Showing posts with label personaliti. Show all posts
Showing posts with label personaliti. Show all posts

01/04/2026

Tips elak bau badan dengan cara mudah dan semula jadi.

Alhamdullilah, kejap je dah masuk bulan April. Bulan lepas, memang mood sharing ke laut dalam. Tapi start bulan ni, cikla akan cuba untuk update setiap hari. Okeylah, jom apa yang cikla nak share ni. Baca sampai habis tau. 

Pernah tak korang rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai sebab risau bau badan? Situasi ni memang biasa je jadi, lagi-lagi dengan cuaca panas macam kat Malaysia ni. Peluh tu sebenarnya normal, tapi bila bercampur dengan bakteria, itulah yang boleh hasilkan bau yang kurang mengjengkelkan, huhu.

Tips elak bau badan dengan cara mudah dan semula jadi.

Sebenarnya, nak elak bau badan bukanlah sesuatu yang susah pun. Ia lebih kepada rutin harian dan cara kita jaga diri. Contohnya, mandi secara konsisten sangat penting, terutama selepas berpeluh. Gunakan sabun yang sesuai dan fokus pada bahagian yang mudah berbau macam ketiak, belakang badan dan kaki. Kadang-kadang kita mandi sekadar cukup syarat, tapi tak betul-betul bersih, itu pun boleh jadi punca bau tak best 

Selain tu, pemilihan pakaian pun pun mainkan peranan jugak. Baju yang diperbuat daripada material yang serap peluh seperti kapas lebih membantu berbanding fabrik sintetik. Bila peluh terperangkap dalam pakaian, bakteria lebih mudah membiak dan menyebabkan bau. Jadi, jangan ambil ringan bab ni ya. Dan paling penting, jangan ulang pakai baju tanpa basuh, walaupun nampak macam masih okay.

Pemakanan pun sebenarnya ada kaitan dengan bau badan. Makanan yang kuat bau seperti bawang putih atau makanan berempah boleh mempengaruhi bau peluh kita. Bukanlah kena elak terus, tapi kalau korang perasan badan mudah berbau lepas makan jenis makanan tertentu, mungkin boleh kurangkan sedikit. Minum air yang cukup pun penting supaya badan kita kekal segar dan membantu menyingkirkan toksin.

Kalau korang jenis aktif atau cepat berpeluh, penggunaan deodorant atau antiperspirant boleh bantu kawal bau. Pilih yang sesuai dengan kulit supaya tak menyebabkan iritasi. Ada juga yang suka guna alternatif semula jadi macam tawas atau baking soda dan itu pun boleh jadi pilihan kalau sesuai dengan badan masing-masing.

Apa yang ramai tak sedar, stres pun boleh jadi punca bau badan. Bila kita tertekan, peluh yang dihasilkan berbeza dan lebih mudah menyebabkan bau. Jadi, jaga emosi dan cuba cari cara untuk relax pun sebenarnya salah satu cara untuk kekal segar sepanjang hari.

Akhir sekali, keyakinan diri datang daripada cara kita jaga diri. Bila badan bersih dan segar, kita pun rasa lebih selesa untuk bergaul dengan orang lain. Jadi, mulakan dengan rutin kecil setiap hari, lama-lama ia akan jadi habit yang buat korang lebih yakin tanpa perlu risau lagi pasal bau badan.

Moga bermanfaat.

07/10/2025

Minimalisme: Cara hidup ringkas yang boleh buat hidup lebih tenang.

Pernah tak rasa macam hidup kita terlalu serabut? Buka almari, baju penuh sampai nak jatuh tapi bila nak keluar tetap rasa tak ada baju nak pakai. Rumah penuh dengan barang, tapi separuh pun kita jarang sentuh. Dalam kepala pun sama, banyak sangat nak fikir sampai rasa lelah sendiri. Masa nilah korang kena mula kenal apakah itu minimalisme.

Minimalisme ni bukan sekadar gaya rumah kosong atau dekorasi putih bersih macam dalam Pinterest tu. Sebenarnya ia lebih kepada cara kita pilih untuk hidup dengan lebih ringkas. Senang kata, kita buang benda yang tak perlu dan fokus pada apa yang betul-betul penting. Bunyinya macam mudah, tapi bila mula praktik, baru rasa betapa besar kesannya.

Saya dulu jenis suka beli barang sebab “nanti mesti guna”. Padahal akhirnya tersadai dalam stor. Bila cuba pendekatan minimalisme, saya mula tapis barang-barang. Mana yang betul-betul guna, saya simpan. Mana yang sekadar jadi habuk, saya lepaskan. Mula-mula sayang nak buang, tapi bila tengok ruang rumah makin lapang, hati pun rasa ringan. Betul kata orang, bila rumah bersih dan teratur, kepala pun rasa lebih tenang.

