Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

03/10/2025

5 cara urus kewangan peribadi dengan bijak walaupun gaji kecil.

Ramai orang rasa susah nak urus kewangan bila gaji tak besar. Asyik rasa duit cepat habis, nak simpan pun tak lepas. Padahal, kalau tahu cara dan disiplin sikit, gaji kecil pun boleh cukup, siap boleh ada simpanan. Yang penting bukan banyak mana duit kita dapat, tapi macam mana kita urus duit tu.

Belajar cara mudah urus kewangan peribadi walaupun gaji tak besar. Dengan tips santai ini, hidup lebih tenang tanpa risau hujung bulan.

Pertama sekali, kena jelas tentang duit keluar masuk setiap bulan. Senang cakap, kita kena kenal duit sendiri. Kadang-kadang kita tak sedar beli benda remeh yang sebenarnya tak perlu pun, tapi lama-lama makan bajet besar. Dengan catat setiap perbelanjaan, kita akan nampak mana yang penting dan mana yang boleh dikurangkan.

Bila dah nampak aliran kewangan, kita boleh mula asingkan duit untuk keperluan asas, hutang kalau ada, dan simpanan. Jangan tunggu duit lebih baru nak simpan, sebab kalau tunggu memang jarang-jarang ada baki. 

Cuba tetapkan siap-siap, walaupun kecil je jumlahnya. Contohnya RM50 sebulan pun dah cukup untuk mulakan tabiat menyimpan. Lama-lama, tabiat tu akan jadi biasa, dan jumlah simpanan boleh ditambah bila gaji naik nanti.

Selain tu, kawal gaya hidup pun penting. Tak salah nak belanja diri sekali-sekala, tapi kalau setiap minggu makan luar dekat cafĂ© mahal atau ikut trend shopping tak berhenti, memanglah gaji rasa tak cukup. Belajar beza antara ‘kehendak’ dengan ‘keperluan’. Kadang-kadang masak sendiri pun bukan je jimat, tapi lebih sihat.

Kalau nak rasa lebih lega, cuba tambah pendapatan sampingan. Zaman sekarang banyak cara boleh buat duit dari rumah, contohnya jual barang online, freelance atau ambil kerja part-time. Walaupun kecil je tambahan tu, tapi bila dikumpul setiap bulan memang terasa beza.

Akhir sekali, penting untuk elak hutang yang tak perlu. Kad kredit, ansuran barang mahal, atau pinjaman peribadi untuk perkara bukan keperluan hanya akan buat hidup lebih terikat. Kalau nak beli sesuatu, cuba kumpul dulu, bayar cash, baru lebih tenang. Hutang yang bijak cuma bila betul-betul perlu, contohnya rumah atau pendidikan.

Pendek kata, walaupun gaji kecil, kita tetap boleh urus kewangan dengan baik. Mulakan dengan kenal duit sendiri, disiplin untuk simpan walaupun sikit, kawal gaya hidup, tambah pendapatan kalau boleh, dan elakkan hutang yang membebankan. Bila kewangan lebih teratur, hidup pun jadi lebih tenang, tak stress sangat bila hujung bulan.

11/07/2021

10 petua guna limau nipis dan limau kasturi.

Hurmm, dah lama cikla tak share petua kan. Ada orang memang suka kalau bab petua-petua ni dan rajin pulak dia nak try. Kalau menjadi, alhamdullilah dan boleh diamalkan. Kalau tak serasi, takpe. Kita try petua lain pulak. Hihi. Jom kita check satu-satu apakah petuanya itu. 

Limau kasturi. Kredit Google.
Limau kasturi. Kredit Google.

1. Ubat kurus - Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, sebab kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan inshaaAllah perut korang yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

2. Ubat demam - Petiklah 2 hingga 4 genggam daun limau nipis. Kemudian, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya adalah dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, pastu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak - Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4. Ubat pening kepala - Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5. Ubat lelah - Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6.  Ubat batuk - Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.

7. Ubat kelemumur- Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8. Bahan hilangkan kesan minyak pada baju - Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9. Ubat wangi rambut- Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

10. Bahan kilatkan cermin mata - Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata nampak jelas dan tahan lebih lama. 

