Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan.

Dekat rumah cikla memang ada pokok belimbing buluh ni. Adalah dalam 2-3 pokok. Sekali berbuah serentak memang tak termakan-makan. Hehehe. 

Sebenarnya banyak khasiat buah ni yang kita tak tau. Inilah yang cikla nak kongsikan.

Buah belimbing buluh ni biasanya dimakan mentah, dibuat sambal, acar dan lain-lain. Kalau mak cikla pulak, biasanya dia peram dengan garam dan rendam dalam air. 

Macam kita buat jeruk homemade tu. Basuh bersih belimbing buluh ni kemudian dimasukkan dalam balang yang ditambah garam. 

Lepas tu, tutup rapat-rapat dalam balang, kalau nak guna just tambahkan aje. Biasanya ia ditambah dalam masakan kari atau asam pedas. Sedapnya.

Ada juga orang buat buah ni sebagai minuman herba, dengan cara diawet dengan garam. Ia dipercayai dapat merawat batuk kokol, perut memulas, panas badan, seriawan usus dan penyakit darah tinggi.

    Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan.
    Kelebihan si belimbing buluh yang menakjubkan. Sumber Google.

    Di samping itu, daunnya pulak boleh direbus dan dijadikan penawar masalah bengkak pada dubur, melegakan demam panas, merawat diabetes, dan lain-lain. 

    Air rebusannya juga boleh disapu di muka untuk merawat masalah jerawat dan beguk. Daunnya boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Ia boleh dijadikan alternatif untuk mencuci logam bagi menghilangkan kotoran.

    Banyak rupanya khasiat buah ni kan? Nak menanamnya pun senang, cuma semaikan je bijinya dan siram air secukupnya. Semoga ini akan memberi pengetahuan baru pada kita. 

    Sumber dari MajalahWanita.

    8 comments:

    1. dulu pokok ni ada kat umah..selalu main masak2 guna buah ni..hehe..

      ReplyDelete
    2. Rumah ana ade lagi pokok ni. Kat belakang. Takyah jaga sgt, pokok ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tu la... kalau ada sepokok pun dah cukup kan. Berbuah memang byk..

        Delete
    3. buat sambal hitam sedap ni... tp yan beli yg dah siap je laa..x kose nak merebus nya lama.. hehehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sedap ke? Cikla tak pernah mkn. Pernah dgr je... hehe

        Delete
    4. boleh jugak dimakan as ulam dgn sambal2 kan :D mak ayah sy suka

      hanisamanina.com

      ReplyDelete

    Followers

    Top Commentators

    Library

    Labels

    TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

    Disclamiers

    Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

    Pageviews