Minimalisme: Cara hidup ringkas yang boleh buat hidup lebih tenang.

Bukan barang je kita kena kemas, tapi juga cara kita fikir. Minimalisme ajar kita untuk tak terikat dengan benda yang sebenarnya tak penting. Contohnya, dulu saya suka trend nak barang baru, nak ikut gaya orang lain. Tapi lepas belajar hidup minimalis, saya lebih hargai apa yang saya dah ada. Tak perlu berlumba dengan orang lain, cukup fokus pada apa yang buat kita gembira.

Perubahan ni jugalah yang buat hidup rasa lebih bebas. Bayangkan, bila kita kurang sibuk dengan benda remeh, kita ada lebih masa untuk diri sendiri, keluarga dan perkara yang betul-betul bawa makna. Hidup jadi lebih simple, tapi dalam kesederhanaan tu lah kita jumpa ketenangan.

Jadi, kalau sekarang ni hidup terasa semak, mungkin inilah masanya untuk cuba minimalisme. Mula perlahan-lahan, kemas almari dulu atau kurangkan beli barang yang tak perlu. Dari situ nanti, perlahan-lahan kita akan rasa hidup lebih lapang, hati pun lebih damai.

Begitulah. 

23/07/2025

How being shy is hurting you!

Ye, memang tak dinafikan dari dulu lagi kita semua anggap malu itu adalah tanda sopan santun, lemah lembut atau mereka yang tak suka cari perhatian. Tapi, korang tau tak, di sebalik semua tu, ada sisi yang jarang kita fikirkan. Apa dia eh? Haa, kalau nak tau jom baca sampai habis. 

Bila rasa malu mula mengawal hidup, ia boleh menjadi seperti rantai halus yang perlahan-lahan mencengkam potensi diri kita. Kita mungkin tak sedar, tapi sebenarnya banyak pintu tertutup hanya kerana kita terlalu takut untuk mengetuk.

Seseorang yang pemalu seringkali mendiamkan diri walaupun hatinya ingin bercakap. Contohnya, dalam kelas, mereka mungkin tahu jawapan tapi tak berani nak angkat tangan. Kat tempat kerja pulak, mereka mungkin ada idea yang bernas tapi membiarkan orang lain mengambil pujian kerana mereka takut nampak ‘terlebih’. 

Manakala, dalam hubungan sosial, mereka mungkin ingin berkenalan dan ingin berkawan  tapi langkah pertama itu terlalu berat untuk diambil.

Masalahnya di sini, dunia ini jarang memberi ruang kepada orang yang diam. Dalam kerjaya, yang berani ke depan lebih mudah dilihat dan dihargai. Dalam hubungan, yang mampu meluahkan perasaan lebih mudah difahami. 

Dan dalam kehidupan secara umum, mereka yang yakin walaupun hanya berpura-pura akan lebih cepat melangkah ke hadapan. Malangnya, orang pemalu selalunya terperangkap dalam kepala sendiri. Mereka banyak berfikir, banyak menganalisis dan akhirnya lost the chance!

How being shy is hurting you!

Selain tu, rasa malu yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan mental. Dari sekadar rasa gugup, ia boleh membesar menjadi kebimbangan sosial, salah satu bentuk anxiety yang membuatkan seseorang takut dinilai, takut dihina atau takut melakukan kesilapan di depan orang lain. Ini bukan sekadar rasa malu biasa, tapi sesuatu yang boleh menyekat kehidupan sepenuhnya.

Yang lebih menyedihkan, orang pemalu selalunya juga sukar mempertahankan diri. Mereka mungkin tak tahu macam mana untuk menetapkan sempadan, tak biasa mengatakan ‘tak’, dan selalu meletakkan keperluan orang lain lebih utama daripada diri sendiri. Lama-kelamaan, mereka jadi letih, kecewa dan mula rasa seperti mereka tak cukup baik, hanya kerana tak mampu bersuara.

Namun begitu, sifat malu bukanlah sesuatu yang perlu dibuang sepenuhnya. Ia boleh jadi sifat yang mendidik kita untuk lebih berhati-hati dan lebih sensitif terhadap orang sekeliling. Tapi kalau ia sudah mula 'menyakitkan' kita dari segi emosi, hubungan, kerjaya dan keyakinan diri maka ia perlu dihadapi. Bukan dengan memaksa diri berubah secara drastik, tapi dengan langkah kecil. 

Berani bersuara sedikit demi sedikit, melatih diri mengenal suara hati sendiri dan memaafkan ketaksempurnaan yang mungkin berlaku di sepanjang jalan. Kita tak perlu jadi paling lantang. Tapi kita perlu belajar untuk tidak terus diam.