Selamat mencuba. 

Kredit : telepesanbonda

12/10/2018

Nak tau petua cukupkan gaji? Meh baca perkongsian menarik ini!

Cikla tak ubah pun ayat-ayat dalam perkongsian ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua. InshaAllah! 

Nak tau petua cukupkan gaji? Meh baca perkongsian menarik ini!

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif : 

Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. 

Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada! 

Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! 

Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri! Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! 

Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan. 

Kredit WhatsApp group.

15/07/2018

Tip bijak berbelanja yang korang boleh cuba untuk berjimat!

Dalam zaman yang serba moden dan serba serbi canggih ni, tak dinafikan sesetengah barangan ada yang meningkat naik harganya. 

Bagi mereka yang 'ada-ada', mungkin ini tak mempengaruhi kos dan perbelanjaan hidup mereka sehari-hari. Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan? 

Sudah tu, tanggungan pulak ramai. Hidup di bandar pulak lagi. Semakin terasa kan tatkala berbelanja.

Tapi, apa nak buat. Belanja tetap berbelanja sebab ia merupakan keperluan. So, mungkin ada cara tertentu yang boleh kita praktikkan sebagai langkah berjimat cermat. Lagipun, membazir itu kan amalkan syaitan. Tak gitu!

Tip bijak berbelanja yang korang boleh cuba untuk berjimat!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Nah, inilah yang cikla nak share kan dengan korang semua. Jom kita tengok apakah tip itu. Jom;

  1. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau info yang mengelirukan.
  2. Kalau boleh elak berbelanja guna kad kredit sebab ia akan membuatkan kita cenderung untuk berbelanja lebih dari apa yang dirancang. Lepas tu pulak, boros. Barang yang tak penting semua dirembat juga. Apa yang terbaik, semasa berbelanja bawak cash money secukupnya untuk barang yang kita nak beli tu. So, takdelah kita beli barang yang tidak-tidak. 
  3. Untuk mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, eloklah beli barangan secara pukal atau banyak berbanding dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, belanja dapur untuk sebulan terus. Senang kan! 
  4. Buat belanjawan atau kira-kira sebelum berbelanja. 
  5. Bandingkan antara keperluan dengan kehendak. Mana yang lebih utama. Sepatutnya, keperluan perlu didahulukan berbanding kehendak. Kalau ikut kehendak, semua nak kan. Mahu satu kedai diborongnya! 
  6. Mulakan amalan menabung walaupun 10 sen. Setiap baki perbelanjaan kita tu masukkan ke dalam tabung. 
  7. Semasa membeli, sebaiknya gunakan bakul berbanding troli sebab ia akan membantu korang lebih bersederhana dalam berbelanja. 
  8. Biasanya di pasaraya besar ada disediakan katalog barangan yang mungkin ada promosi dan sebagainya. So, rujuk katalog tersebut sebelum korang mula berbelanja. Boleh jimat sikit kan. 
  9. Elak dari terpedaya dengan peraduan gores dan menang. Bertindaklah sebagai pengguna yang rasional dan bijak. 
  10. Sebaiknya masaklah di rumah berbanding dengan membeli makanan di luar. Lagipun, kebersihan pun lebih terjamin kan. Sihat pun sihat sebab kita tahu apa yang ada di dalam makanan yang kita masak tu. Maklumlah, masak sendiri kan. Hihi! 
  11. Semasa membeli-belah, guna recycle bag sebab penggunaan plastik boleh mencemarkan alam sekitar. 
  12. Pastikan barangan yang korang beli tu terdapat logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. So, awas dengan logo halal yang palsu ye.

Selamat berbelanja!

Kredit Ruangan klassifields, Harian Metro.

21/02/2018

8 tip jimat jika mahu membeli kereta baru atau terpakai.

Zaman sekarang ni, mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan. Itu pun kepada sesiapa yang berkemampuanlah. Tapi kalau dah terlebih mampu, bolehlah nak beli dua tiga biji kereta kan. Buat koleksi menambah harta yang ada. Hehe. 

