Kadang-kadang, kita nampak introvert ni macam orang yang pendiam dan suka menyendiri, kan? Tapi sebenarnya, ada banyak perkara yang dorang terpaksa hadap, walaupun dalam diam dorang tak suka pun. Dorang mungkin tak akan beritahu secara directly sebab bagi introvert ni menjaga hati orang lain is very important.
So, jom baca apakah sebenarnya perkara-perkara yang introvert selalu hadapi dan kenapa benda ni buat dorang rasa tak selesa.
Bila terlalu banyak aktiviti sosial, benda ni boleh so tired untuk dorang. Sebab itulah dorang mungkin akan elak dari perkara-perkara yang melibatkan ramai orang.
Ada juga yang tak faham kenapa introvert susah nak balas mesej atau telefon. Bukan sebab sombong, tapi bagi dorang, berbual melalui teks atau panggilan memerlukan tenaga yang banyak, terutama bila tak ada benda penting untuk dibualkan.
Jangan terkejut kalau mesej hanya dibaca tanpa dibalas dan ini adalah cara mereka untuk kekal tenang.
Selain itu, introvert memang kurang gemar dengan kejutan atau acara yang tak dirancang. Kalau tiba-tiba diajak keluar atau ada suprise kat depan pintu tanpa beri tahu, dorang mungkin nampak tak selesa atau canggung.
Bagi dorang, masa rehat atau masa sendirian adalah penting, jadi bila ada yang mengganggu, ia boleh jadi tekanan untuk dorang.
Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang introvert tak gemar, tapi tetap kena lalui sebab nak jaga hubungan dan suasana sekeliling. Dorang mungkin tak akan pernah beritahu secara direct, tapi dengan memahami sifat introvert, kita boleh lebih menghormati ruang dan privasi dorang.
Ehh, ada geng introvert tak kat sini? Betul ke semua cite kat atas tu?
No comments:
Post a Comment