Pokok pangkalnya, malu itu biarlah bertempat dan kena dengan situasinya. Jangan biarkan malu menutup cahaya dalam diri yang sepatutnya bersinar. Sebab kadang-kadang, satu langkah kecil keluar dari zon selesa boleh membuka pintu besar yang menunggu kita di sisi lain.

Moga bermanfaat. 

09/01/2025

Good attitude is important?

Attitude ni ibarat enjin dalam diri. Kalau enjin rosak, memang tak boleh jalan jauh. Contoh paling simple, kalau kita asyik fikir negatif – “Aku tak boleh buat,” “Kenapa aku je yang kena,” atau “Memang nasib aku malang”, memang confirm lah, apa pun kita usahakan, mesti sangkut.

Bayangkan kalau setiap hari kita cucuk diri sendiri dengan vibe negatif. Hasilnya? Kita jadi malas nak cuba, cepat give up dan rasa orang lain selalu lebih baik. Padahal, yang kena ubah mindset tu adalah kita sendiri. Tukar dari “Aku tak boleh” kepada “Aku kena cuba.”

Good attitude is important?

Macam tayar yang pancit, kita kena 'top up' semangat. Cuba fikir, apa yang boleh bagi kita rasa positif? Cari circle kawan yang supportive, tengok benda-benda yang boleh motivate atau paling penting, cuba bersyukur walau sekecil benda kecil dalam hidup.

Attitude bukan benda yang terus boleh ubah overnight. Tapi kalau kita ambil langkah kecil – belajar senyum lebih sikit, fikir baik sikit dan cuba usaha sikit-sikit, lama-lama hidup kita pun automatik smooth.

Jadi, kalau rasa stuck sekarang ni, jangan salahkan jalan atau kereta. Cek dulu tayar attitude tu, mungkin dah lama bocor. Dah baiki? Baru boleh tekan minyak dan jalan jauh! Dapat sesuatu?

10/11/2024

Perkara yang introvert tak suka tapi jarang luahkan!

Kadang-kadang, kita nampak introvert ni macam orang yang pendiam dan suka menyendiri, kan? Tapi sebenarnya, ada banyak perkara yang dorang terpaksa hadap, walaupun dalam diam dorang tak suka pun. Dorang mungkin tak akan beritahu secara directly sebab bagi introvert ni menjaga hati orang lain is very important. 

So, jom baca apakah sebenarnya perkara-perkara yang introvert selalu hadapi dan kenapa benda ni buat dorang rasa tak selesa.

Perkara yang introvert tak suka tapi jarang luahkan!

Satu perkara yang ramai tak tahu adalah, introvert bukan bermaksud dorang ni anti-sosial atau tak suka bergaul. Dorang cuma ada cara berbeza untuk 'cas semula' tenaga dorang. Dorang ni sebenarnya lebih suka aktiviti yang melibatkan diri sendiri atau hanya bersama orang yang dorang rapat. 

Bila terlalu banyak aktiviti sosial, benda ni boleh so tired untuk dorang. Sebab itulah dorang mungkin akan elak dari perkara-perkara yang melibatkan ramai orang.

Ada juga yang tak faham kenapa introvert susah nak balas mesej atau telefon. Bukan sebab sombong, tapi bagi dorang, berbual melalui teks atau panggilan memerlukan tenaga yang banyak, terutama bila tak ada benda penting untuk dibualkan. 

Jangan terkejut kalau mesej hanya dibaca tanpa dibalas dan ini adalah cara mereka untuk kekal tenang.

Selain itu, introvert memang kurang gemar dengan kejutan atau acara yang tak dirancang. Kalau tiba-tiba diajak keluar atau ada suprise kat depan pintu tanpa beri tahu, dorang mungkin nampak tak selesa atau canggung. 

Bagi dorang, masa rehat atau masa sendirian adalah penting, jadi bila ada yang mengganggu, ia boleh jadi tekanan untuk dorang.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang introvert tak gemar, tapi tetap kena lalui sebab nak jaga hubungan dan suasana sekeliling. Dorang mungkin tak akan pernah beritahu secara direct, tapi dengan memahami sifat introvert, kita boleh lebih menghormati ruang dan privasi dorang. 

Ehh, ada geng introvert tak kat sini? Betul ke semua cite kat atas tu? 

07/10/2024

Penampilan diri tak seharusnya dipandang remeh. Betul ke?

Pernah tak korang dengar pepatah “don’t judge a book by its cover”? Tapi, korang tahu tak yang penampilan diri itu sebenarnya sangat  penting dalam kehidupan seharian kita? Memang, kita selalu anggap apa yang ada dalam diri kita adalah lebih penting daripada luaran. Namun, penampilan diri tak boleh kita nak pandang remeh. Sebab apa? Meh baca sampai habis. 