Bagi cikla, nak beli kereta kenalah berbaloi dengan kos atau 'modal' yang kita keluarkan. So, ini semua perlukan ilmu mengenai macam mana kita nak berjimat sekaligus kereta yang kita dapat tu sangat memuaskan hati tak kiralah kereta baru (dah tentu-tentulah puas hati kan sebab baru) dan terpakai (secondhand). 

Takdelah nanti bila dah beli, rosak sana rosak sini. Merata-rata rosaknya.

Malas nak membebel panjang-panjang, jom baca tip ringkas tapi padat yang cikla nak share ni. 

Tip ni cikla perolehi dari kawan-kawan terdekat (thanks Mr. Azril Aziz share tip) yang lebih berpengalaman dalam hal ni. Ilmu untuk cikla jugak, pengetahuan am. Hihi. 

8 tip jimat jika mahu membeli kereta baru atau terpakai.

  1. Beli kereta masa hujung tahun. Biasanya, mesti ada ditawarkan diskaun dan promosi yang kaw-kaw punya, terutama kereta baru. Ada orang lebih suka membeli kereta baru sebab maintenance kurang, tapi cuma ada 'monthly installment'lah. 
  2. Buat calculation berapa kita boleh dan sanggup bayar bulan-bulan untuk kereta tu. 
  3. Senaraikan kereta yang sesuai dibeli berpandukan kepada tip kedua. 
  4. Ambil kira maintenance setiap 10k atau 5k perjalanan. Mungkin 3 bulan atau 4 bulan,  bergantung kepada  berapa anggaran mileage penggunaan. 
  5. Kira berapa kita kena bayar untuk insurans dan roadtax setiap tahun. Pertimbangkan jugak, boleh ke duit gaji ke atau pendapatan kita tu tampung kos pembayaran bulanan kereta tersebut. Kalau tak, tunggu ajelah bila dapat bonus ke, dapat brim ke. Hehe. 
  6. Try kumpul seberapa banyak deposit yang mungkin untuk mengelakkan dari korang ke bayar dalam tempoh yang lama (makan tahun nak settle) ataupun tak nak bayar tinggi setiap bulan. *korang faham tak? Cikla pun dah pening. Haha.
  7. Check for offer and value for warranty. Beza bandingkan senarai kereta yang kita pilih tu yang mana satu lebih bernilai untuk jangka masa panjang. 
  8. Apa yang penting beli ikut kemampuan dan keperluan, jangan kemahuan. Kalau ikut kemahuan, mesti kita nak kereta yang vaaahhh, menjalar besar, kan. Bak kata pepatah, 'ukur baju di badan sendiri...'  Jangan ikut poket orang, ikut poket sendiri. 

Semoga bermanfaat.

17/04/2017

Jom kurangkan belanja dengan mudah!

Zaman sekarang ni kan boleh dikatakan semuanya serba mahal. Tak nak amik contoh jauh, cikla sendiri kalau belanja dapur tu paling mahal pun dekat RM300 jugaklah. Tengok, cikla boleh dikatakan keluarga kecik jugaklah. Cuba bayangkan kalau keluarga besar? Mesti lebih lagi kot. 

Tapi itulah, barang yang dibeli tu orang cakap barang 'wajib' beli macam beras, lada bawang, barang dapur, sabun basuh, mandian dan lain-lain. Itu belum lagi pampers anak dan sampingan lagi.Semua orang cakap, berbelanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu. Betullah tu. Sesetengah barang yang mahal harganya pun kita 'terpaksa' beli disebabkan oleh apa? Keperluan itu tadilah. 

Semua boleh dikawal kalau kena dengan caranya. Ada beberapa kekdah yang cikla nak share dengan korang mengenai hal jimat cermat ni. Jom baca berikutnya.

Jom kurangkan belanja dengan mudah!
Jom kurangkan belanja dengan mudah! Sumber Google.

Ramai orang cakap, sebelum nak membeli sesuatu elok bandingkan harganya. Bukan apa, ada barang yang mungkin sama tapi harganya lain-lain. Ada yang murah dan ada yang mahal. Memang syoknyalah kan kalau dapat barang yang diimpikan dengan harga yang sangat berpatutan. So, take your time. Jangan tergopoh-gapah nak beli. Ok! 

