7 December 2017

Macam mana nak buat sayur taugeh segar lebih lama? Baca tips ni.

Cikla memang suka makan sayur taugeh ni. Rasanya dengan sayur ni macam-macam resepi boleh kita buat kan. Resepi popular rasanya, tauhu sumbat dan sayur lemak. Tapi kalau cikla, tumis macam tu pun sedap dah. Lepas tu, letak daun kucai. Perencah pulak dengan udang hidup. Uisshh, memang berseleralah makan. Bertambah-tambah nasi.

Sebenarnya, sayur taugeh adalah salah satu 'sayur' yang tak tahan lama, terutama kalau ia disimpan dengan cara yang salah. Walaupun ia belum lagi rosak dan boleh dimakan lagi sebenarnya, tapi warna hitam tu buat kita jadi patah selera kan nak makan. Hehe. So, ada cara nak elakkan ini semua terjadi. Pendek kata, cara nak pastikan taugeh ni sentiasa segar dalam tempoh yang lebih lama.

Macam mana nak buat sayur taugeh segar lebih lama? Baca tips ni.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Ada dua cara yang sangat mudah untuk memelihara kesegaran taugeh ni, iaitu:

Merendam taugeh di dalam air.

Biasanya, kalau cikla pergi pasar memang cikla ada nampak penjual kat situ merendam taugeh kat dalam air. Cikla pun ada buat jugak kat rumah kalau cikla terlebih beli. Memang betul, taugeh sentiasa segar je. Rangup pun rangup. 

Meh cikla share cara mudah ni step by step :

  • Bersihkan taugeh dengan menggunakan air garam (untuk menyingkirkan kotoran yang ada padanya) dan tapis dengan menggunakan penapis. 
  • Selepas itu, masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air. Pastikan keseluruhan taugeh itu terendam. Kemudian, tutup bekas tersebut rapat-rapat, dan simpan dalam peti ais. 
  • Kalau korang nak simpan taugeh tu lebih lama, pastikan korang menggantikan air rendaman tersebut secara berkala iaitu setiap 2 hingga 3 hari sekali.

Simpan dalam plastik kedap udara.

Kalau cara yang ni memang cikla tak pernah cuba. Tapi, mungkin korang pernah cuba kan. Jom kita tengok caranya satu per satu, iaitu :

  • Tapis taugeh tanpa perlu membasuhnya. 
  • Kemudian, ambil sehelai plastik/bekas kedap udara dan letak beberapa helai tisu dapur di bahagian bawah plastik/bekas kedap udara tersebut. Tujuannya adalah untuk menyerap lembapan yang menjadi punca taugeh busuk dengan cepat dan tak segar. 
  • Cuba keluarkan udara yang ada dalam plastik/bekas tersebut seboleh mungkin. Ikat plastik (kalau korang menggunakan plastik) dengan ketat. 
  • Simpan taugeh tersebut dalam peti sejuk di bahagian bawah (biasanya bahagian ni bersuhu 6-10°C dan sesuai untuk penyimpanan sayur-sayuran) untuk mengelakkan chilling injury (kerosakan akibat suhu dingin).

Senang je kan? Selamat mencuba!

Sumber  Ruangan RASA WOW, Akhbar Sinar.

8 comments:

  1. Tips berguna untuk suri rumah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. macamana tapis taugeh tanpa perlu menapisnya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh... Baru perasan. Ok, dh betulkan...

      Delete
  4. Hehe. Maaf, salah taip tu. Dah double checking tak perasan pulak.

    Ok dh betulkan..

    ReplyDelete