. |
1. Orang yang tak solat akan ada banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus.
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias.
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat. Insyallah bahagia." - Ustaz Don Daniyal.
4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus.
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin.
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal.
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. - Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani.
10. Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!". Tapi cakap: "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya". InsyaAllah - TG Harun Din.
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol.
Akhir kata:
Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala."
Sumber: Whatsapp.
7 Comments
Banyak rahsia solat yang orang tak tahu kan.
ReplyDeleteGood entry, Cik La.. Bagus sbg peringatan utk diri ni hah :)
ReplyDeleteSharing is caring dear. Sama2lah kita ingat-mengingati....
Deletegreat sharing. btw saya singgah kembali. done follow :)
ReplyDeleteThanks sbb sudi singgah and follow blog picisan ini...
Deleteterima kasih berkongsi.
ReplyDeleteWlcme...
Delete