Selain itu, ada orang suka beli barang dapur contohnya, sekali banyak. Katalah untuk sebulan. Bagi cikla, ok dah cara tu. Lagipun, kita boleh bajet dan sekaligus berjimat-cermat. Beli secara pukal lebih menjimatkan daripada beli secara runcit.

Untuk pengetahuan korang, ada satu 'langkah bijak'  untuk kurangkan perbelanjaan, iaitu kurangkan duit dalam wallet korang.  Maknanya, wallet diisi dengan duit yang orang cakap cukup-cukup je. Bukan apa, kalau dah banyak duit dalam wallet tu kang, mulalah rambang mata nak beli itu ini. Haaa, dah burst budget pulak dah aiihh. Kan kan kan.

Kalau masa cuti pulak, sebolehnya duduk ajelah kat rumah tu kalau takde keperluan untuk kita berada di lunar rumah. Kalau nak keluar jugak sebab mungkin bosan duduk kat rumah, pergi ke tempat riadah yang 'percuma' seperti taman, pantai dan sebagainya. Dah jimat dah kat situ.

Cikla salute dengan orang yang rajin bawak bekal pergi kerja. Eloklah tu. Lebih sihat dan menjimatkan. Orang cakaplah berkorbanlah sikit bangun awal pagi sebab nak prepare bekal kan. Beli barang dapur sampai beratus ringgit sebulan, tapi masaklah weekend je. Lastnya, barang yang  dibeli rosak dan dibuang. Dah rugi dah. Betul tak? 

Rasanya, zaman sekarang ni ramai orang suka cari barang preloved. Bagi cikla, takde kurangnya barangan preloved ni, sebab ada barangan preloved yang berkualiti dan masih kelihatan baru. Apa yang penting, berbelanjalah dengan bijak dan jangan ikut nafsu.

Sumber Ruangan Ringgit & Sen.

14/02/2017

Anak ramai pun boleh berjimat.

Orang cakap nak berbelanja di zaman yang serba naik ni kena sentiasa bijak. Jadi pengguna bijak, kata orang sebab semua pilihan di tangan kita. Kita yang tentukan. Tak kiralah anak sikit ke, waima anak ramai pun boleh berjimat. 

Bila kita tengok orang tu anaknya 'berderet', mesti kita terfikir macam manalah mereka manage anak-anak mereka yang pelbagai perangai dan ragam. Itu belum lagi melibatkan perbelanjaan yang dah tentu lebih sikit. 

Tapi, be positive sebab anak kan pembawa rezeki. Kalau pandai manage, in shaa Allah mesti takde masalah, malah siap boleh berjimat cermat lagi.

Jom baca apa yang cikla nak share ni sebab ia memang praktikal dan yang paling pasti, ia menjimatkan.

Beli pakaian atau baju yang warnanya sesuai tak kira anak lelaki atau perempuan boleh pakai.

Orang cakap warna unisex. Kita tau kan, masa baby biasanya pakaian yang dipakai sekejap je. Lepas tu dah tak pakai dah sebab dah sempit *terutamanya tang seluar. So, simpan baju ni dengan baik supaya warna dan keadaannya dapat dikekalkan.

Nanti lepas ni, kalau dapat anak lagi baju ni semua boleh 'diwariskan' kepada adik-adiknya. Kalau yang ni memang cikla buat. Baju-baju si kakak dan si abang yang masih elok, cikla simpan untuk adik. 

Dan baju-baju ni diwarisi oleh anak saudara cikla jugak. Mana yang baby Zara dah tak muat, cikla bagi kat anak adik yang baru lahir awal tahun hari tu. 

Kalau beli barangan dapur tu elok beli secara pukal atau borong sebab lebih menjimatkan dan jauh lebih murah.

Dah tak susah kot nak cari barang dapur secara pukal sebab sekarang ni memang banyak pasar raya atau kedai yang jual barang secara borong. Mak ayah kena rajin cari je. Demi anak-anaklah katakan. Hihi. 

Sebaiknya beli yang berkualiti tinggi sebab biasanya barangan sebegini lebih tahan lama. Memanglah kena keluar duit lebih sikit, tapi takpe kot sebab ia lebih berbaloi. 

So, nanti barangan tersebut boleh digunakan turun-temurun start dari anak sulung sampailah ke bongsu. Dah tak payah susah-susah nak beli lain dah. 

Macam cikla, memang walker yang cikla beli untuk abang Ammar masih elok dan baby Zara boleh gunakan. Yang kakaknya punya memang dah 'ke laut' dah sebab seingat cikla harganya murah sikit dari yang Ammar punya. 

Ibu kena rajin masak.

Kalau ikutkan memasak sendiri lebih menjimatkan dari kita beli di kedai. Lagi-lagilah anak-anak yang sedang meningkat besar memang suka sangat makan. 

Kadang-kadang budak-budak ni menu ringkas pun sedap je diaorang makan sampai bertambah-tambah. Goreng telur je pun. Itulah orang cakap betapa power nya air tangan seorang ibu.

Lagi satu, kebaikan masak sendiri ni kita boleh menyediakan makanan yang lebih berkhasiat dan mengawal penggunaan garam, gula, perasa dan minyak dalam makanan. Keluarga pun terjamin sihat.

Kalau ibu yang bekerja, mungkin kadang-kadang mereka tak sempat masak. Balik dari office, menghadap jem lagi. Sampai rumah pun dah lewat. Dengan penatnya lagi. Betul? 

Takpe kalau nak beli makanan, tapi sebaiknya bungkus makanan kemudian bawak balik makan kat rumah dengan keluarga. Paling tak pun beli lauk je. Nanti balik tinggal masak nasi je. 

Ini lebih menjimatkan, dan keadaan lebih selesa lebih-lebih lagi dapat meluangkan masa bersama keluarga. 

Kalau korang ada anak kecik, sebaiknya cuba menyusu badan sepenuhnya sehingga anak berusia 2 tahun.

Tapi, kalau tak boleh nak buat macam mana kan. Apa yang penting, masa mengandung makan banyak makanan berkhasiat. 

So that, inshaAllah susu akan meriah punyalah. Lagipun, sekarang ni susu formula bukannya murah. Agak mahal jugak. 

Kalau anak kita tu dah masuk 3 ke 4 tahun, apa kata kita ajar mereka untuk tak memakai pampers.

Sebagai permulaan, ajar mereka untuk tak pakai pampers pada waktu siang. Perlahan-lahan. Nanti kalau drastik sangat takut mereka 'terkejut' pulak.

Cikla harap tips di atas dapat membantu ibu-ibu meringankan sedikit perbelanjaan khususnya mereka yang beranak ramai. Apa yang penting jimat dan dapat elakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitooonnn.

Sumber Ruangan Tips Jimat.

30/09/2015

Nak bebas hutang? Cuba ni...

Hutang, hutang, hutang. Pada zaman sekarang ni, sana-sini orang mengeluh pasal hutang. Hutang keretalah, hutang rumahlah, hutang kawinlah, bahkan macam-macam lagi. 

Lebih sadis lagi, dapat je gaji, tolak tambah bahagia darab, duit gaji tinggal ciput je untuk cover sampai bulan yang akan datang. Itu pun kalau ada balance. Kalau takde, licin licau lagilah haru, siap tak cukup lagi. 

Semua ni akan bagi effect kat kehidupan kita dan rumahtangga akan ada masalah, nak-nak pulak zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit.

Ada orang suka meletakkan sesuatu tempoh untuk dia melangsaikan semua hutang-hutangnya. 

Contohnya, dia tekad settle semua hutang dalam tempoh 5 tahun lagi. Sebenarnya semua itu tak mustahil boleh dicapai kalau kita punya azam yang kuat dan jangan lupakan amalkan prinsip berikut:

Beli barangan secara tunai

Jangan membeli barangan melibatkan ansuran bulanan atau sekarang ni (lebih-lebih lagi kalau musim perayaan) kebanyakan kedai buat promosi,  pakai dulu bayar kemudian. Jangan, jangan terpengaruh dengan tarikan sebegitu. Kalau kita mampu, its ok.  Just carry on. 

Tapi, kalau sebaliknya? Dah hujung bulan garu-garu kepala yang tak gatal. Pasal apa? Pasal pening nak pusing duit gaji nak bayar hutang. Lagi senang macam ni, simpan duit dulu, kalau dah cukup baru beli, ok kengkawan.

