7 September 2016

Bila seorang blogger menulis : Antara pujian dan kritikan.

Amboi, tajuk entri kemain lagi kau senah. Ni tajuk nak tarik orang suruh baca ke macam mane? Hihihi. Tapi kan, cikla percaya, kat Malaysia ni memang ramai je blogger kan. Tak kiralah apa jugak niche yang dibawa, tak kira spesifik kepada satu niche sahaja atau random. Mesti ada yang tanya kat korang kan "best ke jadi blogger ni?"

Mungkin kebanyakan blogger pada awal berblogging ni sekadar suka suka aje. Bak kata orang mengisi masa lapang dan menulis untuk simpanan peribadi sebagai kenangan. Bila dah lama berblog, lepas tu dapat pulak feedback yang baik dari  pembaca di luar sana, mulalah nak serius kan. Bukan apa, rasa seronok pula bila ada orang yang baca tulisan kita dan bagi komen tak kiralah komen positif atau negatif.

Bagi cikla, positif atau negatif komen yang diterima jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita perbaiki diri dan blog kita supaya jadi lebih baik. Dari part time blogger jadi full time blogger. Ada pulak yang menjadikan blog ni sebagai alternatif untuk cari pendapatan sampingan. Pada cikla, tak salahlah tu lagipun orang cakap menggunakan 'bakat' menulis untuk perkara yang baik. Betul tak? Dah rezeki orang cakap. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bila seorang blogger menulis : Antara pujian dan kritikan.
Bila seorang blogger menulis : Antara pujian dan kritikan. Sumber : Google.

Cikla nak tanya? Mengapa agaknya korang menulis blog ni? Mungkin banyak sebabnya, tapi macam cikla pada awal-awal berblog, memang niat di hati ni suk- suka aje. Dah namanya part time blogger kan. Menulis pun bila betul-betul ada masa terluang dan bila ada idea dan cerita yang nak dikongsi. Tapi bukanlah semua cerita kita boleh share kan. Ada sesetengah 'cerita' yang kita kena sorok sorokkan. Bak kata orang, biarlah ia menjadi rahsia peribadi kita. Tak gitu.

Tak dinafikan juga, kadang-kadang ada blogger yang menulis perihal orang lain tak kiralah memberi komen yang baik atau sebaliknya. Bagi cikla, tak salah kot kalau kita nak bagi pendapat kita, tapi perlulah kena dengan caranya. Menulis bukan untuk mengutuk. Mungkin kita merasakan tulisan kita tu akan dapat memberi 'kesedaran' pada yang lain, tapi teguran tu kadang-kadang terlalu keras. Sampaikan ada yang tersinggung. Nak kritik boleh, tapi itulah yang cikla cakap ada caranya. Bahasa menunjukkan bangsa kata orang. Jangan pulak nanti kita dicop blogger 'mulut takde insuran'  pulak kang.

So, cikla nak share beberapa tips yang mungkin kita boleh jadikan panduan kalau nak menulis entri. Semoga bermanfaat. Jom baca.

Bila seorang blogger menulis : Antara pujian dan kritikan.
Bila seorang blogger menulis : Antara pujian dan kritikan. Sumber : SINI.

Semoga penulisan kita akan menyuntik walau sedikit rasa kesedaran dan memberi ingatan kepada pembaca yang membaca blog kita juga diri kita jugak. Perkara yang baik adalah wajib dikongsi dan disebarkan supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Rakan-rakan blogger semua, keep writing sebab mungkin penulisan kita ni menjadi inspirasi pada orang lain. InshaAllah. Sama-sama kita menyokong antara satu sama lain. Kipidap gais.

6 comments:

  1. Betul tue CikLa.. Harap2 CikLa pun jangan putus asa untuk terus berada di medan blogging.. =) Ganbatte, Hwaiting CikLa..

    ReplyDelete
  2. Hehe nak keep up dengan comments tu yang susah huhu. Selalu akan cuba reply tapi mesti slow~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tapi akan cuba sedaya upaya utk reply balik. Lagipun bg cikla itu salah satu cara kita appreciate org yg komen tu... Kan kan....

      Delete
  3. aa. mek dulu buat blog sebab saje nk tulis cite kite pegi mane, lebih kepada nk share. pastuh tinggal lame sebab dah ade fb, update fb. cuma, pergi jauh mane pn dengan fb, takkan same feelnya menulis di blog, share maklumat di blog dan bace cite orang yg kita follow di blog. Sebab, blog adlh tmpat 'feel free' untuk type ape pon, without limitation but of course kena la jaga adab and tatasusila sebagainya. Cuma blog lebih luas, lebih open. search engine pn keluarkan blogpost. haaa itu pndapat mek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....feel lain kan bila tulis blog....

      Delete