"Luahan Rasa Tanpa Suara"

30 September 2016

Risau susu badan drop? Meh baca ni.

September 30, 2016 1
Ibu yang menyusukan anak mesti risau je kalau tetiba susu badan drop kan? Anak pulak jenis yang kuat menyusu. Memanglah orang cakap, 'ala... susu badan dah kurang bagi je susu formula'. 

Memanglah senang cakap, tapi nak cari susu formula yang sesuai dan kena dengan 'tekak' baby ni macam agak susah sikit. Orang cakap kena try and error.

Lagipun, mana nak cari susu lain yang sama dengan susu ibu. Susu ibu ni istimewa dan ia adalah anugerah Allah untuk wanita yang bergelar ibu. 

Pada ibu-ibu yang masih tercari cari milkbooster korang untuk hasilkan susu yang mencurah curah untuk si kecil, boleh cuba tips di bawah. InshaAllah mungkin ada yang sesuai dengan kita kan?

Risau susu badan drop? Meh baca ni.

  • Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.
  • Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.
  • Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.
  • Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.
  • Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.
  • Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.
  • Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.
  • Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.
  • Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.
  • Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.
  • Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.
  • Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.
  • Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.
  • Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari.
  • Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.
  • Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.
  • Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.
  • Pilihan 19: Ambil petola, bayam dan daun turi. Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.
  • Pilihan 20: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Semoga bermanfaat. 

October Bloglist Segment by FatinaMdzfr.

September 30, 2016 10
Segment bloglist again. Let's join. Click banner to join this segment.

http://fatinamdzfr.blogspot.my/2016/09/segment-october-bloglist-by-fatinamdzfr.html

Cikla want to tag YOU and YOU to join together. Segment will take a place start from 29 Oktober 2016 until 8 Oktober 2106. Happy blogwalking everyone and good luck.

29 September 2016

Menang giveaway & pencarian bloglist bg Jepun Mari.

September 29, 2016 9
Yeayy, cikla berjaya jadi salah seorang dari bloglist blog Jepun Mari. Syukur alhamdullillah. Rezeki blog cikla. Cikla harap dengan pemilihan ni akan membantu meningkatkan trafik blog cikla yang suam suam kuku ni. InshaAllah.

Menang giveaway & pencarian bloglist bg Jepun Mari.
Menang giveaway &pencarian bloglist bg Jepun Mari.

Tahniah jugak pada yang menang. Pada yang tak berjaya, janganlah sedih nanti lepas ni rezeki korang pulak. Just sharing.

Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby.

September 29, 2016 5
Baby yang masih kecil kadang-kadang boleh mengalami demam, selsema dan batuk berkahak. Kesian kan, bila tengok kecik-kecik lagi dah kena selsema. Kalau batuk pulak, sampai tak lena tidur. Kejap-kejap bangun, kejap-kejap bangun. Kahak pulak makin banyak. Kalau kita yang dewasa ni, bolehlah nak buang kahak tu, tapi baby? Makin lama pulak kahak makin banyak.

Apa yang cikla tau, dari sudut perubatan demam adalah isyarat yang ditunjukkan oleh badan kita untuk memberitahu sesuatu, seolah-olah ada organ sedang mengalami masalah atau tengah sakit. Hal ni memang tak boleh dipandang remeh dan perlu diberi perhatian terutamanya baby dan kanak-kanak yang masih kecil.

Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby.
Merawat demam, selsema dan batuk berkahak pada baby. Kredit Google. 

Sebagai langkah awal, kita boleh mencuba teknik yang cikla nak share ni. Ia penting supaya kita dapat mengawal penyakit '3 bersaudara' ni sebelum mendapatkan rawatan yang lebih spesifik. Apakah cara itu? Jom baca.

  1. Ambil cecair yang mencukupi seperti susu dan air sebab ia memang penting selain untuk mengelakkan badan mengalami dehidrasi (kurang air).
  2. Lakukan jelum kepada anak yang demam terutama pada bahagian kepala, leher, ketiak, belakang badan serta celah peha secara berulang-ulang dengan mengunakan air biasa. 
  3. Sentiasa memantau suhu badan anak. So, kalau boleh setiap rumah kena ada termometer.
  4. Lakukan rawatan terapi saraf, iaitu dengan cara tekan point-point saraf yang terlibat pada anggota badan anak. Buat berulang-ulang sebab cara ni amat membantu untuk menurunkan suhu badan, memulihkan selsema serta menyahkan kahak yang melekat pada paru-paru. *untuk detail pasal rawatan terapi saraf ni, cikla cadangkan eloklah tanya pada yang pakar, ok.
  5. Jelum kepala anak dengan daun bayam yang diramas serta mandikan anak untuk menurukan suhu badan.
  6. Beri anak minum air kelapa dan air madu untuk menyingkirkan kahak. Seeloknya, minum sejurus dibuka kelapanya sebab dikatakan khasiatnya masih dalam keadaan yang baik.
  7. Sapukan minyak habatussauda pada dada dengan teknik "buka buku" dari tengah dada ke luar.
  8. Pakaikan anak dengan pakaian nipis. 

Bagi cikla, apa terpenting adalah "perhatian" kita sebagai ibu dan ayah kepada mereka terutama bila mereka sedang sakit. Selain ia penting untuk memantau keadaan kesihatannya, ia juga penting sebagai "terapi" semulajadi sebab ikatan istimewa yang terjalin antara mereka dapat mempercepatkan proses penyembuhan, InshaAllah.

Wanted Ohsem Bloglist Blog Kaklong.

