Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

29/08/2016

Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.

Alhamdullilah, hari ni dah masuk 14 hari cikla berpantang. Sekejap je kan? Pada yang sama macam cikla, selamat berpantang cikla ucapkan. Rest betul betul tau supaya nanti badan kita boleh pulih dengan cepat dan tak lesu. Lagipun, rasa sakit bersalin dan pengalaman dalam labour room macam terasa rasa dan terbayang bayang lagi kan. Betul tak? 

Cikla nak share satu tips ni, bagus untuk ibu yang baru melahirkan. Senang cakap ibu dalam pantanglah. Tips badan supaya sentiasa segar dan bertenaga.

Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.
Halia muda. Kredit gambar to Pinterest

Bahan bahan : 2 ketul halia muda dalam 3 cm dan 3 batang serai.

Caranya : Ketuk kedua-dua bahan tersebut, kemudian rebus dengan 3 gelas air, sampai air rebusan tu jadi 1 gelas. Biarkan air rebusan tu suam dan minum.

**Kalau nak campurkan dengan madu atau susu pekat atau susu cair atau stevia atau gula kabung pun boleh.

InshaAllah, amalkan ia, nanti hilanglah lenguh-lenguh tu.Badan kekal bertenaga. Ini merupakan amalan orang lama. Memang tak susah pun nak buat, cuma tinggal malas dengan rajin je. Betul tak? Cikla dah try dah. Minum pun badan terus berpeluh.

Tapi, cikla guna gula batu. Sedap jugak. Manis manis pedas.

Selamat mencuba.

Sumber : Kredit to suzyhoney.

25/08/2016

Relevankah berpantang cara orang lama?

Orang cakap masa berpantang selepas melahirkan merupakan masa paling penting untuk ibu. Mana taknya, selepas mengharungi detik detik mendebarkan dengan bermacam macam rasa *rasa sakit kontraksi, berdebar debar dengan sebarang kemungkinan, takut, gementar. 

Pendek kata, kalau nak badan sihat bertenaga dan segar kembali kenalah berpantang betul-betul. Tak kiralah dari segi pemakanan dan penjagaan diri.

Tapi, cikla rasa zaman sekarang ni trend orang berpantang dah lain kot. Tak 'serumit' dulu. 

Lebih lebih lagi kalau si ibu berpantang sendiri. Takde orang nak pantau. Baru seminggu dalam pantang, dah keluar rumah. Ligat ke sana  ke sini. Bila tengok sekali pandang, macam bukan dalam pantang je. Huhu. 

Entahlah, mungkin depend pada orang kot. Sebenarnya, kesan yang akan kita rasa nanti bukan sekarang tau. 

Esok-esok, bila umur tu dah masuk awal 40-an, even umur baru pertengahan 30-an pun mulalah badan sakit sana, sakit sini. Lenguh sana, lenguh sini. Itu yang kita tak nak tu kan. Baru buat kerja sikit, dah penat. Mulalah semput tu datang. 

Memang tak dinafikan, ada sesetengah ibu yang masih mengamalkan petua dan pantang larang orang lama, lebih-lebih lagi kalau si ibu dijaga oleh ibu semasa dalam tempoh berpantang. 

Kalau  dah orang lama yang jaga, kenalah ikutkan. Tapi rasanya, mak-mak sekarang pun lebih open kot. Tak strict sangat macam mak-mak dulu. 

Persoalannya, masih relevankah pantang larang orang lama ni. Sebelum tu, cikla nak kongsikan beberapa pantang larang yang orang lama selalu amalkan semasa berpantang. *sumber adalah dari mak cikla sendiri. Jom baca.

Relevankah amalan berpantang cara orang lama?
Relevankah berpantang cara orang lama? Sumber Google.

  1. Kalau nak makan nasi, makan sebelum waktu Maghrib. Makan nasi pulak kena alas dengan daun pisang, kalau anak belum tanggal pusatnya. Selain itu, makan nasi panas-panas. Jangan makan nasi sejuk. Lepas tu, tak boleh tambah-tambah. Kalau nak makan banyak, amik banyak sekali.
  2. Minum air pulak tak boleh banyak. Minum sikit-sikit je. Bukan apa, takut 'becak' nanti. Kalau haus, minum air rebusan rempah periuk, sebab ibu dalam pantang ni kalau boleh badannya kena sentiasa berpeluh dan hangat.
  3. Stoking jangan pernah tinggal, untuk elakkan masuk angin. Begitu jugak dengan bengkung. Untuk jaga peranakan kita dari 'bergoyang' kalau kita aktif bergerak. Bengkung pulak bukan pesen bengkung sekarang. Bengkung tu dibuat dari kain panjang *cikla ingat sampai 2 meter kot panjang kainnya. Lepas tu, lilit pada badan sampai nak jalan pun payah. Rasanya zaman sekarang dah takde kot orang berbengkung cara camtu. Paling mudah orang pakai bengkung yang macam korset tu je. Mudah katanya.
  4. Ibu memang dilarang keras keluar rumah. Nak ke beranda pun tak boleh. Alasannya, orang tua tua cakap takut terlangkah 'taik ayam' nanti bentan pulak. Betul atau tak. Waallahualam.
  5. Dari segi menu pulak, makan lauk yang kebanyakannyalah di bakar je. Lauk yang popular cikla rasa ikan bilis goreng dengan lada hitam dan halia. Lepas tu, cicah dengan air asam jawa campur lada hitam jugak. Jangan haraplah nak makan ayam-ayam ke apa. Tapi zaman sekarang memang lainlah apa yang doktor saran suruh makan. Orang cakap makanan seimbang. Cukup karbohidrat, protein dan nutrient lain. 
  6. Masa hari terakhir berpantang terutamanya, kena jaga betul-betul. Ibu jari kaki jangan sampai 'tersadung', sebab dikhuatiri akan bentan. Waallahualam.
  7. Pakai pilis di dahi untuk elakkan sakit kepala dan bedak param di seluruh badan untuk menjadikan badan sentiasa hangat dan elakkan badan dimasuki angin.  Nanti mulalah ibu, rasa seram sejuk. Demam urat kata orang.
  8. Kena makan jamu. Jamu pun bukan jamu kapsul macam sekarang ni. Jamu serbuk, style bancuh macam milo tu. Pekat pekat lagi. Tapi, sekarang nak makan jamu pun tak boleh nak awal-awal sangat, lebih-lebih lagi kalau anak kena jaundis. Lagilah doktor larang. Ada effect pada baby nanti.
  9. Ibu kena pakai baju panjang dan tebal sikit, sebab nak bagi si ibu sentiasa berpeluh dan hangat. Kalau ikat rambut pulak, kena ikat ketat-ketat untuk elakkan sakit kepala. Itu sebab si ibu digalakkan bela rambut panjang supaya senang nak sanggul rambut tinggi tinggi.
  10. Kalau makan jamu, sambil nak minum tu kena ampu payudara dan pijak ibu jari kaki. Alasannya, nanti takut jamu tu bagi kesan kat baby sebab baby kan menyusu badan. Jangan tanya banyak-banyak ye, sebab cikla pun tak tau apa relevannya. Huhu.

Mungkin banyak lagi pantang larang yang selalu diamalkan oleh mereka, orang lama ni. Korang rasa macam mana? 

Tapi, bila fikir-fikir memang ada baiknya amalan yang mereka buat ni. Buktinya, macam mak cikla, walaupun dah berumur 50-an, tapi masih cergas buat kerja. Ke tanah, ke rumah. Ligat, semua boleh dibuat. 

Lepas tu, nampak macam awet muda. Cikla ingat lagi dulu, ada sekali cikla keluar dengan dia, orang ingat kami adik beradik. Adussss. Ni kes mak cikla nampak muda ke, cikla yang nampak tak berapa nak muda. Hahaha. 

Bagi cikla, kalau berpantang tu biarlah sungguh-sungguh. Bukan lama pun, 44 hari je. Ada orang 60 hari. Tak kira berapa hari pun, berpantanglah betul-betul. 

Bukan apa, nanti kesannya kita jugak yang rasa. Cergas atau tak di kemudian hari, kita yang tanggung. Orang cakap sihat dalaman dan luaran. Sebab, dua-dua penting.

Lagi pun, nanti lepas pantang takdelah muka kita nampak pucat je, badan pun takdelah lesu je. Nak-nak pulak lepas ni kita kena sentiasa kuat fizikal mental nak jaga anak-anak pulak. Kalau dah lemah lesu, macam mana tu?

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada kita terutama ibu yang sedang berpantang. Sayangi diri kita tau. Kalau tak sapa lagi. Jom kuatkan tekad mengharungi saat berpantang dengan happy dan jayanya. 

Lagipun, bagi cikla masa berpantang ni jugak merupakan moment dan pengalaman yang mungkin kita tak boleh lupa kan. 

Esok-esok bila anak dah besar-besar, rindu pulak dengan moment macam ni. Rindu dengan bau baby. Betul tak? Tak percaya? Tengoklah nanti. Hihi.

04/08/2016

Suami, isteri dan masa berpantang.

Macam yang kita tau, selepas melahirkan ibu ibu disuruh berpantang. Ye lah, melalui saat-saat melahirkan tu start dari rasa sakit kontraksi yang pertama sampailah anak selamat melahirkan memang satu saat yang sukar. 

Ada pulak sesetengahnya yang start dari awal mengandung dah mengalami macam macam alahan. Sampai lemah-lemah sebab muntah-muntah. Itu belum lagi pening dengan loya. 

Memang 'lembik' dibuatkannya. Sebab itulah kita memang disuruh berpantang betul-betul. Bak kata mak cikla, "badan nak pakai lama."


Suami, isteri dan masa berpantang.
Suami, isteri dan masa berpantang.

Seorang suami yang baik seharusnya sentiasa membantu isteri lebih-lebih lagi masa isteri berpantang. 

Nak-nak pulak kalau dia berpantang di rumah sendiri. Serba serbi kena buat sendiri. Apa salahnya si suami bantu mana yang patut. Paling tak pun tolong uruskan anak yang lain. 

Jangan masa "senang" je nak, bila susah lepas tangan pulak. Ingat tu. Semoga ini akan menjadi peringatan untuk kita semua. InshaAllah. 

29/05/2016

Jom pulihkan badan selepas melahirkan.

Wanita yang pertama kali melahirkan mesti risau je kan bila fikir macam mana nak dapatkan balik bentuk badan dan berat ideal macam sebelum melahirkan. Pening jugaklah nak fikir dan cuba macam macam diet kan? Itu pun tak tau lagi berkesan ke tak. 

Sebenarnya ada banyak tips yag boleh kita cuba dan praktik untuk mengembalikan berat badan ideal idaman kita. Jom kita semak apakah dia.

Kalau korang nak tau, cara paling cepat nak kembalikan berat badan asal adalah dengan merajinkan diri menyusukan anak. 

Ini sebabnya, kalau kita susukan anak ini secara tak langsung kita akan menjaga pemakanan kita demi kesihatan baby. Dah tentu makanan yang kita ambil kurang berlemak, sejuk dan lain-lain. Itu sebab kita tengok kebanyakan ibu yang menyusukan anak, badannya mantain langsing je. Macam zaman anak dara dulu.

Jangan pandang ringan pasal pemakaian bengkung nak-nak pulak masa berpantang. Sebenarnya ia penting, sebab pemakaian bengkung yang berterusan boleh mengecilkan otot-otot yang mengembang pada perut. 