Bayangkan korang baru sahaja melangkah ke dalam sebuah bilik. Apa yang pertama kali orang lain tengok? Ya, penampilan korang! Dari cara korang berpakaian sampailah cara korang bawak diri, semua itu adalah first impression orang tentang korang. 

Penampilan diri tak seharusnya dipandang remeh. Betul ke?

Namun, ini bukanlah bermakna korang kena jadi seorang yang bergaya mahal atau mengikuti setiap trend terkini. Kadang-kadang, penampilan yang ringkas dan bersih sudah cukup untuk mencurik perhatian. Ini termasuklah memastikan pakaian korang bersih, tak berkedut dan sesuai untuk majlis yang dihadiri. Ingat, first effect itu sangat penting, jadi jangan ambil ringan soal memilih pakaian!

Selanjutnya, keyakinan. Cara korang interact dengan orang lain turut dipengaruhi oleh penampilan diri. Bila korang berasa baik tentang diri sendiri, keyakinan itu akan terpancar dari setiap gerak tubuh dan ekspresi wajah korang. So, kalau korang  berpakaian dengan cara yang membuat korang rasa hebat, secara tak langsung ia akan bagi aura positif kepada orang di sekeliling korang. 

Dan jangan lupa, penampilan diri juga termasuklah kebersihan peribadi. Mandi, menjaga rambut dan menggunakan wangian yang sesuai adalah langkah-langkah kecil yang boleh memberikan impak besar. Ia bukan hanya membuat korang rasa fresh, tapi juga menunjukkan yang korang menghargai diri sendiri.

Walaupun penampilan diri itu penting, apa yang lebih penting adalah keperibadian dan sikap kita. Sesiapa pun boleh je berpenampilan menarik, tapi tanpa sikap yang baik, ia semua menjadi sia-sia. Gabungkan penampilan yang baik dengan sikap yang positif dan lihat bagaimana ia dapat mengubah cara orang melihat diri kita.

Jadi, janganlah pandang remeh pada penampilan diri. Ia bukan sahaja tentang bagaimana korang dilihat, tapi juga tentang bagaimana korang merasakan diri sendiri. Penampilan yang baik, keyakinan yang kuat dan sikap positif adalah ramuan terbaik untuk menjadikan korang seorang yang menonjol dalam apa jua situasi. 

Dan siapa tahu, mungkin korang akan jadi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menjaga penampilan mereka juga! 

22/09/2024

Betul ke kalau lelaki buat kerja rumah hilang macho?

Lelaki buat kerja rumah hilang macho? Fuh, topik ni memang boleh buat ramai lelaki rasa tergugat. Takkanlah mop lantai boleh buat hilang aura kejantanan, kan? Tapi mari kita bongkar sedikit mitos ini.

Bila sebut pasal kerja rumah, ramai yang bayangkan perempuan je yang patut buat. Padahal, realitinya, kalau lelaki tolong buat kerja rumah, itu lebih menunjukkan sifat tanggungjawab. Bukankah tanggungjawab tu salah satu ciri macho sebenar? Memang macho kalau boleh urus dapur macam Chef Wan, kan?

Betul ke kalau lelaki buat kerja rumah hilang macho?

Bayangkan kalau seorang lelaki pegang penyapu dengan penuh bergaya, sambil dengar lagu rock kegemaran. Tak macho ke? Confirm pasangan akan kagum, lebih-lebih lagi kalau sambil menyapu, sempat lagi balas mesej romantis. Ala-ala multitasking gitu!

Kerja rumah sebenarnya ada pelbagai level macho. Level satu, mungkin vacuum rumah. Tapi bila dah sampai tahap lipat baju sambil tengok bola, itu dah level tinggi. Kalau sampai jahit baju koyak sendiri? Aduh, itu dah level 'macho ninja'! Siapa kata tukang jahit tak macho? Lagipun, tak perlu tunggu mak mertua perasan baju kita koyak, kan?

Kenapa kerja rumah boleh tingkatkan aura macho?

1. Bina otot: Mengangkat bakul baju yang penuh tu sebenarnya senaman beban juga. Tak payah pergi gym dah!

2. Pikat hati pasangan: Bila pasangan nampak korang basuh pinggan tanpa disuruh, hati mereka cair. Hilang macho? Tak, yang hilang cuma masalah rumah tangga!

3. Time management king: Lelaki yang mampu urus kerja rumah dengan baik, pasti pandai urus masa. Itu kelebihan yang sangat macho dalam dunia moden ni.

