18/06/2026

Kafein dan masalah tiroid: Betul ke kopi memburukkan hipertiroid atau hipotiroid?

Kebanyakan orang, meminum secawan kopi pada waktu pagi merupakan rutin yang susah nak ditinggalkan. Kafein ni dikatakan boleh bantu tingkatkan fokus, kurangkan rasa mengantuk dan bagi tenaga untuk memulakan hari. 

Namun, bagi mereka yang ada masalah tiroid seperti hipertiroid atau hipotiroid, soalah yang selalu timbul adalah betul ke pengambilan kafein ni boleh memburukkan keadaan dorang.

Umumnya, setakat ni takde lagi bukti kukuh yang kata kafein ni boleh sebabkan penyakit hipertiroid jadi lagi lebih teruk atau ia boleh tingkatkan penghasilan hormon tiroid secara langsung. 

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan korang kafein adalah bahan perangsang yang boleh bagi kesan pada sistem saraf dan jantung. Disebabkan itu, ia boleh sebabkan beberapa simptom yang selalu relate dengan hipertiroid jadi lagi ketara.

Hipertiroid berlaku bila kelenjar tiroid hasilkan hormon yang terlalu banyak. Keadaan ini boleh buat seseorang itu alami jantung berdebar-debar, rasa gelisah, mudah berpeluh, tangan menggeletar dan sukar tidur. 

Menariknya, kafein jugak boleh sebabkan effect yang hampir sama, terutamanya bila diambil dalam jumlah yang banyak. 

So, mereka yang menghidap hipertiroid mungkin akan rasa simptom dorang jadi lebih lagi lepas dorang mengambil kopi, teh atau minuman berkafein yang berlebihan.

Keadaan ni kadangkala boleh sebabkan ramai orang fikir yang kafein sedang memburukkan penyakit hipertiroid dorang. Hakikatnya, yang berlaku adalah kafein menguatkan atau meniru simptom yang sedia ada. 

Walaupun penyakit itu sendiri tak semestinya bertambah teruk, ketakselesaan yang dirasai boleh jadi lebih jelas dan mengganggu aktiviti harian.

Untuk mereka yang mempunyai hipotiroid pulak, situasinya lain sikit. Hipotiroid ni jadi bila badan hasilkan hormon tiroid yang terlalu sikit. Biasanya, dorang akan mengalami simptom seperti mudah letih, kurang bertenaga, rasa sejuk, kulit kering dan pergerakan yang lebih slow. 

Disebabkan keletihan yang sering dialami, ada sesetengah orang akan cenderung ambil lebih banyak minuman berkafein untuk produce extra energy.

Walaupun kafein boleh membantu seseorang rasa lebih fresh untuk sementara waktu, pengambilan yang berlebihan boleh sebabkan kesan sampingan contohnya jantung berdebar, rasa cemas, tangan menggeletar dan gangguan tidur. 

Simptom-simptom ini sebenarnya lebih menyerupai simptom hipertiroid walaupun orang itu tersebut mempunyai hipotiroid.

Keadaan ini boleh timbulkan kekeliruan sebab mereka mungkin menyangka simptom yang dialami berpunca daripada masalah tiroid sedangkan ia sebenarnya berkait dengan pengambilan kafein yang terlalu banyak.

Selain itu, mereka yang mengambil ubat tiroid jugak perlu memberi perhatian kepada masa pengambilan kafein. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa kopi yang diminum terlalu dekat dengan waktu pengambilan ubat hormon tiroid boleh kurangkan penyerapan ubat tersebut oleh badan. 

So, kebanyakan pakar syorkan ubat tiroid mesti diambil dengan air kosong dan menunggu sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit sebelum mengambil kopi atau minuman berkafein.

Walau apapun, ni tak bermakna mereka yang mempunyai masalah tiroid kena avoid kafein sepenuhnya. Bagi kebanyakan orang, pengambilan kafein secara sederhana masih dianggap selamat lagi. 

Apa yang penting ialah korang kena kenal tindak balas badan masing-masing. Kalau lepas korang minum kopi korang rasa jantung berdebar, rasa cemas atau sukar tidur, mungkin dah tiba masanya untuk korang kurangkan jumlah kafein yang korang ambil setiap hari.

Kafein dan masalah tiroid: Betul ke kopi memburukkan hipertiroid atau hipotiroid?

Kesimpulannya, kafein tak menyebabkan hipertiroid menjadi lebih teruk dan tak mengubah hipotiroid menjadi hipertiroid. Namun, kafein boleh meniru atau menguatkan simptom yang berkaitan dengan kedua-dua keadaan tersebut. 

Pengambilan secara sederhana serta pemantauan terhadap reaksi badan sendiri adalah langkah terbaik untuk menikmati minuman berkafein tanpa menjejaskan keselesaan dan kesihatan harian.

Moga bermanfaat. 

17/06/2026

Kenapa perempuan sukar melupakan luka emosi?

"Dia dah maafkan, tapi kenapa masih teringat?" 

Ini antara persoalan yang selalu timbul bila seseorang wanita masih nampak seperti masih terkesan dengan peristiwa yang pernah melukakan hatinya. 

Kadang-kadang orang di sekeliling tengok keadaan ni sebagai tanda dia belum move on, sengaja simpan dendam atau terlalu ikut rasa. Namun hakikatnya, keadaan tersebut jauh lebih kompleks daripada apa yang dilihat dari luaran.

Wanita ni sebenarnya mampu je nak maafkan orang yang pernah sakitkan hati dorang. Dorang pilih untuk tak membalas, tak berdendam dan cuba teruskan kehidupan macam biasa. Tapi memaafkan tak semestinya dorang boleh lupa segala hal yang pernah berlaku. Sebab, dua perkara ini sangat berbeza ya kawan-kawan. 

Kenapa perempuan sukar melupakan luka emosi?

Kalau korang nak tau, dalam psikologi otak manusia mempunyai sistem yang direka untuk lindungi diri daripada bahaya. 

Bila seseorang alami pengalaman yang sangat menyakitkan terutamanya dari segi emosi contohnya dikhianati, dipermainkan, dihina, ditinggalkan atau mengalami konflik yang bagi kesan mendalam, otak akan simpan memori tu semua dengan lebih kuat berbanding memori biasa.

Sebab itulah, ada orang masih boleh ingat dengan jelas kata-kata yang pernah melukakan hati dia walaupun dah bertahun-tahun berlaku. Lebih menarik lagi, memori yang berkait dengan emosi selalunya akan tersimpan bersama perasaan yang dialami ketika peristiwa itu jadi. 

So, bila seseorang berdepan dengan situasi yang hampir sama, mendengar ayat yang serupa atau melihat perkara yang mengingatkan dorang kepada pengalaman lama, emosi tersebut boleh muncul semula secara automatik.

Inilah yang sering disebut sebagai "trigger". 

Trigger bukan bermaksud seseorang itu sengaja mengungkit masa lalu. Ia adalah tindak balas semula jadi otak bila sesuatu mengingatkannya kepada pengalaman yang pernah menyebabkan kesakitan emosi. 

Kadang-kadang trigger boleh berlaku hanya kerana satu perkataan, satu lagu, satu tempat atau cara seseorang bercakap.

Sebab itu ada wanita yang tiba-tiba jadi sedih, marah atau kecewa walaupun peristiwa tersebut sudah lama berlalu. 

Bukan kerana mereka mahu hidup dalam kenangan lama, tapi kerana otak mereka sedang mengaitkan situasi semasa dengan pengalaman yang pernah meninggalkan kesan mendalam.

Persoalannya, adakah ini bermaksud seseorang itu mengalami mental disorder?

Jawapannya, tak semestinya. Ramai orang yang pernah alami luka emosi akan mengalami keadaan seperti ini tanpa mempunyai sebarang gangguan mental. 