Hidup bawah kemampuan bukan ikut kemampuan. 

Ha, korang paham tak? Maksudnya macam ni. Belanja ikut kemampuan maknanya, kalau gaji korang seribu, korang belanja pun seribu. Kalau gaji korang 30 ribu, belanja pun 30 ribu. Tak boleh macam tu dik, memang cari penyakitlah namanya tu. Very dangerous. 

Sebaiknya berbelanjalah ikut keperluan kita (beli apa yang perlu), then bakinya boleh simpan. Kan elok macam tu.

Simpan walaupun ciput.

Tabiat menyimpan/menabung sepatutnya dimulakan dari kecik lagi. Ajar anak kita amalan menabung, so that mereka akan terbiasa. Tak kiralah berapa yang kita simpan. Banyak ke, sikit ke, janji ada saving.

Buat side income. 

Zaman sekarang macam-macam lubang untuk menambah pendapatan kita. Bisnes online yang paling popular dikalangan orang sekarang Suri rumah pun boleh buat, sebab biz online ni memang dijalankan di rumah. 

So, duit gaji kita boleh guna untuk kegunaan seharian, settle hutang mana yang patut. Manakala, duit  hasil side income ni kita boleh simpan. Silap-silap hari bulan duit hasil income lagi high dari duit gaji kita. Hehe. 

Meh cikla nak share satu doa,

Apa yang penting kita sendiri kena pandai mencorakkan corak yang bagaimana untuk duit yang kita dapat tiap-tiap bulan (duit gajilah tu) supaya kita tak rasa kesempitan wang walaupun baru di pertengahan bulan. Adoiiii, pening mak nak.

Sumber dari ruangan ringgit & sen (MW).

08/02/2015

Tips berjimat di rumah.

Zaman sekarang ni barang-barang serba-serbi naik harga. Dengan barang dapur termasuklah barangan kering dan barangan basah semua dah naik harga. 

Nak-nak mereka yang dah berkeluarga, mana nak tanggung perbelanjaan rumah lagi, perbelanjaan sekolah dan lain-lain. Boleh pitam dibuatnya setiap bulan. Hehe. 

Bukan apa, macam cikla sendiri pun dah "terasa" akan cabaran menguruskan belanja rumah, memandangkan hanya suami cikla seorang sahaja yang bekerja.

Orang kata, semuanya patut dimulakan dari rumah. Begitu jugak dengan konsep berjimat ni. Bukan apa, ia dapat mengurangkan rasa tertekan dan stress setiap kali memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat. Oklah, cikla nak share beberapa tips macam mana nak menjimatkan wang.

Tips berjimat di rumah.
Tips berjimat di rumah. Sumber Google.

BIJAK menggunakan alat elektrik. 

Contohnya, basuh pakaian bila muatan dalam mesin basuh dah penuh. Macam tu jugak kalau kita menggosok pakaian. Gosok sekali banyak dan elakkan menggosok sikit-sikit dan setiap hari.

TUTUP suis elektrik jika tak menggunakan.

Ada sesetengah orang suka membiarkan TV dalam "mode standby". Macam tu jugak dengan komputer. Cara sebegini tak akan dapat menjimatkan malah membazir. Kalau nak off, off terus.

TUKAR pada pembayaran bil secara online.

Sebab ia lebih menjimatkan tak kira dari segi masa khususnya.

JANGAN beli barangan yang tak perlu.

Ada orang kalau shopping barang dapur, jajan je dah penuh satu troli. Yang takde dalam list pun ada. Dah lari budget.

PILIH kualiti daripada jenama. 

Sebab kadang-kadang barang tu mahal sebab jenama dia. Kalau dah kualitinya lebih kurang dengan barang yang "kurang" berjenama, baik beli barang yang lebih murah.

JIMAT penggunaan minyak.

Tapi takpelah, minyak pun dah turun harga kan. Hehe.

BAYAR hutang dengan penuh disiplin.

Jangan mengelat sebab kalau miss bayar dah kena bayar interest pulak. Kan dah membazir wang nak kena bayar denda/penaltinya plak... So, bertindak bijak.

Kesimpulannya, semuanya di tangan kita sendiri macam mana nak tanganinya. 

Sumber from Majalah Wanita/Ringgit & Sen.

18/07/2014

Kawal nafsu ketika belanja raya.

Korang dah shopping raya? Mesti dah kan? Ye la, ada lebih kurang 10 hari lagi kita nak sambut lebaran. Cikla alhamdullilah dah la shopping. 

Sebenarnya lebih kepada anak-anak, sebab diaorang yang excited nak raya. Biasalah, budak-budak. Kami suami isteri pun ala kadar aje. Janji anak-anak lepas. Berkorban demi anak. Ececehhh.

Bila bercakap pasal budget raya plak. Memanglah kebanyakan orang, especially mak-mak dah siap buat list apa yang nak beli. 

Tapi, yang tak berapa nak syoknya. Bila berbelanja lari dari list budget. Apa yang tak di'list'kan terbeli plak. Haaaa. Acaner tu? Cikla pun sama. 

Sebelum ber'shopping tu, hubby dah suruh list apa yang patut nak dibeli. Tapi, tup tup bila shopping barang lain lak yang disambarnya. Aiseh. Haru-haru

Kawal nafsu ketika belanja raya.....
Kawal nafsu ketika belanja raya. Sumber Google.

Jom baca terus sebab cikla nak share beberapa tips supaya kita dapat kawal sikit perbelanjaan kita dan takdelah kita terlajak beli. Hehehe.

Azam;
Tanam azam sebelum Ramadan lagi untuk berjimat sebab ia membantu supaya kita lebih berwaspada dalam berbelanja. 

Contohnya, berbelanja ketika membeli di bazaar ramadan. Bawa RM50 je sebagai peruntukan untuk membeli. Jadi, kita dapat hadkan duit kita. Takdelah membazir kan?

Rangka budget;
Tulis semua perbelanjaan dalam buku khas (contohnya buku 555) atau simpan je resit pembelian supaya kita boleh buat rujukan pada masa depan.

Hadkan duit;
Tetapkan budget dan bawa duit cukup cukup je, hehe. Walaupun susah nak buat, tapi ia berkesan membantu seseorang lebih berjimat.

Elak belanja ikut nafsu;
Haa, yang ni susah sikit kan. Lebih lebih lagi kalau kita tengok kat shopping mall sana-sini ada diskaun. Lagilah rambang mata. Membuak-buak nafsu nak beli. Tak beli kang rasa rugi lak, pasal bukan selalu harga murah camtu. 

Jadi, nak senang jangan lah selalu sangat pergi ke shopping mall. Agak-agak nak beli barang yang perlu barulah pergi. Nanti dah nampak itu ini, payah lak nak control nafsu membeli tu, gotehe.

So, macam mana? Tapi, bagi cikla semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kesedaran tu penting. Tak kiralah samada kita mampu nak beli. Pokok pangkalnya membazir itu amalan syaitooonnn. Jadi, sebaiknya elakkanlah ye.

*Sumber tips kredit to hmetro.

12/05/2014

Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.

Semua orang mesti mahukan majlis perkahwinan yang meriah dan gah kan? Tak dinafikan kos majlis kahwin semakin lama semakin meningkat. Belanja kahwin dan kenduri walimaturus, semua kena ambil kira. 

Dulu masa zaman cikla pun boleh dikatakan kos agak mahal gak. Apa yang penting, kita buat majlis kahwin biarlah seadanya. Jangan nak ikut orangkan. Ikutlah kemampuan memasing. Bak kata pepatah, 'ukur baju dibadan sendiri, hehe.

Kos kenduri dulu dengan sekarang memang jauh beza. Kalau dulu belanja kahwin baru RM3k pun dah cukup nak buat kenduri besar. Tapi sekarang, RM10k pun belum tentu cukup. Semuanya bertitik tolak pada kekangan kewangan. 

Kalau nak majlis kahwin tu grand and tiptop kenalah usaha sikit cari ongkosnya kan. Barulah setanding dengan apa yang kita inginkan.

Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin.
Tips berjimat semasa mengadakan majlis kahwin. Kredit Google.

Oklah, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh bakal bakal pengantin gunakan untuk menjimatkan duit dalam kerja kahwin.

Tips 1 :
Tetapkan jumlah tetamu, sebab kita boleh rancang bajet dengan baik. Bukan apa, kalau kita tetapkan jumlah tetamu, bajet untuk makanan, cenderahati dan kad kahwin dapat ditentukan. Yang paling baik senaraikan dulu kawan dan saudara dulu supaya lebihan kad kahwin dapat dikurangkan. Takde lah rugi kan?

Tips 2 : 
Buat majlis tiga dalam satu. Rasanya dah menjadi trend sekarang kan orang buat majlis tunang, nikah dan sanding pada hari yang sama. Maknanya majlis tunang dengan nikah boleh diadakan serentak manakala majlis sanding pada keesokan harinya. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Tips 3 : 
Buat sendiri. Maknanya buat hantaran sendiri, cenderahati dan hiasan bilik pengantin sendiri. Haaa, inilah masanya nak tunjuk ke'kreatif'an kita. Hehe. Mana tau ada bakat-bakat yang terpendam kan. Kalau takde idea, cari je sumber atau contoh contoh kat internet dan majalah. Banyak apa, 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih, ye tak?

Tips 4 :
Tempah awal. Tempahan fotografi, katering dan kad kahwin dibuat masa ada promosi atau pameran perkahwinan. Bukan apa, ia biasanya ada diskaun. Jadi lebih menjimatkan.

Tips 5 : 
Majlis gotong-royong, kalau kat kampung orang panggil rewang. Ia lebih menjimatkan sebab kita hanya perlu keluar kos untuk beli bahan basah dan aktiviti seterusnya dilakukan bersama. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara dan jiran.

Tips 6 : 
Berbalas hantaran, ini merupakan salah satu sebab mengapa kos perkahwinan naik. Jadi, jangan berbalas hantaran dengan jumlah yang banyak. Cukuplah sekadar lima berbalas tujuh. Ada sesetengah tu lagi sikit, tiga berbalas lima.

Tips 7 : 
Sewa atau buat baju baru. Kalau pakaian untuk nikah dan sanding, cukuplah sekadar menyewanya saja kan? Kita bukan nak pakai lama pun. Habis majlis pulangkan aje. Tapi kalau nak buat baju baru pun ok jugak, tapi pastikan baju kita dapat disewa atau dijual kepada orang lain jika sudah tak dipakai. Kan boleh dapat balik kos masa kita buat baju tu.

Tips 8 : 
Tak perlu membazir. Biasanya pengantin akan buat majlis tukar baju sekadar untuk ambil gambar. Tapi tak salahkan, untuk jimat kos apa kata baju nikah dan baju sanding pun boleh gak apa kita pakai untuk sesi posing nanti. Betul tak?

Tips 9 :
Beli-belah ketika ada promosi, ini termasuklah barang hantaran sebab ia sangat menjimatkan kos. Tapi janganlah main beli je, kena jugak pastikan ia berkualiti dan tak mudah rosak. Nanti rugi pulak kena beli lagi.

Tips 10 : 
Tak perlu hiburan. Kalau bajet tak cukup tak perlulah nak berkaraoke atau berpancaragam bagai. Kalau takde takpe gak kan. Apa yang penting kelangsungan majlis yang berjalan lancar.

Tips 11 : 
Sedia senarai semak. Ini sangat penting dan perlu disediakan awal. Bukan apa, dengan adanya senarai semak kita dapat tahu jumlah wang yang dah dibelanjakan dan kita dapat tahu apa yang dah settle atau betul. Senang sikit kan, takdelah kelam-kabut.

Walau apapun, bagi cikla biarlah semuanya dalam serba sederhana. Majlis walimaturus ni memang penting tapi biarlah semuanya berpada-pada dan janganlah sebab nak menunjuk-nunjuk sampaikan kita terpaksa berhutang sana sini. 

*Nota kaki: Bersederhanalah walau dalam apa jua keadaan. Jauhi riak dan sikap menunjuk2 sebab ia akan menjauhkan kita dari redha Allah.

**Sumber tips: Ruangan rencana, Harian Metro.