So, rajin-rajinkanlah pakai bengkung ye lepas ni. Selain itu, biasakan diri dengan kudapan, sebab kalau boleh jangan biarkan perut kosong. 

Tapi, pastikan kudapan tu berkhasiatlah ye macam buah-buahan. Bukan apa, tabiat ni akan menjadikan kita rasa sentiasa kenyang, dan dah tentu kita akan kurang ambil makanan berat yang menggemukkan.

Lakukan aktiviti fizikal, tapi bukan yang berat-berat. Apa yang boleh kita buat, main-main je dengan anak itu pun dah cukup. 

Mungkin kesannya ambil masa, tapi kesannya nanti pasti tak mengecewakan. Kalau tak sempat nak berjongging, jalan kaki pun boleh. Just 15 minit je masa baby tidur boleh bantu kita turunkan berat badan. Cubalah.

Bagi cikla apa yang penting kita sendiri kena rajin. Kalau dah malas tu memang tak dapatlah nak menolongnya. Jangan lepas ni merungut badan makin berisilah, pinggang dah tak 'slim' lah. Dah awak yang tak usaha, macam mana tu.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

25/01/2016

Yang mana jadi pilihan; berpantang cara tradisional atau moden?

Selepas melahirkan, seseorang wanita itu perlulah berpantang demi mendapatkan kembali kesihatan dan 'kewanitaan'. Kalau orang dulu-dulu, memang amat menitikberatkan amalan berpantang ni. Cikla ingat lagi mak cikla cakap, kalau taknak suami lari, rajin-rajinkanlah diri tu berpantang. Bukan apa, badan nak pakai lama kan. Sendiri mau ingatlah. Huhu.

Rasanya, setiap bangsa pasti ada cara mereka tersendiri dalam menjalani amalan berpantang ni. Ada orang berpantang sampai 100 hari. Ada pulak yang berpantang 44 hari je, dan tak kurang jugak ada yang berpantang selama 30 hari je. Itupun bergantung kepada fizikal dan keperluan wanita itu.

Cikla rasa zaman sekarang ni ada 'option' time nak berpantang. Maksud cikla, kita boleh pilih sama ada nak berpantang secara tradisional atau moden. Rasanya, kedua-duanya sudah tentu ada bezanya. Betul tak?

Kalau berpantang secara tradisional, terlalu banyak pantang larang yang kita tak boleh buat seperti wanita berpantang tak dibenarkan minum air terlalu banyak dan tak digalakkan bergerak terlalu banyak. 

Sebab dikhuatiri bimbang luka bersalin akan tertetas kedudukan rahim yang tak mengecut dengan sempurna. Itu belum lagi dengan segala jenis herba dan ubatan yang digunakan lagi. Tapi, berpantang secara moden pulak menyebabkan mereka rasa lebih mudah dan relevan dengan zaman kini. 

Pada masa kini terdapat banyak buku-buku yang mengajar ibu moden cara berpantang dan ada banyak buku-buku masakan yang mengajar kaedah penyediaan makanan untuk ibu dalam pantang. Itu belum lagi, macam-macam jenis set herba, mandian dan ubatan untuk penjagaan dalaman ibu-ibu yang berpantang. Cuma nak cari mana yang sesuai je dengan diri. Betul tak?

Sebenarnya, cikla nak share mengenai amalan berpantang secara tradisional yang memang disarankan oleh orang tua tua dahulu kala. Amalan itu adalah;

Bertungku;

Wah, part ni yang cikla paling suka kalau berpantang. Kalau korang nak tau, amalan inilah yang paling ditekankan oleh orang lama. Kalau cikla, masa berpantang dulu mak cikla guna batu sungai sebagai alat untuk bertungku. Tapi, sekarang ada jugak orang guna besi padu. Batu itu akan dipanaskan di atas api dalam tempoh masa 1/2-1 jam. 

