"Luahan Rasa Tanpa Suara"

31 May 2024

Rawatan untuk kanser tiroid secara umum.

May 31, 2024 1
Rawatan untuk kanser tiroid bergantung kepada jenis kanser, peringkat penyakit, dan faktor-faktor lain seperti umur dan kesihatan keseluruhan individu. 

Rawatan untuk kanser tiroid secara umum.
Rawatan untuk kanser tiroid secara umum. Kredit image Google.

Beberapa kaedah rawatan yang biasa termasuk: 

1. Pembedahan: Pembedahan biasanya dilakukan untuk mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan tiroid, bergantung kepada peringkat dan saiz tumor. Pembedahan ini dikenali sebagai thyroidectomy. 

2. Terapi Radiasi: Terapi radiasi boleh digunakan selepas pembedahan untuk memusnahkan sisa kanser yang mungkin tersisa atau sebagai rawatan utama untuk kanser tiroid yang agresif. 

3. Terapi Hormon: Terapi hormon sintetik (throyxine) biasanya diperlukan selepas pembedahan untuk menggantikan hormon tiroid yang hilang. Ini membantu mengawal tahap hormon dalam badan dan menghalang pertumbuhan kanser yang mungkin tersisa. 

4. Terapi Radioaktif: Terapi radioaktif kadang-kadang digunakan selepas pembedahan untuk membunuh sisa sel kanser yang mungkin tersisa atau untuk merawat kanser tiroid yang agresif. 

5. Kemoterapi: Sangat jarang digunakan untuk kanser tiroid, tapi ia boleh menjadi pilihan untuk kanser yang agresif dan sukar dirawat. 

Setiap kes kanser tiroid adalah unik, jadi adalah penting untuk berunding dengan pakar kesihatan untuk merancang pelan rawatan yang sesuai untuk setiap individu.

29 May 2024

12 zikir pilihan yang mudah diamalkan.

May 29, 2024 0
Zikir pilihan yang sering diamalkan oleh umat Islam termasuk ; 

12 zikir pilihan yang mudah diamalkan.
12 zikir pilihan yang mudah diamalkan. 

"Subhanallah" (Maha Suci Allah) 

"Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) 

"Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 

"La ilaha illallah" (Tiada Tuhan selain Allah)

"Astaghfirullah" (Aku memohon ampun kepada Allah) 

"La hawla wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)

"Hasbiyallahu la ilaha illa huwa" (Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia) 

"Subhanallahi wa bihamdihi" (Maha Suci Allah, aku memujiNya) 

"Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil 'Azim" (Maha Suci Allah, aku memujiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung) 

"Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar" (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar) 

"La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa Huwa 'ala kulli shay'in Qadir" (Tiada Tuhan selain Allah, yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu).

28 May 2024

Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke?

May 28, 2024 2
Korang ingat lagi tak time korang kecik, mak pak korang dulu dulu selalu suruh korang masuk dalam rumah bila menjelang maghrib. Alasan dorang syaitan banyak berkeliaran time tu. Sebenarnya, tindakan dorang ni bukanlah sekadar mitos atau cerita dongeng semata-mata tau, tapi sebenarnya benda ni "berakar" dari ajaran Islam dan berdasarkan pengalaman serta kebijaksanaan dorang jugak.

Pandangan Islam:

Dalam Islam, ada beberapa hadis yang mengaitkan waktu maghrib dengan kehadiran syaitan. Antaranya adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

“Apabila malam mulai gelap atau senja datang, tahanlah anak-anakmu (jangan biarkan mereka keluar), kerana pada saat itu syaitan sedang berkeliaran. Setelah beberapa saat malam berlalu, lepaskanlah mereka.”

Hadis ini menunjukkan bahawa ada waktu-waktu tertentu yang disarankan untuk mak pak kita mengawal pergerakan anak-anak demi mengelakkan gangguan syaitan. Waktu maghrib dianggap sebagai waktu yang kritikal di mana syaitan dan jin lebih aktif berkeliaran.

Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke?
Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke? Image kredit Google. 

Aspek Keselamatan dan Kebijaksanaan:

Selain daripada perspektif agama, ada jugak alasan praktikal dan kebijaksanaan orang tua dulu dalam memastikan keselamatan anak-anak dorang, antaranya:

1. Kurangnya Pencahayaan - Zaman dulu kan kemudahan pencahayaan macam lampu elektrik takdelah sebagus sekarang. Bila malam menjelang, keadaan sekitar jadi gelap dan susah untuk dorang awasi anak-anak yang main kat luar. Jadi, risiko kemalangan atau kecederaan lebih tinggilah bila dalam keadaan gelap.

2. Haiwan Berbahaya - Time senja, ada haiwan liar mungkin lebih aktif, termasuklah serangga berbisa, binatang buas atau haiwan peliharaan yang lebih agresif pada waktu malam.

3. Cuaca - Menjelang maghrib, suhu udara biasanya mulai menurun. Orang tua-tua mungkin bimbang anak-anak dorang terkena penyakit akibat perubahan suhu yang mendadak.

4. Kehidupan Sosial - Menjelang malam, aktiviti keluarga biasanya beralih kepada persiapan makan malam, solat berjemaah dan sebagainya. So, dorang mengajak anak-anak pulang ke rumah membantu memastikan mereka terlibat dalam aktiviti ini.

Apa yang saya boleh katanya, larangan keluar rumah pada waktu maghrib bukan hanya kerana kepercayaan kepada syaitan semata-mata, tapi juga berpunca dari pelbagai sebab yang lain seperti keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan anak-anak. Gabungan faktor agama, kebijaksanaan praktikal dan pengalaman hidup menjadikan "larangan" ini relevan dan berkesan dalam mendidik generasi muda.

Waallahualam. 

Penting ke menzahirkan rasa syukur itu?

May 28, 2024 0
Hakikatnya, konsep bersyukur dalam Islam sangat penting ye kawan-kawan. Syukur itu bermaksud mengakui segala nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah serta merasakan keikhlasan dalam hati untuk menghargainya. Orang yang bersyukur akan menghargai segala nikmat yang diberikan, tak kiralah nikmat yang besar ataupun yang kecil. Mereka jugak akan mengekalkan sikap rendah diri kepada Allah atas segala pemberianNya. 

Sebenarnya, syukur dengan kebahagiaan sangat bersaling kait. Bila seseorang itu bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan, hatinya dipenuhi dengan rasa kesejahteraan dan rendah diri. 

Rasa syukur jugak dapat membantu seseorang untuk melihat sisi positif dalam kehidupan walaupun di hadapan dia penuh cabaran dan kesukaran. Dengan bersyukur, seseorang dapat mencapai keadaan hati yang tenteram dan gembira, seterusnya memberi rasa bahagia dan ketenangan hati. 

Penting ke menzahirkan rasa syukur itu?
Penting ke menzahirkan rasa syukur itu? Image kredit Pinterest

Orang yang bersyukur memperoleh banyak kelebihan dalam kehidupan mereka, antaranya:

1. Ketenangan Jiwa - Rasa syukur dapat membantu mencipta ketenangan jiwa dan kesedaran terhadap nikmat-nikmat yang ada.

2. Kehadiran Mental yang Positif - Bersyukur membantu seseorang untuk melihat kebaikan dalam situasi apa pun sekaligu menghasilkan sikap mental yang lebih positif.

3. Kesejahteraan Emosi - Orang yang bersyukur cenderung lebih bahagia dan kurang cenderung mengalami kesedihan atau kekecewaan.

4. Hubungan yang Lebih Baik - Sikap bersyukur membantu menguatkan hubungan kita dengan Allah dan juga terhadap manusia lain sebab ia menggalakkan sikap penghargaan dan penghormatan.

5. Kejayaan dan Kepuasan Hidup - Orang yang bersyukur cenderung lebih berjaya dalam mencapai matlamat mereka dan merasakan kepuasan dalam kehidupan mereka. 

Apa yang penting, rasa syukur membawa banyak kelebihan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Wallahualam. 

Apakah tanda Allah sayang kita?

May 28, 2024 0
Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada kita melalui pelbagai cara seperti memberi kita rezeki dan  kesihatan yang baik, keluarga yang sayangkan kita serta nikmat-nikmat yang lain. Inilah tanda-tanda kasih sayangNya yang tak ternilai.

Dalam hidup kita, Allah uji kita dengan pelbagai ujian dan cabaran. Itu lumrah. Dia uji kita bukan sebab Dia tak sayang kita, tapi sebaliknya ujian-ujian tu semua adalah sebahagian daripada rahmat dan kasih sayangNya jua.


Allah uji kita untuk menguatkan iman kita, meningkatkan kepercayaan kita kepadaNya dan mengajar kita menghargai nikmatNya yang lain. Walaupun ujian dan sakit mungkin ni sukar, namun ia adalah tanda kasih sayang Allah yang mengajar dan menguji kita untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.

27 May 2024

Ayam Goreng Hot And Spicy Wajib Cuba!

May 27, 2024 0
Siapa yang dah lama tak makan ayam goreng kepsi dengan mekdi, so apa kata korang terai buat ayam goreng ala ala pun okey kan. Janji sodap plus rajin jugak penting. Anak anak bila time cuti lapor sokmo, nah resepi pi buat lekass. 

Ayam Goreng Hot And Spicy Wajib Cuba!
Ayam Goreng Hot And Spicy Wajib Cuba! 

Bahan-bahan:

Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak

(Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin)

Cara-cara:

1. Bancuh tepung bestari bersama air saja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam).

2. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Makin lama kita perap makin lembut isi ayam dan rasa pedas akan meresap dengan jayanya dalam isi ayam. Korang peraplah 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air dan tepung gandum dan tepung beras. Takde sukatan tetap ye. Korang agak-agak je la ikut rasa hati. Haha. (Anggaran 1 senduk tepung bestari, 1 senduk tepung gandum, 1 1/2 senduk tepung beras).

4. Pastu amik ayam yang dah perap tadi masuk dalam campuran tepung kering dan salut rata. Buat seketul-seketul sebab kalau buat banyak-banyak dia jadi macam tak cantik dan tak bersalut. So, kena al sabariah lah masa bedakkan dia. 

7. Masukkan ayam dah salut tadi dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata dan ayam terendam. Tak perlu gaul-gaul banyak kali. Biarkan ayam itu berenang dalam minyak dengan tenang dan gembira.  Masa goreng dalam periuk or kuali bolehlah masukkan 3-4 ketul. Jangan banyak sangat sekali masuk. Ikut saiz tempat masak tu ler.

7. Lepas tu dah masak kan agak-agak kekuningan, silalah angkat. Sedia untuk di ngap.

SELAMAT MENCUBA.

Kredit gambar dan resepi kepada Owner.

Perbezaan migrain dengan sakit kepala.

May 27, 2024 0
Migrain dan sakit kepala adalah dua keadaan yang berbeza, walaupun kedua-duanya melibatkan rasa sakit di kepala.

Perbezaan migrain dengan sakit kepala.
Perbezaan migrain dengan sakit kepala. Image kredit Google. 

Migrain:

1. Sifat Sakit: Sakit migrain biasanya lebih teruk dan sering digambarkan sebagai berdenyut-denyut atau berdebar-debar. Ia biasanya menyerang satu sisi kepala.

2. Gejala Tambahan: Migrain sering disertai dengan gejala lain seperti mual, muntah, dan kepekaan yang tinggi terhadap cahaya, bunyi, atau bau. Sebahagian penghidap migrain juga mengalami aura, iaitu gangguan visual seperti kilatan cahaya atau bintik buta sebelum sakit kepala bermula.

3. Tempoh: Migrain boleh berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari.

4. Punca: Migrain sering dikaitkan dengan faktor genetik dan boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor seperti stres, perubahan hormon, makanan tertentu, dan kurang tidur.

Sakit Kepala Biasa:

1. Sifat Sakit: Sakit kepala biasa (seperti sakit kepala tegang) biasanya tidak terlalu teruk dan digambarkan sebagai tekanan atau rasa berat di kedua-dua belah kepala.

2. Gejala Tambahan: Sakit kepala biasa biasanya tidak disertai dengan gejala tambahan seperti mual atau kepekaan yang tinggi terhadap cahaya dan bunyi.

3. Tempoh: Sakit kepala biasa biasanya berlangsung dari beberapa minit hingga beberapa jam, tetapi boleh berlanjutan hingga beberapa hari dalam kes yang lebih serius.

4. Punca: Sakit kepala biasa sering disebabkan oleh faktor-faktor seperti stres, ketegangan otot, postur yang buruk, atau dehidrasi.

Kesimpulannya, migrain adalah sejenis sakit kepala yang lebih teruk dan sering disertai dengan gejala tambahan, manakala sakit kepala biasa adalah lebih ringan dan kurang kompleks.

26 May 2024

Jangan cepat menilai dan menghakimi.

May 26, 2024 0
Sebenarnya  penting sangat untuk kita bersikap rendah hati dan tak sombong dalam menilai diri sendiri pastu jangan cepat menghakimi orang lain. Kita tak boleh tengok setiap salah atau keburukan orang lain itu dengan pandangan yang terlalu kritikal sampai kita rasa pasti dorang akan dihukum ataupun terima balasan yang buruk.

Biasalah kan, lumrahnya dunia, semua orang mesti ada side kelemahan dan kesilapan mereka sendiri. Kita pun camtu jugak. Hanya Allah yang berhak nilai dan hukum. Tugas kita sebagai manusia adalah untuk memahami, memaafkan dan bagi peluang untuk dorang perbaiki diri.

Begitu jugak bila kita suka menilai yang setiap kebaikan yang kita buat tu confirm kita masuk syurga. Kurang bagus sebenarnya sebab benda ni boleh buat kita jadi riak atau sombong dengan kebaikan yang kita buat. 

Kebaikan yang kita buat tak sepatutnya membuat kita rasa yakin bahawa kita pasti akan mendapat ganjaran syurga. Buat baik perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau rasa lebih baik daripada orang lain. Biar Allah je yang menilai keikhlasan dan kesucian niat di hati kita.

Moga kita semua selalu bersikap rendah hati, tak cepat menghakimi orang lain dan ikhlas dalam berbuat kebaikan. Ingatlah, hanya Allah yang berhak menentukan nasib seseorang, sama ada ke syurga atau ke neraka.

Waallahualam. 

24 May 2024

Hashimoto disease.

May 24, 2024 0
Penyakit Hashimoto, juga dikenali sebagai tiroiditis Hashimoto, adalah satu keadaan autoimun di mana sistem imun badan menyerang kelenjar tiroid. 

Semua dah tau kot yang kelenjar tiroid adalah organ kecil berbentuk kupu-kupu yang terletak di bahagian leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang penting untuk mengawal metabolisme badan.

Hashimoto disease.
Hashimoto disease.

Ada beberapa maklumat penting mengenai penyakit Hashimoto:

1. Punca - Penyebab utama penyakit ini tak diketahui dengan jelas, tapi ia melibatkan gangguan sistem imun yang secara salah mengenali sel-sel tiroid sebagai ancaman dan mula menyerangnya.

2. Gejala - Kelelahan atau keletihan, kenaikan berat badan, kulit kering, rambut gugur, sensitif terhadap sejuk, sembelit, kelemahan otot, masalah ingatan atau kesukaran menumpukan perhatian. 

3. Diagnosis - Ujian darah untuk mengukur tahap hormon tiroid (TSH, T3, dan T4). Ujian antibodi tiroid untuk kesan kehadiran antibodi anti-tiroid peroksidase (TPO) dan antibodi anti-tiroglobulin.

4. Rawatan - Rawatan utama adalah terapi penggantian hormon tiroid menggunakan thyroxine, yang membantu menggantikan hormon tiroid yang tak cukup dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang rosak. Rawatan ini biasanya berterusan sepanjang hayat dan memerlukan pemantauan berkala untuk menyesuaikan dos. 

5. Komplikasi - Kalau tak dirawat, penyakit Hashimoto boleh menyebabkan hipotiroidisme yang boleh membawa kepada komplikasi serius seperti penyakit jantung, masalah mental dan goiter (pembesaran kelenjar tiroid).

So, adalah penting bagi individu yang mengalami gejala yang berkaitan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang betul daripada doktor. Pengesanan dan rawatan awal inshaAllah dapat membantu mengawal simptom dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Lima amalan memberat timbangan.

May 24, 2024 0
Pertama : BAIK AKKHLAQ NYA.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari AKHLAQ YANG BAIK dalam timbangan di Akhirat kelak." - (H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi).

Kedua : SELAWAT KE ATAS BAGINDA.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya SELAWAT ke atas Nabi SAW termasuk yang memberatkan timbangan." - (H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi).

Ketiga : UCAPAN ALHAMDULILLAH.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Ucapan ALHAMDULILLAH memenuhi timbangan (Mizan)." - (H.R. Imam Muslim).

Keempat : KALIMAT LAA ILAHA ILLALLAH.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isi nya di letakkan pada satu piring timbangan sedang LAA ILAHA ILLALLAH di letakkan pada sebelah lain nescaya kalimat tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi." - (H.R.Imam Ahmad).

Kelima : TASBIH SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL AZHIIM.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Dua kalimat ringan pada lisan berat pada timbangan dan menimbulkan cinta kepada Tuhan ia itu : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZHIIM." - (H.R.Imam Bukhari). 

#sharing

23 May 2024

Tetamu adalah pembawa rahmat.

May 23, 2024 2
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah SAW.

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

"Siapakah tetamu itu?"

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah SAW. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW hendak pulang, Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika Baginda keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah SAW keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah SAW. Dia sangat terkejut lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:

"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang. Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang -binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita."

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT. 

Kredit to Owner.

Adab bertamu ke rumah orang.

May 23, 2024 1
Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah:
a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang." (HR al-Bukhari)

b. Memilih waktu yang sesuai. 
Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi:

"dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya." (al-Nawawi, Kitab al-Azkar)

c. Tidak mengintai dan menjaga pandangan. 
Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan:

"Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu."

d. Tidak merosakkan barang tuan rumah.
Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau:

"Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu."

Semoga Allah membimbing kita. InshaAllah.

Kredit : Dr Ahmad Sanusi Azmi

Kaki sembang yang dibenci Nabi SAW? Jom baca.

May 23, 2024 0

1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya." [Riwayat al-Tirmidzi].

Moga kita tak menjadi orang sebegini. Aamiin. 

Kredit Jentik Hati. 

Apakah itu redha?

May 23, 2024 0
Redha itu menerima segala kenangan sebagai suatu jalan dan liku sebuah kehidupan.

Redha itu tersangat susah menitis air mata pun adakalanya belum tentu mampu menjadi redha.

Redha itu bila tiada rasa walau sedikitpun dalam hati rasa sakit dari ujian Allah.

Redha itu tersangat mahal, hanya hati yang benar-benar mengerti di sebalik derita itu adalah bahagia dan menerima ujian itu dengan rasa bersyukur.

Bila mana kamu mulai redha, kamu akan berhenti mempersoalkan terhadap apa yang ditentukanNya.

Perlahan-lahan didik hati ikhlas menerima ketentuan.

Allah faham kita lebih dari kita faham diri sendiri.

Dia tahu kita mampu atas semua ujian yang Dia berikan.

Adakalanya bahagia itu tidak datang dengan cara memiliki tetapi ia datang dengan cara melepaskan, kerana redha itulah kunci kebahagiaan.

Percayalah dengan yakin bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Pengasih.

Alhamdulillah.

#copypaste

06 May 2024

Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat?

May 06, 2024 2

Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat?
Nak tau 5 langkah menjadi insan hebat? Kredit image to Google. 

1.  Imej diri (yourself image). - Letakkan mindset saya nak jadi hamba allah yang taat, sebab level tertinggi adalah dengan menjadi hamba Allah yang taat.

2. Aqidah (your believe system). - Iaitu kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah. Setiap pagi amalkan bacaan Asmaul Husna dan hayatinya dengan bersungguh-sungguh.

3. Cari ilmu (gain new knowledge). - At least 1 hour per day we learn new knowledge. Paksa diri banyakkan baca buku. Dari paksa lama-lama jadi biasa.

4. Ubah tingkahlaku diri kita (change your behavior). - Solat awal waktu, tidur awal, bangun awal dan paksa bangun tahajud. Dari paksa lama-lama jadi biasa.

5. Jaga circle (inner circle). - Tengok siapa orang sekeliling yang kita selalu jumpa, siapa orang yang kita follow di social media. Tolong keluar dari semua group whatsapp yang beracun dan jauhkan diri dari toxic people.

Bonus!

Hargai segalanya, ucap terima kasih, minta maaf dan jangan lupa memaafkan orang sebelum tidur.

Moga bermanfaat. 

Kredit to Owner 

05 May 2024

Ubat carbimazole dan hyperthyroid.

May 05, 2024 1
Carbimazole tak boleh ambik lebih dari dua tahun jika ambik dos tinggi. 8 biji ke atas untuk jangkamasa lama. Kalau ambik dos rendah, boleh jer nak ambik bertahun-tahun, tapi dengan syarat jangan skip rutin appointment. No no no. Doktor akan pantau untuk mereka yang ambik carbimazole ni. Sebab itulah ada yang kena buat RAI, ada yang kena operation.

Ubat carbimazole dan hyperthyroid.
Ubat carbimazole dan hyperthyroid. Kredit Google. 
 
Rambut gugur tu antara salah satu gejala mereka yang mengidap masalah hormon tiroid. Tak kiralah hypertiroid atau hypotiroid. Ada banyak gejala dari hujung rambut sehingga hujung kaki, luar dan dalam yang kita boleh dapat bila mengidap masalah hormon tiroid ni. Begitulahhh. 

Kredit Grup Tiroid dan Anda Ori.