Macho bukan sekadar penampilan, gitu! Hahaha. Jadi, adakah lelaki buat kerja rumah hilang macho? Sebenarnya, tak ada kena mengena dengan hilang macho. Malah, lelaki yang buat kerja rumah dengan ikhlas dan penuh gaya adalah lambang kejantanan moden. Lagipun, tak ada salahnya jadi macho dengan mop di tangan, kan?

Ingat, macho bukan sekadar di gym. Kadang-kadang, macho tu ada di dapur, di bilik mandi dan di ruang tamu. Tempat di mana lelaki sebenar menunjukkan kemampuan mereka untuk mengendalikan segala-galanya!

06/05/2024

Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat?

Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat?
Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat? Kredit image to Google. 

1.  Imej diri (yourself image). - Letakkan mindset saya nak jadi hamba allah yang taat, sebab level tertinggi adalah dengan menjadi hamba Allah yang taat.

2. Aqidah (your believe system). - Iaitu kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah. Setiap pagi amalkan bacaan Asmaul Husna dan hayatinya dengan bersungguh-sungguh.

3. Cari ilmu (gain new knowledge). - At least 1 hour per day we learn new knowledge. Paksa diri banyakkan baca buku. Dari paksa lama-lama jadi biasa.

4. Ubah tingkahlaku diri kita (change your behavior). - Solat awal waktu, tidur awal, bangun awal dan paksa bangun tahajud. Dari paksa lama-lama jadi biasa.

5. Jaga circle (inner circle). - Tengok siapa orang sekeliling yang kita selalu jumpa, siapa orang yang kita follow di social media. Tolong keluar dari semua group whatsapp yang beracun dan jauhkan diri dari toxic people.

Bonus!

Hargai segalanya, ucap terima kasih, minta maaf dan jangan lupa memaafkan orang sebelum tidur.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner 

28/02/2023

Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan?

Sedar tak sedar kita dan berada di penghujung bulan Fabruari 2023 dah. Alalhu, cepatnya masa berjalan. Ampunilah dosaku ya Allah jika selama ini aku leka dengan hal yang melaghakan. So, disepanjang hari-hari yang dah berlalu ni korang perasan tak apa isyarat atau sign yang menunjukkan korang ni adalah seketul manusia yang jauh lebih baik berbanding apa yang korang fikir selama ini? Korang nak tau? Meh baca ni, manalah tau ada kena dengan personaliti korang sekarang ni. 

Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan?
Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan? Kredit pic Google.

  1. Korang suka puji orang lain sebagai tanda menghargai dan memang dia layak dipuji.
  2. Korang selalu bersyukur dengan kehadiran keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling. Korang sangat menghargai mereka yang rapat dalam hidup korang.
  3. Korang sentiasa baik dan menghormati orang lain. Korang akan layan semua orang seperti mana yang mereka inginkan tanpa ada sedikit pun diskriminasi atau pilih kasih.
  4. Korang fokus bila mendengar orang sedang berkata dan rajin berpesan-pesan untuk kebaikan. 
  5. Korang sentiasa jujur dalam percakapan serta menyampaikan kebenaran dan realiti.
  6. Korang bersifat optimis dalam usaha yang dilakukan. Korang juga sentiasa mahu yang terbaik, namun jika ada perkara tak jadi seperti yang dirancang, korang tak kecewa dan terus berusaha lagi.
  7. Korang rajin bersedekah dan sentiasa menyumbang masa dan tenaga untuk memberi manfaat pada orang lain.
  8. Korang sentiasa bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan. Korang tak menghilangkan diri bila hal menjadi kompleks dan sentiasa buat yang terbaik dalam tugasan yang  diberikan.
  9. Korang sentiasa terbuka untuk pembaharuan dan penambahbaikan. Korang jugak belajar dari pengalaman dan sentiasa inginkan kemajuan dalam hidup dan masa depan.
  10. Orang boleh mempercayakan korang. Waktu mereka susah dan senang, mereka sentiasa ingat korang.

Cuba tanya pada diri sendiri, ada tak ciri-ciri ini dalam diri korang dan kalau takde, korang kenalah usaha sampai korang dapat capai semua karakter yang baik.

Moga bermanfaat. 

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah.

25/06/2020

10 karektor anak sulung yang korang kena tahu.

Siapa anak sulung? Kita geng!

10 karektor anak sulung yang korang kena tau.
10 karektor anak sulung yang korang kena tahu. Gambar kredit Google. 

1. Matang.
2. Mudah memaafkan.
3. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati.
4. Happy go lucky.
5. Penyayang dan mudah mesra.
6. Suka tersenyum walaupun tengah bersedih.
7. Caring, susah nak lupa orang yang dia sayang.
8. Manja, tapi tak tunjuk.
9. Bertanggungjawab.
10. Kadang-kadang degil.

Macam kena je semua. Suratan atau kebetulan? Hihi.

Kredit : Hipotesis Cinta.

01/06/2020

15 fakta anak sulung berdasarkan kajian Datuk Dr. Haji Fadhilah Kamsah.

Siapa anak sulung? Kita geng! 

15 fakta anak sulung berdasarkan kajian Datuk Dr. Haji Fadhilah Kamsah.
15 fakta anak sulung berdasarkan kajian Datuk Dr. Haji Fadhilah Kamsah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

1. Senang memaafkan orang.
2. Garang macam harimau.
3. Kalau gelak, tak ingat, dunia.
4. Sensitif tapi  berhati lembut. 
5. Mempunyai ramai peminat.
6. Mudah menyayangi orang lain.
7.Sukar melupakan orang yang dia sayangi. 
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai. 
9.Senyuman tetap di bibir walaupun sedang bersedih. 
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya. 
11. Seorang yang manja.
12. Menyukai haiwan. 
13. Seorang yang peramah. 
14. Mudah menangis. 
15. Lemah dalam percintaan. 

Betul ke tak tu?

16/03/2020

3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.

Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu memimpin dirinya sendiri sebelum dia memimpin orang lain. 

Lagipun ada yang mengatakan, diri kita adalah modal kejayaan kita. Rasanya ramai je tokoh yang telah membuktikan kecemerlangan diri itu bergantung kepada kekuatan diri sendiri. 

Contohnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukary yang dulunya adalah seorang peniaga daging, tapi sekarang telah bergelar jutawan dan menjadi salah seorang dari 10 orang terkaya di Malaysia. 

Kita memang patut contohi kegigihan beliau kan terutama dalam mengubah nasib menjadi lebih baik. Beliau telah berjaya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.dengan mempunyai kepimpinan yang cemerlang. 

3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.
3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri. Gambar kredit Google.

Apa yang beliau lakukan agaknya sehingga berjaya ke tahap yang sangat membanggakan? Sebenarnya, ada 3 perkara asas yang kita boleh praktikkan untuk memimpin diri sendiri dan menjadi seperti insan-insan yang telah berjaya, seperti yang dikongsikan oleh Richard W James.

Ada prinsip diri.

Bagi cikla, semua orang kena ada prinsip masing-masing. Bak kata pepatah, jangan macam lalang. Yang dia tau hanya mengikut orang, nak-nak pulak secara membuta tuli. Main follow je. 

Bukan tak boleh nak ikut, tapi semuanya perlu kesesuaian dan pastinya memberi kesan yang baik. Kalau korang nak tau, prinsip diri bermaksud konsep nilai kendiri menentukan sikap atau tindakan kita. 

Ada sikap yang mendorong kita untuk mencapai matlamat.

Sikap ini akan lahir dari prinsip kita yang diyakini dan kenalah diamalkan. Ia sekaligus akan membenuk gaya hidup yang positif atau sebaliknya. 

Pendek kata, semuanya terpulang pada kita untuk menentukannya. Apa yang penting, jangan mudah terpengaruh terutama dengan hal yang kurang elok adalah salah satu ciri pemimpin yang baik dan disegani.

3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.
3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri. Gambar kredit Google. 

Komitmen yang jitu untuk melaksanakan apa yang diinginkan.

Komitmen amat penting sebenarnya tak kira dalam apa yang kita kerjakan. Bagi cikla, komitmen adalah tanda kita serius dan bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kita nak. 

Antara sikap yang menunjukkan komitmen kita terhadap sesuai perkara adalah tidak bertangguh melakukan tugas yang diberikan, menunjukkan budaya kerja yang awesome, punctual, dan ikhlas. 

Pendek kata, semuanya bermula dari diri kita jugak. Kalau kita memang nak berubah menjadi cemerlang, lakukanlah. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. 

Kredit : Perkongsian dari Dr. Zuridah Hanim Md Akhir, Ikon GPM Kedah. 

27/01/2018

Tip meningkatkan keyakinan diri (self confident).

Ada orang mempunyai keyakinan diri (self-confident) yang rendah, terutama bila berhadapan dengan orang lain. Contohnya, kena bagi speech ke, kena entertaint orang ke dan lain-lain. Sejujurnya, dulu cikla pun kurang keyakinan diri juga. Kalau time study dulu, bila duduk dalam dewan kuliah mesti amik side belakang-belakang sebab takut lecture tanya. Haha. Teruk betul kan. 

Lagipun, dulu cikla ni pendiam sikit. Sekarang pun pendiam jugak, hihi. Tapi, sekarang self-confident tu dah up sikit. Mungkin sebab seiring dengan peningkatan usia kot. Haha, boleh gitu. So, macam mana nak meningkatkan keyakinan diri kita agaknya ye. Jom baca tip ini.

- Firstly, kenal pasti, keadaan dan dalam situasi macam mana yang menyebabkan korang rasa takut dan tak yakin. Ini adalah penting untuk membantu korang mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini nanti. Perasaan yang buat korang rasa tak confident tu, seperti cemas, gugup, gementar, takut dan sebagainya.

- Secondly, cuba bina hubungan dengan orang lain melalui komunikasi, menegur dan menyapa. Ada kalanya, komunikasi bukan lisan juga boleh membantu dan wujudkan suasana yang selesa dengan orang sekeliling korang sekaligus menjadikan korang juga rasa yakin bila bergaul dengan mereka.

- Thirdly, buat good preparation terutama kalau korang disuruh membuat tugasan. Focus dan hadamkan dengan topik yang diberi, sekurang-kurangnya semasa hari pembentangan itu nanti korang lebih mahir dan yakin semasa melontarkan idea bernas korang tu. So, buat persediaan rapi ye. 

- Lastly, sedar sikap yang boleh membuatkan korang menjadi lemah dan sebagai jalan penyelesaiannya korang mengambil langkah menyendiri. Sikap ini bukanlah sikap yang positif. 

Apa lagi nak tunggu? You need to change. Cuba isi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat seperti hanging out dengan kawan-kawan dan beriadah bersama yang tersayang. Let’s change!

Kredit : Harian Metro.

11/11/2017

Macam mana nak elakkan masalah badan berbau?

Cikla rasa masalah badan berbau ni memang masalah sejagat. Amboi, besar benar masalahnya tu ye. Tapi, betullah. Masalah ni boleh mengganggu keselesaan orang sekeliling kalau ia tak diatasi dengan sebaiknya. 

Kebanyakan (tapi bukan semua) orang yang mempunyai badan yang agak berisi mungkin akan menghadapi masalah ni terutama bila mereka melakukan aktiviti dan keadaan cuaca yang panas lit-lit. Bila keadaan bau badan kita agak tak menyenangkan akan menyebabkan kawan-kawan mungkin tak selesa bila berdamping dengan kita. 

Tapi, kawan-kawan kita pun tak kan nak cakap dengan kita kan. Diaorang mesti nak jaga hati dan air muka kita jugak kan (baiknya kalau dapat kawan macam ni).

So, kita sendiri yang kena alert dengan diri tak kira dari segi apa sekalipun. Lagipun, ini akan mempengaruhi keyakinan kita jugak terutama bila bergaul dengan orang ramai. Betul? 

Macam mana nak elakkan masalah badan berbau?

Kalau korang nak tau, masalah bau badan ni wujud adalah disebabkan oleh beberapa hal, seperti bakteria, wujudnya toksin dalam badan, pengambilan kafein dan makanan berempah secara berlebihan, faktor kesihatan dan genetik jugak. 

Tapi, korang jangan risau. Ada cara macam mana nak atasi masalah bau badan ni. Kalau korang nak tau, jom baca ni sampai habis, ok!

Guna limau kasturi. 

Potong beberapa biji limau kasturi dan letakkan dalam air. Kemudian, campurkan air tersebut dengan kapur sirih. Selepas itu, sapukan  campuran itu pada seluruh badan korang. Kulit limau tu pulak korang amik dan gosokkan pada badan jugak, kemudian bilas bersih.

Guna hampas kelapa atau hampas teh.

Hampas kelapa jangan dibuang, ada gunanya. Caranya adalah, ambil hampas kelapa tersebut, kemudian gosokkannya pada keseluruhan badan dan biarkan selama 45 minit sebelum dibilas. Kalau korang guna hampas teh, lepas gosok tu biarkan selama 15 minit. Korang boleh jugak gosokkan di bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 30 minit. Lakukan secara konsisten 3 kali seminggu, insha Allah hasilnya pastu tak mengecewakan.

Guna timun muda dan daun sirih.

Kupas sebiji timun mudah dan basuh bersih. Selepas itu, gosokkan timun tersebut pada badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas korang mandi. Selain itu, korang boleh jugak gunakan dauh sirih. Caranya, ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus bersama beberapa gelas air sampai mendidih. Kemudian, biarkan ia sejuk seketika sebelum diminum 1/2 gelas, 3 kali seminggu. 

Di samping itu, korang sebaiknya memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas kerana ia lebih menyerap peluh. Pakai jugak pakaian yang longgar sebab ia akan mengurangkan peluh merembes. Untuk pengetahuan korang, faktor pemakanan jugak boleh menjadi penyebab keadaan ini. 

Korang kena kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bawang putih, daging, rempah ratus, kopi dan kacang-kacangan. Apa yang penting, korang mesti mengutamakan kebersihan diri. Sebaiknya, mandilah secara kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan gunakanlah sabun yang sesuai dengan kulit korang. 

