Advertisement

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

SEGARNYA MINYAK ANGIN AROMATERAPI FRESHCARE. Pertama kali cikla tau pasal minyak angin ni masa cikla tengok mak cikla pakai. Cikla tengok bekasnya macam botol roll-on minyak wangi tu. Memang cikla agak tu minyak wangi. Hehe. So, trylah bau. Bau macam minyak angin tapi wangi. Ermm, minyak apaan sih?

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.
Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

Selidik punya selidik rupanya ni memang minyak angin pun. Haha. Panaslah jugak minyak ni.  Cikla sapu kat perut dengan kat dahi, ok. Nyaman terasa. Wangi pun wangi. Sebelum ni, kalau minyak angin mesti baunya tak berapa nak best kan, tapi tak dengar minyak angin aromaterapi ni. Dah macam pakai minyak wangilah pulak.

Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.
Minyak Angin Aromaterapi FRESHCARE.

Selain tu, ada beberapa jenis wangian yang terdapat dalam minyak angin aromaterapi, antaranya Lavendar dan Splash Fruity. Yang cikla guna ni pewangi Lavendar. Jom cikla nak share apakah kegunaan minyak angin aromaterapi ni. Kalau dah namanya minyak angin, biasanya kegunaan untuk kegunaan luaran atau untuk disapu di tempat yang sakit. Ia digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, perut kembung, masuk angin, mabuk perjalanan, selsema ringan, lenguh-lenguh kaki dan kesan akibat gigitan serangga. 

Cara nak guna pun senang je, just gosokkan pada kening, dada, hidung atau bahagian lain yang sakit. Tapi, minyak ni tak disyorkan untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah sebab kesannya agak panas jugaklah. Kang tak pasal-pasal melolong-lolong pulak budak tu sebab tak tahan panas. Jangan buat pasal. 

Nak cakap pasal harga pulak. Harga minyak angin aromaterapi ni agak berpatutan jugaklah. Korang agak-agak berapa? Nak tau? Cuma RM8 je. Murah ke mahal? Rasanya kat farmasi ada jual, sebab cikla beli minyak ni dengan adik cikla. Kat uptown Shah Alam je nun. Minyak ni dah naik harga sikit, sekarang sebotol RM10. Cikla baru je belikan untuk mak cikla.


Post a Comment

8 Comments

  1. Selalu guna minyak angin ni time mengantuk dalam kelas. Share ramai2 dengan kawan2 XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.... byk gunanya jugak ek selain dr hilangkan pening2 boleh hilangkan mengantuk...

      Delete
  2. Uitt ada jugak minyak angin wangi macam ni,, kita pakai minyak angin cap kapak je lah hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Cikla pun baru tau ni. Ni yg share kot kot ada yg x tau mcm Cikla... Hihi...

      Delete
  3. Cik La, kak ana sekeluarga memang hanya guna minyak angin freshcare ni, sebab kami tak suka bau minyak angin biasa, freshcare ni ada macam2 pilihan aroma, anak-anak suka yang bubble gum tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh.. ye ke? Byk bauan rupanya.... mmg best je baunya kan Kak Ana... nyaman terasa... Hihi...

      Delete
  4. Ooo. Ade blogger sabahan jual ni

    ReplyDelete