September 29, 2016 6
Jom join segmen yang Kaklong buat ni. Boleh blogwalking jugak. Jom-jom. Nak join tak? Kalau nak join, klik je banner sempoi kat bawah tu.

http://diariasma.blogspot.my/2016/09/wanted-ohsem-bloglist.html

Segmen bermula dari 27 September hingga 13 Oktober 2016. Syaratnya pun senang. Follow blog Kaklong, buat entri pastu link kan ke entri beliau. Oklah, selamat bersegmen semua. Happy blogwalking.

28 September 2016

Susu ibu (perahan) : Tips penyimpanan dan cara penggunaan.

September 28, 2016 2
Seingat cikla, cikla tak pernah pam susu badan dan simpan. Iyelah kan, cikla dah memang duduk kat rumah je, orang cakap suri rumah tangga sepenuh masa. Anak pun 24 jam dengan cikla kan. 

Tapi, cikla percaya bagi ibu yang berkerjaya mesti kadang-kadang peningkan fikir macam mana nak simpan susu perahan tu banyak-banyak, lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang baru mempunyai anak. Takpe ibu-ibu semua, jangan risau. Ini ada tips untuk ibu-ibu semua.

Untuk susu perahan segar,

1. Kalau simpan susu perahan pada suhu bilik iaitu 23°C-25°C;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 4 jam.
  • Untuk baby premature. - Ia tahan selama 4 jam.

2. Kalau susu perahan yang disimpan pada suhu berhawa dingin iaitu 12°C-25°C;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 8 jam.
  • Untuk baby prematute. - Tak digalakkan diberi kepada baby.

3. Kalau susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2°C-4°C;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan kurang dari 8 hari.
  • Untuk baby premature - Ia tahan selama 48 jam.

Susu ibu (perahan) : Tips penyimpanan dan cara penggunaan.
Susu ibu (perahan) : Tips penyimpanan dan cara penggunaan. Sumber Google.

Untuk susu perahan beku,

1. Kalau simpan susu perahan dalam peti sejuk 1 pintu;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 2 minggu.
  • Untuk baby premature. - Ia tahan selama 2 minggu.

2. Kalau simpan susu perahan dalam peti sejuk 2 pintu;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 3 bulan.
  • Untuk baby premature. - Ia tahan selama 3 bulan.

3. Kalau simpan susu perahan seperate deep freeze;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 6 bulan.
  • Untuk baby premature. - Ia tahan selama 3 bulan.

4. Kalau susu yg telah dicairkan dalam peti sejuk;
  • Untuk baby sihat. - Ia tahan selama 24 jam.
  • Untuk baby premature. -Ia tahan selama 12 jam.

Akan tetapi, ibu ibu kena ingat susu yang telah dicairkan TIDAK BOLEH dibekukan semula tau. Selain itu, cara penyimpanan susu ibu adalah seperti berikut;

  • Susu disimpan di dalam bekas bersih dan tertutup. 
  • Bekas tersebut perlulah dilabelkan dengan menulis nama, tarikh dan masa perahan. So, dengan cara ni kita tau susu yang mana patut diberikan dulu kepada bayi.

Ibu-ibu jangan berputus asa beri susu ibu pada anak kita. Susu ibu banyak manfaatnya. Keep breastfeeding, yeahhh.

Sumber : WhatsApp group.

Kembar.

September 28, 2016 8
Bestnya kalau dapat anak kembar kan? Dah tentu pengalaman mengandung, melahirkan dan menjaga mereka sedikit berbeza. Walau apapun, cikla sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi. Anugerah Allah.

Kembar.
Kembar.

Siapa ada pengalaman anak kembar? Jom share.

Sumber Facebook.

27 September 2016

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

September 27, 2016 8
Pertama kali cikla tau pasal minyak angin ni masa cikla tengok mak cikla pakai. Cikla tengok bekasnya macam botol roll-on minyak wangi tu. Memang cikla agak tu minyak wangi. Hehe. So, trylah bau. Bau macam minyak angin tapi wangi. Ermm, minyak apaan sih?

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.
Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

Selidik punya selidik rupanya ni memang minyak angin pun. Haha. Panaslah jugak minyak ni.  Cikla sapu kat perut dengan kat dahi, ok. Nyaman terasa. Wangi pun wangi. Sebelum ni, kalau minyak angin mesti baunya tak berapa nak best kan, tapi tak dengar minyak angin aromaterapi ni. Dah macam pakai minyak wangilah pulak.

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.
Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

Selain tu, ada beberapa jenis wangian yang terdapat dalam minyak angin aromaterapi, antaranya Lavendar dan Splash Fruity. Yang cikla guna ni pewangi Lavendar. Jom cikla nak share apakah kegunaan minyak angin aromaterapi ni. Kalau dah namanya minyak angin, biasanya kegunaan untuk kegunaan luaran atau untuk disapu di tempat yang sakit. Ia digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, perut kembung, masuk angin, mabuk perjalanan, selsema ringan, lenguh-lenguh kaki dan kesan akibat gigitan serangga. 

Cara nak guna pun senang je, just gosokkan pada kening, dada, hidung atau bahagian lain yang sakit. Tapi, minyak ni tak disyorkan untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah sebab kesannya agak panas jugaklah. Kang tak pasal-pasal melolong-lolong pulak budak tu sebab tak tahan panas. Jangan buat pasal. 

Nak cakap pasal harga pulak. Harga minyak angin aromaterapi ni agak berpatutan jugaklah. Korang agak-agak berapa? Nak tau? Cuma RM8 je. Murah ke mahal? Rasanya kat farmasi ada jual, sebab cikla beli minyak ni dengan adik cikla. Kat uptown Shah Alam je nun. Minyak ni dah naik harga sikit, sekarang sebotol RM10. Cikla baru je belikan untuk mak cikla.


Takde faedahnya nak dibuat kawan dia ni.

September 27, 2016 12
Orang cakap kawan ketawa, hua hua memang senang nak cari. Tapi, kawan menangis? Kawan waktu susah? Agak-agak korang, susah ke senang nak dapat? Mungkin ada yang sanggup susah senang dengan kita, tapi susah kot nak cari, huhu. Ini pendapat cikla lah.

Kadang-kadang macam tak susah kot kita nak kenal kawan kita tu kawan baik kita yang terbaik atau kawan baik yang baik pura pura. Ermm, apa kata jom kita baca macam mana kita nak tau yang memang takde faedahnya nak dibuat kawan pun.

Takde faedahnya nak dibuat kawan dia ni.
Takde faedahnya nak dibuat kawan dia ni.

Berpura-pura baik depan kita. Ececeh, kalau depan kita kekonon caring, nampak risau kalau kita ada masalah, tunjuk macam bersungguh-sungguh nak bantu kalau kita ada masalah, dan macam-macam lagilah. 

Tapi, hakikatnya bila kat belakang kita, waduh-waduh dialah yang paling 'mencancang' kondem kita. 

Memang hampagas kawan macam ni.

Lagi satu kes, dah la dia cuba jatuhkan kita dalam diam lepas tu, amboi, diam-diam jadi penghasut pulak. Hasut orang sana, hasut orang sini. Dah kantoi, ehhhh tak mengaku pulak dah. Hisssh, memang nak kena luku ni.  

Dushhh dushhhh. 

Lepas tu, lupa kita bila dapat kawan lain. Bila takde kawan, duduk sorang-sorang pandai pulak cari kita. "Ko lah kawan aku dunia akhirat, susah senang ko tak yah risau,  i'll be here for you."

Tapi, bila dah dapat kawan  lain, amboi dah tak dinampak dah kita ni. Orang cakap, berlanggar bahu pun buat derk je. Ni memang kasi hangat hatilah wehh. Itu belum lagi kawan yang suka rampas-rampas ni. 

Orang cakap dia buat baik dengan kita pun sebab ada agenda yang tersembunyi.

Bagi cikla kalau kita nak bersahabat dengan sesiapa pun yang penting kena ikhlas. Jangan kita nak berkawan tu bersebab. Sebab yang tak baik pulak tu. Tak elok tau. Bukan apa, kalau kita buat orang tak mustahil orang akan buat kita balik. Ingat, tak selamanya kita di atas. 

Cikla selalu cakap. What you give, you get back. Ingat tu.

Semoga bermanfaat.

Sudah cukup baikkah kita?

September 27, 2016 4
Pernahkah kita terfikir yang kita selalu buat perkara baik, perkara yang disuruh olehNya dan meninggalkan perkara yang dilarang, dah cukup baikkah kita? Sudah layakkah kita dipanggil manusia sempurna? No no no.

Sebab takde manusia yang sempurna. Kita bukan nabi yang maksum, tapi kita hanyalah manusia biasa. Jom baca perkongsian dibawah, semoga ia boleh mengetuk walau sedikit hati kita berubah menjadi lebih baik. InshaAllah. 

  • Sudah baikkah kita, walaupun selalu sembahyang 5 waktu serta tepat pada waktunya.
  • Sudah baikkah kita walaupun telah menunaikan haji dan umrah beberapa kali.
  • Sudah baikkah kita, walaupun telah bersedekah setiap hari.
  • Sudah baikkah kita, walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain yang berbuat salah.
  • Sudah baikkah kita, walaupun kita sudah memakai jubah dan menutup aurat dengan sempurna.
  • Sudah baikkah kita, walaupun setiap malam kita menunaikan sembahyang Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir.
  • Sudah baikkah kita, walaupun  setiap hari kita ke masjid atau surau untuk sembahyang dan menambah ilmu.
  • Sudah baikkah kita, walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.
  • Sudah baikkah kita, walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

Sudah cukup baikkah kita?
Sudah cukup baikkah kita?

Aisyah R.A ditanya orang, "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "Iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

Janganlah kita merasa diri kita lebih baik daripada orang lain sebab kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat hati kita ikhlas dalam melakukan amalan amalan yang disuruh, memberi nasihat kepada orang lain serta melakukan ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Lagipun, kita tak tahu amalan manakah yang Allah SWT terima. Oleh itu, selalu meletakkan diri kita dalam keadaan.

  • Aku banyak kekurangan dan kelemahan, orang lain lebih baik dari aku sebab hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah.
  • Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang memperbaiki diriku dan mencuba membantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

Oleh itu, marilah kita wujudkan keikhlasan dan hindarkan diri dari hasad dengki dan iri hati. Selalulah  mengharapkan redha Allah dengan melatih diri supaya tawaduk serta menjauhkan diri dari ujub dan takabur.

Selain itu, kita mestilah selalu memperbaiki diri sendiri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Semoga Allah yang akan terus memberi kita petunjuk dan jalan yang benar. Insha'Allah.

Sumber : WhatsApp group.

26 September 2016

Ummu Sibyan, jin betina pengacau bayi?

September 26, 2016 3
Kalau bercerita pasal alam ghaib memang cikla tak pandai. Untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas, eloklah bertanya dan mendapat info dari yang pakar. Bukan apa, takut ilmu yang diperolehi tu mungkin salah. Nanti selamanya kita akan salah faham. Apa yang cikla share ni kalau ada yang salah korang betulkanlah ye. Tegur-menegur amalan mulia. Kita sama-sama mencari ilmu. InshaAllah.

Mungkin ada sesetengahnya yang tak mempercayai sesuatu yang tak boleh kita nampak dengan mata kasar, tapi kita kena ingat yang 'makhluk' tu memang ada. Terpulang pada kita nak menerima perkara sebegini mengikut pandangan masing-masing. Sejujurnya, memang pertama kali cikla dengar pasal jin bersama Ummu Sibyan ni. Tapi, mungkin jugak ada yang pernah dengar nama ni.

Untuk pengetahuan korang yang tak tau macam cikla ni, Ummu Sibyan adalah kaum jin betina yang suka mengganggu baby dan kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita mengandung. Disebabkan itulah baby yang baru lahir perlu diazankan dulu supaya baby itu tidak diikuti dan diganggu oleh jin ini.

So, apa pulak kerja jin betina ni? 

Dah tentulah kerja dia mengacau dan mengganggu baby yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung. Jin Ummu Sibyan dikatakan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak, dia juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang diceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”. Jin ini berkata ia boleh memasuki dalam rahim wanita dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar mereka tidak boleh mengandung.

Nauzubillah.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, masa janin di dalam kandungan mereka sedang membesar, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Uishhh, takutnya cikla dengar.

Ummu Sibyan, jin betina pengacau bayi?
Ummu Sibyan, jin betina pengacau bayi? Sumber Google.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan baby terkena gangguan jin Ummu Sibyan, iaitu  baby akan menangis menangis tanpa henti dengan matanya terbeliak memandang ke atas atau memandang ke sudut tertentu, kanak-kanak berjalan yang jatuh macam kena tolak, mengigau sambil mengatip gigi berulang kali dan mengalami demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh.

So, bila baby atau kanak-kanak diganggu seperti di atas, ia akan memberi kesan yang menyebabkan baby tersebut mengalami sawan tangis (patutlah kebanyakan baby kecil kadang-kadang asyik menangis je walaupun dah macam-macam cara kita buat untuk menenangkannya), autisme (Over Hiperaktif), kanak-kanak menjadi terlalu nakal, terencat akal dan pelbagai kompilasi otak.

Manakala, ibu mengandung juga berkemungkinan akan diganggu oleh jin ni.

Antara tanda-tanda wanita mengandung yang terkena gangguan jin Ummu Sibyan, adalah rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam, kusut fikirannya, mengalami sakit di bahagian tulang-tulang belakang, mengigau ketika tidur dan mengalami mimpi yang menakutkan.

Tapi, kita boleh berikhtiar untuk mengelak dari diganggu oleh Ummu Sibyan, iaitu dengan menutup pintu dan tingkap rumah bila waktu Maghrib menjelang dan jangan mengangkat atau masukkan baju  yang sudah bermalam di luar rumah iaitu jemuran tak kering masuk ke dalam rumah.

Sehubungan dengan itu, ada beberapa kaedah rawatan pada baby yang kita boleh apply pada baby, iaitu dengan meniarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, dan bacakan ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.

Halaulah dengan bahasa dan bahasa masing-masing, contohnya, "Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku." InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Untuk ibu mengandung pula, kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan adalah dengan membaca doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti Surah al-Fatihah, Ayat al-Kursi, Surah al-Baqarah, Surah Ali-Imran dan Surah al-Mu’awwizat pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Selain itu, boleh juga dibacakan doa-doa pada minyak zaitun untuk disapukan pada bahagian dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur. Orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati kan. Tak salah kita nak ikhtiar dan cuba, mudah-mudahan kita terhindar dari gangguan iblis dan syaitan yang sentiasa mengacau anak cucu cicit Adam.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Aamiin.

Sumber : SINI.

25 September 2016

Bila bunga berkembang mekar......

September 25, 2016 6
Amboi, tajuk kemain lagi kau nab. Dah macam tajuk novellah pulak. Boleh buat tajuk slot akasia ni. Hihi. Pagi-pagi minggu ni, nak nak pulak masih dalam pantang ni nak buat apa pun kan. 

Baby Rara pun still tidur lagi, so ibunya pulak yang macam kebosanan. Huhu. Kakak dengan abangnya dah keluar main. 

Biasalah kalau dah jumpa geng sepupu memang tak hingat dunia punya. Aktif 45 kali ganda. Dah confirm riuh rendah punyalah. Bertabahlah opah. Hihi. 

Ermmm, nak rileks kan minda tak? Jom cuci mata tengok bila bunga berkembang mekar dengan jayanya di garden mak cikla.

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Bila bunga berkembang mekar......
Bila bunga berkembang mekar......

Cantik je kan. Memang betullah orang cakap bila kita tengok bunga yang berkembang cantik ni, tenang je jiwa. 

Boleh jadi terapi juga. Ini pun sebahagian je bunga bungaan yang ada. Ada yang dah nak kelayuan pun, maklumlah kadang kadang tuan punya bunga terlalu busy dengan cucunda nya sampai lupa nak menyiram mereka. Haha. 

Tapi cantik kan. Rasa tenang je jiwa tengok bunga yang cantik-cantik ni. 

Oklah korang, have a good day ye. Happy holiday. Restday. Hihi.

Giveaway by BusyraTakiyudin.

September 25, 2016 4
Jom join giveaway ni. Macam biasa, kalau nak join klik banner di bawah. 

http://www.busyratakiyudin.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

Bagi pendapat blog ni dah okey dah. Cepat loading bila kita nak bukak, background pun cantik putih bersih je. Rasanya macam takde kekurangan pulak. Pada adik Busyra keep writing ok. Semoga istiqamah dalam menulis, manalah tau penulisan kita ni mampu memberi manfaat pada orang lain. Keep it up!

Syarat giveaway pun senang. Giveaway berakhir pada 30 September 2016. Oklah, good luck pada yang lain. All the best ye gais.

Systcare First Giveaway.

September 25, 2016 7
Jom join giveaway ni.

Giveaway tamat pada 25 September 2016. Jom join mana tau ada rezeki kan. Klik banner untuk join. Good luck pada yang join.

24 September 2016

Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu!

September 24, 2016 2
Bila kita berkongsi tentang sesuatu yang baik, mungkin kebanyakan orang fikir kita nak tunjuk baik atau tunjuk pandai. Ye, cikla tau memang takde manusia yang sempurna dan lebih baik dari Yang Maha Esa, tapi atas dasar ingin saling mengingati sesama kita *juga sekaligus ingatan untuk diri sendiri, cikla rasa cikla patut share ni.

Bila bercerita pasal solat, semua orang tau solat tu tiang agama. Ada orang masuk je waktu, terus je pergi solat, tapi ada jugak yang sebaliknya. Jujurnya, ada jugak kadang-kadang cikla terlambat sikit menunaikan solat, dek kerana membereskan anak-anak terlebih dahulu. Astagfirullah, semoga Allah mengampunkan dosa cikla. Amin.

Bila kita baca perkongsian kat bawah ni, mesti automatik kita rasa takut kan bila kita mengenangkan apalah nasib kita di sana nanti. Sebelum tu, jom kita baca cerita di bawah ni.

"Para malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... Tidak!

Rasulullah SAW pernah berkata; "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka." Dia mula menjerit; "Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, "Siapakah anda?" Orang tua itu menjawab, "Saya solat anda." "Mengapa kamu begitu lewat? Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar."

Jujur, apakah perasaan korang sebaik sahaja habis membaca kisah kat atas tu? Allah, jujur cikla memang rasa terkesan sangat. Nak-nak pulak bila teringat akan kelalaian diri sebelum ni. Semoga perkongsian ni memberi manfaat dan dapat mengetuk hati kita untuk berubah menjadi lebih baik.

Sumber : WhatsApp group (Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Raza).

23 September 2016

Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.

September 23, 2016 3
Siapa yang tak suka kan kalau ada 'orang baru'. Maksud cikla orang baru tu baby tau. Mesti kita tak sabar-sabar nak tengok kecomelan baby, tak kiralah saudara mara kita atau kawan-kawan. Tak sabar kot nak tunggu si ibu habis pantang, kita dah pun pergi menziarahi ibu dan baby. Macam si ibu tu pulak, tak kan lah tak bagi datang kan. Hati tetamu tetap kena jaga jugak.

So, kita sebagai tetamu patut tahu akan adab kalau nak menziarahi terutamanya menziarahi ibu yang baru melahirkan. Sebenarnya ada beberapa tips atau adab yang kita boleh jadikan panduan kalau kita nak menziarahi ibu yang berpantang. Apakah tipsnya? Jom baca ni.

Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.
Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Sumber Google.

Kalau korang tak sihat, seeloknya biarlah korang sihat betul betul baru nak datang. Lagipun, jangan amik risiko sebab kalau korang masih tak sihat mungkin ia akan berjangkit pada baby. Bahaya kan, sebab baby masih kecil antibodi masih lemah untuk menghalang jangkitan penyakit. 

Sebaiknya bertanya khabar ibu dulu. Jangan terus nak terjah je datang rumah nak tengok baby, dan bawaklah buah tangan yang sesuai.

Semasa melawat baby di rumah, kalau boleh elakkan dari mengangkat dan memegang baby kalau takde keperluan. Tapi, kalau dah teringin sangat nak pegang baby, jangan lupa mintak izin dulu ibunya tau. Jangan mencium baby di mulutnya sebab dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan pada baby. Pastikan pakaian kita bersih, dan jangan lupa basuh tangan sebersihnya dengan sabun dulu sebelum nak pegang tau. 

Masa kat rumah janganlah terlalu bising atau riuh rendah bercerita. Lepas tu ketawa kuat kuat. Bak kata orang, tolong jaga perangai tu. Behave sikit! Jangan lama-lama pulak duduk lepak sampai berjam-jam kat situ. Bukan apa, manalah tau si ibu tu mungkin letih dan penat. Nak rehatlah dia, nanti malam kena shift pulak. Hihi. 

Tapi itulah, bila kita letak syarat itu ini, nanti ada yang kata kita 'kedekut' anak pulak kang. Tapi, rasanya inilah langkah terbaik kot untuk mengelakkan baby kita terkena jangkitan dari luar. Lagipun, baby baru lahir kan segala galanya masih lemah, terutamanya antibodi yang bertindak melawan jangkitan penyakit. Nanti esok-esok kalau baby sakit, tak kiralah demam, batuk, selsema atau lain lain, siapa yang susah? Kita jugak kan.

Lagipun kesian tengok baby ni kalau sakit. Kalau sakit yang kronik tu, mesti kena cucuk sana cucuk sini. 

Hishhh,  Tak sampai hati tengok

Sumber : Facebook.com.

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

September 23, 2016 14
Jom join giveaway ni.

http://www.sallysamsaiman.com/2016/09/beauty-box-giveaway-by-sally-samsaiman.html
Klik banner untuk join.

So, produk yang cikla mesti pakai kalau keluar ke mana mana adalah BB Cream dan bedak compact.  Cikla guna brand Maybelline. Eye liner pun cikla tak pernah miss pakai kecuali kalau dah malas sangat. Itulah 3 produk basic yang cikla akan apply kalau keluar. 

Oklah, join tau. Syarat pun mudah. Giveaway berakhir pada 26 September 2016. Good luck pada yang join. 

Tak menyusahkan orang lain.

