10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita.

Bagi cikla, cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang adalah sangat mencabar. Corak didikan dulu dan sekarang memang sangat berbeza. 

Lagipun, perangai anak-anak dulu sekarang pun lagilah lain. Bukan apa, pengaruh sekarang rasanya lebih dashyat lagi. 

Ia bukan hanya melibatkan pengaruh rakan sebaya, malah lebih lagi terutama pengaruh media sosial. Tapi itulah, bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya..'

Pada cikla betul jugak pepatah ni. Nak mendidik anak dengan didikan yang baik, perlulah sedari mereka kecil lagi. 

Iyelah, macam rebung tu kan. Rebung kan lembut, boleh dilentur dan dibentuk. Tapi, kalau dah jadi buluh, memang payahlah jawabnya nak lentur. Silap-silap haribulan, terlentik ke kita balik. Adusss.

10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jom kita terap dan ajarkan kepada anak-anak kita kelakuan yang baik (good manner) supaya sikap ni sudah tersemai dalam diri mereka sejak dari kecil lagi.

  1. Bila menyuruh, gunakan perkataan 'tolong'. 
  2. Bila menerima apa-apa dari orang lain, gunakan perkataan 'terima kasih'. 
  3. Sentiasa menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua daripadanya. 
  4. Bila bercakap dengan seseorang, biarkan orang itu habiskan cakapnya. Jangan sesekali memotong atau menyampuk. 
  5. Elak dari menggunakan perkataan yang buruk dan tidak baik. 
  6. Menghormati barang kepunyaan sendiri termasuklah barang kepunyaan orang lain. 
  7. Sentiasa meminta kebenaran kalau mahu menggunakan atau mengambil barang orang lain. 
  8. Pulangkan semula barang orang yang telah dipinjam. Jangan nak buat macam barang sendiri pulak ye. 
  9. Pertimbangan privacy orang lain. Bertimbang rasalah sikit kan, orang lain pun mahukan privacy mereka sendiri untuk melakukan apa yang mereka suka.
  10. Sentiasa sopan terutama semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Jom amalkan!

Sumber SINI
 

4 comments:

  1. good read here.

    jmput la join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Insha Allah nanti cikla join

      Delete
  2. Alhamdulillah.. ilmu berguna ni.. tq sis.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews