12 December 2017

Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni...

Kalau kita berdiet, bukan bermakna kita menghadkan semua jenis bentuk makanan sampai bercatu-catu. Nanti tak pasal-pasal diet ke mana, sakit pulak yang dapat. Betul tak? 

Sebenarnya, semasa berdiet, adalah sangat penting untuk kita memilih makanan seimbang dan berkhasiat sebab pemilihan yang tepat boleh membekalkan energy yang optimum untuk korang melakukan aktiviti sehari-hari. Pendek kata, takdelah nampak lemah, tak bermaya, lesu dan letih sepanjang hari.

Biasanya dalam diet kita menitikberatkan pengambilan makanan dan menu yang seimbang seperti karbohidrat, protein, serat dan mineral, kita jugak perlu berfikir mengenai 'snek' jugak. 

Salah satu snek terbaik adalah makanan kering. Mesti korang fikir makanan sebegini dah hilamg khasiatnya sebab kesan dari pengeringan yang dilakukan terhadapnya, tapi sebenarnya khasiat yang terkandung di dalam makanan ni masih lagi tersimpan dengan baik.

Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni...

So, untuk yang sedang berdiet tu apa kata korang tukar sikit menu diet korang tu dengan menambahkan hidangan snek ni. Jom kita semak apakah kebaikan dan kelebihan yang boleh kita perolehi daripada snek yang sihat ini terutama kepada mereka yang sedang berdiet.

Antara snek kudapan yang terbaik untuk diet adalah seperti berikut;

Kacang pistachio.

Cikla tak pernah lagi makan kacang ni. Tapi tak taulah kalau sebelum ni cikla main makan je, cuma tak tau nama je. Hehe. 

Untuk pengetahuan korang, kalau korang makan kacang ni, ia akan membekalkan kepada badan korang banyak zat yang bagus seperti karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vit. B6,  vit. A dan beta karotena. 

Kelebihan kacang ini jugak, ia dikatakan mampu mengawal hipertensi (darah tinggi) sekaligus menguatkan daya kekuatan mental untuk mengawal stress.

Ceri kering.

Kandungan di dalam ceri kering seperti potassium dan vit. A di sambil mengandungi banyak melatonin yang membantu proses tidur menjadi lebih baik.

Kacang gajus.

Kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vit. K dan phystoterol. Selain itu, ia sangat bagus sebagau bahan antiseptik semulajadi yang mampu melindungi badan kita daripada jangkitan virus dan kuman.

Kismis.

Cikla sebenarnya baru tau yang kismis nu buah anggur yang dikeringkan. Apa daa.. Ketinggalan sungguh. Hehe. 

Apa yang bagusnya kismis ni, ia merupakan sumber zat besi yang paling bagus untuk badan kita. Tak kiralah dalam bentuk larut atau tak larut, kandungan serat yang terkandung di dalamnya sangat membantu dalam sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan kolesterol.

Kacang hazel.

Kacang hazel bagus untuk sistem percernaan kita sebab ia melancarkan sistem tersebut. Kandungan nutrisi yang ada di dalamnya adalah seperti thiamin, magnesium, beta sitosterol dan phystoterol.

Prun.

Buah ini dikatakan amat kaya dengan sumber serat, potassium dab antioksidan. Kalau korang nak tau, 5 biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 nilai kalori.

Kacang walnut.

Bagi yang tak tau, kacang walnut kaya dengan sumber magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan gejala darah beku dan mengurangkan radang pada kulit.

Kurma.

Kebaikan buah kurma ini memang rak boleh disangkal lagi. Kurma dikatakan mengandungi karbohidrat dan potassium.  Kalau korang nak tau, 3 biji kurma bersamaan dengan 96 nilai kalori. Sebab tu, masa bulan puasa kita sangat digalakkan mengambil kurma kerana ia mampu membekalkan tenaga.

Semoga bermanfaat dan selamat berdiet. 

Sumber ruangan Tip Cantik, Sinar. 

8 comments:

  1. semua sedap.. hehehe.. walaupun nampak simple, sebenarnya banyak khasiat yang ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jgn sangka makanan tu nampak biasa je, tp tak berkhasiat. Malah, khasiatnya lebih lagi...

      Delete
  2. Luar bulan Ramadhan kurma agak susah ditemui kan CikLa..ke PC je yang alami masalah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Mmg agak susah jugak nk cari kurma kalau bkn bln puasa.

      Delete
  3. Sedap semua snek kudapan yang disyorkan..
    Kebanyakan dari jenis kekacang..
    Nice sharing CikLa..

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing~ work out mission go on! Oh yeah~

    ReplyDelete