September 23, 2016 3
Memang tak dinafikan secara fitrahnya, kita memang memerlukan 'orang lain' dalam hidup kita. Rasanya tak boleh kot kita nak hidup sorang sorang. Pendek kata, kita hidup saling melengkapi. Tapi, kita tak boleh jugak terlalu bergantung dengan orang.

Bagi cikla, selagi kita boleh buat sendiri cubalah untuk selesaikan sendiri. Adakalanya jugak orang suka membandingkan 'taraf' kita dengan orang lain. 

Berapa banyak harta yang dimiliki, rumah besar ke kecik, kereta besar ke kecik, isteri lawa ke tak, suami hensem ke tak, macam-macam.

Sebenarnya, itu semua pinjaman je. Harta, isteri, suami, anak semuanya pinjaman. Apa yang penting kita tak menyusahkan orang lain. Asalkan bahagia hidup kita, syukur alhamdullilah.

Tak menyusahkan orang lain.
Tak menyusahkan orang lain.

Kalau nak fikir apa orang cakap memang sampai ke sudahlah tak jadi apa. Diaorang dengki je tu, sebab kehidupan diaorang tak bahagia dan best macam kita. 

Apa yang penting, life must go on bak kata orang putih. Hanya kita yang berhak dan tau pasal hidup kita. Manusia hanya pandai judge je. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Just sharing.

22 September 2016

Nak menjaga pakaian dan aksesori? Cuba teknik mudah dan murah ni.

September 22, 2016 9
Kadang-kadang kita tak perlu nak berbelanja mahal mahal semata-mata nak menjaga pakaian dan aksesori kita. Kalau nak tau, ada je cara yang jauh lebih mudah dan semestinya tak perlu nak guna ongkos banyak banyak. Jom baca apa yang cikla nak share kan ni.

Kalau korang nak menghilangkan bau busuk seluar jeans, apa kata korang cuba ni. Masukkan seluar jeans korang yang mula berbau tu di dalam plastik, lepas tu simpan dalam freezer peti sejuk semalaman. Tengok macam tak logik je kan, tapi cubalah sebab cara ni dikatakan dapat membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk seterusnya bau yang kurang enak dapat dikurangkan.

Kepada peminat baju berbutang, mesti selalu hadapi masalah butang baju yang mudah tercabut. Betul tak? Apa kata korang cuba ni. Ambil pewarna kuku berwarna jernih dan sapukan pada bahagian atas butang. Cara ni dikatakan akan 'mengunci' lilitan benang yang terdapat pada butang, so ini akan menguatkannya.

Nak menjaga pakaian dan aksesori? Cuba teknik mudah dan murah ni.
Nak menjaga pakaian dan aksesori? Cuba teknik mudah dan murah ni. Kredit Google. 

Untuk menghilangkan kesan gincu, guna penyembur rambut untuk mengatasi masalah ni. Caranya mudah je, semburkan pada bahagian yang terkena gincu dan biarkan beberapa ketika. Selepas tu, tepuk kesan semburan tersebut dan bolehlah basuh pakaian tu macam biasa.

Kalau yang ni memang cikla pernah buat. Menghilangkan kesan minyak yang terkena pada baju dengan menggunakan sabun pencuci pinggan. Memang seriously berkesan tau. Just sapu sikit sabun pada kesan minyak tu, gosok gosok sikit sebelum pakaian dibasuh macam biasa. 

Kalau sebelum ni yang kita tau, baking powder guna untuk buat kek, kalau korang nak tau, ia jugak berkuasa menghilangkan bau kasut kita. Caranya senang je, tabur baking powder di dalam kasut untuk menyingkirkan bau dan penuh yang berkampung dalam kasut tu.

Pada penggemar kasut kulit boleh cara ni untuk kilatkan kasut kulit korang. Guna cuka je. Caranya, guna berus gigi yang lembut, kemudian celupkan dalam cuka, lepas tu gosok perlahan lahan pada kasut kulit korang yang kusam tu. InshaAllah, kusam tu akan hilang dan kasut jadi lebih berkilat. Memancar mancar gitu. Hihi. 

Sumber : Ruangan GenY, Harian Metro.

21 September 2016

Giveaway by Cik Purple.

September 21, 2016 4
Jom join giveaway ni.

http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/09/giveaway-by-cik-purple.html
Klik banner untuk join.

Giveaway bermula dari 18 September 2016. Tarikh tamat giveaway akan diumumkan kemudian. Hadiahnya pun best best. Klik SINI untuk tengok hadiah. Good luck! 

SEGMEN : MaxisCelcomDigiFree #jmbelog.

September 21, 2016 10
Jom join segmen ni.

Segmen tamat pada 30 September 2016 jam 1159 malam. Pemenang dipilih oleh penganjur sendiri. Oklah korang, selamat bersegmen semua.

Selamat Hari Lahir : Ahmad Ammar Rizqie turn 2!!

September 21, 2016 8
Hari ni genap 2 tahun usia Ahmad Ammar Rizqie aka abang Ammar. *kena panggil abang sebab dah ada adik kan, hihi. Bila ingat balik detik detik melahirkan Ammar 2 tahun lepas memang best. Boleh dikatakan senang jugaklah. Balik dari kampung hantar kakaknya yang dua orang tu, sebab lebih kurang seminggu lagi due terus rasa sakit sakit. Tapi tak kuat sangat. 

Sempat jugaklah kemas rumah dan buat apa yang patut. Dekat dekat nak maghrib sakit makin kuat. Dah tak tahan, mintak hubby hantar pergi hospital. Admit wad, lebih kurang pukul 11 lebih sakit makin kuat, masuk labour room. Pukul 12 lebih tu bersalin. Tapi, disebabkan Ammar dah po po dalam perut, so kena hantar nicu untuk dipantau sebab dia dah terminum air najis. 2 minggu jugaklah berkampung kat hospital sebab amik antibiotik.

Alhamdullilah, Ammar dah 2 tahun pun. Sihat, aktif dan ligat, hihi.

Selamat Hari Lahir : Ahmad Ammar Rizqie turn 2!!
Selamat Hari Lahir : Ahmad Ammar Rizqie turn 2!!

Selamat Hari Lahir : Ahmad Ammar Rizqie turn 2!!
Selamat Hari Lahir : Ahmad Ammar Rizqie turn 2!!

Ibu nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, semoga anak ibu membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh. Be a good boy ok. Ibu dengan ayah sayang Ammar. Muahhhhh. Ibu belanja kek lepas pantanglah ye. Sabor sabor, hihi.

Jadual takwim persekolahan tahun 2017.

September 21, 2016 11
Belum habis sesi persekolahan tahun 2016, dah keluar takwim untuk tahun depan. Sebagai langkah siap sedia.

Jadual takwim persekolahan tahun 2017.
Jadual takwim persekolahan tahun 2017. 

Just sharing.

20 September 2016

Resepi kek oren mudah.

September 20, 2016 14
Orang cakap kalau nak belajar yang susah-susah bermula dari yang simple. Betul ke hipotesis cikla ni. Hihi. Apa kata kita cuba pulak resepi kek oren yang mudah dan tentunya sedap ni. Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan bahan yang diperlukan :

3 cawan tepung kek.
2 cawan marjerin.
1 cawan gula aising.
8 biji telur.
1 sudu kecil esen vanilla.
2 biji buah Oren. (parut kulitnya dan buahnya diperah untuk ambil jusnya).

Resepi kek oren mudah.
Resepi kek oren mudah.

Cara membuatnya :

Putar marjerin dengan gula sampai kembang dengan kelajuan maksimum. Bila dah kembang, perlahan sikit kelajuan mixer dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Dah nampak kembang, masukkan esen vanilla, kulit oren yang diparut dan jus oren ke dalam. Putar sekejap.

Selepas tu, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Jangan masuk sekali harung, kang tak pasal pasal putih satu dapur kang. Hihi. Jangan lupa perlahankan sikit mixer tu. Gaul tepung perlahan-lahan menggunakan senduk or alat alat yang sesuai. Sementara tu, sapukan loyang dengan sedikit marjerin untuk elakkan kek melekat nanti. Lepas tu, masukkan adunan dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 40-60 minit.

Senang je kan? Keknya memang lembut, terasa kulit oren tu bila kita gigit kek. Macam letak badam pulak. Selamat mencuba. 

19 September 2016

Ada apa dengan ZIKA?

September 19, 2016 11
Kalau dulu cerita pasal makhluk Allah ni si nyamuk Aedes, satu penyakit yang terlintas kat benak kita ni mesti tak lain tak bukan demam denggi. Betul tak? Tapi sekarang bukan denggi aje yang kita risaukan, datang pulak satu penyakit baru yang bernama Zika. Penyakit apaan tuh zika tu? Ehem, ada beberapa perkara yang kita kena tau berkaitan dengan zika ni. Apa dia tu? Jom baca ni.

  1. Zika tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Tapi, ada jugak kes jangkitan adalah melalui hubungan kelamin dan pemindahan darah. 
  2. Zika boleh menyebabkan kecacatan bayi. Ini kerana, bila si ibu dijangkiti zika, bayi yang akan lahir nanti mempunyai kepala yang sangat kecil dan otaknya terbantut.
  3. Kes kematian yang disebabkan zika amat jarang sekali.
  4. Tanda tanda jangkitan zika adalah demam, sakit otot dan sendi, ruam dan sakit mata. Tiada vaksin anti-Zika.
  5. Hindari zika dengan elakka diri dari digigit nyamuk, membanteras tempat tempat pembiakan nyamuk, dan gunakan kondom semasa melakukan hubungan kelamin.
  6. Jangkitan zika dikesan melalui ujian darah dan air kencing.

(Sumber US Centers for Disease Prevention and Control).

Ada apa dengan ZIKA?
Ada apa dengan ZIKA?

Orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati. So, kita kena sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari 'dihinggapi' penyakit ni. Mesti ada yang cakap, 

'ala, kalau dah nak kena.. kena jugak..' 

Memanglah, tapi sekurang-kurangnya kita dah usaha untuk mengelakkan diri dari penyakit ni. Rasanya langkah yang paling senang adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran rumah dengan melupuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Dengar-dengar zika ni dah ada di Malaysia. 

Semoga kita semua dijauhkan dari segala yang buruk. Aamiin.

Selamat hari lahir mak!

September 19, 2016 8
Hari ni hari lahir mak cikla yang ke 52 tahun. Tengok memang nampak macam muda lagi. Dulu cikla ingat lagi kitaorang pernah keluar sama sama orang ingat kami ni adik beradik. Waaaaa. Cikla terfikir jugak diaorang tengok mak cikla yang nampak muda ke atau cikla ni yang dan nampak veteran, hahaha. *tak rela mak nak.

Selamat hari lahir mak!
Selamat hari lahir mak! Mak bersama sebahagian cucu cucunya... Hihi... Kaya cucu perempuan katanya...

Di kesempatan ini, cikla nak ucapkan;

"Selamat hari lahir mak. Semoga panjang umur, murah rezeki, dan sihat selalu. Semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya. Aamiin."

18 September 2016

Resepi dendeng daging mudah.

