'santai tapi sampai'

Siapa cakap kahwin ni tak best . Best tau. Kalau dulu makan sorang, kali ni makan berdua. Kalau dulu tidur sorang, kali ni tidur berdua.  P...

Meniti fasa perkahwinan yang bahagia.

Siapa cakap kahwin ni tak best. Best tau. Kalau dulu makan sorang, kali ni makan berdua. Kalau dulu tidur sorang, kali ni tidur berdua. 

Pendek kata, kalau dulu kebanyakan hal kita buat sorang-sorang, tapi kali ni kita buat berdua.

Tapi, bagi cikla kahwin ni bukan hanya 'best' je, tapi ada yang lebih besar dan penting lagi. Apa dia yang penting tu? Tak lain tak bukan, adalah tanggungjawab. 

Tanggungjawab suami dan isteri kepada satu sama lain dan keluarga. Dengar macam senang je kan, tapi sebenarnya payah. Orang cakap, setiap fasa itu ada 'dugaannya'. 

Besar atau kecil dugaan, sepatutnya kita hadapi dan tangani dengan baik. Apa kata kita baca apakah fasa fasa yang kita hadapi demi mendapatkan ikatan perkahwinan yang harmoni. Jom baca.

Fasa 1;

5 tahun pertama perkahwinan. Dikatakan tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. 

Orang cakap pada masa inilah paling banyak dugaan yang mungkin kita hadapi, antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. 

Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2 ; 

Usia perkahwinan 5 - 10 tahun. Dikatakan dalam dalam fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya. 

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil. 

Fasa 3; 

Usia perkahwinan 10 - 15 tahun. Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. 

Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. 

Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4; 

Usia perkahwinan 15 - 20 tahun. Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. 

Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. 

Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Bagi cikla, walau apa pun fasa perkahwinan kita sekarang kita perlu bersabar dan bertoleransi dengan pasangan sebab itulah resipi yang bukan lagi rahsia untuk sesebuah rumah tangga bertahan.

Selamat melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya. Orang cakap till jannah.

4 comments: