Kalau sebelum ni kita asyik fikir perempuan je yang sensitif, mudah terasa, emosi dan sebagainya. Tapi, korang terfikir tak yang kaum lelaki jugak ada yang sebegini.
Walaupun bukan semua, tapi tak dinafikan segelintir daripada mereka mempunyai hati yang rapuh dan tak sekuat yang kita jangkakan.
Kelakuan yang sensitif ni kadangkala boleh mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Bukan apa, kalau dua orang itu asyik bermasam muka, tak bertegur sapa dek kerana terasa hati, merajuk dengan pasangan, mana nak datang cerianya perhubungan. Betul tak?
Yang ada cuba hubungan yang suram, hambar, bosan, tak gembira dan penuh konflik. So, sebagai seorang isteri dan pasangan kepada mereka seharusnya kita cuba memahami sikap 'sebenar' mereka supaya kita boleh memperbaiki hubungan agar menjadi lebih baik.
Yang ada cuba hubungan yang suram, hambar, bosan, tak gembira dan penuh konflik. So, sebagai seorang isteri dan pasangan kepada mereka seharusnya kita cuba memahami sikap 'sebenar' mereka supaya kita boleh memperbaiki hubungan agar menjadi lebih baik.
Gambar diubahuai dari carian Google. |
Apakah perkara sensitif itu? Jom baca sampai habis.
Jangan tak tau yang kaum lelaki ni jugak mudah cemburu. Tidak seperti cemburunya seorang perempuan, biasanya kalau perempuan kan memang ketaralah nampak kecemburuan mereka itu.
Tapi, tidak bagi lelaki. Bukan semua lelaki yang boleh tunjuk yang mereka sebenarnya cemburu. Paling tak pun, mereka akan bagi hint untuk menyatakan yang mereka tak suka.
So, kita yang kena faham-fahamkanlah sendiri ye.
So, kita yang kena faham-fahamkanlah sendiri ye.
Rasanya semua orang tak suka dibandingkan. Betul tak? Macam tu jugak dengan sang pria ni. Memang hangatlah hati kalau orang yang dia sayang selalu membandingkan dia dengan lelaki lain. Lepas tu, siap puji-pujian lagi.
Bertambah-tambahlah membara jiwa amarahnya kan. Mereka lebih suka kalau korang straight forward je kalau ada apa-apa yang tak kena. Jangan pulak nak banding-bandingkan dia lebih-lebih lagi dengan ex-boyfriend korang.
Lagilah sadis kan.
Lagilah sadis kan.
Macam itu jugak kalau dirinya ditolak, lebih-lebih lagi cintanya ditolak oleh perempuan yang dia suka. Memang hancur luluh hatinya.
Walaupun dia sedaya upaya nak menyembunyikan rasa sedih disebabkan perkara itu, tapi kadang-kadang kita boleh nampak dari riak mukanya kan. Mulutnya cakap, tak apalah, it's ok. Tapi, hati? Memang luka berdarah.
Amboi, drama lebih nampak. Hehe.
Amboi, drama lebih nampak. Hehe.
Seseorang lelaki sangat sensitif bila dirinya diketepikan orang yang dia sayang. Maksud diketepikan ni, contohnya dia nak menjadi orang pertama yang tahu tentang sesuatu perkara atau berita berbanding dengan orang lain.
So, kalau nak buat apa-apa keputusan sebaiknya inform padanya dahulu demi menjaga hatinya. Kalau diri kita sendiri pun, kalau orang yang kita sayang buat macam tu pun kita mesti sedih jugak kan.
Apa yang pasti, semua lelaki akan lemah bila melihat air mata seorang perempuan, lebih-lebih lagi perempuan yang disayanginya.
Sekali orang yang mereka sayang bersedih, sebenarnya seribu kali hatimya lebih sedih tapi mereka tak akan menunjukkan rasa kesedihan itu.
Hilang macho kot. Hehe. Jangan marah naaa.
Sumber Ruangan Dunia Lelaki.
macam lebih kurang sama je dengan wanita. So maybe perkara ni memang sensitif with both gender lah kan? :D
ReplyDeleteMungkin banyak lagi, tapi kadang2 orang perempuan susah nak faham.
ReplyDelete