Selain itu, jangan lupa gunakan deodorant anti-perspirant kerana ia mengandungi bahan antiseptik dan jangan lupa jugak semburkan body  perfume sebelum korang keluar melakukan aktiviti terutamanya di luar rumah.

Sumber Ruangan Harian Metro.

12/08/2017

Jom kenali karakter seseorang melalui haiwan peliharaannya.

Untuk pengetahuan korang, memang ada macam-macam kajian berkaitan dengan psikologi yang dijalankan untuk mengaitkan karakter seseorang itu dengan haiwan peliharaannya. Kalau bercakap tentang haiwan peliharaannya, haiwan yang biasa kita dengar orang bela adalah kucing. Betul tak? 

Tapi, tak dinafikan ada yang membela haiwan lain seperti arnab, ikan, burung, ular sawa, dan yang paling rare adalah sumpah-sumpah. So, korang ada bela haiwan tak kat rumah? Kalau ada, korang nak tau tak apakah kaitan haiwan yang korang bela tu dengan personaliti korang? Jom baca ni.

Jom kenali karakter seseorang melalui haiwan peliharaannya.

Walaupun kita tau, kucing ni adalah haiwan yang aktif, tapi sesiapa yang menyukai si meow ni dikatakan mempunyai sikap yang suka menyendiri atau introvert. 

Walaupun begitu, mereka masih bersikap terbuka, kreatif dan bijak dalam berkomunikasi. Selain itu, pencinta kucing ni jugak dikatakan boleh menjadi pendengar yang setia walaupun jauh di lubuk hatinya yang paling dalam ada jugak terselit jugak emosi sensitif. Mereka jugak santai dengan keadaan sekelilingnya dan lebih berjiwa bebas.

Bagi orang yang suka memelihara burung sebagai haiwan peliharaannya pulak, seperti mana sikap burung yang suka 'berbunyi' macam itulah sikap tuannya. Haha. 

Mereka bersikap peramah dan suka bersosial. Selain itu, mereka amat confident dengan apa yang mereka katakan. 

Bila di kalangan ahli keluarga dan rakan, mereka bersikap sopan santun  serta penyayang, dan kadang-kadang bersikap luck tapi dengan cara mereka sendiri. Akan tetapi, mereka lebih bersikap jujur.

Memang tak dinafikan, arnab jugak merupakan salah satu haiwan yang comel. So, kecomelan sang arnab ni boleh disamakan dengan si pemiliknya yang sentiasa berjiwa muda, bertenaga dan fresh. 

Selain itu, mereka jugak mudah menerima persekitaran yang baru dan sentiasa mempunyai banyak idea dalam apa jugak yang dilakukan. 

Akan tetapi, di sudut lain sikap si pembela arnab ni kurang suka dalam merancang kalau ingin melakukan sesuatu dan lebih suka bergerak sendiri. Walaupun begitu, mereka mempunyai sifat simpati yang tinggi.

Ada pepatah mengatakan, 'sekilas ikan di air, sudah tau jantan betinanya'. Ehh, apa kena mengena pulak pepatah ni ye. Haha. Selingan je tu. 

Biasanya, kalau kita tengok ikan kalau berenang tu kat dalam air tu, tenang je kan. Macam itu jugaklah sikap orang yang suka membela ikan ni. Mereka sentiasa bersikap santai dan tenang dalam menjalani rutin hariannya. 

Selain itu, mereka jugak bersikap ceria dan suka berlagak termasuklah tidak bersikap materialistik. Keistimewaaan mereka adalah mereka sentiasa tenang dan mengawal emosi agar sentiasa stabil jika berhadapan dengan ujian dan cabaran. 

Di samping  itu, mereka lebih selesa hidup bebas dan tak suka pada komitmen yang berat. Santai-santai aje gitu.

Memang tak dinafikan, ada orang suka membela haiwan yang rare dan jarang ditemui. Tapi, untuk membela haiwan sebegini setahu cikla kita kena ada lesen untuk membelanya, lebih-lebih lagi kalau haiwan itu hampir pupus. Contohnya, haiwan reptilia. 

Bagi mereka yang suka membela haiwan sebegini, dikatakan pandai berdikari dan kurang pandai melawak. Serius je kot, sebab mereka kalau bersembang memang serius je. 

Kalau orang yang suka membela kura-kura, mereka seorang pemalu tapi boleh diharap. Kalau mereka yang suka membela ular pulak, mereka nampak lebih tegas dan suka kepada sesuatu yang baru serta sukar diramal.

Haaa, korang yang mana satu? Hehe. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan GenY, Harian Metro.