"Luahan Rasa Tanpa Suara"

31 December 2017

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

December 31, 2017 11
Alhamdullillah, segmen bloglist terakhir untuk tahun ini telah tamat pukul 8 malam tadi. Tak sangka, ramailah jugak yang sudi join segmen ni.  Maaflah, hadiah segmen ni hanyalah bloglist saja, takde hadiah sampingan ye. Insha Allah, untuk next segmen mungkin akan ada hadiah 'iringan' jugak. Hehe... Walau apapun, cikla nak mengucapkan juta-juta lemon ucapan TERIMA KASIH sebab korang sudi memeriahkan segmen ni.

So, tanpa membuang masa cikla umumkan siapakah yang bertuah terpilih menghiasi bloglist blog ini selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac. Macam biasalah, cikla guna khidmat random.org untuk pilih para pemenang. Jom check sama-sama ye...

Berikut merupakan keputusannya. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tak akan dilayan. Haha...

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
https://jombercontest.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://www.ceriteraibu.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://nonasani.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
https://asyiqin89.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://usryabdullah.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga_29.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://farhannajafri.blogspot.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
 http://www.mrspip.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga-mac.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://www.pokcikblogger.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
http://airahsyahirah.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html

Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Keputusan Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/hai-hai-hai-hai-nak-join-nih-pulak.html

Tahniah sekali lagi pada yang terpilih. Dengan pantas cikla update bloglist tu nanti. Korang yang terpilih ni kenalah rajin update blog korang tau. Barulah best nak blogwalking nanti.

Pada yang tak terpilih, nantikan segmen dan giveaway yang berikutnya. Mungkin rezeki korang pulak menang lepas ni.

Jangan sedih-sedih.

Congratulations!

Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com.

December 31, 2017 3
Mood tahun baru dah on ke? Hehe. Macam cikla, alhamdullillah di permulaan tahun baru ni cikla  Allah SWT memurahkan rezeki cikla sebab terpilih sebagai salah seorang pemenang Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com. Macam tak percaya sebenarnya. Iyelah, dah lama rasanya cikla tak menang apa-apa segmen atau giveaway. Terkejut jugak bila sis Mialiana komen di entri tadi. Terus pergi check. Korang tak percaya? Jom tengok ni.

Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com.
Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com. 

Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com.
Terpilih sebagai pemenang Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com. 

Cikla peserta no. 24. Betul kan, betul kan. Cikla akan stay dalam bloglist blog yang popular ni dari bulan Januari sampai Mac. Wah, lama tu. Semoga ini akan membantu memperbaiki trafik blog cikla yang suam-suam kuku ni. Tahniah pada yang lain jugak. Pada yang tak terpilih, janganlah sedih. Mungkin rezeki korang nanti kan. Sis Mialiana ni selalu buat segmen. Korang kena join tau kalau nak menang. Hehe.

Itu je nak cerita.

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

December 31, 2017 49
*this is sticky post until 8 pm on 31 December 2017. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

-SEGMEN TAMAT-

Assalamualaikum wbt. Disebabkan bulan Disember tak lama lagi akan berakhir, macam itu jugaklah dengan bloglist cikla. Cikla akan tukar bloglist cikla setiap 3 bulan mulai tahun depan. Syarat segmen pun senang je. Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Jangan risau, mudah je syaratnya.

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.
Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen bermula dari 24 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017 jam 8 malam. Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Wow, lama tu. So, pada yang terpilih nanti, kena rajin update blog tau. 

Kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segemen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Support cikla.. Ok! 

Selamat bersegmen korang. Terima kasih daun keladi...

30 December 2017

Perkongsian ringkas : Kisah masuk tandas bayar RM0.50.

December 30, 2017 1
Jom kita baca kisah pendek ni, semoga ia akan mampu mengetuk pintu hati kita berfikir dan mencari makna tersirat di sebalik kisah ini. Jom baca.

Kisah berlaku antara seorang pemuda dan seorang pakcik. Begini kisahnya, 

Perkongsian ringkas : Kisah masuk tandas bayar RM0.50.

Pemuda: "Pakcik harus bayar RM0.50 untuk masuk ke tandas, ye pakcik"

Namun, orang tua itu menundukkan kepala lalu  menitikkan air mata.

