'Santai Tapi Sampai'

17 August 2022

Kisah yang mesti korang baca.

Cikla nak share sebuah kisah teladan yang best dan wajib korang baca untuk ambil iktibar. Jom baca sampai habis. 

Kisah Nabi dengan buah limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tak. Takde seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya mengapa tak mengajak mereka ikut makan. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan 

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu aku habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tak baik, dan dari orang bukan Islam pulak. 

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? 

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Moga korang ada dapat sesuatu dari kisah ini. 

Kredit : Penulis asal. 

1 comment:

  1. Semoga kita dapat pengajaran daripada cerita tersebut

    ReplyDelete