September 18, 2016 16
Masih mood raya ke? Raya haji dah seminggu berlalu kan, tapi rasanya masih ada lagi lebihan daging kurban yang tersimpan rapi dalam peti sejuk tu. Betul tak? Kadang-kadang sampai buntu, tak tau nak masak apa. Kari dah, sup pun dah. Apa kata korang cuba pulak resepi ni. Senang je kot. Resepi ni cikla dapat dari kakak ipar cikla. Boleh dikatakan setiap tahun menu ni mesti ada, tak kiralah masa raya puasa ataupun raya haji. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan Utama:

1 kg daging (potong ikut suka).

Bahan A :

4 biji bawang besar.
3 ulas bawang kecil.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
5  batang serai.

Bahan B :

6-10 tangkai cili kering.

Bahan C :

1/3 botol kicap kipas udang manis.
Sedikit minyak untuk menumis.

Resepi dendeng daging mudah.
Resepi dendeng daging mudah.

Cara membuatnya.

Daging dipotong ikut suka, kemudian direbus sampai empuk. Bila dah empuk, toskan daging dan goreng sekejap dalam kuali dengan sedikit minyak. Biar nampak macam garing-garing sikit. Selepas tu, angkat daging dan tumbuk daging dalam lesung batu. Ikut sukalah, nak hancur halus gitu atau kasar-kasar sikit. Dah siap, ketepikan dulu. 

Kisar bahan A dalam blender. Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A yang dikisar tadi sampai kering airnya, tapi jangan sampai hangit. Tumis sampai naik minyak. Bahan B dibersihkan dan dikisar. Lepas tu, tumis cili tu dengan sedikit minyak dalam kuali berasingan. Jangan campur dengan bahan A. Tumis sampai naik minyak dan kering airnya.

Daging yang dah siap ditumbuk tu dimasukkan dalam kuali, kemudian masukkan kicap manis dan gaulkan sebati. Kalau boleh biarkan basah-basah gitu. Perapkan daging dengan kicap selama lebih kurang 10 minit. Lepas diperap, campurkan daging dengan bahan A dan bahan B, kemudian gaul rata. Rasa, kalau kurang lembap boleh tambah kicap. Kalau rasa dah ok, siap dah dendeng awak tu.

Itulah dendengnya, macam kat dalam gambar tu. Dendeng ni sedap dimakan dengan apa aje. Dengan nasi impit pun sedap, dengan lemang, ketupat nasi, ketupat palas, bahkan dengan nasi putih panas panas pun sedap.  Lagipun, dendeng ni tahan lama. Boleh disimpan lama. Selamat mencuba.

Adab hutang piutang.

September 18, 2016 9
Sebenarnya, hal hal yang melibatkan hutang piutang ni berat. Memang tak boleh dipandang remeh. Apa kata kita baca sedikit perkongsian mengenai hutang ni.

Adab Hutang Piutang.
Adab Hutang Piutang. Sumber Google.

1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ... سورة البقرة 282
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya." (QS Al-Baqarah: 282)

2. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang.

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِيَ اللَّهَ سَارِقًا . رواه ابن ماجة 2410 
"Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang PENCURI." (HR Ibnu Majah ~ hasan shahih)

3. Punya rasa takut jika tidak bayar hutang, karena alasan dosa yang tidak diampuni dan tidak masuk surga.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ " يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ " . رواه مسلم 1886
"Semua dosa orang yang mati syahid diampuni KECUALI hutang". (HR Muslim)

4. Jangan merasa tenang kalau masih punya hutang.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ " مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِيَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ " . رواه ابن ماجة 2414 "Barangsiapa mati dan masih berhutang satu dinar atau dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan (diambil) amal kebaikannya, karena di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham." (HR Ibnu Majah ~ shahih)

5. Jangan pernah menunda membayar hutang.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ " مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ، فَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيٍّ فَلْيَتْبَعْ ". رواه البخاري 2287 ، مسلم 1564 ، النسائي 4688 ، ابو داود 3345 ، الترمذي 1308
 "Menunda-nunda (bayar hutang) bagi orang yang mampu (bayar) adalah kezaliman." (HR Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Dawud, Tirmidzi)

6. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ " أَعْطُوهُ فَإِنَّ مِنْ خِيَارِ النَّاسِ أَحْسَنَهُمْ قَضَاءً ". رواه البخاري 2392 ، مسلم 1600 ، النسائي 4617 ، ابو داود 3346 ، الترمذي 1318
"Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang. (HR Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ " أَدْخَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلاً كَانَ سَهْلاً مُشْتَرِيًا وَبَائِعًا وَقَاضِيًا وَمُقْتَضِيًا الْجَنَّةَ " . رواه ابن ماجة 2202 ، النسائي 4696
"Allah 'Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang." (HR An-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

8. Jangan pernah meremehkan hutang meskipun sedikit.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ " نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ ". رواه الترمذي 1078 ، ابن ماجة 2506
"Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya sampai hutangnya dibayarkan." (HR at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

9. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang memberi hutang.

قَالَ " إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ ". البخاري 2397 ، 833 ، مسلم 589 ، ابو داود 880 ، النسائي 5472 ، 5454
"Sesungguhnya, ketika seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkar." (HR Bukhari dan Muslim)

10. Jangan pernah berjanji jika tidak mampu memenuhinya.

...وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا... سورة الإسراء 34
"... Dan penuhilah janji karena janji itu pasti dimintai pertanggungjawaban .." (QS Al-Israa': 34)

11. Jangan pernah lupa doakan orang yang telah memberi hutang.

وَمَنْ آتَى إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَعْلَمُوا أَنْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ " . رواه النسائي 2567 ، ابو داود 5109
"Barang siapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu.
Jika engkau tidak menemukan apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya sampai engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya." (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud).

Semoga bermanfaat. Aamiin YRA. 

Sumber : WhatsApp group.