Melihat reaksi pakcik itu, pemuda itu berkata; "Eh pakcik, tidak usah menangis. Kalau pakcik takde duit, nanti biar saya yang bayarkan. Silakan pakcik masuk je ye." 

Orang tua: "Aku menangis bukan kerana tak ada duit, nak. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk, tandas ini pun aku mampu beli kalau aku nak."

Dengan wajah kehairanan, pemuda itu menjawab, "Jadi, kalau macam tu, kenapa pakcik menangis?"

Orang tua: "Aku menangis sebab tempat yang sebusuk ini pun ada harga yang perlu dibayar untuk masuk. Apa lagi syurga yang begitu harum dan indah, berapa pulak bayaran yang mesti aku bayar? Cukupkah amalanku untuk membayar harga ke syurga?"

Mendengar kata-kata pakcik itu, pemuda itu pun turut menangis.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 111 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (At-Taubah:111).

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

29 December 2017

Giveaway Bulan Cinta by Dilah.

December 29, 2017 5
Join giveaway lagi. Actually, cikla dah bookmark lama dah entri giveaway ni, baru sekarang join. Huhu. Tak apalah kan, janji join jugak. Korang nak join, klik di banner tu.

Giveaway Bulan Cinta by Dilah.
Giveaway Bulan Cinta by Dilah. 

Syaratnya pun senang, cikla dah follow semuanya tu lama dah. Hehe. So, untuk memenuhi syarat berikutnya, inilah jawapan cikla. 

Tarikh anniversary cikla adalah 30 Mei 2009. Tahun ni merupakan anniversary cikla dan suami yang ke-8. Alhamdulillah. 

Giveaway berakhir pada 31 Disember 2017. Cepat-cepat, jangan lambat. Hadiahnya memang best. 

Good luck semua, and me too.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.

December 29, 2017 3
Sebenarnya ni kisah Isnin lepas, masa cuti Hari Krismas. Kebetulan encik suami pun cuti, dan budak-budak pun asyik bising je cakap cuti sekolah dah nak habis tapi tak ke mana pun. 

So, ke sini ajelah nak ye. Taman Botani Negara pun best jugak apa. Nak bawak jauh-jauh kekangan masa pulak. Maklumlah macam-macam tanggungjawab nak kena fikir.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Sumber http://tbnsa.gov.my

Actually, adik cikla pernah promote tempat ni. Katanya best kalau bawak budak-budak beriadah. Cakap dengan encik suami lama dah, nak ajak dia datang sini. 

Maka, tetiba pada hari kejadian dia free, so sampailah kami di sana. Cikla pun rasanya baru pertama kali sampai ke sini. Tu yang macam agak excited jugaklah sikit-sikit. *padahal excited giler, cover je tu. Hehe. 

Secara umumnya, Taman Botani Negara ini terletak tengah bandaraya Shah Alam. Ia adalah sebuah pusat rekreasi dan taman negara yang dibuka pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Tapi, kalau tak silap cikla, dulu taman ni dikenali sebagai Taman Bukit Cahaya. Kalau tak salahlah kan.

Nak masuk kat dalam ni kena bayar. Tapi, takdelah mahal sangat. Bayaran masuk ke taman ini adalah seperti berikut :

  • Dewasa (12 – 54 tahun) : RM 3.00. 
  • Kanak-kanak (6 – 11 tahun) : RM 1.00. 
  • Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM 1.00. 
  • Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, Anak-Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma.

Kalau korang nak masuk tempat lain, contohnya rumah iklim sederhana empat musim kena bayar lain. 

Dari apa yang cikla lihat, masa cikla berkunjung ke sini, kebanyakan kawasan di dalamnya nampak macam under construction. Mungkin sedang dalam pengubahsuaian atau penambahbaikan. 

Masa nak naik atas tu, kami sekeluarga naik bas yang disediakan. Jauh ooo nak menapak. Tapi, masa keluar, kami jalan kaki je. Tak terasa pulak jauhnya. Hehe. 

Mungkin sebab ramai yang berjalan kaki secara berjemaah. Tu yang tak rasa jauh pun. Kejap je la pulak sampai kat pintu masuk tu. Lagipun,  perkhidmatan bas ni disediakan sampai pukul 4 petang je. 

Selain dari bas, korang boleh jugak sewa basikal dan motor yang roda empat besar tu. Apa tah nama dia. Masa cikla sampai tu memang ramai yang naik basikal. Basikal yang kayuh dua orang sekali tu pun ada. 