Kemudian, batu itu akan dibungkus sama ada dengan daun mengkudu, daun sireh atau daun lengkuas sebab nak bagi aromaterapi yang menenangkan untuk ibu tadi. Tapi, kalau mak cikla, dia bungkus dengan kain yang tahan panas. Lapislah ikut kesesuaian dan kepanasan yang kita nak. 

Kalau korang nak tau, bertungku ni dapat menghangatkan badan dan rahim si ibu, di samping membuang angin dalam badan, mengecutkan urat yang kembang semasa bersalin dan semestinya melancarkan peredaran darah. Cikla selalu bertungku lepas subuh dan malam sebelum tidur malam. Tapi, tengok jugaklah, kalau baby tidur, curi masa bertungku. Manja-manjakan badan. Hehe.

Berurut;

Yang ni pun best. Sedap je badan diurut kan. Lepas urut rasa ringan je badan. Urutan dilakukan selalunya pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Tapi, kalau cikla pulak, cikla berurut selepas mandi pagi. Biasanya, aktiviti berurut dilakukan selepas seminggu bersalin selama 3 hari berturut turut (min). 

Ada orang yang berurut 5-7 hari berturut-turut, dan menyambung urutan pada penghujung waktu berpantang. Berurut ni banyak kebaikannya, sebab ia akan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membersihkan kulit mati dan memperkemaskan bahagian perut, di samping mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan kekotoran.

Mandian herba semasa berpantang;

Dedaun herba (seperti daun pandan, daun kunyit, daun lengkuas, daun serai wangi dan daun limau purut) akan direbus dan air rebusan daun daun ini akan dibuat mandi. Kalau yang ni memang cikla buat masa berpantang. Segar je badan lepas mandi, dengan bau bau yang harum dapat menenangkan kita. Selain itu, ia  bertujuan mengeluarkan angin, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan tentunya awet muda. Hoyeeeee, hehe.

Pakai bengkung;

Bengkung bengkung bengkung. Penting ke? Jawapannya, ye. Memang penting kepada sesiapa yang nak mengembalikan 'kerampingan' badan. Sapa yang tak nak kurus ramping cantik menawan kan? Biasanya, sebelum pakai bengkung, perut akan disapu dengan campuran minyak kayu putih, kapur sireh dan perahan limau nipis. 

Pemakaian bengkung memang penting, kalau boleh pakailah sampai habis pantang sebab mak cikla cakap untuk mengelakkan rahim kita dari 'bergoyang' dan yang paling penting dapat mengempiskan perut. Tak percaya? Cubalah.

Pemakanan;

Macam kita tau, awal-awal bersalin mak mak kita suruh kita makan makanan kering je sebab nak cepatkan rahim kecut. Makanan pedas, gatal, berlemak dan berminyak memang tak boleh amik langsung. Ada sesetengah ikan yang ibu tak boleh makan masa berpantang. 

Dulu, masa cikla berpantang mak cikla cuma bagi cikla makan nasi putih dengan ikan panggang cicah air asam jawa dengan lada hitam. Minum pulak air rempah periuk. Nak minum air bebanyak memang taklah, kalau boleh kurangkan minum air. 

Mungkin ada sebabnya kan mak-mak kita menyarankan cara berpantang begitu. Cuma, zaman yang moden kini ia lebih dilihat dari segi perubatan.

Kalau tak silap cikla, masa berpantang doktor menyarankan ibu makan makanan berprotein, makan lebih sayur dan buah utnuk elakkan sembelit dan minum banyak air. Ia agak bertentangan dengan amalan tradisional dulu kan.

Wah, panjang pulak entri cikla kali ni. Harap korang tak mengantuk membacanya, sebab cikla rasa macam penting je cikla nak share benda ni semua. Kalau ada yang dah tau pun, takpe. Boleh refresh balik kan. 

Sumber dari ruangan ISU MINGGU INI, harian metro.