Ia merupakan reaksi normal manusia terhadap pengalaman yang menyakitkan. Sama seperti luka fizikal yang meninggalkan parut, luka emosi juga boleh meninggalkan kesan yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Namun begitu, kalau kesan tersebut terlalu kuat sampai ganggu kehidupan harian dorang, hubungan dorang dengan orang lain, pekerjaan, tidur atau menyebabkan dorang sentiasa berada dalam keadaan panic dan stress dalam tempoh yang lama, so penilaian profesional mungkin diperlukan. 

Dalam sesetengah kes, pengalaman traumatik yang serius boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan mental tertentu yang memerlukan bantuan pakar. 

Tapi adalah penting untuk difahami bahawa tak semua orang yang mudah trigger mempunyai mental disorder. Kadang-kadang mereka hanya manusia biasa yang pernah terluka.

Malah, wanita sering dikaitkan dengan kemampuan mengingati perincian emosi dengan lebih mendalam. Ini bukan kerana mereka lemah atau terlalu sensitif. 

Kajian psikologi menunjukkan bahawa ramai wanita cenderung memproses pengalaman melalui sudut emosi dan hubungan interpersonal. 

So, peristiwa yang melibatkan kepercayaan, kasih sayang dan hubungan dengan orang lain sering memberi kesan yang lebih mendalam kepada mereka.

Bila seseorang berkata, "Dah lama benda tu berlaku, kenapa masih ingat lagi?", hakikatnya proses penyembuhan emosi setiap individu adalah berbeza. 

Ada yang pulih dalam beberapa bulan, ada yang mengambil masa bertahun-tahun. Tiada tempoh masa yang boleh ditetapkan untuk semua orang.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana seseorang itu menguruskan luka tersebut. 

Kalau mereka belajar menerima apa yang berlaku, memahami emosi sendiri dan terus menjalani kehidupan dengan sihat, itu sebenarnya tanda mereka sedang sembuh walaupun sesekali masih terasa sakit bila teringat.

Kita juga perlu memahami bahawa memaafkan bukan bermaksud memadam memori. Memaafkan adalah pilihan untuk tak membiarkan kebencian menguasai hidup. 

Tapi memori tetap akan wujud sebab ia sebahagian daripada pengalaman hidup yang membentuk diri seseorang.

Jadinya, kalau ada seorang wanita yang masih sesekali teringat kepada peristiwa yang pernah melukakan hatinya walaupun dia sudah memaafkan, jangan terlalu cepat melabelnya sebagai lemah, terlalu emosional atau mengalami masalah mental.

Mungkin dia sebenarnya sudah sangat kuat. Dia tak lagi marah seperti dahulu. Dia tak lagi menyimpan dendam seperti dulu. 

Dia cuma masih mempunyai parut yang sesekali terasa bila tersentuh. Begitulah. 

13/06/2026

Bila mak ayah asyik bergaduh pengaruhi emosi anak?

Ramai mak ayah ingat, bila bergaduh depan anak tapi anak diam je maksudnya anak tak faham apa-apa. Hakikatnya, anak bukan tak nampak. Anak bukan tak dengar. Anak cuma tak tahu macam mana nak luahkan apa yang dia rasa.

Kadang-kadang anak tengah main mainan dekat ruang tamu, tapi telinga dia dengar setiap tengkingan. Kadang-kadang anak pura-pura tidur dalam bilik, padahal hati dia berdebar takut mak ayah makin teruk bergaduh. Lagi sedih bila ada anak yang membesar dalam rumah yang penuh suara marah, maki hamun, baling barang, ugutan dan sindiran setiap hari.

Bila mak ayah asyik bergaduh pengaruhi emosi anak?
Bila mak ayah asyik bergaduh pengaruhi emosi anak?

Bila orang dewasa bergaduh, kita mungkin fikir itu cuma masalah suami isteri. Tapi pada anak, itu adalah rasa tak selamat. Anak kecil ni dunia dia cuma mak dan ayah. Bila dua orang yang paling dia sayang asyik bertikam lidah, hati kecil dia mula rasa takut. Dia mula fikir, "rumah aku ni tak aman."

Ada anak jadi pendiam. Ada yang kuat menangis. Ada yang jadi panas baran dekat sekolah. Ada yang susah tidur malam. Ada juga yang membesar dengan perasaan takut nak bercakap sebab trauma tengok orang selalu menengking. Paling ramai tak sedar, trauma ni bukan muncul masa kecil je. Kadang anak dah besar panjang pun masih terbawa-bawa luka tu. 

Bila dewasa, dia jadi susah percaya orang. Takut bercinta. Takut kahwin. Atau dia sendiri mudah naik marah sebab dari kecil itu yang dia nampak sebagai cara selesaikan masalah. Lagi sakit bila anak mula rasa dia punca pergaduhan mak ayah. "Kalau aku tak buat perangai tadi mesti mama ayah tak gaduh…" Padahal langsung bukan salah dia.

Anak yang selalu hidup dalam suasana tegang juga boleh alami stres yang tinggi. Badan dia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Bunyi kuat sikit terus terkejut. Orang tinggikan suara sikit terus rasa cemas. Itu sebab ada anak yang nampak nakal, padahal sebenarnya emosi dia penat.

Bukan maksudnya suami isteri langsung tak boleh bergaduh. Dalam rumah tangga, memang akan ada salah faham, penat, tekanan duit, kerja dan macam-macam lagi. Tapi cara kita bergaduh tu penting. 

Anak belajar daripada apa yang dia lihat setiap hari. Kalau mak ayah selesaikan masalah dengan jerit, herdik dan maki, anak akan fikir itu normal. Kalau mak ayah tahu minta maaf, bercakap elok dan kawal emosi, anak juga akan belajar benda yang sama.

Kadang orang dewasa lupa, anak tak perlukan rumah besar pun untuk rasa bahagia. Anak cuma nak rumah yang buat dia rasa tenang. Rumah yang tak buat dia takut setiap kali dengar suara ayah balik kerja. Rumah yang tak buat dia menangis diam-diam dalam bilik.

Sebab tu sebelum lepaskan marah, cuba pandang muka anak dulu. Mereka mungkin kecil, tapi hati mereka simpan semua benda.
Dan luka zaman kecil selalunya ambil masa yang sangat lama untuk sembuh.

Moga kita sentiasa dikurniakan keluarga yang harmoni dan bahagia. Aamiin.

11/06/2026

Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

Korang pernah tak alami situasi ini? Bila time siang, mata kemain rasa berat macam ada batu tergantung kat kelopak mata tu. Duduk sekejap pun boleh terlena. Tapi bila time malam, tiba-tiba rasa segar pulak dan susah nak tidur. Dah pukul 11 malam, 12 malam pun malah ada yang sampai 2 atau 3 pagi mata terkebil-kebil, masih berjaga tak rasa mengantuk langsung.

Sebenarnya ramai je orang yang mengalami kitaran tidur yang tak seimbang ni tanpa dorang sedar. Kalau korang nak tau apa punca dia, antaranya adalah jadual tidur yang tak konsisten. Hari ini korang tidur awal, esok korang tidur lewat pulak. Pastu, time hujung minggu aihhhh berjaga sampai tengah malam. 

Lama-lama, jam biologi badan korang jadi confuse. Kesannya, mata korang akan rasa mengantuk pada waktu yang sepatutnya aktif dan menjadi segar ketika waktu yang sepatutnya berehat.

Selain itu, tabiat menggunakan telefon bimbit, menonton tv atau bermain media sosial sebelum tidur juga boleh jadi sebab jugak. Cahaya biru daripada skrin akan bagi signal pada otak korang yang hari masih siang. 

Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

So, penghasilan hormon melatonin yang bantu korang tidur pun jadi terganggu. Sebab itulah walaupun badan korang letih, mata tetap rasa segar bila tiba waktu malam.

Ada juga yang mengalami keadaan ini sebab terlalu kurang bergerak pada siang hari. Bila badan tak buat banyak aktiviti fizikal, tenaga pun tak digunakan dengan baik. Akibatnya, badan jadi lesu dan mengantuk pada siang hari. Namun bila malam tiba, otak masih belum cukup "penat" untuk memasuki mod rehat.

Faktor pemakanan boleh pengaruhi jugak. Pengambilan makanan yang terlalu berat pada waktu tengah hari atau terlalu banyak minuman berkafein seperti kopi dan teh boleh sebabkan pola tenaga badan berubah. 

Ada yang merasa mengantuk lepas makan tengah hari, pastu jadi segar balik bila kesan makanan tersebut berkurangan pada waktu malam.

Next, stress dan overthinking juga kita tak boleh dipandang ringan. Kadang-kadang siang hari badan terasa penat sebab otak bekerja keras memikirkan pelbagai perkara. 

Tapi bila malam tiba dan suasana jadi lebih tenang, fikiran pula mula aktif memikirkan hal kerja, keluarga atau masa depan. Inilah yang menyebabkan mata sukar dilelapkan walaupun badan sebenarnya memerlukan rehat.

Kalau keadaan ini jadi sekali-sekala, ia takpelah kan. Namun kalau jadi hampir setiap hari mengalami rasa mengantuk melampau pada siang hari dan sukar tidur pada waktu malam, mungkin dah tiba masanya korang nilai semula rutin harian. 

Cuba tetapkan waktu tidur yang konsisten, kurangkan penggunaan gajet sebelum tidur, lakukan aktiviti fizikal ringan dan pastikan pengambilan kafein supaya tak berlebihan.

Kenapa kadang-kadang siang kita rasa mengantuk sangat, tapi bila malam mata segar pulak aihh!

Kawan-kawan, tidur yang berkualiti ni bukan sekadar tentang berapa lama korang tidur, tapi juga tentang macam mana badan dan minda korang dapat rehat yang cukup pada waktu yang sepatutnya. 

Kadang-kadang punca korang selalu mengantuk pada siang hari bukan sebab korang kurang tidur semata-mata, tapi sebab jam biologi badan korang dah mula lari daripada jadual yang sepatutnya.

Bila tidur malam kembali teratur, kebiasaannya tenaga pada siang hari juga akan kembali pulih. Barulah badan terasa lebih fresh, fokus akan meningkat dan aktiviti harian dapat dilakukan dengan lebih baik. Begitulah ya. 

10/06/2026

Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?

Kebanyakan orang yang ada hyperthyroid, mesti bab makan akan selalu jadi persoalan. “Boleh makan ni ke, kena pantang ni ke?” 

Sebenarnya taklah serumit yang disangka ye. Apa yang penting, korang faham konsep dia, bukan sekadar ikut pantang membuta tuli. Main taram je.

Contohnya, sayur Brussels Sprouts. Dia ni sebenarnya datang dari keluarga kubis, yang mungkin korang dah tau yang dia mengandungi bahan dipanggil goitrogen. Ramai orang terus fikir, “Eh, goitrogen ni bahaya, kena elak terus!” 

Sebenarnya, goitrogen ni lebih kepada ganggu penggunaan iodin dalam badan dan dalam kes tertentu, ia boleh 'bantu' sikit untuk slow down kan aktiviti tiroid yang terlalu aktif. 

Maksudnya, Brussels Sprouts bukanlah musuh ketat geng hyperthyroid malah boleh makan, cumanya jangan berlebihan dan kalau boleh mestilah dimasak sepenuhnya.

Basically, kebanyakan sayur sebenarnya selamat je untuk korang. Sayur macam bayam, kangkung, timun, lobak merah, tomato atau terung memang tak ada isu besar dengan tiroid. 

Korang boleh makan macam biasa dan ia memang bantu bagi badan cukup nutrisi. Apa yang penting, jangan skip sayur sebab takut sangat dengan pantang. Lagipun, badan tetap perlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat.

Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?
Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?  Kredit image to Google.

Untuk sayur dalam keluarga kubis pulak, macam brokoli, bunga kubis, kailan dan termasuklah Brussels Sprouts, korang masih boleh makan. Cuma cara makan tu kena betul. Lebih baik dimasak dulu, sama ada stim, rebus atau tumis. 

Bila dimasak, kesan goitrogen tu akan berkurang. Elakkan makan mentah dalam jumlah banyak, contohnya buat salad besar hari-hari, itu yang boleh jadi isu. 

Selain sayur, ada juga benda lain yang korang kena lebih peka. Minuman berkafein seperti kopi atau teh pekat contohnya, boleh buat simptom hyperthyroid jadi lebih ketara. Jantung berdebar, rasa gelisah atau susah tidur. 

Jadi, kalau korang perasan badan cepat react lepas minum kopi, mungkin kena kurangkan. Sama juga dengan makanan tinggi iodin seperti rumpai laut; bukan tak boleh langsung, tapi jangan ambil dalam jumlah banyak sangat.

Kalau korang tengah makan ubat seperti Carbimazole, satu perkara yang ramai terlepas pandang adalah konsistensi. Bukan setakat makan ubat ikut waktu, tapi diet pun kena konsisten. 

Jangan hari ni makan sayur kubis banyak sangat, esok langsung tak makan. Perubahan drastik macam ni boleh ganggu keseimbangan badan dan kesan rawatan.

Last, korang kena ingat, hyperthyroid bukan bermaksud hidup kena penuh dengan pantang larang sampai stress nak makan. 

Kuncinya simple je, makan pelbagai jenis makanan, elakkan berlebihan dan pilih cara masakan yang lebih sihat. Bila korang faham cara badan berfungsi, sebenarnya lebih senang nak kawal keadaan tanpa perlu terlalu restrictive.

Jadi, kalau nak ringkaskan bukan tak boleh makan, tapi kena tahu cara dan had. Bila dah faham konsep ni, barulah korang boleh makan dengan lebih tenang tanpa rasa bersalah.

04/06/2026

Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis.

Siapa pernah makan buah kuini? Dia ni adik beradik mangga, mempelam, bacang tapi bau dia agak kuat menusuk hidung. Biasa korang makan macam mana? Makan gitu je ke atau makan berkuah santan macam mak cikla buat ni? 

Mak kata, jarang orang makan macam tu aje buah kuini ni sebab dia macam agak bergetah. Buah kuini pun macam susah je nak jumpa sekarang kan, kalau dijual di kedai buah pun mesti agak mahal harga dia. Ni pun ada rezeki orang bagi. Dapatlah merasa. Lagipun lama tak makan buah ni. Maklumlah, payah nak dapat. 

Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis.
Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis. 

Korang nak tau tak apa khasiat buah kuini ni? Kalau dah geng mangga, dah tentu kuini ni kaya dengan serat, vitamin A dan C. Dia boleh bantu lancarkan sistem penghadaman korang, so nanti kalau korang membuang jadi smooth la, takdelah korang kena sembelit. 

Pastu, vitamin C dalam buah ni tambah pulak dia ni bersifat antioksidan dah tentu tentu power lawan infection, protect sel dari radikal bebas pastu kalau korang ada luka ke, boleh cepat baik.

And, yang paling best kuini ni boleh bantu mata kita jadi sihat sebab ada vitamin A yang very the highest kat dalam dia. So, boleh la bantu korang avoid masalah macam rabun atau katarak. Ni untuk mereka yang memang ada mata yang sihat la. Senang cakap sebagai perlindungan supaya tak kena masalah yang cikla cite kat atas tu. 

Next, buah kuini jugak bagus untuk kesihatan kulit kita sebab kandungan vitamin dan sifatnya yang antioksidan tu jugak boleh bantu cerahkan kulit, bersihkan pori kulit dan kurangkan masalah jerawat. 

Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis.
Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis. 

Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis.
Kuini bersantan, sedap rasa lemak masam manis. 

Macam yang cikla cakap, bau dia yang menusuk kalbu auto membuka selera makan korang. Bau dia wangi wehh secara semulajadi memang memacu selera korang menjadi membuak-buak untuk korang makan si kuini ni. Nak nak pulak korang ni memang penggemar kuini, silap-silap satu besen pun boleh settle sorang. Haha.

Kat tempat korang panggil buah ni kuini gak ke atau ada nama lain? 

Sumber info : Carian Google.