Tapi, kadar sewanya cikla tak pastilah pulak. Nanti korang boleh usha web diaorang ye kalau nak tau lebih lanjut. 

So, malas nak cerita banyak jomlah kita cuci mata tengok gambar yang sempat cikla ambil. Itupun tak berapa banyaklah. Maklumlah, bawak askar empat orang ni. Memang sangat mencabar. Mana yang dan ajelah ye.

Gambar kat bawah tu, adik Zara tengok si rusa. Ada banyak jugalah binatang yang ada di sini selain dari rusa seperti landak, kucing rumah, flamingo, merak, burung kakak tua, kerbau, kuda padi dan kuda. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah ni pula antara rumah-rumah yang ada di Kampung Idaman. Gambar yang cikla ambil ni rumah baba nyonya Melaka, rumah Perlis, rumah Negeri Sembilan dan rumah negeri Terengganu. 

Gambar di bawah ni pulak, laluan denai dari rumah empat musim tu. Di hujung denai ni ada jambatan gantung. Gayat jugalah masa nak lalu jambatan tu. Bergoyang-goyang. Huhu. Tak dapat nak masuk rumah empat musim sebab dah penuh. 

Itupun cikla tengok ramai je yang tunggu di luar sebab mereka dipanggil ikut nombor. So, berkampunglah kat luar tu. Dengarnya kat dalam tu musim salji.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah ni kekonon kawasan sawah padi. Macam bendanglah. Tapi sebenarnya rumput je tu. Haha. Gimik je lebih. Siap boleh pijak kat dalam tu sebab air takde, kering. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Gambar di bawah yang seterusnya ni, lokasi di kandang kuda. Menurut penjaga kuda kat sini, kuda-kuda ni semua in bad mood. Ada seekor kuda ni, baru mati anak. 

So, memang sangat beremosi. Itu pun ada penjaga kuda yang jagakan sementara kami nak berposing dengan dia. Risau jugak, kot-kot datang angin kus-kus si kuda, tak pasal-pasal kena flying kick. Hahaha.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Inilah kenderaan yang kami naik masa nak masuk ke dalam taman ni. Kawasannya yang berbukit memang pancitlah nak jalan sampai hujung kan. Hehe. Terpaksalah beratur panjang sebab orang memang sangat ramai. Sabar ajelah. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Budak kecik mucuk yang berangin satu badan. Masa ni tengah mood ok. Datang mood dia tak ok, memang asyik nak berdukung ajelah kerjanya. Ber musle lah ibu lepas ni. 

Mak budak kat bawah tu pun nak posing jugak. Huhu.

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam.
[Entri Bergambar] Jalan-jalan membakar lemak di Taman Botani Negara, Shah Alam. 

Untuk more info mengenai Taman Botani Negara ni dan kalau korang nak tengok lebih banyak gambar, jemputlah berkunjung ke web rasmi mereka di link berikut. Klik je situ...

Selamat berkunjung ke sini ye. Inilah peluang kita meluangkan masa bersama keluarga sekaligus dapat menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadi. Memang hijau di sana sini. Have fun.

28 December 2017

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ.

December 28, 2017 7
Jom join giveaway ni. Hadiah dia memang best. Apa lagi, jom join. Kalau nak join, klik di banner comel tu.

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ.
GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ.

 Good luck korang.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

December 28, 2017 8
Cikla percaya, semua kaki-kaki melancong yang selalu merancang percutian bersama Traveloka tahu mengenai One World Hotel ni. Betul? Memang tak dinafikan, dewasa ini memang sangat banyak hotel terutama yang bertaraf 5 bintang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sebagai pengguna yang bijak, kita semestinya mahukan hotel yang terbaik sepanjang percutian kita sebab pengalaman yang kita rasai di sana nanti sudah tentu menjadi kenangan kita sampai bila-bila. Lagipun, kita tak akan serik untuk kembali ke hotel itu lagi kalau perkhidmatan dan layanan yang diberikan adalah sangat baik.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

Tapi, kali ni cikla nak bercerita lebih mengenai One World Hotel on Traveloka. Cikla rasa korang mesti dah tahu kan yang mana Traveloka adalah syarikat yang menyediakan penerbangan dan perkhidmatan tempahan hotel dalam talian (booking online service) yang sangat popular. Bila korang menggunakan Traveloka untuk merancang percutian korang, ia amat mudah kerana korang boleh mendapatkan perkhidmatan penerbangan, sekaligus korang turut dapat mencari hotel idaman korang dengan harga yang berpatutan tanpa sebarang cas tambahan yang tersembunyi.

Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah One World Hotel! Bila bercerita mengenai hotel ini, memang terasa keterujaannya. Hehe. Untuk pengetahuan korang, basically lokasi One World Hotel adalah terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, MALAYSIA. Kedudukannya yang sangat strategik kerana ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), iaitu hanya sejauh 7.93 km. Selain itu, One World Hotel juga terletak berhampiran dengan sumber pengangkutan awam utama iaitu stesen LRT Kelana Jaya (4.12 km), stesen LRT Taman Paramount (4.82 km) dan stesen LRT Asia Jaya (5.32 km). 

Selain itu, bagi mereka yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak, bolehlah menginap di One World Hotel ni sebab ia juga terletak berdekatan dengan KidZania iaitu hanya sejauh 1.18 km saja.

Apakah jenis bilik yang ditawarkan kepada pelanggan? Untuk pengetahuan korang, ada 5 jenis bilik yang ditawarkan kepada pelanggan yang ingin menginap di hotel ini. Bilik-bilik ini sudah tentu mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing bergantung kepada kehendak pelanggan itu sendiri. Berikut merupakan jenis bilik yang ada di One World Hotel, iaitu:

  • Superior Room -  1 katil bersaiz king atau 2 katil berkembar. 
  • Deluxe Room -  1 katil bersaiz king atau 2 katil berkembar. 
  • Junior Suite -  1 katil bersaiz king connecting rooms and corner. 
  • Family Suite -  2 bilik tidur, connecting rooms and corner. 

Kesemua bilik yang ditawarkan memiliki kemudahan yang hampir sama seperti Internet berkelajuan tinggi, free WiFi,  free breakfast dan sebagainya. Kalau korang nak tau lebih detail mengenainya, korang kenalah terjah web mereka. Ok. Oh ye, berkenaan dengan harga bilik pula, ia adalah bermula dari RM474.54 per room per night.

Apa yang menarik di One World Hotel ni sehingga ia menjadi hotel kegemaran para pengunjung? Walaupun secara dasarnya kita tengok One World Hotel sama sahaja seperti hotel-hotel 5 bintang yang lain, tapi, sebenarnya kelebihan yang ada di sini mungkin korang tak pernah terfikir pun. Korang mesti fikir,

"Ala, hotel je pun. Sama je dengan yang lain. Yang beza, bintangnya. Hehe."

Iye, memang tak boleh nak dinafikan dari segi itu, tapi kita jugak boleh membuat perbandingan dari segi kemudahan yang disediakan termasukan perkhidmatan yang diberikan oleh staff hotel kepada pelanggan mereka.

Apa yang cikla baca mengenai hotel ini adalah, memang terlalu banyak 'keistimewaan' dan keutamaan yang disediakan demi memberikan keselesaan  kepada pelanggan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :

  1. Kemudahan awam : Parking, kedai kopi, Early check-in, lif, perkhidmatan bilik 24 jam, boleh check out lambat, restoran, safety deposit box dan WiFi. 
  2. Perkhidmatan hotel : Tempat pertukaran wang asing, 24 jam ekspres check in dan check out atau apa-apa juga pertolongan yang diperlukan, perkhidmatan dobi, dan perkhidmatan penyimpanan storage dan lawatan. 
  3. Kemudahan di dalam bilik : Kabel TV, pengering rambut dan minibar. 
  4. Kemudahan berhampiran hotel : Perkhidmatan bank, ATM (Automatik Transaction Machine) dan kedai runcit atau shopping complex. 

Selain itu, terdapat juga gym, gelanggang tenis dan padang golf, kawasan permainan untuk kanak-kanak, pusat urutan, sauna dan spa. Korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba rawatan spa yang terbaik sekaligus dapat merehatkan dan meremajakan diri korang.

Bagi mereka yang sukakan aktiviti kecergasan, korang jangan lepaskan peluang pergi ke hotel's fitness center semasa korang menginap di sana.  Memang rugi sangat kalau korang tak mencubanya. Apa yang pasti, One World Hotel memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya dengan kualiti yang tinggi, terbaik, dan sangat friendly. Ia adalah sangat sepadan dengan semua kemudahan yang disediakan dan menjanjikan percutian yang terbaik yang mungkin korang tak boleh lupakan.

