"Luahan Rasa Tanpa Suara"

17 August 2022

Kisah yang mesti korang baca.

August 17, 2022 1
Cikla nak share sebuah kisah teladan yang best dan wajib korang baca untuk ambil iktibar. Jom baca sampai habis. 

Kisah Nabi dengan buah limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tak. Takde seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya mengapa tak mengajak mereka ikut makan. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan 

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tak baik, dan dari orang bukan Islam pulak. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? 

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Moga korang ada dapat sesuatu dari kisah ini. 

Kredit : Penulis asal. 

4 petua nak buat sambal belacan yang sedap giler. Korang mesti belum tau kan?

August 17, 2022 0
Cikla agak, kebanyakan orang mesti suka makan sambal belacan kan? Lagi lagi kalau cicah dengan ulam-ulaman. Perghhh, membuka selera terus. Silap-silap berpinggan-pinggan nasi habis. Hihi. 

Namun, tak semua orang tahu macam mana nak buat sambal belacan yang sedap sehingga menjilat jari kan? 

So, nak tau ke? Cikla ada terbaca beberapa petua atau rahsia (yang bukan lagi rahsia, haha) macam mana nak dapatkan sambal yang mabeles, lazat, owsem dan sedap giler.

4 petua nak buat sambal belacan yang sedap giler. Korang mesti belum tau kan?
4 petua nak buat sambal belacan yang sedap giler. Korang mesti belum tau kan? Gambar kredit Google. 

Petua 1;

Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma. Yang ni mak cikla memang buat sebelum hasilkan sambal belacan. Bau dia time bakar tu, fuhh memang wangi. Lapor terus. 

Petua 2;

Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua ini adalah supaya sambal belacan tahan lama.

Petua 3;

Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (tapi buang biji dia dulu). Ini akan membuatkan sambal lebih wangi dan sedap. Yummy.

Petua 4; 

Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya kita tak sakit perut bila makan sambal tu nanti. 

Pastu, ni cara buat sambal belacan mengikut urutan;

Bahan kisar. Bahan ni dikisar kasar tau.

6 biji limau kasturi (dibuang biji) 
50 g belacan yang telah dibakar.
3 biji cili merah dan sebiji cili hijau.
8 biji cili padi hijau.
25 biji cili padi merah.
100 ml air asam jawa pekat.
Sedikit gula dan garam.

Kalau korang nak buat banyak untuk buat stok, pandai-pandailah korang adjust dan  tambah bahan-bahan tu tau.

Selamat mencuba. 

Kredit : Nurulain Insyirah

Macam mana nak bersihkan hati dengan mudah?

August 17, 2022 0
Cikla setuju sangat bila orang kata segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Bagi cikla, hati ni umpama kotak fius yang membolehkan segalanya berfungsi dengan baik. 

Kalau karat kotak fius tu, maka terkesanlah apa yang berkait dengannya. 

Jadi, cikla nak share macam mana nak mencuci hati supaya sentiasa bersih, suci, murni dan jauh dari noda noda yang merosakkan.

Macam mana nak bersihkan hati dengan mudah?
Macam mana nak bersihkan hati dengan mudah? 

1. Dirikanlah solat dan banyakkan berdoa, sebab ini adalah salah satu kaedah atau cara yang sungguh berkesan membersihkan hati kita. Masa korang berdoa tu, katakan, "Ya, Allah jadikan hatiku bersih". 

2. Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW paling sikit pun 100 kali sebelum korang tidur. Korang tau tak, ini adalah satu "pelaburan" yang mudah dan murah. 

Di samping dosa-dosa kita diampunkan, otak kita akan tenang, rezeki pulak melimpah mencurah dan orang akan sentiasa sayangkan kita. Pendek kata, ia akan mencetuskan semua hal yang baik. insha'Allah.

3. Buatlah solat sunat taubat. Solat sunat ni, selain dari untuk kita memohon keampunan, ia jugak dapat mencuci hati dan menenangkan minda kita.

4. Bacalah Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran, ia dapat mencuci hati dan menenangkan jiwa, di samping ia adalah penyembuh, penenang dan terapi kepada kita. Bacalah sekurang-kurangnya "Qulhu-allah" sebanyak 3 kali.

Moga Allah permudahkan semuanya. Aamiin ya rabb. 

Kredit : Dakwah Bidadari. 

16 August 2022

Jangan lakukan 24 perkara ni dalam hidup anda!

August 16, 2022 1
Ingat! 

Jangan lakukan 24 perkara ni dalam hidup anda! Kredit Google.

Jangan lakukan 24 perkara ini dalam hidup anda. 

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tak disukai oleh Allah SWT.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah/sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah SWT.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20.Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21.Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22.Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana Allah SWT tak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.

24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang buruk itu dari hambaNya juga.

Moga mendapat manfaat. 

Kredit : KisahDunia

12 August 2022

Khasiat Surah Al-Kauthsar.

August 12, 2022 0
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. 

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Khasiat Surah Al-Kauthsar.
Khasiat Surah Al-Kauthsar. Kredit Google.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insha'Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tak bersalah tapi dizalimi.

Aamiin.

Moga memberi manfaat. Waallahualam.