Mandian lemon : Membantu mengurangkan demam, batuk dan selsema baby anda.

By Cikla Shahril - September 10, 2016

Amboi, tajuk bukan main panjang lagi. Hihi. Sebenarnya apa yang cikla nak share ni memang cikla dah buat pun, dan alhamdullilah memang berhasil. Baru-baru ni, si kenit cikla baby Zara demam, batuk (sedikit berkahak) dan macam nak selsema. Pelik jugak, tak pastilah dari mana baby dapat, sebab cikla alhamdullilah sihat. 

Tapi, hati ibu mana yang tak risau kan, baby Zara baru je 23 hari lebih kurang macam tu, demam pulak. Tapi, demamnya takdelah tinggi sangat, dalam 37.8°C macam tu. Dedo dedo kata orang. *korang tau tak, dedo tu apa? Macam demam tak berapa nak tinggilah. 

Nak sedapkan hati, cikla bawak jugaklah baby Zara ke klinik *lagipun opahnya pun dah bising suruh bawak gi klinik, bak kata orang untuk pantau dan monitor kot kot ada masalah lain. Baby kecik kan, orang cakap antibodi pun belum cukup kuat nak lawan jangkitan penyakit. Huhu. Pergi klinik, doktor check baby dan buat apa yang patut. 

Syukurlah, takde apa yang serius, baby memang demam sikit dan berkahak, tapi lung dia clear. Dapatlah jugak ubat demam dengan ubat cair kahak. Balik rumah, rasa macam berat jugak nak bagi ubat kat baby, sebab kalau ikutkan baby yang masih kecik, nak-nak pulak yang berusia sebulan ke bawah kalau boleh tak digalakkan diberi ubat.

Ermm, macam mana ni. Serba salah pulak. Tapi, kesian kat baby. Tengok dia batuk sampai tak selesa nak tidur. Nak tak nak, cikla bagi jugaklah ubat tu sikit, orang cakap untuk mengurangkan sikit demam dan batuknya. Lepas tu, tengok baby macam dah ok sikit tapi still bunyi kahaknya. Emm, nak buat camne ye. Kalau boleh cikla nak guna cara alami untuk baby. Orang cakap selamat lagi. Betul tak? 

Oh ye, cikla baru teringat yang cikla pernah baca satu perkongsian mengenai baby yang demam batuk dan selsema ni dapat dikurangkan dengan memandikan baby dengan air lemon. So, cikla nak cubalah. Kot-kot menjadi dan serasi dengan baby.

Mandian lemon : Membantu mengurangkan demam, batuk dan selsema baby anda.
Mandian lemon : Membantu mengurangkan demam, batuk dan selsema baby anda. Kredit Google.

Cikla buat, dan hasilnya memang menjadi. Demam baby Zara semakin elok, batuk dan selsema pun nampaknya dah kurang dan kahaknya pun cikla dengar macam dah takde. Alhamdullilah. Cikla buat dalam 6 kali gitu, pagi dengan petang. Sebiji lemon sehari. Lemon dipotong 2. Sebelah untuk mandi pagi, dan sebelah lagi untuk mandi petang. Lemon yang dihiris agak nipis tu dicampurkan dalam air mandian baby.

Air mandian tu jangan sejuk, biar suam suam gitu. Lemonnya diperah-perah bagi jusnya keluar. Cikla mandikan baby Zara tanpa gunakan sabun. Orang cakap, mandikan guna air tu je Hirisan lemon tu, gosokkan perlahan-lahan kat tapak kaki baby, dada dengan belakang. 

Lagi satu, ada orang cakap hirisan lemon pun kita boleh tampal kat kaki baby kemudian pakaikan stoking. Pun boleh jugak untuk kurangkan demam, batuk dan selsema. Sekarang, alhamdullilah syukurlah baby Zara yang sihat dah. Senang hati ibu. Kalau ibu-ibu alami masalah macam cikla, apa kata cuba cara ni. Manalah tau ok kan.

  • Share:

You Might Also Like

20 Comments

  1. wahhh leh apply kat anak buah! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba.... InshaAllah mmg berkesan....

      Delete
    2. sy baru cuba hari ni..mudahan ank sihat

      Delete
    3. berapa kali ye kena buat mandian lemon ni

      Delete
    4. saya dulu buat 2 kali sehari. moga anak serasi dan cepat sembuh

      Delete
  2. alhamdulillah ... Baby Zara makin pulih . Get well soon Zara .

    cik laaaa~ cantiknya gambar bunga2 header tue ..suka !!!

    cepatnya masa berlalu kan .... dah 25 hari dah cik La berpantang . hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nadiah.... Alhamdullilah Zara dh ok dh... Thanks....

      Delete
  3. Aa mek tgk kwn mek buat kat ank dia. Ok jgk berkesan dgn dia. Bnyk dh testimoni nii. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Mmg sblm ni ramai yg dh share keberkesanan kaedah ni. Natural way kata org kan....

      Delete
  4. Hai :) Senarai pemenang segmen dah ader :)

    http://mekzumbie.blogspot.my/2016/09/10-pemenang-segmen-hang-komen-hang.html

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum cik la..bby dh semggu batuk berkahak dan hidung berhingus..tapi suhu bdn 36.7'c..boleh ke bagi mandi lemon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Awak boleh try. Tp buat suam2

      Delete
  6. Umur brpa bulan ciklanya mandikan ait lemon tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu baby baru 23 hari. Time tu mgm baby demam. Mandian dgn air campurkan lemon suam2. Alhamdullilah serasi

      Delete
  7. Hi..Cik La...saya ibu kepada baby Rizqie um ur 7 bulan . saya guna hirisan lemon di campur air suam. Bb rizqie sedikit batuk. Tapi tindakq balas bb rizqie muntah din kahaknya selepas mandi dgn air lemon. Tu is it ok. Lepas lap badan dia mula aktif.

    ReplyDelete
  8. Mandikan air lemon Tampa bilis air biasa ka

    ReplyDelete
  9. Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D

    - perfume malaysia
    - hadiah untuk lelaki
    - pewangi kereta

    ReplyDelete