Kesimpulannya, One World Hotel on Traveloka adalah sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan keselesaan pelanggan menjadi keutamaan mereka. Ini turut diakui oleh kebanyakan pelanggan yang telah menginap di hotel ini.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.
Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

So, apa lagi. Marilah menikmati rawatan spa mewah khususnya serta alamilah pengalaman yang tiada tandingannya dengan menginap di One World Hotel.

Macam mana nak membuat tempahan secara online (booking) di Traveloka? Untuk membuat booking atau tempahan secara online di Traveloka adalah sangat senang. Korang klik je di link di bawah :

Tapi, tak apa. Di sini cikla cuba explain melalui gambar yang cikla sertakan ni. Senang je kot nak faham.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.
Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.
Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.
Jom rasai sendiri percutian mewah dengan harga yang berpatutan di One World Hotel bersama Traveloka.

Macam mana? Senang je kan? Apa lagi, cepat-cepat terjah link di atas kalau korang mahu merasainya sendiri. Selamat bercuti di One World Hotel on Traveloka. 

Kredit picture here. 

27 December 2017

GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN.

December 27, 2017 6
Korang, dah join giveaway ni belum? Kalau belum, jom pakat join ramai-ramai. Nak join? Macam biasa, klik je di banner tu. 

GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN.
GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN. 

Syaratnya pun senang, lagipun cikla memang dah follow pun blog cikyan kita ni sebelum ni. Untuk memenuhi syarat berikutnya, so komen ikhlas cikla mengenai blog cikyan ni adalah seperti berikut. 

Basically, blog ni ok. Loading laju, tak payah tunggu lama-lama. Kadang-kadang, ada orang malas nak tunggu loading blog yang lama sangat. Iyelah, mungkin mereka tengah rushing atau ada hal lain yang lebih urgent kan. Elok-elok ada mood nak blogwalking, terus spoil sebab lama nak tunggu. Lagi satu, cikla nak komen background blog cikyan ni. Bagi cikla, elok guna background plain, sebab nampak lebih kemas, dan tak crowded. Oh ye, apa kata cikyan add lagi beberapa widget yang penting macam popular post, recent post, all post dan lain-lain yang berkaitan. Takdelah blog nampak kosong sangat. Yang lain, ok je. Sorry ye cikyan, kalau komen ni buat cikyan tersinggung. Kata nak komen ikhlas. Hehe. 

So, korang apa lagi. Jom join. Tarikh akhir giveaway akan diberitahu kelak. So, selagi belum diberitahu tu, masih ada masa nak join. Mana tau dapat hadiah misteri. 

Selamat ber giveaway korang.  Good luck to you and me too.

26 December 2017

Senarai peserta Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac ciklapunyabelog.blogspot.my

December 26, 2017 3
Alhamdullillah, ada jugak yang sudi join segmen cikla ni. Hehe. Apa kata, jom check senarai peserta segmen yang telah join. Check it out yooo!

Cikla letak link je la terus, sebab senang korang nak blogwalking nanti.

Senarai peserta Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac ciklapunyabelog.blogspot.my
Senarai peserta Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac ciklapunyabelog.blogspot.my 

  1. https://belogsjm.blogspot.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html?m=0
  2. https://asyiqin89.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  3. http://thekrmhzul.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  4. http://www.mrspip.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga-mac.html
  5. https://rodiahamir.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  6. https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/hai-hai-hai-hai-nak-join-nih-pulak.html
  7. http://www.sayidahnapisah.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  8. http://nonasani.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  9. http://farhannajafri.blogspot.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  10. http://www.sishawadesign.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  11. http://www.mrsliez.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  12. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  13. http://www.ceriteraibu.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  14. http://galaksiviral.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  15. http://dhieranottie.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  16. https://jombercontest.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  17. http://www.pokcikblogger.com/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  18. http://aisyaismail.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  19. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  20. http://airahsyahirah.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga.html
  21. http://usryabdullah.blogspot.my/2017/12/segmen-bloglist-new-year-januari-hingga_29.html

Siapa yang belum join, mehlah join ramai-ramai, klik je kat SINI.

Happy blogwalking korang...